Selasa, 4 Januari 2011

dollah yankee

dollah yankee


Rakyat tak mahu tahu pasal 'Law'.. yang mereka tahu ialah tak mahu Khusrin Munawi

Posted: 04 Jan 2011 04:45 PM PST

Apakah sebelum pilihanraya besar yang ke-13 nanti, kita semua akan dapat melihat Barisan Nasional merampas Selangor sepertimana mereka merampas Perak??

Dalam kepala otak rakyat-rakyat sekarang ini, tak kira yang pro BN atau yang sokong PR, percaya yang perkara ini akan terjadi berikutan dengan kemelut perlantikan Khusrin Munawi sebagai Setia Usaha Kerajaan negeri Selangor semakin mengarut dan membuang banyak masa.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata yang mesti ada jalan punya, mana boleh tak ada jalan untuk menghalang Khusrin dari meneruskan upacara angkat sumpah nanti.

Taiko-taiko besar dalam PR yang berpuluh tahun bermain dan bergelumang dengan mahkamah dan buku undang-undang pelembagaan negara dan perlembagaan negeri-negeri, tetap dengan pendirian mereka kata yang terdapat dan ada asas dari sudut undang-undang untuk menolak dan menghalang si Khusrin Munawi dari meneruskan upacara angkat sumpah itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor menolak perlantikan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional, manakala kerajaan persekutuan Barisan Nasional pula 'ketegaq' (M.Zain dalam filem Labu-Labi kata..dia punya kapla atas,batu banyak busar ada..) dan tidak mahu beralah.

Memandangkan kerajaan persekutuan BN pun kata yang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berhak untuk melantik SUK dan calun mereka Khusrin ini pula telah ditolak bulat-bulat dan tidak diterima, maka apa kata mereka cari seorang lagi calun lain yang boleh diterima oleh Khalid dan orang-orang Selangor? Selesai masalah.

Buat masa ini taiko-taiko besar dalam Pakatan Rakyat yang telah hidup dengan buku undang-undang disepanjang hayat mereka, kini sedang mem'fokus'kan acara angkat sumpah pada esok hari didepan sultan. Mereka kata yang acara angkat sumpah depan sultan ini tak laku kalau ikut undang-undang sebab ia perlu dilakukan dihadapan Menteri Besar, bukannya dihadapan sultan.

Dalam buku undang-undang sudah jelas yang 'undang-undang akan memihak kepada Menteri Besar dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor' kalau benda ini dibawa hingga ke mahkamah.


dollah yankee -
Tetap yakin dengan kenyataan yang angkat sumpah Khusrin ini tak akan terjadi ...

Wang tunai 'SEGERA'

Posted: 04 Jan 2011 12:45 AM PST

Mereka kata ia adalah bank untuk orang-orang miskin, gurkah-gurkah politik di'port' kata ia adalah 'Kedai Tolong'. Tak kisah lah apa nama sekali pun, yang penting walaupun ia tak kelihatan seperti sebuah bank yang canggih atau lain-lain perniagaan moden yang memberikan kemudahan kredit, namun ia merupakan satu sumber yang penting untuk wang tunai bagi sesetengah orang.

Ada orang yang masuk dalam kedai tu dengan perasaan yang tak kisah, dan ada pula yang masuk kedai tu macam pencuri (ushar dulu kiri kanan,tengok ada orang kenal atau tak) dan ada juga yang masuk dalam kedai tu macam anak-anak dara zaman dulu-dulu..malu-malu kucing.

Biarpun negara kita sudah banyak membangunkan sistem perbankan yang moden namun dengan lesen untuk buka kedai pajak gadai yang masih lagi dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa, ini menunjukan yang masih banyak lagi rakyat-rakyat yang terlepas dan tidak dapat kek-kek ekonomi seperti yang sering dilaung-laungkan (kerana bahagian mereka telah dirembat oleh orang-orang tertentu) bilamana kumpulan-kumpulan ini tidak layak untuk membuat sebarang pinjaman bank atau pun kemudahan kad kredit untuk digunakan semasa masa-masa sukar atau semasa bulan tak cukup tua lagi atau semasa 'bad times'.

Dikawasan-kawasan luar bandar kedai-kedai pajak gadai ini merupakan talian hayat utama kepada orang-orang miskin dan orang susah, yang akan menggadai barangan yang berharga untuk ditukar dengan wang tunai bagi meneruskan kehidupan yang tersangkut.

Ada penggadai yang kadang-kadang terpaksa menggadai barangan yang nilainya sekecil 50 ringgit hanya untuk membeli barangan keperluan untuk terus hidup. Ada juga yang mengadai barangan itu untuk perbelanjaan pengkebumian saudara mereka yang meninggal dunia, ada yang gadai barang sebab nak jelaskan bil-bil hospital/klinik bila ada yang jatuh sakit, ada juga yang terpaksa gadai barang untuk buat belanja harian bila sudah kena buang kerja.

Nota:- Yang membuatkan penulis bercakap tentang pajak gadai hari ini ialah sebab seorang gurkah politik di'port telah terjumpa seutas rantai emas yang cukup padu, 'gondu' kata orang penang semasa berjoging di Padang Kota Lama tempat berpuluh ribu orang sambut tahun baru 2011 pada malam 31 Disember dan dia tak tunggu lama untuk ke kedai pajak gadai, dan tahu berapa dia dapat bila digadai?? ... dekat 8 ribu beb!!

dollah yankee -
Rezeki..Rezeki.. Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: