AKU INGIN BEBAS |
| Posted: 28 Jan 2011 05:38 PM PST Najib berkata, "Atas semangat 1Malaysia, yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat. "Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak yang besar kepada rakyat. "Berdasarkan cadangan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang dicadangkan bakal dimiliki oleh dua orang ahli korporat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini. Cukai GST=RM4.02 setiap bulan Najib cuma bagi jaminan tak naikkan harga tol tapi korang dah terkena sebab mulai bulan ini, korang dah dikenakan cukai GST pada bil Astro dan lain-lain bil utilities. Padan muka korang yang setia tak bertempat pada dacing senget selaku pelopor Barang Naik. Kalau 1 bulan kerajaan Najib berjaya kutip RM4.02 seorang, bayangkan jika pengguna Astro ada 1 juta orang. RM4.02 X 1 bulan X 1 juta pengguna = RM4.02 juta. Itu baru cukai bil Astro. Macam mana dengan bil-bil utilities yang lain serta barang-barang keperluan harian yang akan dikenakan GST nanti. Itu hari kabinet Najib kata, GST tak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Sekarang kan dah kena dengan bil Astro. Lu orang pikirlah sendiri bagaimana liciknya pentadbiran Najib perdaya korang. Patut pun Najib mampu sogok setiap kali diadakan pilihanraya kecil kerana Najib ada wang tersembunyi. Dia turunkan yang itu tetapi dia naikkan yang ini. Kah!...3X. Inilah hasil tarbiyah penasihat Apco kepada kerajaan Barang Naik. |
| You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan