Kerabu Bersuara ® |
- Lima Projek Diberi Kepada Shamsuddin Hayroni Secara Runding Terus
- Tenang Masih Tenang, Tapi Umno Bergelora
- Kesian! Khir Tolol Ditelanjangkan Lagi.
- Polis Tangkap Penunjuk Perasaan Lapangan Terbang 2008
- Jualan UMW Toyota Motor Meningkat 12 Peratus Dalam 2010
- Ben Ali Digulingkan Sebab Isteri. Amaran Buat Najib Dan Rosmah
- Pelatih PLKN Beragama Sikh Dakwa Rambut Dipotong
- Anwar, Karpal Singh Didakwa Amal Politik Tidak Sihat
- Badminton: Lin Dan Antara Punca Jualan Tiket Naik 10 Peratus
- Rosmah Semakin Angkuh Salah Guna Kuasa. Minta Campur Tangan Istana
- Selangor accuses Khir Toyo of giving RM244m projects to co-accused
- Lawyers allowed to discharge from representing former Kelantan Sultan
- Izzah : Rakyat berhak semak dan persoal kos projek MRT
- [Lampiran Surat] Surat Kepada YAB DS Najib Razak Dari DS Anwar
- Najib Demam. Anwar Cabar Berdebat Sekali Lagi. Ambik Duit Rakyat Berani Pulak
- Krisis Kelantan: Polis ambil keterangan Ku Li esok
- Sultan Beri Perkenan Sidang DUN Selangor 24 Januari Ini
- Bukan Fail Cerai, Hanya Teman Anak Saudara – Vanidah Imran
- Nurul Izzah gesa PM siasat terbuka isu azan
- Saifuddin mahu budaya cabar debat politik dihentikan
- [Pandangan] Al Kisah De Facto Rosmah Mansor
- Panas! Azwan Ali Tibai Umi Dekat Twitter
- Najib Kata Dia Tidak Takut Berdebat Dengan Anwar. Persoal Masalah Peribadi Anwar
- Penyanyi Seksi, Jamu Arak. Umno Tidak Boleh Dipisahkan.Oh Tenang
- [Bergambar] Kunjungan Hormat YB Nazri Aziz Ke Pejabat Menteri Besar Kelantan
| Lima Projek Diberi Kepada Shamsuddin Hayroni Secara Runding Terus Posted: 18 Jan 2011 03:30 PM PST KENYATAAN AKHBAR 18 JANUARI 2011 Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum dengan kes melibatkan mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang berdepan tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam gejala rasuah. Kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat yang dimiliki Shamsudin Hayroni. Bagi mengelak timbul spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor menjelang perbicaraan kes Dr Khir, Kerajaan Negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek yang telah diberikan kepada Shamsuddin Hayroni ketika Dr Khir menjadi Menteri Besar. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni didedahkan untuk pengetahuan umum. Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza iaitu: 1. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16,Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000 2. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta 3. Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000 4. Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 5. Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.00 Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan. Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000. Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta. Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan. Pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni. Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi. Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan. FAEKAH HJ HUSIN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
| Tenang Masih Tenang, Tapi Umno Bergelora Posted: 18 Jan 2011 03:06 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar Besar kemungkinan Umno tidak akan mencalon wanita untuk bertanding dalam pilihan kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. Seorang calon wanita yang disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikatakan ada masalah. Umno akan mengumumkan calonnya petang esok. Muhyiddin Yassin dijangka melakukannya. Pas telah pun mengumumkan calonnya untuk diletakkan pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 30 Januari nanti. Calon Pas seperti diduga awal, Normala Sudirman, 35 seorang bekas guru. Sambutan dan komen awal terhadap Normala sebaik diumumkan sebagai calon memberangsangkan. Blog Merah Tinta sendiri menimangkan Normala sebagai Shopia Loren Umno dijangka mengumumkan calonnya esok. Ia mungkin dilakukan sendiri perdana menteri. Najib kena turun sendiri sebab pilihan raya Tenang tidak berapa tenang buatnya. Pilihan raya Tenang akan dijadikan petunjuk. Najib perlu Tenang menang bagi menolak analisa sesetengah pihak mengatakan pengaruh Umno di Johor sudah mulai berkurangan sejak kebelakangan ini. Najib juga perlu Tenang dimenangi Umno untuk membuktikan bahawa orang Cina masih menyokong Umno. Undi orang Cina yang beralih angin pada pilihan raya umum lalau dikatakan sudah berjangkit ke Johor. Sejauh mana wabak "PRU12" itu benar akan terjawab menjelang malam 31 Januari nanti. Pilihan raya Tenang juga akan membuktikan sejauh mana pengaruh peribadi Chua Soi Lek dan Chua Jeng Meng di Johor. Mudah saja.. kalau Tenang dimenangi dengan majoriti besar oleh Umno bermakna Jeng Meng tidak mempunyai pengaruh besar dan mampu merubah suasana. Kehadiran Jeng Meng dalam PKR tidak lebih dari gendang naga saja. Kemenangan Umno di Tenang juga memberi gambaran bahawa Umno masih kuat dan totok di negeri berjiran dengan Singapura itu. Sebaliknya kalau Umno kalah dan Pas menang, maka Umno Johor perlu bersiap sedia untuk membungkus diri. Selat Johor terbatang luas untuk menerima bangkai dan jenazah Umno dalam pilihan raya ke -13 kelak. Perkembangan hari ini menggambarkan bukan senang untuk Umno menang besar di Tenang. Bukan saja kerana Pas menurunkan "Shopia Loren" tetapi antara puncanya nakti kerana masalah dalaman parti tersebut. Tenang sebenarnya bergelora bagi Umno. Sehingga kini khabarnya Umno belum memutuskan siapa yang akan diletakkan berdepan dengan Shopia Loren. Ada empat nama yang disebut-sebut akan dipataruhkan oleh Umno. Mereka ialah timbalan ketua Umno Labis, Rsudin Mahmud, naib ketuanya, Hashim Daud. Dua nama lagi ialah ketua wanita Haslina Salleh dan seorang ahli biasa, Mohd Azhar Ibrahim. Rusdin dan Hashim masing-masing adalah guru. Rusdin pernah berkhidmat di sekolah di Chaah manakala Hahsim adalah pesara. Haslina pula seorang ahli perniagaan dan Azhar penolong pegawai Daerah Rengit. Itulah mpat nama yang disebut-sebut dan sedang berebut. Lobi melobi hangat dijalankan sehingga sampai ke Oman katanya? Kenapa Oman, tanya Mat Maslan ibnu Felda? Selain dari empat nama itu ada satu lagi nama yang bergerak dari bawah dan mendapat sokongan ramai. Dia dimaksudkan ialah bekas Pegawai Khas bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba, Rahman Yunus. Walaupun Rahman ahli biasa tetapi mempunyai pengaruh meluas di Labis. Sudah timbul cerita kalau beliau tidak dicalonkan, beliau akan membuat onar. Katanya 12 cawangan sudah berada di tangannya yang akan dibubarkan bila-bila masa saja kalau Rahman tidak dicalonkan. Sama ada benar atau tidak, katanya berdasarkan sumber yang layak dipercayai, Rahman juga sudah menemui Anwar Ibrahim. Apa cerita sila telefon Tamrin Ghafar. Sekiranya isu Rahmat ini tidak dapat diselesaikan Umno akan menghadapi masalah besar di Tenang. Isu Rahman inilah juga menjadikan Umno tidak tenang dan akan bergelora sehingga ke hari mengundi di Tenang. Apakah sempena dengan kunjungan Najib untuk meletak kerja hari ini, Rahman sudah dibawah berjumpa Najib? Apakah? http://msomelayu.blogspot.com/ |
| Kesian! Khir Tolol Ditelanjangkan Lagi. Posted: 18 Jan 2011 08:41 AM PST Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahnya Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 18 Jan – Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri. Kedua-dua Dr Khir (gambar) dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007. Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini. "Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini. Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu. Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Dr Khir kelak. Awal bulan lalu, Dr Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran. Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor. Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin. Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum. "Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza," katanya lagi. Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000. "Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan," jelas beliau. Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta. "Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan," katanya. Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi. |
| Polis Tangkap Penunjuk Perasaan Lapangan Terbang 2008 Posted: 18 Jan 2011 08:00 AM PST BANGKOK, 18 Jan (Bernama) - Selepas lebih dua tahun rampasan dua lapangan terbang oleh penunjuk perasaan, polis hari Selasa menangkap dua orang daripada mereka di ibu negara ini. Pembantu Ketua Polis Jen. Polis Somyot Pumpanmuang berkata Chaiwat Sinsuwong ketika ini ketua kumpulan Thai Patriots Network dan Somboon Thongburan, seorang anggota kumpulan tersebut ditahan di sebuah restoran di sini pada 1.30 tengah hari. Mereka akan didakwa kerana merampas dua lapangan terbang tersebut. Thai Patriots Network merupakan kumpulan serpihan parti People's Alliance for Democracy (PAD) yang merampas lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Muang, di sini pada November, 2008. PAD juga dikenali sebagai Kemeja Kuning, menyekat lapangan terbang itu selama beberapa hari mengakibatkan banyak penerbangan antarabangsa dan domestik dibatalkan ketika itu. Mereka merampas lapangan terbang itu sebagai langkah untuk memaksa peletakan jawatan Perdana Menteri Somchai Wongsawat. Puak penentang Kemeja Kuning, Kemeja Merah menyalahkan kerajaan kerana mengambil tindakan lembab terhadap penunjuk perasaan Kemeja Kuning, tetapi bertindak pantas terhadap Kemeja Merah. |
| Jualan UMW Toyota Motor Meningkat 12 Peratus Dalam 2010 Posted: 18 Jan 2011 07:30 AM PST KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah menjual 92,000 unit kenderaan Toyota baharu pada 2010, meningkat 12 peratus daripada 82,000 unit pada tahun sebelumnya. Presidennya, Ismet Suki, berkata syarikat itu mengekalkan agihan pasarannya bagi 2010 sebanyak lebih 15 peratus berbanding jumlah industri keseluruhan (TIV) dan masih berada pada kedudukan nombor satu dalam segmen bukan nasional bagi 21 tahun berturut-turut. "Vios tetap merupakan model paling popular dengan jualan hampir mencecah 33,700 unit, diikuti oleh Hilux (18,600 unit) dan Camry (11,500 unit)," kata Ismet dalam satu kenyataan di sini hari Selasa. Ismet berkata jenama Lexus berkembang sebanyak 42 peratus kepada 430 unit berbanding 300 unit pada 2009. Kata beliau dengan prestasi jualan yang baik, perkhidmatan selepas jualan mencatat rekod dengan hampir 1.1 juta unit disenggara. Sepanjang tahun 2010, kemudahan pembuatan, Assembly Services Sdn Bhd, mencatatkan jumlah pengeluaran tertinggi iaitu sebanyak 69,000 unit setahun, sejak ia mula beroperasi pada 1968, katanya. Mengenai unjuran jualan bagi 2011, Ismet berkata TIV dijangka pada sekitar 600,000 unit. "Kami yakin dengan keadaan pasaran kenderaan bermotor sekarang dan menjangka momentum ini berlanjutan hingga ke bulan-bulan akan datang," katanya. Beliau berkata syarikat itu merancang untuk melancarkan model-model baharu tahun ini dan antara kenderaan yang dijangka dilancarkan dalam suku pertama ialah model hibrid Lexus, CT 200h. "Ini merupakan model hibrid Lexus yang ketiga selain LS 600h L dan RX 450h yang dilancarkan pada akhir tahun lalu," kata Ismet. Menurut Ismet syarikat itu akan mengembangkan rangkaian jualan dan selepas jualannya tahun ini. "Antara wakil jualan dan kemudahan baharu yang sedia untuk dilancarkan ialah bilik pameran baharu Lexus di Johor Bahru, yang mula beroperasi semalam, sebuah bilik pameran di Lembah Klang menjelang akhir tahun dan sebuah pusat jualan, penyenggaraan dan alat ganti Toyota di Ipoh," jelasnya. Kata Ismet untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik, UMW-Toyota merancang untuk meningkatkan bilangan ruang penyenggaraan sebanyak 14 peratus tahun ini, dan menambah 22 peratus lagi ruang penyenggaraan badan kenderaan dan mengecat. "Proses penyerahan kenderaan sentiasa penting dalam jualan kereta baharu. Dengan hasrat memperbaiki masa penyerahan kepada pelanggan kami, kami akan juga melabur RM200 juta untuk menubuhkan dan mengembangkan kemudahan Ruang Simpanan Pusat kami di Bukit Raja, Klang," katanya. Projek itu, yang bermula tahun lepas, dijangka siap dan memulakan operasi dalam suku ketiga tahun ini, katanya. |
| Ben Ali Digulingkan Sebab Isteri. Amaran Buat Najib Dan Rosmah Posted: 18 Jan 2011 07:15 AM PST Lagi pemimpin diguling kerana isteri Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat yang sudah jijik dengan keserakahan isteri beliau Leila Trabelsi, 52. Leila bekas pereka rambut berumur 20 tahun lebih muda dari Zine el-Abidine, sangat cintakan kekayaan dan kemewahan sehingga beliau disamakan dengan Imelda Marcos Arab. Ben Ali, 74, telah diberikan perlindungan di Arab Saudi, isterinya tidak turut sama malah telah bersembunyi di Dubai – bandaraya mewah untuk beliau shopping. Dua anak perempuan mereka Nesrine Ben Ali, 24, dan adiknya Cyrine telah melarikan diri ke Hotel Disneyland di Paris, di mana mereka bersembunyi di suite VIP £300 untuk satu malam. Hasil korup keluarga ini dianggarkan sebanyak £3.5billion telah disimpan di Peranchis bekas penjajah Tunisia. Mewahnya anak Ben Ali, Nesrine Ben Ali, 24, yang berada di Disneyland sehingga beliau menjamu daging lembu terbaik yang diterbangkan dengan jet mewah oleh suaminya untuk diberi makan kepada harimau kesayangannya bernama Pasha. Kebangkitan rakyat telah digerakkan melalui internet, Facebook,Blog dan laman web social yang lain sehinggakan ada remaja Tunisia yang bekerja di Paris, Mohamed Ben Hazouz, jurutera software pulang untuk menyertai demonstrasi apabila menadapat maklumat dari Facebook dan Blog. Presiden Tunisia ini bukanlah pemimpin yang pertama di bunia ini yang digulingkan kerana keserakahan isteri, sejarah seharusnya mengajar. |
| Pelatih PLKN Beragama Sikh Dakwa Rambut Dipotong Posted: 18 Jan 2011 07:00 AM PST IPOH, 18 Jan (Bernama) -- Seorang remaja lelaki beragama Sikh enggan meneruskan program latihan khidmat negara selepas mendakwa beliau mengalami trauma apabila rambutnya dipotong semasa sedang tidur Ahad lepas. Basant Singh, 18, berkata kejadian itu sangat mengejutkan beliau kerana rambutnya tidak pernah digunting sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama. "Saya tidak berpuas hati dan tidak mahu meneruskan lagi latihan...saya mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di rumahnya yang di kawasan Rumah Ibadat Sikh Wadda Gurdwara Sahib di sini. Basant telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada petang Ahad berhubung insiden itu yang dipercayai berlaku antara 3 pagi hingga 6.30 pagi Ahad. Beliau mendakwa insiden itu berlaku semasa beliau sedang tidur di asrama lelaki Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi Ahad lepas. Katanya, beliau yang mengikuti latihan di kem itu sejak 4 Jan hanya menyedari perkara itu apabila bangun tidur pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan mendapati rambutnya yang sebelum ini panjang hingga mencecah pinggang didapati sudah pendek sekadar paras bahu, dipercayai dipotong antara 50 hingga 60 sentimeter. Basant berkata beliau terus menghubungi ayahnya, Surinderpal Singh, 46, bagi memaklumkan perkara itu dan pihak kem kemudian membenarkan beliau bercuti selama seminggu dan melaporkan diri semula pada Ahad ini. Beliau berkata 10 pelatih lain yang tinggal bersamanya turut terkejut dengan kejadian itu dan mengesyaki ia dilakukan oleh penceroboh kerana asrama berkenaan tidak berkunci. Katanya, kesemua pelatih yang tinggal bersama dalam asrama berkenaan berasal dari Ipoh, Perak dan beliau mengenali mereka. Sementara itu, ayahnya Surinderpal berkata beliau juga tidak bersetuju anaknya kembali meneruskan latihan di kem berkenaan kerana bimbangkan keselamatannya. "Jika ketika tidur orang lain boleh sewenang-wenangnya masuk ke asrama dan memotong rambut penghuninya, tidak mustahil pada masa akan datang mereka memotong leher anak saya tanpa sedar," katanya. Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata pihaknya sedang menyiasat aduan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab. Bagaimanapun, katanya kesemua 27 pelatih di bilik yang sama telah disoal siasat dan pihaknya tidak menemui objek tajam atau rambut yang dikatakan dipotong. "Menteri Pertahanan (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah mengarahkan agar kajian terperinci dibuat dan saya telah mengarahkan Pengarah Operasi JLKN Kol Sanusi Hashim untuk mengetuai siasatan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa. Abdul Hadi berkata pihak pengurusan kem PLKN sedia maklum tentang agama Sikh dan rambut mereka tidak boleh dipotong dan pelatih-pelatih diberi ingatan supaya bahasa, agama dan kebudayaan rakan-rakan mereka dihormati. Komandan kem telah memberi cuti kepada pelatih berkenaan berasaskan permohonan ibu bapa pelatih untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan secara kebetulan pelatih tersebut mempunyai temu janji dengan doktor gigi pada Jumaat ini, katanya sambil menyatakan kecewa dengan kejadian itu. Abdul Hadi juga berkata pelatih sememangnya tidak dibenarkan untuk membawa sebarang objek tajam dan pihak pengurusan mempunyai pengawasan yang ketat terhadap perkara tersebut. |
| Anwar, Karpal Singh Didakwa Amal Politik Tidak Sihat Posted: 18 Jan 2011 06:45 AM PST KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari Selasa mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan pengerusi DAP Karpal Singh mengamalkan politik tidak sihat. Beliau mendakwa Anwar menggunakan politik sebegitu untuk melepaskan diri daripada kes liwat yang dihadapinya manakala Karpal Singh yang menjadi peguam belanya dalam kes itu, menggunakan kes liwat itu sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi DAP. Anuar mendakwa keadaan itu telah mengelirukan anggota PKR yang telah membiarkan diri mereka diperdagangkan oleh Anwar dan parti itu dikuasai pihak lain. |
| Badminton: Lin Dan Antara Punca Jualan Tiket Naik 10 Peratus Posted: 18 Jan 2011 06:30 AM PST KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Penyertaan pemain sensasi China, Lin Dan merupakan antara faktor yang melonjak 10 peratus penjualan tiket Kejohanan Badminton Proton Terbuka Malaysia tahun ini berbanding kejohanan tahun lepas. Perkara ini diakui oleh Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh berikutan daripada keseluruhan 11,000 tiket yang dijual lebih 70 peratus tiket telah dibeli peminat sejak kejohanan dipromosikan November tahun lepas. "Mungkin ramai yang menjangkakan penampilan semula Lin Dan dalam Terbuka Malaysia 2011 ini akan memberi kelainan kerana beliau dijangkakan akan bertemu pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan akhir. "Faktor inilah mungkin menyebabkan peningkatan penjualan walaupun harga tiket berbeza mengikut hari," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari Selasa. Beliau berkata BAM sangat berpuas hati dengan penjualan tiket yang laris pada tahun ini berbanding tahun lepas yang penjualannya dianggarkan sekitar 60 peratus. "Tempat duduk kelas Premium mencatat penjualan yang paling laris dengan 60 peratus penjualan setakat ini untuk perlawanan separuh akhir dan akhir. Ia masih terbuka kepada peminat untuk mendapatkan tempat duduk ini," katanya. Dalam pada itu beliau berkata jumlah penonton yang hadir pada perlawanan pusingan kelayakan hari ini dilihat begitu membanggakan kerana lebih ramai daripada tahun-tahun sebelumnya. "Kita tidak menjangkakan ramai penonton pada hari ini yang dilihat lebih 100 penonton datang melihat. Saya harap jumlah penonton akan bertambah menjelang saingan separuh akhir nanti," katanya. Peminat boleh mendapatkan tiket di hadapan pintu masuk Stadium Putra Bukit Jalil seawal 8 pagi hingga 5 petang. Tiket untuk kategori premium dijual pada kadar harga RM25 hingga RM45, tempat duduk bawah (RM15-RM35) dan tempat duduk atas (RM10-RM20). Perlawanan hari ini menyaksikan pemain pelapis negara, Chong Wei Feng gagal memanfaatkan peluang untuk menempatkan diri dalam kelayakan utama kejohanan apabila tersingkir awal dalam pusingan kelayakan pertama. Wei Feng terpaksa akur dengan kehebatan lawannya Tommy Sugiarto dari Indonesia apabila tumpas straight set 21-16, 24-22 dalam masa 42 minit. |
| Rosmah Semakin Angkuh Salah Guna Kuasa. Minta Campur Tangan Istana Posted: 18 Jan 2011 06:00 AM PST Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan. Seorang jurucakap memberitahu FMT bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh... pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini. Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu. Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah. "Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung. Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini. 'Rosmah semakin angkuh' "Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya. "Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri," menurutnya lagi. Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar. "Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini. Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung," ujar beliau. Perkasa tidak bersuara Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini. "Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun. "Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa. Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu. "Selain saya dan dua rakan dari Perkasa, rakan kami yang lain ialah dari Umno, PKR dan PAS. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing. "Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti," katanya lagi. Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian. "Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor. Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik," ujar beliau. Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya. Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rosmah mencampuri urusan negara "Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada," menurut sumber itu lagi. Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu. "Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?" soal beliau. "Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM? "Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini," tambah beliau. |
| Selangor accuses Khir Toyo of giving RM244m projects to co-accused Posted: 18 Jan 2011 05:45 AM PST By Shannon Teoh SHAH ALAM, Jan 18 – Selangor accused Dr Mohd Khir Toyo today of awarding five direct tenders worth RM244 million to Ditamas director Shamsuddin Haryoni when the Umno leader was the state mentri besar. The duo are defendants in a graft trial where Dr Mohd Khir has been accused of accepting two lots of land from Shamsuddin worth RM3.5 million in 2007. The Selangor Mentri Besar's political secretary Faekah Husin said details of the direct tenders were being made public to "avoid speculation and negative assumptions" towards the state government during Dr Mohd Khir's trial which is scheduled for June. "The state government believes that this information will help the authorities with their investigations," she said in a statement tonight. Faekah added that Dr Mohd Khir's administration also awarded two projects to companies owned by Shamsuddin worth RM30 million although one, worth RM14 million, was revoked by the state last year. She said that the disclosure of this information was to ensure that the Selangor government and its staff did not become implicated in Dr Mohd Khir's draft trial. Dr Mohd Khir, who is Sungai Panjang assemblyman and Selangor opposition leader, has been the subject of repeated claims of abuse of power by the Pakatan Rakyat (PR) state government. The current administration has claimed that he used public money amounting to RM1.8 million to fund a trip for his family to Disneyland and that his palatial home is worth RM24 million. The former Selangor mentri besar was charged with accepting two land lots for RM3.5mil – said to have been bought by Shamsuddin for RM6.5mil. Dr Khir is alleged to have accepted the two lots from Shamsuddin in May 29, 2007. The lots were bought by Shamsuddin in 2004. Shamsuddin is charged with abetting Dr Khir in the deal. The charge under Section 165 of the Penal Code carries a two-year jail term, fine or both. |
| Lawyers allowed to discharge from representing former Kelantan Sultan Posted: 18 Jan 2011 05:30 AM PST PUTRAJAYA, Jan 18 – Counsel Raja Aziz Addruse and solicitor Abdul Rashid Ismail have discharged themselves from representing former Sultan of Kelantan Tuanku Ismail Petra in his third petition challenging the constitutionality of his eldest son's ascension to the throne. The ground for their discharge was in the light of the Federal Court's refusal to fix the hearing date of the petition in mid-March this year as sought by them. The grounds were cited in Abdul Rashid's affidavit which was filed in support of their notice of motion seeking to cease to act on behalf of Tuanku Ismail Petra. Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Richard Malanjum presiding a three-man panel today granted their application to be discharged. On the bench with him were Federal Court judges Datuk Hashim Yusoff and Datuk Seri Md Raus Sharif. Lawyer Sunil Abraham representing Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra) did not object to the application. In his affidavit, Abdul Rashid said Tuanku Ismail Petra had appointed Raja Aziz and his legal firm Messrs Rashid Zulkifli to represent him in the petition. He said his firm had requested the hearing be fixed in mid-March this year because Raja Aziz, whom Tuanku Sultan Ismail Petra requested to argue his petition on his behalf, would only be completing his medical treatment in a hospital in Singapore in early March. The Federal Court deputy registrar, however, denied their application and fixed February 10, this year for the hearing of Sultan Muhammad V's application to strike out the petition. In the third petition which was filed on September 20, last year, Tuanku Ismail Petra sought the Federal Court's opinion on legal issues over the alleged amendment to the state constitution and the appointment of the regent as the Sultan. On September 13, last year, the state Council of Royal Succession had appointed Tengku Muhammad Faris Petra as Sultan of Kelantan, replacing his father, who has been incapacitated since May 2009. On November 26, last year, two petitions questioning the extent of the Regent's power and authority during a Sultan's incapacitation filed by Tuanku Ismail Petra, were dismissed by the Federal Court which had ruled that the former ruler did not have the legal standing to refer questions for determination of the apex court. – Bernama |
| Izzah : Rakyat berhak semak dan persoal kos projek MRT Posted: 18 Jan 2011 05:00 AM PST KELANA JAYA, 18 Jan – Rakyat disaran menggunakan hak mereka untuk menyemak dan mempersoal angka dan kos yang diumumkan kerajaan Barisan Nasional(BN) dalam perlaksanaan projek Sistem Transit Awam(MRT). Saranan ini dikemukakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana sekiranya dibiarkan dibimbang ia akan mengulangi skandal pembinaan LRT sebelum ini. Dalam sidang media di Ibupejabat parti pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, rakyat kini sedang diheret ke kancah hutang yang tinggi dalam sejarah negara. "Kita akan membuat satu komitmen kewangan terbesar dalam sejarah negara maka kita patut memastikan struktur kewangan projek ini teratur dan dilaksanakan dengan mengambil kita yang terbaik bagi negara," kata beliau. Jelas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berdolak dalih berkenaan kos sebenar projek di mana kos RM36 bilion yang diumumkan sebelum ini meningkat hingga RM50 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Sekiranya ini berlaku, kadar hutang negara akan melonjak melebihi paras 60 peratus dari pada jumlah Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) apabila projek tersebut siap dibina. "Keputusan untuk meningkatkan hutang negara sedemikian rupa memerlukan analisa dan semakan yang teliti supaya generasi akan datang tidak menanggung hutang akibat kesalahan kerajaan hari ini," kata beliau lagi. Beliau seterusnya berkata, kerajaan BN perlu membuktikan komitmennya dalam menjaga harta negara dan rakyat daripada dimanipulasi oleh golongan berkepentingan dengan mempertimbangkan beberapa langkah seperti berikut; Pertama, melantik sebuak jawatankuasa khas Parlimen untuk menyelia projek dengan melibatkan para ahli parlimen, pakar kejuruteraan dan aktivis pengangkutan sebagai badan pemantau perbelanjaan projek. Kedua, menilai semula kepakaran tenaga kerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan adanya kepakaran yang diperlukan untuk menyelia dan menyemak perlaksanaan projek. Ketiga, menilai semula lantikan syarikat kerjasama MMC-Gamuda sebagai Rakan Pelaksana Projek (RPP) bagi mengelakkan syarikat berkepentingan diberi kuasa memilih kontraktor tambahan. Keempat, menilai keperluan melantik konsortium kejuruteraan nilai dan pakar juru ukur bahan untuk memastikan projek dilaksanakan pada kos yang minima. Kelima dan terakhir laiah dengan membandingkan kos pelaksanaan per kilometer dan kos per bilangan penumpang sebagai kayu ukur dengan kos bagi projek yang sama di negara lain seperti Singapura dan Hong Kong. |
| [Lampiran Surat] Surat Kepada YAB DS Najib Razak Dari DS Anwar Posted: 18 Jan 2011 04:15 AM PST ![]() Debat: Anwar hantar jemputan kepada Najib Surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri KUALA LUMPUR, 18 Jan – Parti Keadilan Rakyat(PKR) menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat. Surat jemputan ini disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli. Jelasnya, debat itu perlu dibuat berikutan Najib sebelum ini membuat kenyataan tanpa bersandar fakta, kononnya negara bankrap jika Pakatan Rakyat melaksanakan janji yang termaktub dalam Buku Jingga. "Ini bukan persoalan pertemuan antara dua tokoh atau antara individu tertentu tetapi ia berkaitan kandungan Buku Jingga yang mengandungi pelbagai dasar kebajikan untuk rakyat. "Isu harga barang naik, bukan isu politik. Ini isu rakyat yang terus terbeban setiap kali harga barang meningkat. Buku Jingga ada cara untuk menurunkan harga barang," katanya. Ketua Eksekutif, di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata, Pakatan Rakyat akan melaksanakan 10 perkara penting dalam masa 100 hari sebagaimana yang termaktub dalam Buku Jingga. "Najib dakwa kononnya Malaysia bankrap jika melaksanakan dasar dalam Buku Jingga. Kalau betul bagai didakwa, beranikanlah diri untuk berdebat. "Anwar sudah bersedia, Najib bagaimana," katanya. |
| Najib Demam. Anwar Cabar Berdebat Sekali Lagi. Ambik Duit Rakyat Berani Pulak Posted: 18 Jan 2011 04:00 AM PST Debat: Anwar cabar Najib buat kali kedua Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 18 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pelawaan kedua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu membuat pelawaan kedua itu – selepas yang pertama 11 Januari lalu – dalam surat yang dihantar kepada Najib hari ini. Anwar berkata beliau membuat pelawaan kedua itu selepas tiadanya respons daripada Najib sehingga kini. Salinan surat itu diedarkan kepada media ketika Najib membuat kenyataan di Tenang, Labis agar Anwar jangan membuat cabaran berdebat supaya tidak "demam". Najib berkata, Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu "demam" kelak jika dibongkarkan ketika berdebat. Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji. "Setelah hampir seminggu berlalu tanpa sebarang jawapan positif daripada Datuk Seri, saya dengan ini mengulangi jemputan kepada Datuk Seri untuk berbahas secara terbuka isu berkaitan kedudukan ekonomi negara dan fakta-fakta yang terkandung dalam Buku Jingga, sebuah dokumen yang menzahirkan harapan dan iltizam Pakatan Rakyat," kata Anwar. Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berharap Datuk Seri menerima pelawaan debat ini kerana yakin hujah yang bakal diutarakan oleh kedua-dua pihak mampu memberi manfaat kepada usaha memperkukuh amalan demokrasi, penyebaran maklumat tanpa sekatan dan memulihkan kembali ekonomi negara. Pada Rabu lalu, Najib mengetepikan cabaran Anwar dengan menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan. "Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu. "Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik," kata Najib minggu lalu. Kata Najib, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai. Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin juga mencabar Anwar agar berdebat dengan beliau, bukannya berdebat dengan Najib. Khairy melihat ketua pembangkang itu bukan standard Najib yang juga presiden Umno dan Pengerusi BN. Ekoran Khairy itu tiga pemimpin PKR mengajaknya berdebat iaitu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli. |
| Krisis Kelantan: Polis ambil keterangan Ku Li esok Posted: 18 Jan 2011 03:37 AM PST Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 18 Jan – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan diambil keterangan oleh polis Kelantan di ibu negara petang esok berhubung kenyataannya mengenai krisis Kelantan tahun lalu. Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis Kota Baru akan merakamkan kenyataan anggota kerabat diraja itu di rumahnya di Jalan Langgak Golf di sini 3 petang esok. Pada sidang media di sini awal bulan lalu ahli politik itu yang mesra dikenali sebagai "Ku Li" memberitahu, beliau masih berpendapat Tuanku Ismail Petra adalah pemerintah Kelantan yang sah dan bukannya anakanda baginda Tengku Muhammad Faris Petra. Pada 7 Disember lalu, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan Tengku Razaleigh (gambar) yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau. Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan dalam kenyataan kepada medianya masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang. Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I). Pada 5 Disember lalu, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan. Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. |
| Sultan Beri Perkenan Sidang DUN Selangor 24 Januari Ini Posted: 18 Jan 2011 02:30 AM PST SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. -BERNAMA |
| Bukan Fail Cerai, Hanya Teman Anak Saudara – Vanidah Imran Posted: 18 Jan 2011 02:00 AM PST ![]() Oleh NIEZAM ABDULLAH PETALING JAYA: Juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim pertama, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (gambar) berada di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin hanyalah untuk menemani anak saudara mereka yang mahu menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak. Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee memberitahu mStar Online di sini pada Isnin malam berkata, anak saudara suaminya itu mempunyai masalah rumah tangga dan meminta mereka membantu untuk menyelesaikan kes berkenaan. "Saya dan Rashidi tidak ada apa-apa benda yang nak buat hari ini (Isnin), jadi kami mengambil peluang untuk menemani anak saudara kami ke mahkamah. Kebetulan pula saya dan Rashidi ni artis, mungkin senang sikit untuk berurusan dengan pihak berkenaan," katanya. Vanidah diminta mengulas kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama Rashidi pada Isnin kira-kira pukul 12.45 tengah hari menyebabkan timbul tanda tanya sehingga ada yang berkata kononnya mereka hendak memfailkan perceraian. Vanidah hadir dengan berpakaian serba hitam manakala Rashidi dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan yang secara kebetulan berada di mahkamah untuk mengikuti satu kes lain. Ditanya mengenai insiden itu, pengacara Nona tersebut berkata, dia dan suami tiba-tiba didatangi jurugambar yang terus mengambil gambar tanpa bertanya tujuan sebenar mereka ke mahkamah. Cara itu kata Vanidah menyebabkan Rashidi agak kurang selesa sehingga membuatkan jurugambar berkenaan mungkin menyangka mereka berdua sedang menghadapi masalah rumah tangga. Kata Vanidah, sebagai pasangan yang menjadi contoh kepada artis-artis lain, hubungannya dengan Rashidi sangat bahagia dan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri. Dia bagaimanapun berharap, pada masa akan datang pihak-pihak tertentu jangan mudah untuk membuat spekulasi negatif terhadap sesuatu perkara sebaliknya terus bertanya kepada mereka berdua untuk mendapatkan sesuatu kepastian. Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang anak, Mikail Aimran, 7, dan Mariyam Rashika, 6 tahun. Pada majlis ulang tahun perkahwinan ke-10 yang diadakan pada 22 September tahun lalu, mereka mengakui jatuh cinta pandangan pertama semasa berlakon di dalam drama Atirah. Pada 29 Disember 2007, Rashidi dan Vanidah yang mewakili Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia diumumkan sebagai pemenang Sehati Berdansa. |
| Nurul Izzah gesa PM siasat terbuka isu azan Posted: 18 Jan 2011 01:30 AM PST Oleh Shazwan Mustafa Kamal PETALING JAYA, 18 Jan — Nurul Izzah Anwar mahukan satu siasatan terbuka berhubung isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Lembah Pantai sambil berkata ia perlu memandangkan wujud "pertindihan fakta" antara penjelasan Putrajaya dan pengurusan masjid tersebut. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, ketua imam masjid Mahadi Abdullah mengaku telah memperlahankan laungan azan ekoran arahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). "Ada beberapa pertindihan, khususnya apabila (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan arahan dikeluarkan supaya masjid memperlahankan laungan azan. "Khamis lalu, Mahadi Abdullah mengatakan bahawa masjid mengurangkan nada azan ekoran arahan daripada Jawi... Jawi seharusnya mengeluarkan garis panduan mengenai azan, agar dapat digunakan di seluruh negara bagi mengelakkan sebarang kekeliruan," kata Nurul Izzah (gambar), yang juga Naib Presiden PKR dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Persoalan di sini sama ada benar Perdana Menteri dan menteri-menteri lain menerima surat aduan (pengadu yang mendakwa dia ahli MCA) dan apakah respons Perdana Menteri? "Meskipun pengadu telah membuat permohonan secara terbuka, adalah penting siasatan terperinci dan terbuka diadakan untuk menjelaskan bagaimana perkara itu tercetus... menjadi harapan saya isu ini tidak diketepikan begitu sahaja demi kepentingan rakyat Malaysia dan juga penduduk Lembah Pantai yang ingin mengetahui kebenaran," kata Nurul Izzah. Semalam, ahli MCA berkenaan Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi, Lembah Pantai diperlahankan. "Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya. Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya. Ekoran itu, Perkasa dan Pekida telah mengadakan protes di pekarangan masjid berkenaan bagi mengecam tindakan Ng yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti umat Islam. Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi. Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, yang turut hadir sidang media semalam berkata, isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia merupakan salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar. Beliau juga meminta permohonan maaf Ng diterima oleh semua pihak. Malah, Raja Nong Chik juga menafikan adanya arahan daripada pihak atasan yang meminta pihak masjid memperlahankan suara azan berikutan aduan Ng. "Pihak Jawi sendiri menafikan bahawa adanya arahan tersebut dan saya sendiri tidak tahu-menahu mengenainya," katanya. |
| Saifuddin mahu budaya cabar debat politik dihentikan Posted: 18 Jan 2011 01:00 AM PST KUANTAN, 18 Jan — Seorang anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini meminta agar budaya cabar berdebat pada kalangan pemimpin politik dihentikan kerana tindakan itu tidak membawa sebarang manfaat. Selain itu, Datuk Saifuddin Abdullah yang merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata Malaysia juga masih belum mencapai tahap budaya debat politik yang sihat bagi menganjurkan perdebatan antara pemimpin politik. "Debat politik itu sebenarnya baik, tetapi perlu menggunakan cara yang betul dan bukannya cabar-mencabar kerana ia tidak akan ada penghujung," katanya kepada pemberita di sini. Beliau diminta mengulas mengenai cabaran yang dilontar beberapa pemimpin politik untuk berdebat mengenai janji Program 100 Hari Pakatan Rakyat jika memenangi pilihan raya umum akan datang. Antara yang terlibat dalam cabar-mencabar ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umno Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ismail dan Ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin. Dipetik Bernama, Saifuddin juga berpandangan perdebatan yang mengikut emosi tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya menjadi bahan ketawa rakyat. Terdahulu, beliau melancarkan Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), iaitu pusat pertama seumpamanya di Institusi Pengajian Tinggi di kawasan pantai timur. Pada majlis itu beliau turut menyarankan IPT tempatan agar mewujudkan pusat bahasa bagi menggalakkan penguasaan bahasa ketiga pada kalangan mahasiswa dan seterusnya meluaskan peluang pekerjaan untuk mereka. |
| [Pandangan] Al Kisah De Facto Rosmah Mansor Posted: 18 Jan 2011 12:30 AM PST Betuah betul anak Nogori ini - Hebat..hebat! Pemimpin de facto BN kini berada jauh dari sempadan negara kita. Beliau kini berada diOman dalam siri lawatan mempertingkatkan hubungan dua hala negara kita dengan banyak negara didunia ini. Beliau baru sahaja kembali dari lawatan keSaudi Arabia juga dengan niat dan sebab yang sama. Dalam lawatan rasmi ini pemimpin de facto kita ini akan mengadakan perundingan yang meliputi perdangan, perlancungan dan pendidikan awal bagi kanak-kanak Nampaknya renganlah sedikit tugas-tugas Presiden UMNO kita dalam kesibukan membuat persedian menghadapi pilihanraya umum serta persediaan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dalam tempuh 4 atau lima bulan ini. Kesibukan pemimpin de facto kita ini sangat jelas kelihatan kerana beliau baru sahaja kembali ketanah air untuk menghadziri majlis resepsi pernikahan Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dua malam yang lepas. Hebat..hebat. Ini merupakan fenomena baru dalam politik dan kepimpinan kita. Disinilah perbezaan diantara PKR dan UMNO. Jika UMNO diketuai oleh Najib (suami) dan pemimpin difactonya DS Rosmah, PKR pula diketuai oleh Wan Azizah dan pemimpin de factonya ialah Anwar (suami). Ini merupakan perbezaan diantara UMNO dan parti serpihannya PKR. Lain-lain rasanya sama sahaja. Sambutan rasmi besar-besaran diadakan untuk menunggu 'keberangkatan' DS Rosmah diOman dan ini merupakan kali pertama Oman mengadakan sambutan yang sebegini besar dalam tempoh 20 tahun. Kita masih ingat kali terakhir menyambut pembesar negara kita oleh kerajaan Oman ialah semasa lawatan Tuanku Azlan Shah, Yang DiPertuan Agong ketika itu pada tahun 1991 dahulu. Sekarang padan muka kita semua. Lazimnya perbelanjaan negara untuk menghantar rombongan rasmi seperti ini memakan belanja yang sangat besar; mencecah jutaan ringgit tetapi ini tidak menjadi perkara yang diambil peduli oleh kerajaan dan rakyat jelata. Negara kita kaya dan rakyat tidak ambil kisah jika perbelanjaan untuk isteri Perdana Menteri itu tinggi mana pun. Kalaulah dijimatkan sedikit dari perbelanjaan kerajaan untuk menghantar rombaongan DS Rosmah itu dapat jugalah diberikan kepada ibu bapa yang sedang sengsara mencari pembiayaan anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tiggi. Kita merasa banyak keganjilan dengan tindakan isteri seorang PM yang diberikan sebegitu meluas publisiti oleh media masa kita. Mungkin ini merupakan pengalaman baru bagi kita kerana sebelum ini kita tidak pernah mengalam fenomena baru seperti ini. Mungkin oleh kerana orang seperti saya ini adalah seorang anak kampong dan susah hendak menerima perkara-perkara ini berlaku dihadapan mata orang-orang seperti saya ini. Kita cubalah untuk mengadaptasikan diri kita dengan keadaan yang baru kita alami ini. Lama kelamaan mungkin kita akan biasa dengannya. Lagi pun diakhir zaman ini tidak hairan lagi fenomena-fenomena terbalik seperti ini berlaku. Hanya yang malang sedikit dalil-dalil dunia hendak kiamat ini dibawa oleh pembesar-pembesar negara kita. Kita mesti ingat, salah satu dari dalil jelas dunia akan kiamat ialah apabila wanita lebih berkuasa dari lelaki. Kalau ada pihak yang hendak menfikannya, silalah! Betuah Romah ini. Elok kita calunkan beliau bertanding dalam pilihanraya yang akan datang ini. Ada dua kawasan yang kita boleh letakan beliau untuk bertanding PRU ke13 ini; pertamanya diKuala Pilah, kampong halaman ibunya atau pun diRembau, dikampong halaman bapanya.Kalau beliau menang PM boleh lantik beliau menjadi Menteri Luar negara. Saya percaya berpusu-pusu pengundi-pengundi 'memangkah' beliau nanti. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/betuah-betul-anak-nogori-ini.html |
| Panas! Azwan Ali Tibai Umi Dekat Twitter Posted: 17 Jan 2011 11:45 PM PST ![]() Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda Harakahdaily KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri. Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali. "Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya. Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini. Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu. Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau. Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini. |
| Najib Kata Dia Tidak Takut Berdebat Dengan Anwar. Persoal Masalah Peribadi Anwar Posted: 17 Jan 2011 11:15 PM PST Najib: Saya? Takut kepada Anwar? Kuek Ser Kuang Keng Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain. najib having lunch"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini. "Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan "tidar" oleh para hadirin. Anwar mencabar Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri memperlekehkan rancangan reform 100 hari Pakatan Rakyat yang dijadual dilaksanakan sekiranya mereka menawan Putrajaya. NONENajib juga menafikan dakwaan kerajaan merancang memerangkap Anwar dengan menjadi dalang dalam kes liwat II yang membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu. "Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu," katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin the jenis khas," kata Najib yang berkias dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin. "Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain," kata Najib. |
| Penyanyi Seksi, Jamu Arak. Umno Tidak Boleh Dipisahkan.Oh Tenang Posted: 17 Jan 2011 11:00 PM PST ![]() dikhabarkan majlis ini berlaku di Tenang. Isa Samad pun asa skali. Kalau Chua Sial Lek ada, harus tak selamat keadaan. Nanti leh dengar Chua Merengek hahahahahaha... |
| [Bergambar] Kunjungan Hormat YB Nazri Aziz Ke Pejabat Menteri Besar Kelantan Posted: 17 Jan 2011 10:06 PM PST ![]() Kunjung Hormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz ke pejabat YAB Menteri Besar Kelantan sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan pada 18 Januari 2011. Sebelah kiri ialah Dato Sri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan