| Air Bisa Sembuhkan Kanser. Tidak Percaya? Sila Cuba! Posted: 08 Jan 2011 06:00 AM PST
Menurut sumber internet, amalan minum air kosong atau digelar terapi air kini sangat popular di Jepun. Terapi ini telah terbukti sukses dan berkesan oleh sekumpulan pakar perubatan Jepun untuk menyembuhkan penyakit kronik dan penyakit ringan. Menurut kajian, waktu terbaik untuk minum air adalah sejurus bangun daripada tidur. Dengan kata lain, anda minum air pada waktu perut masih lagi kosong. Kaedah Terapi 1. Sejurus bangun daripada tidur, sebelum menggosok gigi, MINUMlah 4 x 160ml gelas AIR. 2. Selepas itu, gosok gigi dan bersihkan mulut tetapi JANGAN MAKAN ataupun MINUM apa-apa untuk tempoh 45 minit. 3. Setelah 45 minit, anda boleh makan dan minum seperti biasa. 4. Setelah menikmati sarapan, makan tengah hari, atau makan malam, jangan makan ataupun minum apa-apa untuk tempoh 2 jam. 5. Bagi orang tua ataupun orang sakit yang tidak mampu minum 4 gelas air sekali gus, minumlah setakat yang mampu dan kemudian ditingkatkan sehingga 4 gelas perlahan-lahan.
Jumlah hari untuk menyembuh atau mengurangkan penyakit-penyakit tertentu: 1. Tekanan darah tinggi (30 hari) 3. Diabetes (30 hari) 4. Sembelit/konstipasi (10 hari) 5. Kanser (180 hari) 6. Tuberculosis (90 hari) 7. Pesakit arthritis disarankan untuk mengikuti terapi ini hanya 3 hari pada minggu pertama dan setiap hari pada minggu berikut dan seterusnya.
Terapi air ini tidak mempunyai kesan sampingan. Anda tidak rugi mencubanya. Jika ditakdirkan terapi ini terbukti berkesan, maka hasilnya dapat anda rasai dan nikmati. Jika kurang berhasil, anda tahu bahawa air ialah elemen penting untuk tubuh badan. Jadi cubalah, dengan izin Allah, penyakit anda akan sembuh!
Seperkara lagi, masyarakat Cina dan Jepun mengamalkan minum teh panas selepas menikmati makanan, dan BUKANNYA air berais/sejuk.
Mengapa?
Bagi orang suka minum air berais/sejuk, pesanan ini mungkin berguna untuk anda. Memanglah enak untuk minum minuman berais/sejuk ketika menikmati makanan. Namun, anda harus mengetahui bahawa air berais/sejuk akan memadatkan minyak yang terdapat pada makanan. Hal ini akan melambatkan proses pencernaan. Malah keadaan itu menyebabkan sisa makanan berubah menjadi lemak dan seterusnya menjadi pemicu kanser. Oleh itu, anda digalakkan untuk minum sup panas ataupun minum air panas selepas menikmati sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Selamat mencuba, semoga berjaya!/www.duniacacamarba.blogspot.com
P/s: Awas, jangan minum air berklorin. Minumlah air mineral atau air bertapis. Jangan juga mengamalkan minum air RO kerana air itu kurang baik untuk kesihatan.
|
| PENA Bertegas Pertahan "Interlok" Posted: 08 Jan 2011 05:30 AM PST Saya petik: [MK] Bagi menyatakan kesungguhan mereka menentang penarikan balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Persatuan Penulis Nasional (PENA) berkata akan memaklumkan pendirian mereka kepada menteri pelajaran serta-merta.
"Hari ini juga kami akan telefon pembantu Tan Sri Muhyiddin Yasssin. Soal angkat atau tidak angkat (telefon), itu hal lain.
"Yang penting, PENA ambil tindakan cepat," kata timbalannya Amirrudin Md Ali Hanafiah.
Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Amirrudin juga berkata, pihaknya mahu memaklumkan bahawa menteri tidak harus "ikut telunjuk" mana-mana pendesak yang mahukan buku itu ditarik balik sebagai teks sastera tingkatan lima.
Katanya, pendirian itu juga diambil setelah bertemu sendiri dengan Abdullah sendiri bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu.
Hadir sama dalam sidang media itu Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Md Salleh Yaapar.
Sementara itu, presidennya Mohd Saleeh Rahamad pula berkata, mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bagi menyampaikan tentangan mereka tanpa kompromi terhadap cadangan penarikan dan penyuntingan Interlok.
Bimbang komposisi panel Mengulas tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula penggunaan novel itu di sekolah menengah, Mohd Saleeh berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan perkara itu.
"Kita bimbang bila kaji semula, jawatankuasanya dibarisi (wakil berkepentingan) secara tidak seimbang.
"Kita bimbang ada keputusan lain," katanya yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya.
Ditanya sama ada pihaknya akan mempelbagaikan bantahan supaya dan bukan sahaja berorientasikan diplomasi, Mohd Saleeh menjawab perkara itu mestilah dibincangkan dengan persatuan lain terlebih dahulu.
"PENA di (bernaung) bawah Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). Kita kena bincang dengan NGO lain juga. Kalau tak ramai, kalau kami tiga orang sahaja hendak berdemo, tidak jadi juga," katanya.
Sementara itu, Md Salleh pula berkata berkata, tindakan kerajaan mengkaji semula buku itu mungkin disebabkan terdapat kecenderungan untuk mendengar pendapat "sebelah lagi".
Sambil mendakwa, tentangan pada Interlok disebabkan tidak faham, Md Salleh berkata:
"Apa yang disebut (pengarang) semua betul. Apa yang disebut semuanya fakta." - Jimadie Berkaitan:
|
| [Terkini] 100 Orang India Bakar "Interlok" & Gambar Abdullah Hussain. Bolehkah Mereka Membakar Hangus Sejarah dan Fakta? Posted: 08 Jan 2011 04:30 AM PST  Saya seboleh-bolehnya tidak mahu menyentuh isu perkauman dan bersifat provokasi kerana isu ini asalnya hanyalah berkisar tentang fakta dan kritikan sastera yang terkandung dalam novel Interlok. Kritikan dan fakta sejarah itu kemudiannya disalah tafsir oleh sesetengah pihak selepas novel tersebut diangkat sebagai teks KOMSAS di sekolah. Beberapa pihak cuba menjelaskan isu tersebut dan menyatakan garapan sasterawan itu tidak menghina kaum India malah novel ini digarap untuk menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya bersatu padu. Namun tindakan penduduk berketurunan India di sekitar Klang membakar naskhah Interlok dan gambar Abdullah Hussain hari ini sudah dikira melampau dan biadap. Mereka bukan sahaja enggan menerima hakikat namun seolah-olah mahu membakar hangus sejarah lalu. Bolehkah mereka membakar hangus fakta dan sejarah? Saya sudah menulis panjang dan memautkan beberapa artikel tentang hal ini. Jadi tidak perlulah menulis lagi dengan harapan orang yang enggan menerima hakikat dan cuba memadamkan sejarah itu membacanya. Karya sastera negara pun tidak pernah disentuh oleh mereka, masakan mereka akan meluangkan masa berhujah dengan pelbagai pihak di majlis dialog, mahupun di blog. Bayangkan selepas 40 tahun diterbitkan, baru ada orang India perasan tentang novel ini. Yang saya geram apabila kumpulan ini bertindak melulu ini dan tidak mengkaji atau mengkhatam novel agung itu. Saya perturunkan semula halaman yang dianggap mereka menghina orang India: Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211) Salahkah Abdullah Hussain menulis begitu? Sedangkan dalam novel yang sama orang Melayu dan Cina turut dikritik oleh Abdullah Hussain. Jika anda membaca novel itu, masyarakat yang sepatutnya melenting ialah orang Melayu, kerana ada watak Melayu dalam novel ini digambarkan begitu bodoh sehingga dipermainkan oleh watak kaum lain. Namun, garapan novel itu bertujuan untuk menyedarkan masyarakat. Pada akhir cerita, watak bongkak dan mementingkan diri itu akhirnya menyedari kepentingan bekerjasama dan bersatu padu. Ayuh, kita beli buku INTERLOK! Mari kita baca dan ambil iktibar yang cuba diungkapkan oleh pengarang! Saya petik: [UM] KLANG 8 Jan. - Kira-kira 100 orang penduduk berketurunan India berdemonstrasi dan membakar novel Interlok di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini petang ini.
Mereka turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara, Abdullah Hussain.
Kumpulan itu mendesak kerajaan mengharamkan novel itu dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran sastera tingkatan lima di sekolah. -Helmie Mohd Foad |
| Kenyataan Media TERBAHARU Migrant CARE tentang Kes Rogol Robengah. Datuk Seri, Bila Mahu Saman Migrant Care/Pihak Terlibat? Posted: 08 Jan 2011 01:57 AM PST
Saya petik: SIARAN MEDIA MIGRAN CARE
Menyikapi Perkembangan Kasus Dugaan Perkosaan terhadap PRT Migran oleh Menteri di Malaysia Pada tahun 2007.
Dalam sepekan terakhir ini, masyarakat Indonesia dikejutkan oleh Wikileaks yang mengungkap beberapa dokumen rahasia dan salah satunya adalah perihal dugaan perkosaan yang dialami oleh PRT migran Indonesia oleh seorang Menteri di Malaysia pada tahun 2007 silam. Di dalam dokumen tersebut, juga menyebutkan tentang Migrant CARE.
Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri. Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kulalampur.
Hingga kasus ini diungkap oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migrant CARE tidak pernah mengungkapkan kasus ini sesuai dengan permintaan korban. Dengan terungkapnya kasus ini, Migrant CARE berharap agar Pemerintah RI bisa menuntaskan kasus ini yang memenuhi rasa keadilan bagi korban.
Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran. Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan.
Jakarta, 7 Januari 2011 Anis Hidayah, Direktur Eksekutif. Wahyu Susilo, Policy Analist
P/s: Kes rogol ini hanya berakhir apabila pihak polis menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya. Kes ini hanya selesai jika pak menteri itu meminta Migrant CARE atau pihak yang terlibat menarik semula dokumen penyiasatan yang mengaitkan namanya. Kes ini hanya selesai jika pak menteri itu menyaman Migrant CARE atau pihak lain jika NGO/pihak itu gagal menarik dokumen tersebut semula. Jika tidak, anda boleh mengagak apa yang sebenarnya berlaku! Anda boleh membuat spekulasi pak menteri itu sudah "membayar" bekas amah itu supaya menutup mulut. Anda boleh membuat pelbagai spekulasi lain yang logik di fikiran anda! |
| [18SX] Cerita Di Balik Remaja Kerap Tidur Lewat dan Bangun Tengah Malam untuk ke Tandas... Posted: 07 Jan 2011 10:35 PM PST Saya petik: [HM] IPOH: Seorang ibu hampir pengsan apabila pemeriksaan mengejut yang dilakukannya terhadap koleksi cakera padat digital (DVD) drama dan filem animasi dari Jepun milik anak lelakinya berusia 15 tahun, mengandungi adegan lucah melampau.
Rozilawati, 40-an, dari Taman Ampang, dekat sini, berkata keseluruhan jalan cerita, gaya pemakaian dan bentuk fizikal watak serta adegan ditonjolkan dalam DVD berkenaan melebihi had adegan lucah 18SX.
"Saya sesak nafas dan rasa seperti hendak pitam sebaik memasang DVD pertama berikutan kemunculan sekumpulan wanita berpakaian seksi sebelum seorang lelaki muncul mengganggu mereka.
"Selepas menontonnya hingga habis, saya dapati cerita berkenaan bukan saja patut dilarang untuk tontonan remaja bawah 18 tahun, sebaliknya perlu diharamkan terus. Saya hairan bagaimana cerita kartun sedemikian boleh memasuki pasaran negara dan dijual kepada pelajar sekolah," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di sini, semalam.
Ibu bertudung labuh itu yang beberapa kali sebak sepanjang pertemuan berkenaan, turut membawa bersama kira-kira 15 keping DVD animasi pelbagai genre dirampas daripada anaknya.
"Saya sangka hanya DVD pertama dipasang itu mengandungi jalan cerita dan adegan berunsurkan lucah, tetapi sangkaan saya meleset kerana semua koleksi DVD animasi milik anak saya memaparkan benda sama yang tidak senonoh dan lucah melampau.
"Saya fikir tiada lagi kejutan dan sangka semua cerita DVD berkenaan hanya menampilkan watak seksi, adegan berunsurkan lucah dan dialog mengghairahkan.
"Sekali lagi jantung saya berdegup kencang apabila dua daripada koleksi DVD terbabit menampilkan 100 peratus cerita animasi lucah dengan adegan seks tanpa sebarang suntingan. Saya mengucap panjang dan beristighfar banyak kali kerana tak sangka anak saya menonton cerita seperti ini," katanya.
Rozilawati berkata, rahsia anaknya itu berjaya dibongkar ketika pelajar tingkatan tiga berkenaan pergi ke sekolahnya pada hari pertama penggal persekolahan tahun ini, Isnin lalu.
"Saya mula rasa ada sesuatu tidak kena kerana sepanjang cuti persekolahan, dia lebih banyak menghabiskan masa berkurung dalam biliknya dan memberi alasan bermain Internet di komputer riba. Tingkah lakunya juga pelik apabila menghiasi dinding bilik tidurnya dengan poster watak animasi perempuan berpakaian menjolok mata.
"Dia juga semakin kerap tidur lewat dan bangun tengah malam untuk ke tandas. Namun perkara yang membuatkan saya nekad memeriksa biliknya ialah tindakannya menyimpan sebahagian koleksi DVD dalam laci yang dikunci.... P/s: Mula-mula remaja yang menonton cerita animasi 18SX ini rajin ke tandas, anda mungkin dapat mengagak apa yang dilakukannya di situ. Lama kelamaan, remaja tersebut rajin mengangkut anak dara orang untuk dikendurikan beramai-ramai. Gejala itu sememangnya berlaku dewasa ini. Oleh itu, ambil tindakan segera untuk menangani masalah ini sebelum negara kekurangan dara dan teruna! |
| [Lawak- Wajib Baca] Petikan Kata-kata Samy Vellu yang Tidak Mungkin Dilupakan! (Mungkin Rekaan) Posted: 07 Jan 2011 09:00 PM PST Saya terima e-mel yang berisi petikan kata-kata Datuk Seri Samy Vellu yang dikumpulkan sempena persaraan beliau hujung tahun lalu. Saya kurang pasti sama ada petikan ini benar-benar keluar dari mulut bekas Presiden MIC selama 31 tahun itu atau hanya sekadar rekaan. Namun, petikan kata-kata itu benar-benar membuatkan anda ketawa berdekah-dekah. 1. Samy Velu quoted on Pos Laju: "Besoh kirim, hari ini juga sampai"
2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed: "Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"
3. Samy said in one of his "ceramah": "Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"
4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this: "Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"
5. During water crisis: "Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!" 6. On social society's problem: "Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"
7. During blood donation's program at Sungai Siput: "Marilah kita semua menderma dare"
8. His welcome speech in most of his functions: "Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been "saudara-saudari")
9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference: "Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"
10. At an opening ceremony for a new building: "Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"
And of course the world's greatest joke of all times:
"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam" P/s: Jangan mara Datuk Seri! |
| [Wajib Baca] Kebaikan Berkhatan Posted: 07 Jan 2011 06:00 PM PST Saya petik: [HM] WASHINGTON: Amalan berkhatan didapati mampu melindungi seseorang daripada jangkitan virus yang menyebabkan kanser serviks.
Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins mendapati, pasangan lelaki berkhatan mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah daripada biasa.
Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet semalam, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.
"Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan.
"Amalan seks yang selamat juga penting," katanya. Penyelidik diketuai Maria mendapati, lelaki berkhatan juga kurang berisiko dijangkiti virus HIV yang menyebabkan seseorang menghidap Aids.
Mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita dijangkiti HPV yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami masing-masing.
Selepas dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki berkhatan dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan lelaki tidak berkhatan.
Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat kanser serviks.
Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah sama pada dubur, zakar, kepala dan leher. - Reuters |
| Sadis&Tragis: Bapa Tonton Video Anak Diperkosa Posted: 07 Jan 2011 04:21 PM PST Saya petik: [HM] TEMERLOH: Seorang bapa terkejut sebaik menonton klip video yang memaparkan anak perempuannya diperkosa seorang duda warga emas yang juga jirannya di sebuah rumah di Taman Seri Kuala Krau. Kejadian dipercayai berlaku pada 2009 apabila duda berusia 66 tahun itu memanggil mangsa berusia 19 tahun setiap kali remaja terbabit mahu ke kedai apabila terpaksa melalui depan rumah suspek sebelum dipujuk masuk ke dalam rumah. Difahamkan, suspek yang tinggal seorang diri selepas kematian isteri sejak empat tahun lalu dipercayai merogol mangsa yang mengalami masalah mental lebih daripada tiga kali dan dia dikatakan turut merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbit.
Perbuatan keji itu terbongkar selepas rakaman berkenaan tersebar hingga ke Felda Jenderak Utara dekat sini, sebelum rakan kepada bapa mangsa mengecam wajah remaja terbabit sebagai anak kenalannya.
Berikutan itu, dia memaklumkan mengenai penyebaran klip video itu kepada bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh sebelum lelaki berkenaan yang terkejut dengan berita itu bertindak mencari penyebar rakaman terbabit dan menemui seorang lelaki yang masih menyimpan rakaman itu sebelum menyaksikannya sendiri.
Bapa mangsa yang berusia 40-an memberitahu mengenai klip video berkenaan kepada isterinya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada 29 Disember lalu.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Menurutnya, susulan laporan bapa mangsa, duda terbabit ditahan di rumahnya pada 30 Disember lalu sebelum dibawa ke IPD Temerloh bagi membantu siasatan.
Katanya, pada masa sama, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik dipercayai mengalami masalah mental dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk pemeriksaan lanjut.
Md Nor berkata, polis turut merampas telefon bimbit yang mempunyai rakaman aksi berkenaan dan dihantar ke bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk pemeriksaan lebih teliti dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Shahrul Nizam Mohamad |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan