DIALOG RAKYAT |
- PRU 13 : Labuan Milik Siapa..?
- Pecat Ketua Kampung, BN Sabah Dalam Bahaya?
- Suaram Penang Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kematian Suspek Bawah Tahanan Polis
- APCO Hantar Perisik Sejak 2002?
- Jais terus tingkatkan visi dan misi 2011-Marzuki
- Bekas pegawai kanan Digi Telecommunication didakwa terima rasuah RM425,000
- Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian
- 'Interlok hanya boleh diubah jika penulis setuju'
- Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng
- Pejabat MB: Ramli 'membisu' hingga majlis bersara
- SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit
- PENA: Kami telefon Muhyiddin hari ini juga
- Pengarah Pelajaran berkempen, PAS lapor polis
- Mangsa banjir di Kelantan naik, di Pahang dan Terengganu kurang
- Pejabat MB serang, dakwa bekas SUK ‘bisu’ isu Khusrin
- Majlis Peguam, Suhakam mahu suruhanjaya turut siasat punca kematian Teoh
- Tiga MP Sarawak kumpulan pertama jumpa PM
- Umno berlakon setia kepada raja rupanya
- Prestasi Satim teruk tidak layak jadi ketua pembangkang
- Umno dan Perkasa akan demo besar-besaran bantah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang mohon maaf kepada Lim Guan Eng ?
- Slogan 1Malaysia sandaran tuntutan makan diri BN
- Apakah Niat Umno?
- "Imam Muda" Akan Berdakwah Kepada Orang Asli, Dibuka Kepada Warganegara Luar
- 10 Senibina Rumah Unik Dan Aneh
- Wanita parah ditetak madu
| PRU 13 : Labuan Milik Siapa..? Posted: 07 Jan 2011 11:34 PM PST Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)
| ||
| Pecat Ketua Kampung, BN Sabah Dalam Bahaya? Posted: 07 Jan 2011 11:33 PM PST Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
| ||
| Suaram Penang Gesa Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kematian Suspek Bawah Tahanan Polis Posted: 07 Jan 2011 11:32 PM PST
| ||
| APCO Hantar Perisik Sejak 2002? Posted: 07 Jan 2011 11:24 PM PST
| ||
| Jais terus tingkatkan visi dan misi 2011-Marzuki Posted: 07 Jan 2011 11:21 PM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang baru, Marzuki Hussin lebih positif dalam menaikkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberi oleh Jais kepada pelanggan-pelanggannya selari dengan misi dan visi yang ditetapkan oleh Jais. "Mana-mana jabatan dia tidak lari, jadi dia ada visi dan misi masing-masing, semuanya ke arah untuk memperkasa dan meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya. Ketika ditanya mengenai perancangan Jais bagi memperbaiki mutu kerja, beliau akan mengikut panduan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2011 yang disediakan. "Saya dah melihat SKT (Sasaran Kerja Tahunan), perancangan SKT tahun 2011, jadi saya dan timbalan, pengarah-pengarah bahagian, kita akan mengikuti SKT itu dan dari masa ke semasa yang mana ada kelemahan dan kekurangan kita akan mempertingkatkannya," jelasnya. Hari ini Marzuki telah mempengerusikan Mesyuarat Pegawai Kanan yang pertama sejak melaporkan diri pada awal Januari lepas, bagi menggantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi yang dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Marzuki, 56, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bangi, Kuala Langat sebelum meneruskan pendidikan pada peringkat menengah di Sekolah Tinggi Kajang. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengurusan dan geografi (Pengajian Islam) di Universiti Malaya (UM). Antara jawatan yang disandang beliau sebelum ini ialah Penolong Pengarah Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Sepang; Penolong Setiausaha di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kemudian dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di kementerian sama. Jawatan lain yang pernah disandang beliau ialah Pengarah Khidmat Pengurusan, Jabatan Veterinar, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sebelum ke jawatan terakhir iaitu Pegawai Daerah Sabak Bernam. Beliau adalah anak bongsu daripada 12 beradik dan mempunyai seorang isteri, Shamsiah Md Lajim, 48, yang berkerja sebagai guru serta empat anak. Pelantikan yang mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. | ||
| Bekas pegawai kanan Digi Telecommunication didakwa terima rasuah RM425,000 Posted: 07 Jan 2011 11:18 PM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM – Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM425,000 daripada sebuah syarikat, lapor Bernama. S. Stanley, 39, dari Bandar Kinrara, Puchong, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh. Tertuduh didakwa memperoleh bagi dirinya kesemua wang tunai itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn Bhd sebagai dorongan untuk memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada Digi Telecommunication. Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini, antara 13 Ogos 2007 dan 22 Okt 2008. Stanley didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16, akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Hakim Azhaniz membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Stanley menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai. Mahkamah turut menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 11 April depan dan menetapkan 8 Feb depan untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Sinti dan Ng Siew Wee sementara peguam Firuz Jaffril hadir bagi pihak pembelaan. | ||
| Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian Posted: 07 Jan 2011 11:16 PM PST BERNAMA KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan di KM7, Lebuhraya Silk dekat Semenyih hari ini. Turut ditinggalkan bersama bayi cukup sifat itu di dalam beg berkenaan ialah kain dan lampin pakai buang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika dihubungi hari ini berkata bayi itu ditemui oleh seorang peronda lebuh raya berkenaan kira-kira pukul 9.50 pagi. "Peronda itu yang sedang bertugas pada mulanya ternampak sebuah beg berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan dan bertindak mendekati beg itu sebelum terdengar tangisan bayi. "Beliau kemudiannya membuka beg itu dan menemui seorang bayi perempuan di dalamnya, lalu menghubungi polis," katanya. Beliau berkata bayi berkenaan dipercayai baru dibuang di lokasi itu dan berdasarkan keadaan tali pusatnya, bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira tiga hari lepas. "Bayi itu dibawa ke Hopital Kajang untuk pemeriksaan dan polis kini mengesan individu yang bertanggungjawab," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. | ||
| 'Interlok hanya boleh diubah jika penulis setuju' Posted: 07 Jan 2011 11:14 PM PST BERNAMA Buku teks sastera tingkatan lima bertajuk Interlok hanya akan diubah sekiranya penulis buku itu Abdullah Hussain bersetuju untuk berbuat sedemikian, kata Setiausaha Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Zainal Abidin Borhan. Beliau berkata hanya penulis sahaja yang berhak untuk mengubah karyanya, dan ia tidak boleh dilaksanakan atas dasar ugutan atau desakan. "Jika penulis bersetuju untuk mengubah perkataan sensitif yang terdapat dalam buku tersebut, kita akan ikut. Tetapi jika ia atas desakan dan ugutan maka Gapena akan berjuang mempertahankannya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, katanya untuk mengubah setiap perkataan atau ayat dalam satu-satu karya, ia akan mempengaruhi keseluruhan makna karya tersebut, selain turut mengubah nilai sejarah sosial. "Abdullah Hussain (kiri) menulis menggunakan konsep yang diketahui umum dan melalui konteks sosial sejarah, bukan sesuatu yang direka-reka, jadi jika perkataan itu dibuang ia tidak lagi melambangkan konteks sosial sejarah," katanya. Menurutnya buku Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220. Beliau berkata buku memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1990-an hingga merdeka itu lebih berkonsepkan perpaduan dan tidak timbul isu untuk mengkritik kaum tersebut. Malah, katanya buku teks Interlok yang memenangi peraduan menulis novel memperingati 10 tahun kemerdekaan pada 1967 itu juga telah digunakan sebagai buku teks mata pelajaran sastera pada tahun 1970-an. "Lebih 30 tahun teks ini muncul, tiba-tiba isu ini dibangkitkan, jangan menyalah tafsirkan apa yang ada dalam teks, dalam teks perkataan itu digunakan sebagai terjemahan yang menyatakan suatu isu sosial saja, tiada isu lain," katanya. Ditanya mengenai jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menyiasat isu itu, Gapena berharap jawatankuasa akan mengkaji dan melihat ia dari konteks kandungan teks dengan sebaik-baiknya.Sementara itu, Ketua Media Gapena Borhan Md Zain berkata Gapena secara terbuka akan terus menyokong dan membantu penulis untuk mempertahankan karya tersebut sekiranya penulis tidak bersetuju untuk mengubahnya. "Abdullah Hussain merupakan Sasterawan Negara yang ulung, janganlah kita terus menjatuhkan maruah dan martabatnya. Dan watikah pelantikan beliau juga diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya. Beliau turut kecewa dengan desakan sesetengah pihak yang mengugut untuk bertindak di luar kematangan, seperti berhasrat untuk membakar karya itu. | ||
| Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng Posted: 07 Jan 2011 11:13 PM PST Susan Loone Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya. Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri. "Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim. Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu. "Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru. "Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya. Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya. Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit. Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu. Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak. Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri. Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi. Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka. "Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim. | ||
| Pejabat MB: Ramli 'membisu' hingga majlis bersara Posted: 07 Jan 2011 11:12 PM PST MALAYSIA KINI Pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, sehingga majlis persaraan Datuk Ramli Mahmud pada 16 Disember lalu, bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan penggantinya. Pejabat Khalid juga mendakwa, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sebelah pagi hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu. Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang ini, dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ramli dalam Malaysiakini hari ini, yang menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan kepada Khalid. Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar yang merakamkan perkara itu: 26 Oktober 2010 PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa: i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar. ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor. iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan. 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan. 8 November 2010 Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan. 22 November 2010. Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon . 1 Disember 2010 Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau. 2 Disember 2010 Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 3 Disember 2010 Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian 8 Disember 2010 Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 9 Disember 2010 Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 15 Disember 2010 Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau. 16 Disember 2010 2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau. 9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau 17 Disember 2010 Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini. 20 Disember 2010 Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar. 21 Disember 2010 Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010. 24 Disember 2010 Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan. 27 Disember 2010 Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. 3 Januari 2011 Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai. 4 Januari 2011 Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini. 6 Januari 2011 Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin. | ||
| SU MB 'Sgor: Fakta pelantikan SUK diputarbelit Posted: 07 Jan 2011 11:05 PM PST MALAYSIA KINI Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah. Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli. "Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional. "Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi. Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi: YAB Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku. Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato' MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato' Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato' MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato' Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato' MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato' Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato' MB. Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah. Dato' Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar. Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor. Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato' MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan. Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato' Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato' Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional. Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember Dato' Munir telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato' MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato' Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato' Khusrin sebagai SUK. Antara 10 hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato' Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato' Khusrin. Justeru, kenyataan KSN dan Dato' Ramli bahawa Dato' MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato' Ramli. Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato' MB yang telah dipilih rakyat. Dato' MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan. | ||
| PENA: Kami telefon Muhyiddin hari ini juga Posted: 07 Jan 2011 11:00 PM PST Jimadie Shah Othman Bagi menyatakan kesungguhan mereka menentang penarikan balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain, Persatuan Penulis Nasional (PENA) berkata akan memaklumkan pendirian mereka kepada menteri pelajaran serta-merta. "Hari ini juga kami akan telefon pembantu Tan Sri Muhyiddin Yasssin. Soal angkat atau tidak angkat (telefon), itu hal lain. "Yang penting, PENA ambil tindakan cepat," kata timbalannya Amirrudin Md Ali Hanafiah. Dalam sidang media di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini, Amirrudin juga berkata, pihaknya mahu memaklumkan bahawa menteri tidak harus "ikut telunjuk" mana-mana pendesak yang mahukan buku itu ditarik balik sebagai teks sastera tingkatan lima. Katanya, pendirian itu juga diambil setelah bertemu sendiri dengan Abdullah sendiri bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara itu. Hadir sama dalam sidang media itu Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Md Salleh Yaapar. Sementara itu, presidennya Mohd Saleeh Rahamad pula berkata, mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri bagi menyampaikan tentangan mereka tanpa kompromi terhadap cadangan penarikan dan penyuntingan Interlok. Bimbang komposisi panel Mengulas tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula penggunaan novel itu di sekolah menengah, Mohd Saleeh berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan perkara itu. "Kita bimbang bila kaji semula, jawatankuasanya dibarisi (wakil berkepentingan) secara tidak seimbang. "Kita bimbang ada keputusan lain," katanya yang juga pensyarah pengajian media di Universiti Malaya. Ditanya sama ada pihaknya akan mempelbagaikan bantahan supaya dan bukan sahaja berorientasikan diplomasi, Mohd Saleeh menjawab perkara itu mestilah dibincangkan dengan persatuan lain terlebih dahulu. "PENA di (bernaung) bawah Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). Kita kena bincang dengan NGO lain juga. Kalau tak ramai, kalau kami tiga orang sahaja hendak berdemo, tidak jadi juga," katanya. Sementara itu, Md Salleh pula berkata berkata, tindakan kerajaan mengkaji semula buku itu mungkin disebabkan terdapat kecenderungan untuk mendengar pendapat "sebelah lagi". Sambil mendakwa, tentangan pada Interlok disebabkan tidak faham, Md Salleh berkata: "Apa yang disebut (pengarang) semua betul. Apa yang disebut semuanya fakta." | ||
| Pengarah Pelajaran berkempen, PAS lapor polis Posted: 07 Jan 2011 10:58 PM PST
| ||
| Mangsa banjir di Kelantan naik, di Pahang dan Terengganu kurang Posted: 07 Jan 2011 10:51 PM PST BERNAMA ![]() Penduduk sekitar Kampung Buluh terpaksa mengharungi air banjir yang melimpah di Kampung Seladang di sini hari ini. — Gambar Bernama Di KELANTAN, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata setakat 8 pagi tadi, empat lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan jumlahnya 19 buah bagi menampung mangsa banjir yang meningkat kepada 1,571 orang daripada 438 keluarga berbanding 1,008 orang malam semalam. Beliau berkata lima daerah yang terjejas banjir ialah Kota Baru, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh. "Daerah yang paling teruk terjejas banjir ialah daerah Pasir Mas dengan sebanyak 12 pusat pemindahan dibuka diikuti Kota Baru (tiga pusat), manakala Tumpat, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh masing-masing satu pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Jurucakap itu berkata lima laluan di Pasir Mas ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di KM3, Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Pohon Tanjung-Meranti, KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan KM9 Jalan Cabang Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti di Tumpat. Katanya paras air di Sungai Golok kini berada di tahap 10.28 meter melebihi paras bahaya sembilan meter, manakala sungai-sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan berkurangan kepada 188 orang daripada 47 keluarga pagi ini berbanding 244 orang daripada 59 keluarga semalam. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata semua mangsa dari daerah Kuantan itu ditempatkan di empat pusat pemindahan. Kawasan yang terlibat ialah Taman Sebarang Balok dan Kampung Balok melibatkan 104 orang daripada 29 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Balok, Kampung Bukit Palas, 33 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Balai Raya Chenderawasih, Kampung Nyamuk, Balok, 33 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Pantai Balok, Kampung Chendor Tengah, 18 orang daripada empat keluarga ditempatkan di Balai Raya Chendor, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Di TERENGGANU, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata keseluruhan mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan pada 9 pagi ini berkurangan kepada 580 orang berbanding 774 malam semalam. Katanya keadaan banjir di daerah Hulu Terengganu yang mencatat paling ramai mangsa perpindahan kini hampir pulih sepenuhnya dengan hanya 87 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 367 orang malam semalam. Katanya jumlah mangsa banjir di daerah Setiu berkurangan kepada 259 orang pagi ini yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan berbanding 345 orang malam tadi. Di Besut, mangsa yang berada di pusat pemindahan kekal seperti semalam iaitu 176 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan manakala jumlah mangsa banjir di Marang juga kekal sembilan orang, Kemaman (42 orang) dan Dungun (tujuh orang). Jurucakap itu berkata semua jalan utama yang menghubungkan Terengganu-Kelantan dan Terengganu-Pahang boleh dilalui semua kenderaan. Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai di Terengganu yang semalam melepasi paras bahaya telah surut ke paras normal pagi ini. Bagaimanapun dua sungai masih mencatatkan paras air melebihi paras bahaya iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri pada paras 8.73 meter (bahaya 8.50 meter) dan Sungai Nerus di Kampung Bukit 13.19 meter (bahaya 12 meter). | ||
| Pejabat MB serang, dakwa bekas SUK ‘bisu’ isu Khusrin Posted: 07 Jan 2011 10:44 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER ![]() \ Mohd Khusrin Munawi menggantikan Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kuat kuasa 1 Januari lalu. Foto oleh Choo Choy May Kenyataan pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Ramli, yang buat pertama kali bersuara semalam, tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan penggantinya Khusrin walaupun didakwa sedia mengetahui perkembangan isu berkenaan dari awal. Antaranya, Pejabat Menteri Besar mendakwa pada hari yang sama, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sebelah pagi hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu. Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang semalam menjawab respons Ramli pagi semalam yang menafikan beliau adalah dalang dan telah mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri dalam soal pelantikan Khusrin yang kini bertukar menjadi krisis perlembagaan. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ramli menegaskan, beliau bukan "dalang" dalam isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai penggantinya, yang kini bertukar menjadi krisis perlembagaan. Sebaliknya Ramli berkata Menteri Besar sepatutnya tahu bahawa Sultan Selangor sudah perkenan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Malah Ramli mendakwa beliau juga berpandangan bahawa Menteri Besar sedia menyedari pelantikan Khusrin dengan mendapat perkenan Sultan Selangor. "JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) serah tiga nama kepada Sultan Selangor dan baginda perkenan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. "Saya dapat surat daripada Istana mengatakan Sultan Selangor perkenan Datuk Khusrin dan meminta saya memaklumkannya kepada JPA. "Saya tanya ada salinan atau tidak, saya terima surat itu dan Menteri Besar juga terima surat itu," katanya. Ramli juga mengakui beliau tidak memaklumkan pelantikan Khusrin kepada Khalid kerana difahamkan pejabat Sultan Selangor sudah menghantar salinan surat berhubung perkara itu kepada Menteri Besar. "(Oleh itu) saya tidak maklumkan kepada Menteri Besar sebab saya ingat beliau sudah tahu (pelantikan Khusrin). Kalau Menteri Besar tidak tahu mengenai perkara itu, saya tidak tahu (soal itu), sepatutnya beliau tahu. "Ikut asal saya hantar lapan nama kepada Menteri Besar dan Sultan Selangor termasuk Khusrin, jadi saya ingat perkara itu sudah dipersetujui. "Saya hanya lakukan kerja saya, bila Sultan Selangor perkenan, maka saya maklumkan kepada JPA," katanya. Kelmarin, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negerinya telah "disabotaj" dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan tidak diberikan maklumat tepat. Khalid Samad berkata berdasarkan maklumat diperoleh beliau, Ramli sedia mengetahui yang nama Khusrin sudah pun dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan ia telah menerima perkenan oleh baginda. Bagaimanapun katanya, perkara tersebut tidak dimaklumkan kepada Khalid sehingga Menteri Besar itu terkejut dengan makluman pelantikan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember. Mengikut kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar petang semalam, berikut kronologi yang membawa kepada pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri: 26 Oktober 2010: Pusat Sumber Manusia memberi Nota Amalan kepada Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa: i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar. ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada Sultan Selangor. iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan Menteri Besar akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan. 26 Oktober 2010: "Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baru dan menyenaraikan lapan nama yang dicalonkan untuk pelantikan. 8 November 2010: Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada lapan nama pegawai yang telah dicadangkan. 22 November 2010: Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon. 1 Disember 2010: Mesyuarat Exco bersidang, Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau. 2 Disember 2010: Mesyuarat MTES bersidang, Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 3 Disember 2010: Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Menteri Besar bahawa tiga nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian 8 Disember 2010: Mesyuarat Exco bersidang,.Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 9 Disember 2010: Mesyuarat MTES bersidang Datuk Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 15 Disember 2010: Mesyuarat Exco bersidang. Datuk Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau. 16 Disember 2010: 2 petang: Mesyuarat MTES bersidang Datuk Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau. 16 Disember 2010: 9 malam: Majlis Persaraan untuk Datuk Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Datuk Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau. 17 Disember 2010: Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan kerajaan negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini. 20 Disember 2010: Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar. 21 Disember 2010: Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Ramli sebagai balasan surat yang dihantar Datuk Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disembermemaklumkan kepada Ramli bahawa Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Khusrin. Surat itu juga menyatakan Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010. 24 Disember 2010: Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember daripada Munir bahawa Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan. 27 Disember 2010: Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap Sultan untuk perbincangan. 3 Januari 2011: Menteri Besar menghadap Sultan Selangor. Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai. 4 Januari 2011: Pejabat Menteri Besar menulis surat kepada Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini. 6 Januari 2011: Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada Sultan dan Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Khusrin. | ||
| Majlis Peguam, Suhakam mahu suruhanjaya turut siasat punca kematian Teoh Posted: 07 Jan 2011 10:42 PM PST
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh. Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM. Susulan pengumuman itu semalam, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu, pembentukan suruhanjaya diraja tanpa turut menyiasat persekitaran yang membawa kepada kematian Teoh tidak ada sebarang makna dan ia satu langkah membazir wang rakyat. Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan juga berpendapat demikian. "Apa yang penting, dia (Teoh) mati ketika berada dalam tahanan SPRM. Beban adalah pada SPRM untuk menjelaskan apa yang berlaku," kata Ragunath (gambar) kepada The Malaysian Insider. "Mengenai soal kebersalahan, adalah penting untuk difahami bahawa Teoh merupakan seorang saksi. Adakah dia telah berhadapan dengan tekanan ketika disoal siasat? "SPRM mesti mengambil tanggungjawab," kata beliau. Ragunath yang sebelum ini melahirkan pendapat bahawa inkues itu tidak bermakna selepas koroner memberikan keputusan terbuka menambah, kerajaan bertanggungjawab kepada keluarga Teoh untuk memberi keadilan. "Koroner memutuskan tidak bunuh diri ataupun dibunuh, jadi bagaimana dia mati? Mereka mesti datang dengan rumusan," kata beliau. Justeru, kata Ragunath, apabila Najib menggariskan terma rujukan kepada suruhanjaya beliau sewajarnya memberikan kuasa untuk melihat punca yang membawa kematian Teoh dan tatalaku pegawai-pegawai SPRM. Malah kata beliau, pentadbiran Najib mesti memberi kuasa kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti protokol kesemua badan penguat kuasa, bukan hanya SPRM bagi membuktikan bahawa kerajaan persektuan serius untuk mendapatkan keyakinan rakyat ke atas institusi-institusi awam. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi semalam bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh. Koroner Azmil Muntapha Abas pada Rabu lalu memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid. Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas. "Skop kerja suruhanjaya diraja tidak wajar dihadkan... jadi, syor-syornya akan menjadi panduan komprehensif bagi SPRM untuk bergerak ke depan," kata ketua bahagian aduan dan pertanyaan Suhakam ini. "Jika mereka mahu menyiasat prosedur, bukannya prosedur-prosedur dalam buku tetapi teliti penggunaan prosedur yang sebenar, mereka harus meneliti dengan terperinci. "Jika penemuaan menunjukkan pegawai-pegawai (SPRM) bersalah, ia akan membantu kerajaan membersihkan badan penguta kuasa," katanya lagi. Sebagaimana ditekankan oleh Ragunath, Muhammad Sha'ani berkata, Teoh hanya seorang saksi yang dibawa untuk membantu siasatan SPRM. Kata beliau, undang-undang dalam prosiding jenayah memberikan lebih perlindungan kepada suspek berbanding saksi. "Sekarang orang ramai takut untuk membuat laporan, mereka tidak akan tampil untuk membuat pendedahan," katanya lagi. "Ramai yang sudah jadi mangsa. Ia sesuatu yang sudah diketahui (ramai), bukannya persepsi awam," kata beliau sambil menambah, terdapat banyak aduan mengenai dakwaan intimidasi terhadap pegawai-pegawai SPRM. Katanya, perbicaraan membabitkan bekas pengurus besar Sime Darby dan juga peguam terkenal Datuk Rosli Dahlan adalah antara beberapa kes dakwaan intimidasi semasa siasatan SPRM. | ||
| Tiga MP Sarawak kumpulan pertama jumpa PM Posted: 07 Jan 2011 10:40 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Tiga ahli Parlimen dari Sarawak Din Kuong Hing (kanan), Joseph Salang Anak Gandum dan Abdul Wahab Dolah (kiri) selepas bertemu Perdana Menteri di PWTC, pagi tadi. - Foto oleh Jack Ooi Mereka terdiri daripada wakil rakyat Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong) dan Datuk Fadillah Yusof (Petra Jaya). Sesi pertemuan antara Najib, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan kumpulan tiga ahli Parlimen itu berlangsung selama 15 minit dengan setiap mereka masing-masing diberikan masa lima minit untuk menyuarakan pandangan serta membangkitkan sebarang masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing. Sesi itu diteruskan dengan Perdana Menteri kemudiannya menemui kumpulan tiga ahli Parlimen berikutnya. Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Karim yang ditemui selepas menemui Perdana Menteri berkata, menerusi pertemuan itu beliau dapat menyalurkan maklumat mengenai pelbagai masalah dan isu di kawasan Batang Lupar, secara terus kepada Perdana Menteri. "PM mendengar maklum balas yang disampaikan, dan saya berjaya beritahu secara langsung kepada beliau mengenai isu-isu yang dihadapi oleh rakyat di Batang Lupar, Sarawak," katanya. Semalam Najib yang juga Pengerusi BN dilaporkan berkata beliau menganggap pertemuan itu sebagai satu transformasi politik seperti dinyatakannya sebelum ini, dan ia juga bertujuan membolehkan beliau mengetahui keadaan setiap kawasan BN. Bagaimanapun tidak semua pemimpin BN dijangka dapat menghadiri pertemuan itu kerana beberapa orang anggota Parlimen yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri ketika ini berada di luar negara untuk tugasan rasmi. Sebelum ini spekulasi berlegar di media dan di kalangan pemerhati politik mengenai kemungkinan pertemuan itu adalah persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada Jun atau Julai, ataupun serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai ini. Bagi wakil rakyat Umno, mungkin inilah masanya yang paling tepat untuk membentangkan kad laporan masing-masing, seperti yang diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Umno Oktober lepas. — Bernama | ||
| Umno berlakon setia kepada raja rupanya Posted: 07 Jan 2011 03:59 PM PST Isu derhaka, sejarah menjawab! Oleh Badrulamin Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan "dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia". Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno. 1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta. 2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya. 3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka. 4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. 5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. 6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka? 7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya? 8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993) 9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu. 10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah. 11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil? 12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti" (BH 11 Jun 1993.) 13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka? 14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009. 15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya? 16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan 'saya tuanku'. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu. 17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu. Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993. Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang. Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu. | ||
| Prestasi Satim teruk tidak layak jadi ketua pembangkang Posted: 07 Jan 2011 03:56 PM PST PASPB SHAH ALAM . : Perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, Datuk Satim Diman sebagai ketua pembangkang baru di Selangor adalah sesuatu yang aneh dan diluar jangkaan. Demikian pandangan ADUN Kinrara, Teresa Kok yang turut berasa hairan bagaimana pemimpin Umno-Barisan Nasional meletakkan Satim bagi mengetuai pasukan pembangkang, walhal kelibat ADUN itu jarang kelihatan menjalankan tanggungjawab di Dewan mahupun di kawasan beliau. " Di Dewan pun saya juga sentiasa nampak dia tidak ada. Jadi kalau dia jadi Ketua Pembangkang sama ada dia boleh memainkan peranannya dengan berkesan kerana bagi saya dia memang seorang ahli politik yang malas," kata Teresa ketika dihubungi Tv Selangor hari ini. Umno Selangor malam tadi mengumumkan perlantikan Satim bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang terpalit dengan kes rasuah. Satim sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri. Jawatannya itu kini digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed. Mengulas lanjut mengenai karektor individu yang dipilih oleh Umno itu, menurut Teresa, beliau tidak akan lupa tindakan ADUN itu yang terburu-buru melemparkan tuduhan ke atasnya berhubung isu larangan azan. " Ini menunjukkan bahawa beliau tidak menunjukkan keprihatinan beliau berhubung isu yang berlaku di tempatnya dan beliau adalah seorang yang mudah melemparkan tuduhan tanpa melakukan siasatan," tegas Teresa. Dalam kejadian pada 2008 itu, Satim katanya telah melemparkan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan larangan azan dilaungkan di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong. Malah Satim mengatakan bahawa beliau telah menulis surat mengenai petisyen bantahan penduduk yang tidak berpuas hati dan meminta pihak jawatankuasa masjid supaya tidak menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan kepada Satim. Katanya, beliau dilemparkan dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana tempat yang dinyatakan adalah kawasan Satim sendiri, dan beliau tidak tahu menahu apa yang berlaku di kawasan ADUN itu. " Ini menunjukkan bahawa beliau tidak menunjukkan keprihatinan beliau berhubung isu yang berlaku di tempatnya dan beliau adalah seorang yang mudah melemparkan tuduhan tanpa melakukan siasatan. " Saya rasa prestasi beliau akan lebih teruk dari Dr Khir Toyo," tambah Teresa lagi, mengulas sikap sambil lewa Satim. | ||
| Posted: 07 Jan 2011 03:50 PM PST PASPBMohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri. "Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim. Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu. "Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru. "Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya. Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya. Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit. Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu. Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak. Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri. Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi. Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka. "Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim. | ||
| Slogan 1Malaysia sandaran tuntutan makan diri BN Posted: 07 Jan 2011 03:47 PM PST oleh: Mat Zain Mat Isa Sudah lebih dua minggu isu larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor t Isu berkenaan dilaporkan menjadi pertikaian umum ekoran arahan dikeluarkan pihak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) kepada pemilik sebuah kedai serbaneka di bandar berkenaan agar menurunkan logo 1Malaysia yang dipasang di kedai itu. Tidak perlu dipertikaikan betapa para pemimpin dan pendukung parti itu adalah pihak paling terkedepan menjulang dan memanjangkan isu berkenaan. Buktinya, hampir tiada parti komponen BN, khususnya di Selangor yang tidak terlibat menzahirkan reaksi melebih-lebih mereka dalam isu ini.Himpunan memprotes, laporan polis dan penyerahan memorandum bantahan terhadap kerajaan Selangor dimulakan Umno dan MIC. Ia kemudiannya dipanaskan kembali oleh himpunan dengan maksud sama oleh MCA pula. BN kelihatan benar-benar menemui peluang sangat baik untuk mengganyang kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) menggunakan isu ini. Selain larangan itu dianggap langkah mengenepikan aspirasi nasional, Pakatan juga didakwa terdesak membendung penerimaan rakyat terhadap BN yang kononnya semakin meningkat. Sementara larangan mempamer logo 1Malaysia di Selangor itu seakan banyak menguntungkan BN, isu-isu lain membabitkan slogan sama tidak semestinya memihak parti pemerintah yang melaungkan slogan itu. Beberapa kes berlaku dalam seminggu ini malah seakan menggambarkan betapa slogan yang dipelopori Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak itu, seolah-olah semakin bertukar menjadi hujah yang bakal memakan diri BN pula. Apa yang timbul ekoran kejayaan pasukan bolasepak negara menjulang Piala Suzuki AFF adalah contoh. Seluruh rakyat negara ini tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik bersepakat meraikan kejayaan julung kali skuad negara, sekaligus menamatkan penantian 14 tahun sepanjang kejohanan itu. Namun tanpa diduga rupa-rupanya ada rakyat negara ini yang meraikannya dengan perasaan terkilan. Semuanya hanya kerana nama Harimau Malaya yang digunakan anak buah K. Rajagobal. "Ini adalah pasukan negara. Mengapa kami di Borneo seolah-olah dipinggirkan? Ke mana perginya konsep 1Malaysia?", terjah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing. Beliau menganggap penggunaan istilah Harimau Malaya seolah-olah tidak mahu konsep 1Malaysia diterapkan dalam bidang sukan. Bahkan, Ahli Parlimen Tuaran itu turut mencadangkan agar Sabah dan Sarawak membentuk pasukan bola sepak berasingan diberi nama Harimau Borneo untuk menyertai kejohanan sama. Hujahnya itu turut dikongsi Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Jahid Jahim dan Presiden Majlis Belia Sabah, Kevin Lim. Nampak bagaimana slogan 1Malaysia telah dijadikan sandaran utama hujah pemimpin komponen BN itu sendiri? Slogan kebanggaan Najib dan para pendukung BN itu juga sebelum ini telah menjadi 'paku buah keras' buat Presiden Umno itu. Gara-gara tindakan beberapa pegawai Perdana Menteri yang didakwa mengarahkan kepimpinan gereja Bishop Katolik Bukit Nanas, Kuala Lumpur mengalihkan patung salib dan simbol lain dari lokasi majlis dihadiri Najib sempena Krismas baru-baru ini, beliau dikritik pelbagai pihak. Arahan itu didakwa turut melibatkan larangan melakukan upacara sembahyang dan nyanyian lagu-lagu pemujaan di majlis anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu. Para pengkritik menganggapnya halangan kebebasan beragama dan dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Lebih menarik, arahan itu sendiri dianggap satu pengkhianatan terhadap slogan berbilang etnik dan agama sepertimana ditekankan dalam 1Malaysia yang dijaja penuh ghairah oleh Najib sendiri. Apakah beliau bersedia memohon maaf atas keterlanjuran para pegawainya itu? Jika pun beliau berbuat demikian nanti, apa yang pasti setakat itu slogan 1Malaysia telah menyediakan ruang untuk pelbagai pihak kembali mengasak kepimpinan beliau. Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes di mana pelbagai kelompok rakyat, terutama kalangan bukan Melayu, sering menjadikan slogan 1Malaysia sebagai alasan mewajarkan berbagai tuntutan dan desakan mereka untuk disempurnakan kerajaan. Kontroversi yang menyelubungi novel Interlok baru-baru ini juga tidak terlepas dari nilaian berkaitan slogan kebanggaan BN itu. Beberapa pemimpin MIC telah menyuarakan desakan agar novel karangan Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain itu sama ada ditarik balik cadangan penggunaan sebagai teks wajib kesusasteraan Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau satu bab daripadanya digugurkan. Buku diterbitkan pada 1971 itu dikatakan mengandungi beberapa tulisan mengganggu sensitiviti masyarakat India, terutama apabila ia menyentuh sistem kasta diamalkan mereka. Dalam mempertahankan desakan itu juga kedengaran suara mengaitkan penggunaan novel tersebut tidak selari dengan konsep 1Malaysia dilaungkan kerajaan. Kita jangka selepas ini banyak lagi isu dan perkembangan yang bakal menjadikan konsep tajaan BN itu sebagai sandaran untuk pelbagai pihak mendesak BN memenuhi tuntutan dan desakan mereka. | ||
| Posted: 07 Jan 2011 03:45 PM PST Oleh Nurul Izzah Setiap perbuatan akan dinilai dengan niat atau nawaitu di sebalik perbuatan itu. Oleh demikian, rakyat harus menilai apakah niat sebenar Umno didalam beberapa peristiwa dan tindakan yang berlaku kebelakangan ini. Adakah niat Umno untuk memartabatkan kedaulatan raja-raja melayu khususnya di dalam isu perlantikan SUK Negeri Selangor yang dikatakan diperkenankan oleh Sultan sendiri atau sekadar menggunakan institusi raja-raja melayu (secara retorik#) untuk kepentingan kelangsungan hayat Umno? Adakah niat Umno untuk berbincang dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan diambang hari Natal di Istana Terengganu demi kepentingan kaum Melayu atau untuk kepentingan sempit Umno sahaja? Adakah niat Umno melaungkan 1Malaysia untuk perpaduan rakyat atau untuk perpecahan rakyat demi kepentingan Umno sahaja? Adakah niat Umno untuk mendahulukan rakyat didalam memberhentikan subsidi rakyat atau mendahulukan kepentingan ekonomi Umno sahaja? Adakah niat Umno untuk membangunkan hartanah penduduk Kampung Baru atau untuk membangunkan hartanah menguntungkan Umno sahaja? Adakah niat Umno untuk mencanangkan peningkatan pendapatan rakyat dengan Model Eknomi Baru atau sekadar mencari peluang mengkayakan kroni dengan projek-projek mewah lagi mahal? Adakah niat Umno untuk menjamin demokrasi rakyat dengan membiarkan proses pilihanraya yang berat sebelah sehinggakan perkara mudah dan dasar seperti menggunakan dakwat untuk jari mereka yang sudah mengundi dilarang demi untuk menjamin kemenangan 'curi ayam' Umno sahaja? Adakah niat Umno untuk mempertahankan hak rakyat dengan terus memanjangkan pengisytiharaan darurat serta undang-undang anti-demokratik seperti ISA atau untuk sebenarnya mempertahankan 'hak' Umno terus memerintah? Adalah tidak salah kalau tindakan Umno berniat untuk kepentingan Umno sahaja tetapi ia harus berlaku jujur dan berterus terang kepada rakyat bahawa segala yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan Umno secara ekslusif dan bukan inklusif untuk semua rakyat sehinggakan Raja-Raja melayu, kakitangan kerajaan dan institusi kerajaan dijadikan sekutu bersubahat didalam agenda Umno sahaja. Seandainya Umno benar-benar berniat memperjuangkan hak rakyat, Umno seharusnya menyambut tawaran membentangkan satu rang undang-undang dwi-partisan bersama Pakatan Rakyat didalam satu sidang parlimen tergempar yang boleh dipanggil oleh Presiden Umno pada bila-bila masa sahaja, bernama AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI yang bertujuan untuk membatalkan pengisytiharan darurat, memansuhkan undang-undang anti-demokratik, menunaikan perjanjian Sabah dan Sarawak, menjamin pilihanraya yang telus lagi bersih, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan menjaminkan kebebasan media dengan kadar segera. Biarlah AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI ini menjadi ujian kejujuran niat Umno serta niat Pakatan Rakyat dengan memberikan peluang sebenar untuk rakyat menentukan siapa yang dipilih memerintah Negara dan memperjuangkan hak rakyat secara adil. Memang benar, niat menjadi penilai segala perbuatan dan rakyat mesti membuat penilaian serta pilihan jika Umno berniat ikhlas dan suci untuk rakyat atau sebaliknya? * Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib-presiden PKR. | ||
| "Imam Muda" Akan Berdakwah Kepada Orang Asli, Dibuka Kepada Warganegara Luar Posted: 07 Jan 2011 03:38 PM PST KELAB GREENBOC Program realiti Imam Muda musim kedua akan melakukan perubahan besar di mana peserta akan masuk ke dalam hutan untuk menyampaikan dakwah kepada orang asli. Program pencarian Imam Muda yang disiarkan oleh Astro Oasis yang telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia pada sesi pertamanya telah menguji para peserta dengan tugasan membaca Al-Quran, memandikan mayat dan juga menyembelih kambing. Selain dari berdakwah kepada orang asli, di musim kedua ini ia akan menjadi lebih mencabar dengan tugas-tugas yang menyentuh hal-ehwal perubatan dan bahkan bagaimana menangani cabaran pelaburan dan pasaran saham. "Program ini 'Imam Muda' memiliki nilai pendidikan yang sangat tinggi dalam hal menunjukkan bagaimana ajaran dan amalan Islam dilakukan," kata Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). "Di negara umat Islam, kita menganggap bahawa Islam dipraktikkan oleh semua orang, tetapi tahap interpretasi dan pemahaman jelas berbeza-beza," katanya Lebih istimewa ia bukan sahaja membuka peluang kepada peserta dalam negara malah kepada warganegara luar yang berminat. "Penyertaan dibuka kepada warganegara luar berikutan permintaan mereka menerusi laman interaksi Imam Muda dan laman sosial Facebook," katanya. "Ramai penonton dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei menyatakan hasrat untuk menyertai program ini. Oleh itu kami telah berbincang dengan pihak Jawi dan menganggap ia sebagai satu cabaran dan persaingan yang baik."Selain itu, ia juga terbuka kepada pelajar-pelajar luar negara yang sedang belajar di sini. Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap penguasaan Bahasa Malaysia juga sebab kita beri kelebihan kepada yang boleh berbahasa Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Imam Muda musim kedua di Restoran Al-Diafah, Seri Petaling di sini, Khamis. Dalam pada itu, lokasi uji bakat turut ditambah berbanding musim lalu. Pertambahan lokasi iaitu di Kota Kinabalu, Sabah. Bagi musim kedua, bakal imam-imam muda akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang imam, memimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Bagaimanapun mereka turut menerima cabaran baru bersesuaian dengan keadaan semasa seperti ekonomi, perdagangan dan perubatan Islam melalui ayat-ayat suci Al Quran. "Modul dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini, tetapi kita akan tambah modul terbaru mengikut cadangan yang bayak dikemukakan penonton pada musim lalu. "Ia masih berteraskan kitaran kehidupan manusia seperti pendedahan kepada kes buang bayi, perkahwinan dan pengurusan jenazah di samping memperkenalkan beberapa topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam," kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus-menerus memberi sokongan dan meneruskan kerjasamanya untuk memantapkan program Imam Muda. Bagi yang berminat untuk menghadiri sesi uji bakat di jemput hadir ke lokasi-lokasi berikut. 22 –23 Januari 2011: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru. 28 –29 Januari 2011: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan. 11 –12 Februari 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah. 19 – 20 Februari 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang. 26 – 27 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. 05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Kriteria masih lagi seperti musim lepas iaitu lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan. Bagi yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah serta surah-surah lazim dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam agama Islam. Siri pencarian Imam Muda musim kedua bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis bermula 25 April 2011. | ||
| 10 Senibina Rumah Unik Dan Aneh Posted: 07 Jan 2011 03:35 PM PST KELAB GREENBOCRumah mungkin merupakan tempat teraman dan terbaik bagi orang yang tinggal di dalamnya. Bagaimanapun bentuknya, rumah seharusnya memiliki kenyamanan dan kedamaian. Sukar untuk mempercayai apabila orang-orang yang tinggal di rumah di bawah ini memikirkan hal yang sama. Di bawah adalah daftar 10 rumah yang sangat aneh, unik dan jarang terdapat di mana-mana bahagian di atas dunia. Mungkin pembaca blog GB juga ada foto-foto senibina rumah yang aneh dan unik yang boleh dikongsi bersama. Rumah Cerek ![]() Kettle House di Texas, Amerika Syarikat ini tidak hanya terlihat seperti cerek tapi juga dapat berfungsi sebagaimana mestinya. Rumah Batu ![]() Rumah Batu di Portugal ini adalah salah satu contoh terbaik elemen alam yang ikut digunakan. Memang unik bila kita lihat, tapi rumah itu memang benar-benar berpenghuni. Rumah Bengkok ![]() Rumah Melengkung ini berdiri sebagai contoh salah satu senibina terbaik yang pernah dibuat. Struktur lengkungnya menjadikannya salah satu rumah paling tak biasa di dunia. Rumah Kubik ![]() Rumah Kubik di Rotterdam, Belanda adalah kumpulan rumah yang bersama membentuk geometri kubus. Faktor menarik di sini adalah bagaimana rumah dijaga agar tidak jatuh. Rumah Kubah ![]() Dome House di Florida, Amerika Syarikat adalah pemandangan rumah putih yang indah dengan senibina kubah yang unik. Rumah Tongkol ![]() Cob House di Vancouver, Kanada murni terbuat dari tanah liat, pasir, sedutan dan air. Rumah Berlubang ![]() Hole House di Texas, Amerika Syarikat adalah projek seni atau akibat dari kecelakaan luar biasa. Apapun itu, rumah ini boleh dikatakan unik. Rumah Kasut ![]() Sepertinya ada penggemar berat fairy tale di sini. Rumah Sepatu di Pennsylvania, Amerika Syarikat membentuk sepatu dalam semua aspek kecuali sol sepatunya. Rumah UFO ![]() UFO House di Taiwan tampaknya terlihat menakutkan tapi telah dijamin tidak ada Alien. Rumah sejenis juga ada di Cina. Rumah ini adalah bahagian dari projek pemerintah Taiwan yang tidak boleh dilanjutkan dan akhirnya dibiarkan menjadi kota hantu. Rumah Jeruk ![]() Pernah melihat tong drum jeruk? Rumah Jeruk di Minnesota, Amerika Syarikat adalah contoh rumah tak biasa yang menarik penuh orang. Rumah-rumah dengan senibina unik yang lain: ![]() ![]() | ||
| Posted: 07 Jan 2011 07:39 AM PST BERNAMA JITRA — Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini. Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas. Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu. Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra. Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan. Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual. Difahamkan sebelum ini madu wanita itu tinggal di rumah sewa di Kuala Nerang dan pindah ke rumah mangsa kira-kira dua minggu lepas kerana dikatakan suami mereka tidak mampu membayar sewa. Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang dikenali sebagai Nang Yah ketika ditemui pemberita berkata ketika kejadian dia berada di luar rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising dan teriakan meminta tolong dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira lima meter dari rumahnya. "Mak Cik dengar suara orang bising-bising dan minta tolong... Mak Cik jadi takut lalu meminta bantuan jiran lain untuk melihat apa yang berlaku di rumah mangsa. "Kemudian mak cik nampak mangsa mengengsot keluar dari rumah sambil merayu minta tolong dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Kepalanya penuh dengan darah," katanya. Seorang lagi jiran mangsa berkata dia dan beberapa jiran lain telah membantu membawa mangsa ke Hospital Jitra. "Bila sampai di rumah mangsa, mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan lemah... saya dan rakan segera bawa mangsa ke hospital bagi mengelak mangsa kehilangan banyak darah," kata lelaki berumur 32 tahun itu. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu DSP Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini pada 4.20 petang. Polis sedang menyiasat kejadian itu, katanya. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
MANTAN Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang digantung tidak bertali oleh Ibu Pejabat UMNO setelah Pendaftar Pertubuhan Malaysia membenarkan beliau kembali memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan; diwar-warkan akan merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (UMNO) pada pilihanraya umum akan datang.
TINDAKAN Wakil Rakyat kawasan Labuk, Datuk Michael Asang yang memecat dua orang Ketua Kampung Kepurun, Yutakim dan Ketua Kampung Lumau, Yulit tanpa sebarang notis telah dikutuk secara habis-habisan oleh 70 peratus penyokong Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO dan PBS di kawasan itu.
Walaupun pihak polis mengadakan persidangan akhbar dengan serta merta untuk menjelaskan ketiadaan pertalian antara pihak polis dengan kes kematian ini.
Biasanya Dr Mahathir tidak diam atas apa saja isu semasa di negara ini. Jika dia tidak ditanya oleh wartawan atas sesuatu isu, dia sendiri akan menyatakan pendiriannya dalam laman webnya.

Bagaimanapun, katanya untuk mengubah setiap perkataan atau ayat dalam satu-satu karya, ia akan mempengaruhi keseluruhan makna karya tersebut, selain turut mengubah nilai sejarah sosial.
Ditanya mengenai jawatankuasa khas yang akan ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menyiasat isu itu, Gapena berharap jawatankuasa akan mengkaji dan melihat ia dari konteks kandungan teks dengan sebaik-baiknya.
Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
Laporan polis itu dibuat oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkefly Ahmad di Balai Polis Labis kira-kira jam 10.45 pagi ini.

KUALA LUMPUR— Majlis Peguam dan Suhakam turut menyertai desakan agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semalam. 


ercetus. Namun sehingga rencana ini ditulis (3 Januari), ia masih menjadi bahan manipulasi pelbagai pihak, terutamanya media arus perdana pro-Barisan Nasional (BN). 













Tiada ulasan:
Catat Ulasan