Biaqpila |
- Imej hantu pada malam Jumaat
- Migrant Care Tidak Takut Digugat
- Tonton video anak diperkosa jiran
- Rokok Dulu-Dulu
- Sidang Dun Tergempar Boleh Diadakan: Kusyrin Ketaq
| Posted: 08 Jan 2011 02:00 PM PST ![]() GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing baru-baru ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya. MERSING - Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit baru-baru ini rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan. Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu. Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat. "Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu. "Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di bela- kang saya," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Migrant Care Tidak Takut Digugat Posted: 08 Jan 2011 04:00 AM PST Migrant Care tidak pernah merasa tergugat kerana membocorkan hasil siasatannya ke pihak umum berkaitan kes TKI Robingah (46) yang diperkosa seorang menteri Malaysia. Jika menteri berkenaan ingin mengugat Migrant Care, mereka siap menghadapinya."Kalau ada gugatan, Migrant Care tidak pernah mempublikasikan hasil investigasi. Jadi tidak ada kepentingan untuk tidak berani, karena ini sebuah kasus PRT," ujar Direktur Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah, dalam sidang konferens di Restoran Warung Daun, Jl Cikini, Jakarta Pusat, Jumat (7/1/2011). Migrant Care juga membantah, memendamkan kes ini kerana ada kepentingan politik. Kerana menurut Anis, tujuan berdirinya Migrant Care jelas untuk menangani kes-kes dan memberikan keadilan bagi tenaga kerja migran. "Migrant Care di luar panggung itu, kita fokus menangani kasus dan mendorong keadilan bagi buruh migran. Kalau ada pihak-pihak yang memanfaatkan itu di luar kontrol kita," ucapnya. "Dan kita tidak punya kepentingan apapun dengan menteri itu," tegas Anis. Berita pemerkosaan terhadap Rubingah (46) asal Banjarnegara, dikatakan telah dihebohkan oleh salah satu tapak web berita pembangkang Malaysia, Harakah Daily. Harakah mendakwa ada kebocoran WikiLeaks berkaitan hal tersebut, seperti ditulis seorang blogger Malaysia, Rocky Bru. Bru mengatakan sejauh ini hal-hal WikiLeaks adalah bahan-bahan yang dibincangkan di kalangan blogger. Bru yang juga mantan Ketua Pengarang The Malaysia Mail pun belum tahu apakah benar ada kebocoran WikiLeaks soal kes perkosaan ini. Bru hanya memberikan tautan dokumen lain yang bukan WikiLeaks. Dokumen itu adalah laporan siasatan lembaga pembela hak-hak pekerja asal Indonesia, Migrant Care. Dokumen Migrant Care ini juga yang menjadi modal pihak pembangkang mengkritik Rais Yatim, misalnya saja dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Sementara, Rais Yatim pun dalam pernyataan kepada agensi berita milik pemerintah Malaysia, Bernama, membantah keras tudingan itu. "Saya membantah tuduhan perkosaan yang dilakukan empat tahun lalu ataupun tuduhan yang disampaikan oleh penulis liar di internet atau partai politik," kata dia dalam pernyataannya, Khamis (6/1) kelmarin. greenboc KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Tonton video anak diperkosa jiran Posted: 08 Jan 2011 12:06 AM PST ![]() TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau. Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah. Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit. Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya. Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri. Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit. Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan. Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut. Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 07 Jan 2011 11:15 PM PST |
| Sidang Dun Tergempar Boleh Diadakan: Kusyrin Ketaq Posted: 07 Jan 2011 05:00 PM PST ![]() Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker dewan undangan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim. "Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2011, maka ia akan menjadi retrospektif," katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini. Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat. Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar. Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Macini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan. Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendaapati aalasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai "kepentingan umum". Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis. UO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan