Khamis, 20 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mayat Pramugari Tiba Dari Amsterdam, Suami Desak Usah Lapor Sembarangan

Posted: 20 Jan 2011 12:00 AM PST

Seremban – "Sebarang penjelasan mengenai punca kematian isteri saya akan maklumkan Sabtu ini. Setakat ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana masih terkejut dengan kematian mendiang."

Itu pendirian suami kepada pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len, 35, yang ditemui mati di Hotel Radisson di Amsterdam, Belanda pada Jumaat lalu.

Cheng Yin Chet, 39, berkata, dia mahu pihak media turut menghormati dan tidak mengganggu ahli keluarganya yang masih bersedih sepanjang tempoh berkenaan.

"Saya akan menjelaskan Sabtu nanti selepas mayat mendiang selamat disemadikan di Nilai Memorial Park, yang dijadualkan esok.

"Laporan hasil bedah siasat telah pun saya peroleh. Saya akan maklumkan segala-galanya pada hari ditetapkan kerana tidak mahu timbul persoalan lain," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Okland, dekat sini, semalam.

Yin Chet yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengingatkan wakil media supaya tidak melaporkan punca kematian isterinya itu secara sembarangan tanpa pengesahan.

Menurutnya, punca kematian isterinya bukan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Tidak ada sebarang unsur jenayah dipercayai berlaku," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama mendiang selama 10 tahun.

Mengenai ketibaan mayat isterinya yang lebih awal, Yin Chet berkata, ia adalah hasil kerjasama Kementerian Luar, Wisma Putra, MAS dan kedutaan di negara berkenaan menguruskan hal berkaitan termasuk dokumen penting.

"Mayat mendiang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6.30 pagi tadi (semalam)," katanya.

Dalam pada itu, ahli perniagaan itu turut kesal tindakan sebuah akhbar tempatan menyiarkan gambar isterinya yang salah.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai hal ini kerana gambar yang dikeluarkan dalam akhbar terbabit bukan isteri saya," katanya.

Berita sebelum ini

Kenapa BERNAMA Kelam-Kabut Laporkan Kes Pramugari Malaysia Mati Di Amsterdam?

Ulasan GB

Pertama, sdra Cheng Yin Chet perlu ambil tindakan ke atas BERNAMA, kerana pihak Bernamalah yang paling awal mengeluarkan berita yang tidak betul terhadap kematian Chin Swee Len. Sila baca pautan yang saya berikan di atas.

Kedua, mengenai gambar yang salah, ia pada awalnya diterbitkan oleh akhbar luarnegara, iaitu 11news.us. Jadi sdra boleh saman pihak akhbar berkenaan jika mahu.



Bapa Rogol Anak, Ada Binatang Pun Tak Lakukan

Posted: 19 Jan 2011 11:15 PM PST

Bapa sial rogol anak

DUNGUN – Dia sepatutnya menjadi pelindung ahli keluarga, namun disebabkan nafsu syaitan menguasai diri, seorang lelaki durjana sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks.

Perbuatan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku lebih 20 kali sejak awal hingga hujung tahun 2010 ketika mangsa bersendirian dengan suspek.

Suspek yang menjadi bapa tiri mangsa sejak beberapa tahun lalu itu mula bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun itu setelah mangsa dikatakan takut untuk membongkarkan perbuatan durjana bapa tirinya kerana bimbang dengan sikap panas baran suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Lelaki durjana itu dipercayai memperkosa pelajar Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah menengah di Dungun itu di beberapa lokasi termasuk dalam bilik, bahagian dapur rumah mangsa, tandas sekolah, dalam kereta dan kawasan semak.

Suspek juga dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan berpura-pura bertingkah laku baik di hadapan isterinya yang juga ibu kepada mangsa.

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam tandas sekolah rendah di tempat kerjanya.

Selain itu, suspek yang sering membawa mangsa bersiar-siar juga difahamkan turut mengambil kesempatan merogol anak tirinya dalam kereta di tepi pantai perangi-nan Teluk Lipat.

Selain merogol, suspek juga dikatakan pernah me-ngadakan hubungan seks songsang dengan meliwat mangsa yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu.

Setelah puas berdepan dengan tekanan emosi dan tidak tahan dengan suspek yang 'bernafsu syaitan', akhirnya mangsa bertindak berani untuk membongkarkan rahsia tersebut dengan bercerita perbuatan bapa tiri kepada ibunya sebelum satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun, petang kelmarin.

Berikutan itu, suspek ditahan di tempat kerjanya di pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48 kira-kira jam 10.15 malam semalam.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di Kampung Padang Jambu Dungun itu dipercayai turut gemar menonton video lucah melalui telefon bimbit selain jarang mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dengan alasan isterinya berpenyakit kencing manis, namun sebenar dia telahpun mendapat habuan anak dara sunti yang juga anak perempuan kepada isterinya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dah-lan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan suspek yang berusia 36 kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman minimum enam hingga 20 tahun maksimum dan sebatan. -SH

[Bergambar] Kanak-kanak Hilang Selama 18 Jam Ditemui Di Ladang Getah

Posted: 19 Jan 2011 10:10 PM PST

Slim River: Suara tangisan Nor Aishah Umairah Zamzanuri yang sayup-sayup kedengaran dari jauh berjaya menemukan semula kanak-kanak berusia 22 bulan itu selepas hilang secara misteri selama kira-kira 18 jam dari rumah neneknya di Kampung Lintah, Kampung Ulu Slim, di sini, pagi semalam.

Sepanjang kehilangannya sejak jam 12 tengah hari kelmarin, keluarga terutama ibu, Nor Awani Abdul Wahid, 28, dan bapanya, Zamzanuri Salleh, 28, berada dalam keadaan cemas mengenangkan nasib yang mungkin menimpa anak tunggal mereka itu.

Namun, semuanya terlerai apabila kanak-kanak itu yang dijaga neneknya, manakala ibu bapanya tinggal dan bekerja di Ipoh, ditemui semula selepas Orang Asli terdengar tangisannya di ladang getah berkenaan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya pada kira-kira jam 7.30 pagi.

Penemuan itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai tanya tanda dan diselubungi misteri kerana kanak-kanak itu gagal dikesan sebelum itu, walaupun gerakan mencarinya secara besar-besaran dilakukan sejak kelmarin oleh lebih 70 penduduk termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, polis serta anggota bomba dan penyelamat yang turut menggunakan anjing pengesan.

Lebih pelik, Nor Aishah Umairah hanya mengalami sedikit calar di kaki dan kesan gigitan nyamuk, walaupun hilang hampir dua hari termasuk bersendirian di dalam hutan pada waktu malam, selain dipercayai tidak menjamah makanan atau minum susu sejak pagi hari kehilangannya.

Zamzanuri yang juga ahli perniagaan berkata, anaknya itu berjaya ditemui semula oleh dua Orang Asli yang kebetulan melalui kawasan ladang getah itu apabila terdengar suara tangisan anaknya, sebelum menghubungi rakan mereka di kampung supaya memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

"Selepas menerima maklumat itu, saya bersama anggota pihak berkuasa bergegas ke lokasi yang dimaksudkan dan apabila tiba di situ saya melihat anak saya sedang berdiri di dalam lopak air di paras antara lutut dan buku lali, manakala badannya berlumuran lumpur kecuali bahagian kepala yang kekal bersih.

"Sebaik dipanggil datuknya (Abdul Wahid Nordin, 52), Aishah mendepakan tangan untuk diambil. Ketika itu, anak saya kelihatan sedikit lesu kerana semalaman tidak minum susu dan mungkin tidak tidur," katanya ketika ditemui di Hospital Slim River (HSR) di sini, semalam.

Gambar ehsan Bernama:







Najib Disambut Dengan Demo Interlok Di Batu Caves

Posted: 19 Jan 2011 08:58 PM PST

Isu Interlok: HRP demo di program Thaipusam PM

Beberapa anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan pagi ini dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Sambutan berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam kompleks kuil berkenaan.



Pergelutan kecil turut berlaku apabila kira-kira 15 orang anggota HRP cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Peserta demonstrasi berkenaan turut dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan." -mk

[Bergambar] Al-Quran 500 Tahun Akan Dipamerkan Secara Online

Posted: 19 Jan 2011 08:02 PM PST

London - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.

Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.

Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.

Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi












Dua Pasangan Remaja Dicekup Berkhalwat

Posted: 19 Jan 2011 06:00 PM PST

Lari lintang-pukang diserbu khalwat

DUA gadis yang ditahan bersama dua lelaki disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kampung Lak Lok di Besut kelmarin.

BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun. -kosmo

Ulasan GB

Gejala berkhalwat terutama di kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Usaha pengawalan dan penangkapan perlu dilakukan sepanjang masa.

Orangramai terutama di lokaliti dimana wujudnya pasangan-pasangan yang meragukan tidak sepatutnya mengambil sikap tidak-apa, sebaliknya perlu terus menghubungi pihak berkuasa suapaya gejala dapat dibendung dari terus merebak di dalam masyarakat.

Mmemperbanyakkan papan-tanda yang menyiarkan nombor telefon pihak berkuasa untuk mencegah kes-kes maksiat adalah satu cara yang baik.


Lagi Kereta Terbakar Dalam Kemalangan, Seorang Rentung

Posted: 19 Jan 2011 05:40 PM PST

Segamat: Empat lelaki hanya mampu melihat rakan mereka terbakar hidup-hidup apabila mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu gagal keluar dari kereta yang terbakar selepas bertembung dengan kereta lain di Kilometer 7, Jalan Muar-Labis di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Syed Sarizat Syed Hussain, 36, rentung di tempat kejadian apabila kereta Proton Iswara yang dipandunya disambar api selepas bertembung dengan Honda.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali berkata, ketika kejadian, Syed Sarizat, seorang kontraktor dalam perjalanan dari Felda Chemplak Barat menghala ke Labis, bersama empat lagi rakannya.

"Setiba di lokasi kemalangan, kereta dipandunya dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Honda itu.

"Empat rakan mangsa yang cedera ringan sempat keluar dari kereta bagi menyelamatkan diri tetapi mereka gagal mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Menurutnya, apabila api makin marak, mereka terpaksa meninggalkan Syed Sarizat di dalam kereta yang sedang terbakar.

Polis meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa.

"Selepas kebakaran dipadamkan, kami menemui mangsa dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu," kata Abdul Majid.

Menurutnya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Keempat-empat lelaki itu dirawat sebagai pesakit luar manakala pemandu kereta Honda berkenaan berusia 32 tahun yang memandu seorang diri menghala ke Felda Chemplak Barat, patah kaki dan tangan kiri.

Menurut Majid, pihaknya mendapatkan keterangan daripada rakan mangsa serta pemandu kereta Honda berkenaan bagi membantu siasatan. -hm

"Hantu" Gunting Rambut Basant Singh?

Posted: 19 Jan 2011 04:15 PM PST

Tiada unsur khianat ke atas Basant: JLKN

KUALA LUMPUR: Tidak terdapat unsur khianat sama ada oleh pelatih mahu pun jurulatih berhubung dakwaan seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Basant Singh, bahawa sebahagian rambutnya telah digunting ketika dia tidur Ahad lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil, berkata perkara itu dirumuskan hasil siasatan lembaga siasatan dalaman yang ditubuhkan JLKN ke atas 16 orang saksi di Kem Latihan Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang, tempat Basant menjalani latihan.

"Lembaga siasatan itu yang diketuai Pengarah Operasi JLKN, Kol Sanusi Hashim, Pengarah Zon B, Kdr Wan Zarihan Wan Ismail (TLDM), dan Lt Thomas Anak Aungoom (TLDM) dari Kem PLKN Telok Rubiah telah memanggil 16 saksi terdiri daripada pelatih, jurulatih, staf dan komandan kem tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan ke atas saksi dan bukti yang diperolehi, lembaga siasatan merumuskan tidak terdapat unsur khianat seperti yang didakwa Balsant, 18.

Abdul Hadi berkata, hasil laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, petang tadi.

Berikutan itu, katanya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah Bandar Baru, Kedah dan berharap tidak ada lagi pihak cuba membuat spekulasi berhubung kes tersebut.

Semalam, Balsant yang tinggal di Jalan Gurdwara, Ipoh mendakwa sebahagian rambutnya digunting tanpa disedarinya pada Ahad lepas ketika dia dan 10 pelatih lain sedang tidur di kem tersebut.

Dia yang menyimpan rambut sepanjang satu meter sejak lahir mendakwa rambutnya digunting sepanjang 60 sentimeter. - BERNAMA

Ulasan GB

Begitu cepat Jabatan Latihan Khidmat Negara merumuskan tiada unsur khianat ke atas Basant yang mendakwa rambutnya digunting semasa beliau tidur.

Dan begitu cepat juga JLKM Membuat laporan polis untuk melindungi diri mereka daripada spekulasi terhadap insiden berkenaan.

Ini sepastinya mengundang keresahan dan rasa tidak puashati terhadap keluarga Basant Singh dan Pertubuhan Bersatu Sikh Perak (UPSO).

Ini menyamai bagaimana SPRM satu ketika dahulu merumuskan kematian Teoh Beng Hock - tiada unsur khianat.

Sekarang, jika JLKM menyatakan tiada unsur khianat, siapa pula hantu yang memotong rambutnya di kem latihan? Dibiarkan soalan ini tergantung tanpa jawapan. Apakah begini cara JLKM menyelesaikan masalah?

Apakah ini ada disasat?

Mengulangi kes Teoh Beng Hock juga, dimana penubuhan Suruhanjaya Diraja tidak diberi kuasa menyiasat siapa pembunuhnya.

Beberapa persoalan yang boleh dipertikaikan:

1) Hanya 16 orang terpilih yang dipanggil untuk disiasat.
2) Siasatan adalah siasatan dalaman - seperti perompak menyiasat perompak.
3) Laporan polis dibuat untuk melindungi mereka dari terus dipersoalkan. Sikap tidak bertanggungjawab untuk menutup kebenaran sebelum kebenaran ditemui.
4) Basant Singh dan ayahnya nampaknya tidak diberikan kepuasan dan keadilan.

Kita suka menasihatkan kepada JLKM supaya kes ini terus disiasat sehingga "penggunting rambut" Basant itu ditemui. Dan tidak wajar untuk menutup kes ini kemudian buat laporan polis untuk ugut rakyat jangan bincangkan lagi. Itu tidak menyelesaikan masalah.


AG Ada Agenda Selamatkan Si Buta Yang Tak Tertongkat Itu?

Posted: 19 Jan 2011 02:55 PM PST

Dr Khir: Peguam negara arah saya diam

Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

"Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.

Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Sementara itu, menulis di blognya hari ini, Dr Mohd Khir berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab kenyataan Faekah kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kesnya yang akan dibicarakan Jun nanti.

"Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya," katanya.

faekah husin selangor khir toyo 020810Dr Mohd Khir juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang didakwa Faekah.

"Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri," katanya.

"Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor."

Sehubungan itu, ADUN Sungai Panjang itu menyifatkan "serangan" daripada pejabat menteri besar padanya saya kali ini "tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta."

"Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan," sindirnya lagi dalam artikel berjudul 'Menyerang Si Buta yang Tidak Bertongkat'. -mk

Ulasan GB

Reading between the lines.

Apakah ada agenda tersembunyi Peguam Negara untuk menyelamatkan Khir Toyo dengan mengarahkannya supaya berdiam ekoran pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini?

Apakah dakwaan di mahkamah sebelum ini terhadap Khir hanya satu lagi "wayang"?

GB dah ulas sebelum ini, petikan:

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.

Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris

dan ramai lagi.


Mana ada kes pemimpin UMNO yang pernah dihukum kerana rasuah oleh mahkamah walapun dah berpuloh diseret?

Motivasi: Perempuan Buta Bersama Kudanya

Posted: 19 Jan 2011 08:20 AM PST

Mona Ramouni, Wanita Muslim Buta Menabung Selama Tiga Tahun untuk Membeli Kuda Sebagai Pemandunya

Mona Ramouni, 28 tahun, seorang wanita Muslim buta yang tidak dapat memilih anjing sebagai penuntun hidupnya yang dipenuhi dengan kegelapan kerana larangan keras orang tuanya bahwa agama Muslim tidak memperbolehkan seekor anjing di rumah, mengingat anjing adalah binatang yang najis.

Tapi kemudian Ramouni menemukan sebuah artikel website tentang kuda-kuda pemandu yang ukurannya lebih kecil dari pada kuda pada umumnya pada bulan April 2008. Tentunya kuda-kuda itu bukan untuk ditunggangi.

"Ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan untuk diri saya," katanya.


Memimpin orang buta: Mona Ramouni telah membeli dan melatih kuda kecil yang bernama Cali ini untuk membimbing dirinya yang buta.


Mona Ramouni adalah seorang mahasiswi psikologi, yang bekerja di sebuah perusahaan pengesahan buku Braille, menyimpan wang selama tiga tahun untuk membeli kuda yang dilatih untuk bertugas sebagai pemandu kemanapun Ramouni pergi.

Sejak kadatangan Cali, kuda pemandu yang berumur tiga tahun itu ke Dearborn, Michigan, rumahnya tahun lalu, Ramouni telah melihat banyak perubahan dalam hidupnya.


Istirehat: Miss Ramouni memberi air minum kepada Cali


Ukuran Cali kira-kira tingginya 2 kaki 6 Inci dan telah diajari untuk berdiri bahkan sampai di dalam ruangan. Dia juga membantu Ramouni keluar dari kenderaan dan berjalan di antara kemurunan orang banyak.

Ramouni dengan bangga berkata: "Dia adalah kuda kecil yang mengkagumkan. Apa yang aku inginkan adalah untuk dapat mengikuti jejaknya, tak satu pun dari kami akan dapat berpergian tanpa satu sama lain."

"Sebelum Cali ada, saya telah menyerah. Saya sampai pada titik di mana saya berfikir, 'Aku tidak akan menemukan apa-apa di luar hidup saya'. Cali telah mengembalikan kepercayaan diri saya, saya harus memikinya seperti seorang anak."

Lahir tiga bulan pra-matang, Miss Ramouni kehilangan kemampuan untuk melihat segera setelah lahir.

Namun tidak mudah bagi Ramouni untuk mempertahankan Cali tetap tinggal di rumahnya. Di antaranya, dia harus mendapatkan izin untuk mendirikan bangunan besar di kebun keluarganya dan menemukan doktor haiwan untuk memelihara kuda kecil berponi itu.


Miss Ramouni dan Cali menghadiri seminar di Michigan State University
Teman-teman Ramouni memperingatkan dia bahawa itu akan sulit untuk dilakukan.


Tapi Ramouni berkata: "Orang-orang sering berkata kepada saya, 'jangan, jangan lakukan itu,' dan aku semakin ingin melakukannya," katanya. "Saya harus menekankan dalam hidup saya di mana aku fikir ... 'Mengapa saya harus puas dengan sesuatu yang kurang dari yang saya boleh punyai?'


Cali membantu tuan kebanggaannya menyeberang jalan. Miss Ramouni menghabiskan tiga tahun menabung untuk membeli kuda setinggi 2 kaki 6 Inci tersebut.


"Ada begitu banyak halangan. Orang-orang berkata 'kamu tidak akan menemukan doktor haiwan.' Tapisaya menemukan mereka semua."

Dia juga menambahkan bahawa ia bahkan lebih bebas melakukan semuanya, Cali telah menunjukkan kepadanya bahawa tidak ada yang tidak mungkin. Bersama Cali, semuanya jadi mungkin.

sumber: dailymail.co.uk

Ulasan GB

Mesej besarnya di sini: Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mona Ramouni melatih "Cali"nya sebagai sahabat dalam perjalanan menuju ke puncak. Tanpa memperdulikan segala hambatan dan halangan.

Dan di atas itu tadi kisah si buta. Bagaimana engkau pula wahai yang tidak buta? Bersemangat wajakah engkau seperti dia, sibuta itu, untuk berjuang memertabatkan ugama, keluarga, bangsa dan negaramu?

Waspada: Popia Segera Berinti Lalat Di Negeri Johor

Posted: 19 Jan 2011 06:41 AM PST

Popia segera berinti lalat

KOTA TINGGI – Seorang peniaga kedai makan terkejut selepas mendapati popia segera yang baru dibelinya di sebuah pasar raya di Kota Tinggi di sini, mengandungi lalat selepas popia itu siap digoreng untuk hidangan keluarga.

Norazlina Elias, 32, dari Bandar Seri Perani berkata, sebaik saja pulang dari berniaga dia terus singgah ke pasar raya terbabit sebelum teringat membeli popia segera di situ kerana mendapat tempahan daripada salah seorang pelanggannya.

Menurutnya, dia yang pertama kali membeli popia segera itu pada awalnya terkejut kerana popia itu dijual dengan harga yang jauh lebih rendah dan tidak mempunyai jenama serta nama syarikat pengeluar produk berkenaan.

"Sejurus tiba di kedai itu, saya terus membeli popia segera sebelum membawanya pulang, namun agak menghairankan tiada logo halal pada plastik pembungkusan popia terbabit.

"Bagaimanapun saya nekad juga beli popia itu kerana beranggapan bahawa popia itu dikeluarkan syarikat Bumiputra dan berkemungkinan baru menceburi sektor pembuatan makanan segera," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaiamanapun Norazlina terkejut selepas salah seorang anaknya memberitahu popia yang baru digorengnya itu mengandungi lalat selepas menjumpai serangga itu di dalam kulit popia terbabit.

"Sebaik saja menggoreng popia terbabit saya menghidangkannya kepada anak-anak dan alangkah terkejutnya apabila seorang daripada anak saya memberitahu dia menemui lalat selepas mengupas kulit popia berkenaan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesemua popia yang dibeli pada harga RM8 sebungkus itu dibuang ekoran bimbang ia boleh membawa jangkitan penyakit sekiranya mereka terus memakannya.

"Selera kami semuanya terbantut selepas menjumpai lalat itu, mujur juga kejadian ini dapat disedari lebih awal sebelum popia goreng ini diserahkan kepada pelanggan kami yang menempah popia terbabit," katanya.

Norazlina turut menasihati pengguna lain agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana produk makanan segera yang dijual dengan harga yang murah serta tidak mempunyai label pembungkusan logo halal dan nama syarikat pengeluar.

"Biar kita beli mahal sedikit asalkan mutu kebersihan makanan terjamin dan jika kita mahu beli sekali pun pastikan cara atau teknik pembungkusan lebih teratur agar kualitinya terjamin," katanya.

Ulasan GB

Berwaspada penduduk Tenang: Sudah ada cerita tak bagus dari negeri Johor ni serentak dengan pengumuman nama calon UMNO BN di Tenang.

Hal yang serupa pernah berlaku di Galas: banyak kisah-kisah sebelumnya.

1) Ada coklat berulat
2) Isu Helikopter: Seperti Ada Perancangan Untuk BN Menang Majoriti Besar Di Galas
3) Eletrik Terputus Di Parlimen, Petanda "Kegelapan"
4) Tiang Gol Padang Pilihanraya Juga Akan Patah (updated)



Najib, PM Yang Serba Tak Sempat...

Posted: 19 Jan 2011 05:36 AM PST

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu. -harakahdaily

Ulasan GB

Serupalah kes di Sarawak dimana wartawan-wartawan yang menemui kemalangan mengikuti rombongan Najib lansung tak mendapat keprihatinan dan perikemanusiaan PM.

Wartawan Patrick Joseph dan jurufoto Ramidi Subari, kedua-duanya dari akhbar New Sarawak Tribune dan Ambrose Rirang dari Utusan Sarawak cedera setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan untuk membuat liputan lawatan Najib ke projek hidroelektrik Bakun, kira-kira 233 kilometer

Najib tidak berkesempatan untuk menjenguk mereka yang terlantar di hospital.

Wartawan Buat Liputan Lawatan Najib Ditimpa Kemalangan

PRK Tenang: UMNO BN Turunkan Mohd Azahar Ibrahim

Posted: 19 Jan 2011 03:39 AM PST

Labis: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Azhar adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Ibrahim Daud.

Ahad lalu, PAS mengumumkan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, dipilih sebagai calon pakatan pembangkang.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada Sabtu ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, daripada BN pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Pilihanraya Lagi Di Pelabuhan Kelang?

Posted: 19 Jan 2011 03:03 AM PST

Kerusi Pelabuhan Klang kosong, SPR tunggu notis Speaker

SHAH ALAM, 19 Jan — Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah didapati tidak hadir persidangan selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno April lalu tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, kerusinya dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.

Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Kes kedudukan kerusi itu mirip Kota Siputeh, Kedah yang Speaker Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan ia kosong.

Bagaimanapun SPR memutuskan tiada kekosongan wujud dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Dalam kes itu, SPR mempertimbangkan notis speaker dan juga penjelasan wakil rakyatnya sebelum memutuskan keputusan itu.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan pilihan raya kecil perlu diadakan dan ia kini berada di peringkat rayuan.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya perlu menunggu notis daripada Spekaer Dewan Undangan Negeri sebelum memutuskan tindakan susulan.

"Speaker ada hak untuk membuat keputusan mengenai status kerusi, itu hak dan tanggungjawab Speaker yang dibuat mengikut perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Wan Ahmad, selaku wakil rakyat Badrul Hisham juga mempunyai hak untuk memberikan reaksi dan penjelasan kepada pengundi-pengundinya.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mendengar penjelasan wakil rakyat Pelabuhan Klang, Wan Ahmad berkata, terlalu awal untuk memutuskan perkara tersebut.

"Terlalu awal untuk membuat spekulasi," kata beliau lagi.

"Kita lihat dari sudut undang-undang, berasaskan pada undang-undang, kita asaskan pada undang-undang," katanya lagi.

Pada 30 April lalu, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas.

Badrul Hisham, 50, keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Badrul Hisham memperoleh 12,397 undi untuk menewaskan calon Bebas Nazir Mansor dan Roselinda Abd Jamil.

Dia memperoleh majoriti 4,407 undi.

Berdasarkan laporan media kelmarin, Badrul Hisham dikatakan menafikan dia tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan.

Katanya, mereka yang mendakwa dia tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri dan mahukan kerusi itu dikosongkan perlu menilai semula kemahiran mengira.

"Saya menghadiri hari pertama sidang pada November lalu sebelum mengambil cuti sakit untuk mendapatkan rawatan alternatif," kata Badrul Hisham.

"Ini usaha terdesak pihak tertentu yang mengugut saya agar menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kurang tiga undi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan negeri," katanya. -TMI

Ulasan GB



70% Tubuh Melecur Terkena Kejutan Eletrik

Posted: 19 Jan 2011 02:00 AM PST

Klang - "Saya tidak sanggup kehilangan dua tangan dan ibu jari kaki. Kalau ada pilihan lain, saya tidak ingin ia dipotong namun apakan daya hanya itu pilihan terakhir yang diberikan doktor," kata Muhamad Haruman Miskon, 22, sebak saat menceritakan situasi yang dilaluinya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), petang semalam.

Menurutnya, saat ini dia hanya mampu merintih dalam hati betapa pedih yang teramat menahan kesakitan di seluruh badan akibat kesan terbakar.

"Sejak awal kejadian berlaku, hanya air mata yang mengiringi kehidupan saya saban hari di atas katil hospital.

"Namun kini air mata sudah seakan kering, hati saya hancur dan kesal dengan apa yang berlaku, namun saya reda mungkin ini ketentuan Ilahi," katanya yang merupakan anak ke-9 daripada 10 adik beradik.

Tidak perasan ada kabel elektrik

Mangsa yang gemar berkarya melalui lukisan dan bekerja sebagai pemasang wayar dari rumah ke rumah tinggal di Jalan Ros 2, Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjung Karang menderita selepas hampir 70 peratus badannya terbakar dan menggelupas selepas terkena kejutan elektrik bervoltan tinggi ketika sedang membersihkan kebun kelapa sawit milik rakannya di Masjid Baroh, Tanjung Karang pada 26 November lalu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 pagi ketika mangsa bersama seorang rakan sedang memotong dahan kelapa sawit menggunakan sejenis peralatan memotong tanpa menyedari terdapat kabel elektrik yang longgar dan melendut tersangkut pada pelepah pokok berkenaan.

Mangsa yang tidak menyedari terdapat kabel elektrik berkenaan terus memotong dahan dan dengan sangat pantas badan mangsa tercampak beberapa meter akibat kejutan elektrik.

Jeritan kuat mangsa telah mengejutkan rakannya yang berada tidak jauh dari lokasi mangsa.

Rakanya, segera berlari mendapatkan Mohamad Haruman, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati hampir keseluruhan badan mangsa terbakar.

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Tanjung Karang sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh. Sekian lama dirawat di sana mangsa kemudiannya dipindahkan HTAR, Klang petang kelmarin.

Dalam pada itu, keluarga mangsa memaklumkan, dua tangan dan ibu jari kaki mangsa bakal dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Bagaimanapun mereka kini berada dalam dilema kerana berharap ada cara lain yang mampu digunakan bagi menyembuhkan mangsa. Namun kini hati mereka berbelah bahagi kerana kalau diikutkan hati, mereka tidak sanggup melihat mangsa hilang anggota badannya. -SH

Lagi Ular Sawa Ditemui, Kali Ini Di Marang Pula

Posted: 19 Jan 2011 01:30 AM PST

Ular sawa 110 kilogram tumpas

SUNGAI SERAI - Keresahan dan tanda tanya penduduk sekitar sini, mengenai kehilangan ternakan peliharaan mereka sejak kebelakangan ini terjawab apabila seekor ular sawa sepanjang 6.4 meter ditemui penduduk kampung.

Sebelum ini sudah puas penduduk kampung mencari jalan penyelesaian termasuk berjaga dan meronda malam untuk mengetahui angkara siapa apabila ternakan ayam sering hilang, malah kambing juga dikatakan turut lesap.

Akhirnya, segala kebimbangan terjawab apabila seekor ular sawa seberat 110 kilogram ditemui 10 meter dari rumah penduduk kampung berkenaan dalam keadaan kekenyangan.

Koperal Wan Mohd Faizal Wan Ismail, 30, dari Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah yang mengetuai operasi menangkap reptilia itu berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung yang menemui reptilia itu pada jam 8 malam.

"Sebaik kami tiba, ular sawa itu berada di satu kawasan kira-kira 10 meter dari rumah pengadu, Saiful Mamat, 19. Ketika itu, berdasarkan lingkaran lilitannya, kami percaya ia reptilia yang besar dan selepas didekati ia dianggarkan lebih enam meter.

"Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular yang sedang kekenyangan itu dengan menggunakan khidmat tiga anggota," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Marang, malam kelmarin.

Menurutnya, dengan penangkapan ular sawa yang baru sahaja membaham seekor kambing itu, penduduk kampung berkenaan kini tidak perlu lagi bimbang mengenai kehilangan haiwan ternakan mereka yang dikatakan sering berlaku sebelum ini.

Reptilia itu, kata Mohd Faizal, akan disimpan sementara di JPAM sebelum dilepaskan ke kawasan hutan yang jauh dari rumah penduduk di daerah ini tidak lama lagi.

Tiada ulasan: