Biaqpila |
- Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib
- Sapa nak demam ni sebenaqnya beb?
- Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia
- Perlu ke pembangkang fitnah Rais?
- Kirim ‘ayaq kencing’ kepada Menteri Pelajaran?
- Kerajaan UMNO-BN jatuh.. Ben Razak nak lari kemana?
| Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib Posted: 18 Jan 2011 02:00 PM PST KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengulagi cabaran debatnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kedudukan ekonomi dan fakta dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat. Difahamkan Anwar telah menghantar surat cabaran keduanya tersebut kepada Najib hari ini, selepas seminggu menunggu jawapan dari cabaran terbuka yang diutarakan minggu lalu. Dalam satu salinan surat tersebut yang dihantar kepada Harakahdaily, Anwar memaklumkan beliau mahu sekali lagi menjemput Najib untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu sama. "Hutang negara juga telah melonjak lebih dari 50% buat pertama kali dalam sejarah. Perbahasan ini ternyata mustahak dan berkepentingan umum," kata Anwar dalam surat tersebut. Najib sebelum ini mendakwa tawaran 100 hari pakatan Rakyat yang terkandung dalam Juku Jingga tersebut sebagai tidak bertanggungjawab, populis dan akan memufliskan negara. Ekoran itu, Anwar mempelawa Najib agar berdebat secara terbuka berhubung perkara itu, pada satu sidang media khas minggu lalu. "Kami menyangkal tohmahan tersebut kerana belum berlaku dalam sejarah sesebuah negara itu muflis apabila melaksanakan tatakelola yang baik dan berusaha meringankan beban rakyat," petik surat itu lagi. Sehubungan itu katanya, Najib diharap menerima pelawaan tersebut bagi memberi maklumat tepat kepada rakyat agar mereka mampu membuat penilaian yang sebenar. "Saya yakin hujah yang bakal diutarakan oleh YAB Datuk Seri dan saya selaku Ketua Pembangkang mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara,"katanya. Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya kepada peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini, menolak cabaran debat oleh Anwar. Presiden Umno itu memberi alasan, beliau bukan takut tetapi mahu Anwar menyelesaikan terlebih dahulu masalah peribadinya khususnya berhubung isu liwat. "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," perli Najib. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Sapa nak demam ni sebenaqnya beb? Posted: 18 Jan 2011 04:44 AM PST DEBAT ANWAR - NAJIB, AGAK-AGAK SIAPA YANG AKAN DEMAM? Oleh: WFAUZDIN NSMEMANG sahih Najib kecut untuk berdebat dengan DS Anwar. Namun, untuk mengembalikan maruahnya yang telah jatuh, Najib mengalih perhatian kepada isu liwat DS Anwar pula. Beliau mahu DS Anwar selesaikan dulu masalah peribadinya sebelum berdebat dengan beliau. Itulah helah Najib bagi menunjukkan beliau seorang PM paling berani. Di petik di dalam Malaysiakini, Najib menjawab cabaran DS Anwar seperti berikut; "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini. "Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin (Malaysiakini). Kita cabar Najib untuk dedahkan segala maklumat yang beliau ada tentang DS Anwar, jika beliau berani. Dia jangan lupa, DS Anwar juga mempunyai banyak maklumat tentang beliau termasuk kes pembunuhan Altantuya dan rasuah kapal selam. Mungkin DS Anwar juga ada banyak maklumat tentang Big Mama Rosmah. Ayuh, dedahkan semuanya dan biar rakyat lihat siapa yang demam nanti. Beranikah Najib? Jawapannya, kerat jari kalau Najib berani. Tentang maklumat yang kununnya Najib ada, kita tidak perlu tunggu beliau dedahkan di dalam debat bersama DS Anwar kerana `tobat lahom' (kata Mat Sabu) Najib tidak akan berani berdebat dengan DS Anwar. Najib boleh dedahkan apa yang beliau tahu tentang DS Anwar sekiranya Najib berani hadir ke mahkamah apabila disapina sebagai saksi nanti. Persoalannya, beranikah Najib hadir ke mahkamah? Adakah beliau spesis seperti Mahathir yang mahu soalan bocor terlebih dahulu sebagai syarat untuk hadir sebagai saksi? Kesemua warga Felda yang menepuk tangan bila Najib berucap memang dijangka kerana bukankah Najib ada `hadiah' untuk warga Felda? Masakan bila dapat `hadiah' warga Felda tidak mahu tepuk tangan? Tetapi warga Felda bukan semua bodoh belaka. Muka Najib tidak akan muncul di Tenang kalau tiada pilihanraya kecil. Peruntukan tidak akan turun sertamerta jika tiada pilihanraya. Ini semua warga Felda ada yang terfikir, dan yang tidak berfikir itu cuma mereka yang sengaja mahu menjadi `hamba' kepada Umno/Bn sepanjang hidup. Berbalik kepada debat. Kita pelik mengapa susah sangat Najib mahu berdebat dengan DS Anwar? Beliau sendiri kata beliau ada banyak maklumat kerana beliau sekarang adalah PM, jadi mengapa perlu takut? Ini menunjukkan beliau sedar segala maklumat yang beliau ada semuanya akan memakan dirinya. Beliau pun tentu ada maklumat tentang Saiful minta biasiswa daripadanya sedangkan Saiful gagal di dalam pembelajarannya. Dan, banyak lagi maklumat yang Najib tahu akan menelanjangkan beliau kembali jika debat diadakan. Masakan masih ada yang bodoh dengan muslihat Najib?/wfauzdin.blogspot.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia Posted: 18 Jan 2011 02:00 AM PST ![]() Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam. Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya. Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu."Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak. "Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia. "Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu."Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah. Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin. Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. "Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP."(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Perlu ke pembangkang fitnah Rais? Posted: 17 Jan 2011 11:00 PM PST Oleh Subky Latif DATUK Seri Dr. Rais Yatim yang berdepan dengan satu fitnah besar negar Memang benar pembangkang memberi reaksi bersungguh terhadap fitnah yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu kerana ia adalah satu yang mengaibkan negara.Baik Dr. Rais di pihak yang benar atau sebaliknya, fitnah yang melandanya itu adalah mengaibkan. Sebelum fitnah itu diselesaikan, maka pembangkang ada peranan dan tanggungjawab mengikut caranya bagi membantu menyelesaikannya. Sama ada penyelesaiannya nanti gembira untuk Rais dan semua atau sebaliknya bergantung kepada tindakan yang diambil terhadap fitnah itu. Tetapi tidak banyak yang dapat membantu Dr. Rais meringankan fitnah itu dengan melemparkan ia adalah gara-gara dan angkara pembangkang. Sekalipun reaksi pembangkang boleh memanaskan fitnah itu tetapi apa keperluan yang pembangkang boleh dapat dengan memfitnahkannya dalam keadaan dia sudah berada di babak hujung hayatnya dalam Umno dan kerajaan. Gilirannya untuk pergi seperti Samy Vellu mungkin yang tertinggi dalam seranai selepas Samy Vellu itu. Tidak buat apa-apa pun terhadapnya dia adalah ibarat buah ranum yang menunggu gugur. Tidak diusik pun dia tetap gugur. Maka apa perlunya bagi pembangkang menimbulkan fitnah terhadapnya. Kalau dia gugur dan binasa kerana fitnah itu maka tidak banyak yang menjamin tumbangnya kuasa dan kerajaan yang bertulang belakangkan Umno. Ia boleh memalukan Umno dan Umno memang sudah biasa dengan malu yang begitu. Kesan memfitnah Rais tidak sebesar memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memfitnah Anwar dulu menyebabkan Barisan Nasional tumbang di Terengganu tahun 1999 dan PAS dalam sejarah menjadi pembangkang terbesar di Parlimen. Selangor dan Pahang buat pertama kali berADUNkan PAS. Fitnah terbaru terhadap Anwar boleh mengsosongkan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat jika dia dipenjara lagi. Tetapi kesan terhadap Rais tidak sebesar itu. Rais boleh binasa tetapi Najib. Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan lain-lain yang masih ada potensi dapat meneruskan cengkapam kuku Umno yang sudah tidak berapa tajam itu. Kalau fitnah itu boleh memberi pulangan besar kepada politik pembangkang, maka bukan Rais yang berada di hujung jalan itu yang perlu digoda. Kalau dia tidak digodapun dia akan pergi. Dia mungkin pergi lebih cepat bila digoda. Bila dia pergi, dia pun habis. Tetapi kuku UMNO belum dipotong habis. Hayatnya bersambung lagi. Berbeza fitnah itu ditumpukan kepada Muhyiddin, Zahid Hamidi dan lain-lain. Mereka sedang memanjat tapak yang lebih tinggi dan mereka muda dan masih banyak masa dan tenaga. Mereka juga lebih penting dari Rais yang masa depannya sudah tidak banyak. Dari membuang masa yang banyak memfitnah Rais, maka lebih menguntungkan kalau memfitnah Muhyiddin dan rakan-rakannya yang lain. Bahkan memfitnah Datuk Seri Najib tidak begitu diperlukan sangat kerana dia sendiri sudah letih dengan berbagai fitnah yang melandanya. Fitnah tentangnya sudah disekeliling pinggang. Menambah fitnah terhadapnya lebih memberi banyak kesan dari memfitnah Rais. Kalau Najib boleh binasa dengan beban fitnah yang bertambah, maka binasanya itu boleh memberi keuntungan besar kepada pembangkang. Walau pun Muhyiddin dan Zahid masih ada, tetapi kesannya jauh lebih besar dari membinasakan Rais. Kalau Najib yang boleh binasa sendiri tidak begitu perlu difitnah lagi, maka keperluan memfitnah Rais tidak mampu memberi keuntungan lebih besar kepada pembangkang. Tidak begitu perlu pembangkang memfitnah Rais atas suasana yang ada padanya sudah tidak berpotensi besar kepada BN dan Umno. Yang perlu memfitnah Rais ialah orang Umno yang begitu lama menunggu untuk menjadi calon BN di Jelebu. Jika dia tidak dikacau, maka dia mungkin menjadi calon lagi di Jelebu. Sampai bila orang Umno lain hendak menunggu. Pada saya jika fitnah terhadap Rais datang bukan dari dirinya sendiri, tidak begitu besar keperluan itu datang dari pembangkang. Maka melemparkan fitnah itu datang dari luar tidak banyak dapat membantu Rais keluar dari badai yang melandanya. Dia perlu banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sabar itu menyerah diri kepada Allah sambil memenuhi syarat-syaratnya DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Kirim ‘ayaq kencing’ kepada Menteri Pelajaran? Posted: 17 Jan 2011 08:00 PM PST
sentiasa KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Kerajaan UMNO-BN jatuh.. Ben Razak nak lari kemana? Posted: 17 Jan 2011 05:00 PM PST 3 cara nak gantikan sebuah kerajaan atau pimpinan. Melalui rampasan kuasa tentera, pilihanraya atau jalanraya. Kini tumbangnya pemerintahan kuku besi Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali selama 23 tahun yang berjaya digulingkan rakyatnya melalui jalanraya meskipun beliau dahulunya mendapat kuasa melalui rampasan kuasa tentera.Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas. Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai. Tiadanya peluang pekerjaan sehingga mahasiswa teragut nyawanya akibat ditahan untuk menjual buah dan sayur bagi menyara keluarganya. Penderitaan sekian lama yang mencengkam akhirnya meledak dan pengaruh mahasiswa dan golongan muda menyaksikan tumbangnya sebuah empayar kuku-besi di Tunisia. Meskipun Tunisia bekas negara jajahan Perancis, Ben Ali dihalang untuk melarikan diri ke Perancis oleh Presiden Nicholas Sarkozy. Kini Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.Rashid Ghanoushi yang berada dibuangan negeri di London kini akan kembali ke Tunisia. Diharapkan cahaya gerakan Islam akan kembali bertapak dan berkembang setelah era kejatuhan ideologi manusia yang terlalu rapuh untuk memerintah manusia. Usia pemerintahan Ben Ali lebih-kurang sama dengan Mahathir. Pemerintahan perkauman arab di Tunisia lebih-kurang sama dengan Umno-BN memerintah Malaysia. Sememangnya tak mampu ditahan lagi. Usia pemerintahan Umno-BN sudah sampai tahap menggelunsur. Kini giliran Pas PR menggantikan Umno-BN. Tetapi Pas dan PR akan menjatuhkan UMNO-BN dalam medan pilihan-raya. Sejak 1951 Pas memilih pendekatan pilihanraya sebagai satu pendekatan aman. Meskipun diprovokasi, difitnah, dizalimi, Alhamdulillah Pas masih lagi menggunakan pendekatan secara berhemah. Pas masih lagi menggunakan pendekatan tahalluf siyasi dengan parti-parti lain maupun kaum serta agama lain. Diharapkan Umno-BN masih lagi bersedia untuk berpencak di tanah yang sama rata. Kita juga bimbang kalau-kalau UMNO-BN sentiasa menggunakan kuasanya, berterusan melakukan ketidakadilan dalam system pemerintahan, sistem SPR yang menyebabkan rakyat rasa ditipu, ditindas, dizalimi serta dirampas hak mereka menyebabkan rakyat memilih jalanraya untuk mendapatkan hak mereka. Rakyat pun ada tempoh had kesabarannya. Ketika itu kemana pemimpin UMNO nak lari??? Kalau Mahathir dahulu pernah menyebut… kalau Anwar jadi PM beliau nak lari ke Australia. Ben Razak nak lari kemana pulak? Sekarang Rosmah berada diluar-negara dengan lawatan rasminya yang mengalahkan PM. Tengok-tengoklah negara mana yang sesuai untuk suaka politik??? ustsaifulbahri KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.
"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.
"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.
a sekarang cuba menangkisnya sebagai satu angkara jahat pembangkang untuk meruntuhkannya dan sekali gus meruntuhkan Umno. 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan