ALHUSSEYN |
- Najib cuba kelentong masyarakat Cina di Tenang
- Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno yang bacul
- Mengimara'kan masjid dengan hiruk pikuk?
| Najib cuba kelentong masyarakat Cina di Tenang Posted: 18 Jan 2011 05:57 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membohongi masyarakat Cina di Tenang yang kononnya beliau sendiri mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kematian Teoh Beng Hock.Najib, kamu jangan lupa bahawa rakyat Malaysia , Monggolia , malah dunia, mahu tahu apa sebenarnya berlaku disebalik pembunuhan Altantuya, yang heboh diperkatakan ramai tentang penglibatan beliau sendiri dalam kes tersebut. Suruhanjaya yang akan diwujudkan itu pastinya tidak akan dapat merungkai misteri kematian Teoh kerana punca kematian tidak siasat. Begitulah yang berlaku keatas siasatan pembunuhan Altantunya; dimana siasatan tentang motif pembunuhan diabaikan begitu sahaja tanpa disiasat.Akibatnya, dua orang yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam pembunuhan tersebut terpaksa menjadi kambing hitam. BN perlu ditumbangkan supaya sistem kehakiman Negara dapat dipulihkan dan rakyat mendapat keadilan yang sebenarnya.Masyarakat Tenang perlu memulakannya dalam pilihanraya kecil yang akan datang ini. |
| Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno yang bacul Posted: 17 Jan 2011 11:55 PM PST Sehingga hari ini, belum ada sebarang maklum balas daripada Khairy samaada menerima atau menolak pelawaan tersebut."Kita tidak dapat sebarang maklum balas daripada beliau mahupun wakil pemuda Umno yang lain untuk sertai kita. Demikian komentar Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat mengenai Forum Terbuka Program 100 hari Pakatan Rakyat, anjuran Pemuda PAS yang akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) malam ini.Sila lihat [di sini]. Ternyata bahawa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin umpama anjing kurap yang hanya berani menyalak bukit apabila beliau mencabar DS Anwar untuk berdebat dengannya. Tetapi apabila Pemuda PAS menganjurkan forum terbuka dan menjemput Khairy menyertainya supaya menyuarakan pandangan dan hujahnya mengenai janji 100 Hari Pakatan Rakyat , beliau enggan dan menolak peluang yang disediakan itu.Bukankah itu namanya bacul? Memang selayaknya Pemuda Umno Malaysia berketuakan seorang yang bacul seperti Khairi.Patutlah Najib tidak ambil kisah terhadapnya… |
| Mengimara'kan masjid dengan hiruk pikuk? Posted: 17 Jan 2011 05:04 PM PST ![]() Saya masih lagi terlantar dikatil hospital ini sejak dua minggu yang lalu.Keadaan beransur-ansur bertambah baik dan pulih; alhamdulillah.Isteri telah membawakan laptop kemari kelmarin dan dapatlah saya meluangkan masa merayau-rayau dan membuat entri pada pagi ini. Berhampiran dengan Hospital Permaisuri Bainun Ipoh ini terdapat sebuah masjid.Lebih kurang 20 minit sebelum masuk waktu, maka berkumandanglah bermacam-macam nasyid….diikuti dengan bacaan al-Quran… Saya rasa agak terganggu dengan keadaan tersebut lebih-lebih lagi pada waktu subuh yang hening.Mungkin ramai para pesakit tersasa terganggu dengan keadaan tersebut. Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Asri [di sini] .Diharap pihak pengurusan masjid berkenaan dapat mengambil langkah yang tepat bagi mengatasi masalah tersebut dan mengelakkan cemuhan serta fitnah orang ramai, khususnya bagi non-Muslim. |
| You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membohongi masyarakat Cina di Tenang yang kononnya beliau sendiri mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kematian Teoh Beng Hock.
Sehingga hari ini, belum ada sebarang maklum balas daripada Khairy samaada menerima atau menolak pelawaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan