Selasa, 4 Januari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Hebat Anwar bertambah bila digantung

Posted: 04 Jan 2011 07:22 AM PST

KEHEBATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dirasa mendatar atau seperti hilang glamour dengan berakhirnya setiap sessi Parlimen.

Bukan dia tidak membuat ucapan yang membuka kelemahan dan kepincangan kerajaan. Banyak yang didedahkannya tetapi reaksi Parlimen dan kerajaan sejuk. Media tidak memberi tempat yang sewajarnya. Perdana Menteri Najib biasanya tidak menjawab apa yang ditujukan sekalipun tepat ke batang hidungnya.

Apabila tindakan Anwar tidak berbalas, lama kelamaan ia seolah-olah lesu.

Nampak tiada beza Anwar dengan anggota pembangkang lain. Seolah-olah Anwar sudah hilang taring.

Begitu juga dengan pendedahannya tentang peranan Apco yang diguna kerajaan Najib bagi mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia syarikat asing yang dikatakan milik Yahudi dan talian dengan Israil. Hingga dituduhnya apa yang diperkenalkan sebagai 1Malaysia ditiru dari Satu Israel.

Jika pembongkaran itu diberi reaksi sepi oleh kerajaan seperti reaksinya biasanya di masa-masa lalu, nescaya kegiatan Anwar itu jadi seperti menyalak bukit. Ia hilang ump dan jadi isu mati. Maka Anwar yang selalunya hebat itu boleh dilihat lesu.

Entah mengapa menteri melenting dan Najib pun melenting. Menteri mengusulkan untuk menggantung keanggotaan Parlimennya kerana dikatakan membuat tuduhan tidak berasas.

Anwar pun mencabar supaya terus tindakan terhadapnya supaya dia dapat membuat pendedahan terperinci. Panas Parlimen satu dua hari. Mulai nampak hebat Anwar. Gara-gara ucapannya yang panas itu dia hendak digantung.

Banyak orang sudah digantung sebelumnya. Kebanyakan engkar arahan Speaker atau melawan Speaker. Anwar tidak berlawan dengan Speaker sebelumnya. Dia hanya membuat ucapan dan tuduhan pedas.

Lepas itu diam. Seolah-oalh dia tidak jadi hebat.

Tiba-tiba Parlimen bertindak menggantungnya menjelang sidang Parlimen hendak ditangguh. Bukan Parlimen saja heboh, alam masyarakat di luar Parlimen ikut gempar terhadap tindakan itu.

Kerananya tiga lagi anggota Parlimen yang membantah cara penggantungan itu dibuat ikut digantung sepertinya juga.

Yang menambah kecoh itu jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan unuk mengenakan tindakan kepadanya tidak memanggilnya untuk membuat penjelasan. Dia tidak diminta untuk membuktikan tuduhannya bahawa 1Malaysia itu diciplak dari Satu Israel.

Macam mahkamah beruk. Yang dituduh didakwa tetapi belum sempat dia diminta memberi keterangan, dia dihukum. Seolah-olah Anwar didakwa di mahkamah rimba yang berhakimkan hakim beruk.

Apakah Anwar ada bukti atau tidak, belum diketahui. Tetapi dia dikenakan tindakan gantung enam bulan tidak boleh menghadiri Dewan.

Ia telah mengembalikan kehebatan Anwar selama ini. Layanan Parlimen dan kerajaan terhadap menggantungnya tanpa memintanya memberi keterangan dan membela diri, menjadikan kes itu luar biasa. Dia seolah-olah seperti menghadapi segala tuduhan terhadap semua kes di mahkamah selama ini.

Apa jua yang dilakukan terhadap Anwar di mahkamah selama ini telah menjadikan Anwar tumpuan semua orang di seluruh dunia. Dia dipukul hingga terbiar separuh mati mengidupkan watak hebatnya selama ini. Akibat dia dipukul orang yang memukulnya dibuang kerja dan dikenakan hukuman yang mengaibkan.

Dipukul, dipenjara, apa yang dimintanya tidak diluluskan. Tidak pernah tilam bantal diusung ke mahkamah, kerana menghadapinya, tilam bantal dibawa ke mahkamah. Orang yang menentangnya habis lenyap tetapi Anwar timbul terus hingga diwar-warkan untuk jadi Perdana Menteri.

Semua yang dikenakan dan dituju terhadapnya tidak mematikan wataknya tetapi dia terus hidup.

Selepas gembar gemburnya untuk menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September tiga tahun dulu tidak menjadi kenyataan, maka orang mula terasa dia sudah hilang hebat. Lepas itu suasana tenang. Dalam suasana tenang begitu Anwar dilihat seperti orang tidak berdaya.

Apabila dia dihukum begitu dia terus jadi perhatian semula. Dengan layanan terhadapnya apa yang dikatakan kelemahannya tenggelam, tetapi yang timbul dia dianiaya lagi dan dizalimi lagi.

Yang menghidupkannya ialah layanan buruk yang tidak adil terhadapnya. Kerajaan yang menghidupkannya. Dia dilayan begitu supaya segala hubungan dan keajaiban Apco tidak terbongkar. Tetapi dengan layanan itu menyebabkan orang percaya ada hamba Apco dalam kerajaan di peringkat tinggi tanpa Anwar membuktikannya.



Oleh Subky Latif

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

Posted: 04 Jan 2011 07:04 AM PST

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Kita Nak Kena Lagi

Posted: 03 Jan 2011 08:46 PM PST

Kalau dia nafi makna betul lah nak jadi. Kalau kerajaan kata harga gula tak naik bohong. Dah naik harga gula. BN kata tak naik harga minyak. Penipu, dah naik pun harga minyak.

Apa yang BN nafikan pasti akan terjadi. Kalau BN kata jamin rakyat tak hidup susah. Bohong, sekarang kita sudah hidup susah. Duit dalam poket cepat sangat habis sedangkan belanja sama saja. Tidak boros. Selalu kena tipu. Dah naik bosan kena tipu dengan kerajaan penipu BN.

Sekarang isu terbaru isu minyak masak. Mula - mula disembunyikan dulu minyak masak. Bagi gempar satu Malaysia. Rakyat kelam - kabut mencari minyak masak. Dari Tesco hingga kedai runcit. Minyak masak disita. Restoran makanan mula terasa bahangnya. Semuanya hanya kerana satu keinginan. Keinginan untuk menaikkan harga minyak masak. Sedangkan kita ini pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Asia

Hari ini BN menafikan harga minyak masak tak naik.
Bohong. Munafik. Penipu. Itu semua gendang- gendang awal harga minyak masak akan dinaikkan. Rakyat dah kena tipu lagi. Persatuan bodoh dan bebal macam Perkasa dan GAPS (jelmaan orang KJ dulu, sebab KJ tiada kuasa dia lari pegi ke Ibrahim Ali..macam Yahudi perangai), akan buat tak tahu. Dia sibuk mengenai Ketuanan Melayu padahal yang hidup merempat nanti orang Melayulah.

Hei rakyat Malaysia. Kita nak kena tipu. Kita dah lama sangat kena tipu. Kenapa tidak mahu berubah. Kenapa tidak mahu menganyang BN. Kenapa biarkan maruah kita dihina sebegitu rupa. Seronok sangatkah ditipu?

Ubahlah sebelum dah parah (padahal semakin parah dah ni)



Dragsuperstar

Umno-BN Semakin Angkuh, Bongkak, Gila Kuasa, Membelakangkan Perlembagaan

Posted: 03 Jan 2011 08:38 PM PST

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Umno dan Barisan Nasional sudah sampai ke tahap terlalu bongkak, takbur dan angkuh sehingga sanggup membelakangkan perundangan negara demi menjayakan agenda politik jijik pimpinan mereka.

Menyentuh berkaitan isu perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Ketua Pembangkang berkata belum pernah dalam sejarah lantikan itu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar.

"Umno dan BN sudah terlalu bongkak, sombong dan takbur. Saya nasihatkan mereka supaya jangan khianat (kepada rakyat Selangor), zalim dan fitnah.

"Pagi tadi Menteri Besar mengadap Tuanku Sultan dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) diberitahu baginda tidak masuk campur dalam perlantikan ini. Jadi sekarang mudah bagi Menteri Besar untuk terus berunding dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk selesaikan masalah ini," kata Anwar dihadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat dan peneroka pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Niaga, Felda Cempelak di Labis malam tadi.

Majlis tersebut merupakan ceramah pertama Pakatan Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang selepas pelancaran jentera pilihan raya kecil PAS di di sini Sabtu lalu.

Walaupun tiga trak Unit Simpanan Persekutuan, puluhan anggota polis serta lebih lima sekatan jalanraya dilakukan bagi menghalang kejayaan program Pakatan Rakyat namun golongan peneroka Felda Cempelak yang dianggap 'jantung Umno' tidak mengendahkan segala bentuk ugutan pihak keselamatan untuk mendengar amanat Anwar.

Anwar sempat menyentuh mengenai penubuhan Felda oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menjanjikan tanah untuk golongan Melayu miskin.

"Tun Razak berjanji untuk beri tanah kepada orang Melayu miskin dan berkata tidak akan rampas tanah mereka. Beliau janji dan beliau laksana janjinya.

"Anaknya, Datuk Seri Najib janji macam-macam, ETP, NKRA, KPI tapi satu pun tak jadi dan satu pun tidak ditunaikan," tegas Anwar.

Beliau berkata PRK Tenang adalah penting kepada Pakatan Rakyat kerana kemenangan di negeri yang dianggap kubu kuat Umno bermakna isu serta perjuangan menegakkan keadilan untuk negeri Johor akan lebih berjaya.

"Kemenangan di Tenang tidak mudah, ini kami akui tetapi apa yang penting ialah istiqomah dan yakin serta terus berjuang. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada Umno-BN kerana mereka bercakap tiga bahasa - di depan orang Melayu mereka menakutkan-nakutkan dengan isu Cina, di depan orang Cina dan India pula cakap lain.

"Pakatan Rakyat mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang masa hak kaum lain juga dipertahankan. Inilah pendekatan kita.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi amaran kepada Umno-BN suoaya jangan terlalu yakin kerana mungkin Tenang akan menjadi 'ribut' bagi mereka.

"PRK Tenang penting kerana ia akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan di bahagian selatan Semenanjung. Jadi pilihan raya kecil ini adalah peluang kepada rakyat Tenang khususnya dan Johor untuk membuat perubahan penting," kata Shamsul.

ADUN Batu Caves Amirudin Sahri pula mengatakan pengundi di DUN Tenang akan membuat keputusan penting 30 Januari nanti yang bakal merubah landskap politik Johor dan seterusnya di seluruh kawasan Felda yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Sebelum itu di Kampung Air Panas yang terletak kira-kira 10 km dari Labis, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Abdul Rahman Yusof berkata perubahan amat perlu pada PRK Tenang dan Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kerajaan Umno-BN kini lebih mementingkan golongan kroni dan kaum keluarga serta membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan.

"Keadaan ekonomi Malaysia ama berbeza ketika Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan di mana
beliau pernah terpilih Di pilih sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh akhbar Financial Times dan negara menyaksikan pertumbuhan ekonomi terbaik semasa beliau dipertanggungjawab mengurus kewangan negara.

"Sekarang ekonomi dan sumber kekayaan negara semuanya dibolot secara rakus oleh pemimpin Umno-BN dengan rakus sekali, Kata Abdul Rahman.IMG_4499

PRK Tenang diadakan berikutan kematian ADUN Tenang Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu di Hospital Ampang Puteri akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 22 Januari dan hari pembuangan undi pada 30 Januari.

Pertandingan Memancing Adalah Haram

Posted: 03 Jan 2011 08:25 PM PST

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.

"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.

"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.

Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.

"Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan.

"Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah," katanya.

Dr Asri (gambar) berkata sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka ia bukan judi dan pertaruhan.

"Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan'," katanya.

Kerajaan negeri bantu penduduk Jelutong

Posted: 03 Jan 2011 08:18 PM PST

Kerajaan Negeri Pulau Pinang banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Jelutong khususnya dalam isu penduduk Kampung Pokok Asam yang didakwa tidak dibela.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jelutong, Mohd Naser Ismail dalam pertemuan dengan beliau, semalam.

Menurutnya, janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membiarkan penduduk kampung ini melarat atau tidak dibela nasib mereka.

"Semua pemilik rumah asal di Kampung Jalan Pokok Asam, pada peringkat awalnya tidak memperolehi sebarang bayaran pampasan.

"Ekoran itu kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju dan berjaya memperolehi pampasan bagi kos perpindahan dan memasuki semula rumah yang akan digantikan di kawasan yang sama.

"Sewaan selama tiga tahun akan ditanggung oleh pihak pemaju. Manakala semua penduduk yang terlibat akan menerima rumah gantian yang mana kosnya adalah sebanyak RM75,000 dalam kawasan Jelutong juga," ujarnya lagi.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Jelutong berkata, penduduk yang belum menerima sebarang pampasan sehingga ke hari ini diharap bersabar kerana usaha kearah itu sedang dijalankan bersama-sama dengan Ahli Parlimen Jelutong, PAS kawasan Jelutong, JKKK dan kerajaan negeri dengan pemaju yang terlibat.

Sebelum ini, katanya pemimpin Umno dan Barisan Nasional melemparkan dakwaan kepada kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan negatif.

Menurutnya, mereka juga mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap masalah penduduk kampung tersebut yang terlibat dalam perpindahan kerana pembangunan projek yang dilaksanakan oleh pemaju.

"Sebenarnya ini bukan masalah baru, ia telah wujud semenjak Umno dan BN menerajui negeri ini lagi. Mereka juga sedar mengenai hakikat ini, tetapi sengaja digembar-gemburkan demi kepentingan politik sempit sesetengah pihak yang berkepentingan," katanya lagi.

Risalah 'DAP anti-Islam' diedar di Tenang

Posted: 03 Jan 2011 08:08 PM PST

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mendedahkan taktik kotor pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di Tenang dan kawasan sekitar.

Risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' dalam PAS itu dianggap satu pembohongan besar oleh Chua yang juga tidak menolak sebagai taktik kotor Umno untuk pilihan raya kecil akan datang di Tenang.

"Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya kepada Tv Selangor.

Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan Azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Chua memaklumkan kepada media akan membongkar perkara itu semasa kempen pilihan raya ini dan akan mendedahkan ini kerja kotor Umno.

Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang PR dari bertemu rakyat.

Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang sekali lagi diganggu polis.

"Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya.

Tiada ulasan: