Isnin, 3 Januari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bekalan Minyak Masak Mencukupi Kata Timbalan Menteri, Bolehkah Rakyat 'Percaya Lagi' Apa Yang Di Janjikan Oleh Kerajaan UMNO BN Itu Agaknya!

Posted: 03 Jan 2011 01:03 AM PST

PETALING JAYA, 3 Jan [4.30 pm] - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini. Timbalan Menteri kementerian berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe (foto) berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai. Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan. "Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini. "Kabinet belum mencadangkan untuk naikkan harga, jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya. Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu. Lien Hoe berkata, kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran bahawa peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan.

[Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri KPDNKK ini bolehlah dianggap sebagai "penyedap halwa telinga" semata-mata. Kenapa Menteri yang berkenaan iaitu Si Ismail Sabri (foto), tidak mahu keluarkan kenyataan seperti ini lagi. Mungkin dek kerana beliau malu dengan janji kerajaan untuk tidak naikkan harga minyak petrol RON97 hingga hujung tahun lalu. Namun, hakikatnya selepas sebulan kenyataan tersebut ia dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Semua ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO BN tidak mampu "mendahulukan rakyat" dalam hal ehwal kebajikan seperti ini. Menariknya, bukan sahaja rakyat yang membangkang marah dengan senario ini malah ia turut melibatkan penyokong UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Mereka kecewa dengan masalah bekalan minyak masak yang kini "nazak" di mana-mana. Apakah fenomena ini akan menyamai masalah kekurangan gula yang dihadapi oleh rakyat hingga menyebabkan harga barangan itu dinaikkan akhirnya. Kini, satu lagi insiden yang sama pasti akan berlaku menjelangnya pilihanraya kecil DUN Tenang dan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Apa yang pasti, puak UMNO kena terima hakikat bahawa BN itu ialah "barang naik". Maka usahlah mengeluh dan salahkan diri sendiri kerana silap membuat pilihan sebelum ini. Semoga isu ini akan menyebabkan mereka juga sedar dengan kesilapan lalu dan menolak UMNO BN dalam pilihan raya umum akan datang].

Bongkar: Inilah Dia Wajah Pegawai Kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang Yang Ditangkap Khalwat Di Kuantan Pada 25 Nov Lalu

Posted: 02 Jan 2011 01:47 PM PST

Sebelum ini kami pernah mendedahkan perihal kes seorang pegawai kanan Malis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga kakitangan terbabit di bilik 416, Grand Continental Hotel Kuantan pada 25 November lalu. Susulan pendedahan tersebut, ramai yang terkeut dan tidak menyangka ianya boleh berlaku. Malah, ramai yang tertanya-tanya siapakan individu terbabit. Kami tidak tergamak untuk mengeluarkan laporan penuh insiden berkenaan, demi menjaga nama baik pegawai kanan terbabit. Difahamkan beliau telah ditangkap oleh beberapa orang Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika operasi cegah maksiat sedang dijalankan. Berdasarkan kepada rekod semasa, mana-mana pasangan yang ditangkap pasti akan didakwa atas tuduhan berkhalwat. Namun, dalam kes ini secara jelas didapati adanya campurtangan pihak atasan JAIP sendiri yang mahu "membuang kes" tersebut. Malah, terdapat maklumat yang mengatakan, jika kes tidak dibuang sekali pun ia tetap akan ditukar. Kes khalwat akan dihilangkan, dan pasangan terbabit akan dituduh atas kesalahan berkahwin diluar mukim tanpa kebenaran yang sah. Maknanya, bagi mengelirukan orang ramai maka dibuat skrip agar tangkapan yang berlaku itu bukanlah tangakapan khalwat biasa tetapi kerana kesalahan berkahwin di Thailand (luar mukim). Makanya, pertuduhan juga akan dipinda bagi menjaga nama baik pegawai yang berkenaan serta imej majikannya sendiri.


Inilah lakaran wajah kontroversi pasangan yang ditangkap khalwat itu
Foto asal akan disiarkan, jika usaha tutup & pinda kes terus dijalankan
[Keputusan tersebut jelas sekali melanggar tatasusila dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Bila ia berlaku kepada orang awam biasa, maka mereka akan didakwa atas pertuduhan berkhalwat tetapi sebaliknya bagi mereka yang mempunyai "nama dan kedudukan". Apakah ia adil untuk umat Islam di negeri ini, atau mereka yang pernah ditangkap khalwat oleh pihak yang berkenaan. Justeru itu, kami dengan ini terpaksa mendedahkan wajah pasangan terbabit sebagaimana yang telah dijanjikan. Demi maruah agama Islam, maka eloklah mereka dikenakan tindakan kerana jelas sekali telah khianat kepada amanah yang telah diberikan. Tindakan tatatertib wajar dikenakan terhadap pihak terbabit jika benar mereka mahu melaksanakan undang-undang Islam di negeri ini. Adalah tidak wajar sama sekali, kes seperti ini ditutup atau dipinda hanya kerana individu yang ditangkap merupakan pegawai kanan. Peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasa wajar dipatuhi oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan mereka. Jika tidak, sudah pasti undang-undang Islam itu sendiri akan ditertawakan oleh orang bukan Islam. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar lebih berhati-hati dan jujur dengan tanggungjawab mereka. Janganlah dek kerana bekerja di jabatan agama maka anda bebas melakukan maksiat sesuka hati. Pegawai seperti ini tidak layak dikekalkan].

Panas: Kemelut Dalaman, Seorang Lagi Pemimpin Kanan PKR Iaitu N.Gobalakrisnan (Ahli Parlimen Padang Serai) Pula Di Pecat Kerana Kritik Anwar !

Posted: 02 Jan 2011 01:25 PM PST

Kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) seakan tidak berkesudahan. Biarpun pemilihan 2010 sudah pun berakhir, namun masih banyak suara-suara panas yang mempertikaikan keputusan dan mempersoalkan tindakan campurtangan pihak tertentu dalam menentukan keputusan itu sendiri. Sebelum ini, bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mempertikaikan sikap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang masih belum menyelesaikan beberapa aduan tentang kepincangan yang berlaku semasa proses pemilihan dijalankan dulu. Susulan daripada itu, Chegubard telah menolak tawaran jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR atas alasan masih menunggu keputusan rasmi secara bertulis terhadap segala siasatan terhadap aduan-aduan yang beliau laporkan kepada pihak yang berkenaan. Demi mempertahankan maruah dan prinsip keadilan, akhirnya Chegubard lebih rela menolak dan kini bergerak lebih aktif tanpa terikat dengan jawatan dalam parti. Kini satu lagi berita gempar dilaporkan, apabila seorang lagi calon pemilihan bagi jawatan Naib Presiden iaitu N.Gobalakrisnan (foto) selaku Ahli Parlimen Padang Serai pula dikatakan telah dipecat oleh parti gara-gara kritikan pedasnya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika benar, dakwaan tersebut maka beliau merupakan pemimpin kedua selepas Datuk Zaid Ibrahim yang dikenakan tindakan serupa itu. Gobala dikatakan terlalu lantang mengkritik secara terbuka tentang campurtangan Anwar dalam pemilihan dan sikap pemimpin itu yang memberi tempat kepada peguamnya N.Surendran untuk mengisi salah satu jawatan tertinggi parti itu bagi mewakili masyarakat kaum India. Bagi Gobala, Surendran tidak layak kerana dia bukan calon malah juga bukan ahli PKR yang sah. Kononnya Anwar memilih pemimpin itu atas kapasiti "proksi" demi kukuhkan pengaruhnya untuk dapatkan sokongan kaum India di negara ini.

[Terbaru, Gobala mengaitkan Anwar yang bertanggungjawab megarahkan perobohan sebuah kuil hindu di Selangor. Inilah yang menyebabkan pucuk pimpinan tertinggi parti terpaksa mengambil tindakan pecat terhadap beliau agaknya. Sebelum itu, Gobala juga dipercayai telah mendapat usul "undi tidak percaya" oleh kepimpinan PKR cabang Padang Serai sendiri. Apa yang pasti, Gobalakrishnan kini bakal dipinggirkan dan tersisih daripada parti dan akan mengisi salah seorang lagi "wakil rakyat bebas" di negara ini. Semoga masa depan beliau akan lebih cemerlang lagi selepas ini hendaknya. Apakah tindakan pemecatan Gobala itu dipersetujui oleh parti atau sekadar dibuat tanpa merujuk kepada Lembaga Displin PKR agaknya. Apakah mungkin, selepas ini ramai lagi akan dipecat atau mengambil keputusan untuk keluar dari PKR selepas lihat apa semua ini].

Sensasi: Pesta Sambutan Tahun Baru 'Ala Yahudi' Jelas Buktikan Kerajaan UMNO BN Gagal Menjaga Maruah Agama Islam Dulu, Kini Dan Selamanya !!

Posted: 02 Jan 2011 12:11 PM PST


Sambutan Tahun Baru 2011 nampaknya meriah di sana sini. Begitulah beritanya, jika benar seperti apa yang dilakukan oleh media arus perdana. Namun, dalam kemeriahan itu sedarkah kita bahawa ia jelas lari dan terpesong dalam konteks negara Islam itu sebenarnya. Acara hiburan terus disuburkan dan diberi ruang yang terbuka kepada rakyat. Mereka disogokkan dengan berbagai aktiviti yang menjurus ke arah maksiat. Semua ini tidak langsung mencerminkan negara Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO BN selama ini. Sambutan tahun baru terus dijadikan alat untuk merosakkan jiwa-jiwa remaja yang sudah lama hancur itu. Islam apakah yang mahu dibawa jika begini rupanya. Di seluruh negara, acara sambutan dihiasi dengan hiburan artis, kebudayaan, kesenian dan kemuncaknya menjelang detik 12 malam iaitu tembakan bunga api ke udara. Semua ini adalah budaya jahiliah barat yang terus dipertahakan oleh kerajaan UMNO BN, yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini. Hakikatnya, rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam sudah mual melihat apa yang berlaku ini. Mereka sangsi, apakah parti UMNO itu benar-benar mahu pertahankan Islam sebagai "addin" atau sekadar "kosmetik" semata-mata untuk mengaburi mata rakyat?. Sedangkan umat Islam di negara ini terus dipesongkan minda mereka agar percaya kononnya UMNO berjuang untuk Islam. Apakah begini caranya ajaran Islam. Hiburan yang merosakkan itu diagung-agungkan di beri tempat yang tinggi daripada majlis-majlis ilmu dan kesyukuran yang sepatutnya didahulukan. Jika inilah senarionya, maka kami yakin lama kelamaan umat Islam di Malaysia ini akan bertambah rosak akhlak dan akidah mereka. Budaya kuning ciptaan Yahudi terus dipertahankan agar keimanan dan ketaqwaa itu terlucut satu persatu daripada jiwa-jiwa umat Islam itu sendiri. Apakah kita mahu terus biarkan fenomena seperti ini berterusan buat selamanya?.


Apakah pemimpin Melayu Islam UMNO BN suka melihat fenomena ini
[Berapa ramai lagi kita mahu lihat anak-anak Melayu beragama Islam murtad, melacur, berzina, menagih dadah, merempit, buang bayi, minum arak dan sebagainya?. Jangan "gadaikan maruah Islam" hanya kerana mahu mereka menolak agama dalam kehidupan mereka. Inilah yang dimahukan oleh kerajaan UMNO BN agaknya. Mereka mahu, umat Islam menolak agama agar lebih terpengaruh dengan dakyah ciptaan mereka. Maka senanglah untuk mereka menang dalam setiap kali pilihanraya. Jika ramai umat Islam kembali kepada agama, sudah pasti parti karat itu akan ditolak dan dihumbankan oleh mereka. Inilah yang amat ditakuti sebenarnya. Justeru itu, marilah sama-sama kita kembalikan maruah dan kegemilangan Islam. Jangan biarkan mereka terus merosakkan agama untuk kepentingan politik dan periuk nasi mereka sahaja. Lakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang, agar Islam akan dapat dikembalikan ke tempat asalnya. Bersamalah kita menantikan hari kemenangan Islam, agar undang-undang Allah tertegak di atas muka bumi ini suatu hari nanti. Marilah buat perubahan!].

Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr.Jeffrey Kitingan Sah Keluar Dari Parti !!

Posted: 01 Jan 2011 01:05 PM PST

KOTA KINABALU, 2 Jan [2.30 pm] - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan (foto) telah keluar daripada parti itu. Menurut beberapa sumber, Dr Jeffrey telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 1 Januari lalu. Dr Jeffrey bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen pada Ahad. Namun menurut seorang sumber yang rapat dengan beliau memberitahu pengasas Barisan Bersatu Borneo (UBF) itu merasakan sambutan tahun baru bukan masa sesuai baginya untuk keluar daripada parti itu. Ia adalah hari pertama memasuki tahun baru, era baru, menurut sumber itu. Dr Kitingan terdahulu merasmikan pembentukan UBF yang dianggap sebagai 'Kuasa Ketiga' dan alternatif kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pembentukan itu dilihat sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Katanya, meskipun negeri-negeri di Kepulauan Borneo kaya dengan sumber semulajadi, ia masih kekal antara rantau termiskin di negara ini.

[Berita ini sedikit pun tidak mengejutkan sebenarnya, namun ia sedikit memberi tamparan hebat buat Pakatan Rakyat terutamanya disaat berhadapan dengan pilihanraya kecil DUN Tenang dan Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Apapun, rakyat perlu bersabar melihat apa yang berlaku dan tidak terlampau sedih atau kecewa dengan senario ini. Keluar masuk parti adalah perkara biasa bagi pemimpin politik dari Sabah sebenarnya. Justeru itu, usahlah ia dijadikan alasan untuk rakyat terus menolak kemaraan Pakatan Rakyat dalam menakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Teruskan sokongan dan kuatkan azam untuk terus berjaya mencapai hasrat murni demi sebuah perubahan itu].

Tiada ulasan: