Muslimeen United |
- Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama DS Nizar
- PRK Tenang mungkin ulangan PRK Teluk Pasu?
- Awas ! Lepas 12 Malam Ini Umno Apco Akan Membeli Undi PRK N05 TENANG
- Menggeletar lutut Umno tengok gambar nih...
- PAS kesal dihalang berkempen
- Prk Tenang: Samseng Umno Sudah Mula Gerak
- Asakan jentera PAS dan Pakatan Rakyat semakin hebat !
- Eksklusif bersama Cikgu Mala
- Debat antara Cikgu mala dengan Tok Ai - Mstar.
- Tenang dalam keadaan hampir bertenang, Pakatan juarai kempen, Cikgu Mala Masih di depan.
- Ceramah Pakatan vs Konsert 1Malaysia
- Tak Dapat Tanduk Telinga Dipulas, Serang Suami Apabila Gagal Gugat Cikgu Mala
- Cikgu Mala Disambut Meriah Di Majlis Makan Malam Di Tenang
- Cikgu Mala berkarisma, lebih bertanggungjawab
- Doktor boleh saman pihak pertikai MC
- Gambar Yang "MEROYAN"kan Umno Di Tenang..
- KHAS@TENANG - Pengundi India dan Cina akan undi Cikgu Mala
- PRK Tenang: Ceramah DAP Hebat, Ceramah MCA Lengang
- Ribuan sertai ceramah perdana terakhir
- Tenang - jangan gadai Islam hanya kerana satu kerusi
- PRK Merlimau: Penamaan Calon 26 Feb Pilihanraya 6 Mac
- Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Engkau, Ya ALLAH
| Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama DS Nizar Posted: 29 Jan 2011 08:49 AM PST
LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi. | ||
| PRK Tenang mungkin ulangan PRK Teluk Pasu? Posted: 29 Jan 2011 08:30 AM PST Mungkinkah sejarah PRK Dun Teluk Pasu tahun 1986 berulang di PRK Dun Tenang 2010? Mungkinkah sejarah 24 tahun lepas tu berulang kembali. PRK Teluk Pasu 1986 mencatatkan kemenangan calon PAS, Ust Harun Taib menewaskan calon Umno Haji Abdul Rahman Mohamad dengan kelebihan 114 undi. Kalau la Cikgu Mala berjaya menewaskan Tok Ai di Tenang, memang suatu keputusan yang memeranjatkan. Tentunya ada satu keajaiban telah berlaku macam masa PRK Teluk Pasu bila pada saat-saat akhir jentera PAS berjaya dapat satu gambar yang membuktikan pembohongan Umnno dan sempat dicetak untuk disebarkan sebelum pengundian bermula yang kesannya calon Umno berjaya ditewaskan. Apa pun, aku suka nak menasihatkan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat terusama jentera yang berkampung di Tenang. 'hope for the best and prepare for the worst' BTW, katanya ada banyak persamaan antara PRK Teluk Pasu dengan PRK Tenang. Beberapa juzuk dari senario keseluruhan dan tingkah politik yang berlaku di Tenang sejak hampir seminggu lalu memudahkan sesiapa saja yang pernah terlibat di Teluk Pasu melihat titik persamaan kedua-dua proses demokrasi itu. | ||
| Awas ! Lepas 12 Malam Ini Umno Apco Akan Membeli Undi PRK N05 TENANG Posted: 29 Jan 2011 08:27 AM PST
Balaci2 dan broker2 tajaan Umno Bn akan sedaya upaya membeli seberapa ramai pengundi, sekitar RM300 ke 1000 tengok keadaan individu, balaci2 ini akan memberi wang dengan janji dan harapan esok pagi nya penerima2 wang ini akan mengundi BN. Aku harap siapa saja yang akan menerima wang itu nanti, KECEWA KAN kan umno dengan TIDAK mengundi Umno esok hari. Ambil saja duit yang mereka bagi, kerana wang akan mereka bagi nanti bukan duit MAK bapak mereka, mungkin mereka telah SONGLAP duit rakyat dengan tujuan untuk mengekal kan kuasa jahat mereka saja. UNDI PAS………….TEST TENGOK DULU, UMNO SUDAH TERBUKTI SEBUAH PARTI RASUAH DAN MENGGADAI HAK MELAYU TENANG. | ||
| Menggeletar lutut Umno tengok gambar nih... Posted: 29 Jan 2011 08:12 AM PST Tapi rakyat Malaysia masih waras rasanya, masih ingin melakukan sebarang perubahan melalui pilihanraya tapi biarlah adil dan telus. Kalau kita dengar apa yang terjadi di Tunisia tuh, bunyinya macam sama ja ngan kemelut yang kita hadapi di negara kita. Kepingan domino dari Tunisia kini merebak ke Mesir, kini tunjuk perasaan besar-besaran masih berterusan di Kaherah selepas perintah berkurung kerajaan sepanjang malam berakhir. Anggota tentera terpaksa memperketatkan kawalan keselamatan selepas insiden keganasan pada Jumaat. Terbaru, Presiden Umno Mesir... Hosni Mubarak telah mengarahkan semua menteri kabinetnya meletak jawatan... tapi dia masih gagah disinggahsana... haha... sebijik perangai Umno Malaysia... | ||
| Posted: 29 Jan 2011 06:39 AM PST Hazayani Zakaria LABIS, 29 Jan: PAS kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang didakwa berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang. Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kekesalan tersebut ekoran SPR gagal memastikan semua parti bertanding berhak mengakses ke semua kawasan yang terlibat dengan PRK tersebut. Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima daripada petugas parti bahawa mereka tidak dibenarkan masuk berkempen di Ladang Labis Utara dan Ladang Bukit Datuk. "Kenapa BN boleh masuk berkempen, Pakatan Rakyat tak boleh masuk? "Sepatutnya semua pengundi ada hak untuk akses maklumat daripada kedua-dua parti," kata beliau pada sidang media harian dekat sini, hari ini. Tambahnya apabila petugas parti memaklumkan perkara demikian kepada SPR, mereka berkata perkara tersebut di bawah kuasa pemilik ladang berkenaan. "Kita bawa peguam kita jumpa SPR,tapi mereka kata itu terpulang kepada pemilik ladang. Tapi kita katakan SPR bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat maklumat," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR dapat mengambil tindakan segera memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kempen. Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan berhimpun di Dataran Cikgu Mala malam esok bagi mendengar keputusan PRK ini. "Kita akan adakan perhimpunan untuk dengar keputusan di Dataran Cikgu Mala malam esok samaada menang atau kalah, kita tak kisah," katanya. | ||
| Prk Tenang: Samseng Umno Sudah Mula Gerak Posted: 29 Jan 2011 05:56 AM PST LABIS: PAS mendapat maklumat Pemuda Umno akan mencetuskan kekacauan mulai malam ini hingga tamat tempoh mengundi petang esok, dakwa Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. "Maklumat yang kita dapat samseng Pemuda Umno itu akan membuat kacau termasuk 'menyerang' pondok petugas PAS. "Mereka mahu mengulangi budaya samseng yang mereka lakukan semasa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, dua tahun lalu. Pilihanraya kecil Tenang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohd Azahar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan Normala Sudirman dari PAS. Esok adalah hari mengundi. | ||
| Asakan jentera PAS dan Pakatan Rakyat semakin hebat ! Posted: 29 Jan 2011 05:54 AM PST ![]() Malam terakhir kempen. Sudah takdirnya, hujan lebat sedang turun sekarang. Jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat masih belum goyah menghentikan jadual kempen yg padat malam ini. Seluruh pelusok DUN Tenang kini sedang diredah biarpun tubuh basah kuyup. kegelapan malam bukan penghalang untuk pasukan penceramah untuk tiba di kawasan paling jauh dan terpencil seperti di Kg. Sawah Baru. Jalan yang sempit dan gelap menjadi cabaran buat kami. Berbeza dengan kem BN yang dilihat sudah selesa dengan laporan kajian yg dimuntahkan dari analisa Ilham Centre yang menyatakan bahwa BN akan menang dengan majoriti 3 ribu undi. Hampir seluruh jentera BN kini dalam suasana kegembiraan. Kempen juga sudah dihentikan, apabila segala gula-gula sempurna dijajan Wanita dan Puteri ke setiap rumah. Blogger haprak UMNO meramai bersidai di kedai2 kopi dan kopitiam. Menyedup sakaret sambil mengepul asap memenuhi ruang santapan. Duit upah fitnah juga sudah siap dibahagi. Biarkan luncai terus alpa sambil gelak gembira. Ilham Centre sudah kata, BN akan menang 3 ribu undi. Biarkan..biarkan..biarkan ! Biarkan mereka menikmati gembira malam ini, sambil bermain dengan air hujan. Hey..itu hanya kajian. Tempur hakiki 'peperangan' ini hanya akan terjawab esok. Dan aku tahu, esok aku bakal melihat satu perubahan yg hebat akan berlaku di Tenang. Andai kita menang dengan 1 undi, itu jua akan dikira kemenangan buat Pakatan Rakyat dan Islam. Teruskan berdoa kepada sahabat sekelian yg mendokong islam dalam perjuangan, agar kemenangan tetap ampuh milik PAS dan Islam. (*) Aku tetap percaya kepada kata hati bahawa kemenangan Normala diakhir peperangan ini akan menutup segala fitnah jahat BN di sini. Takbir ! Labels: N.05 | | ||
| Posted: 29 Jan 2011 02:53 AM PST | ||
| Debat antara Cikgu mala dengan Tok Ai - Mstar. Posted: 29 Jan 2011 02:10 AM PST ![]() ![]() Di bawah ni temubual Mstar: kedua-dua calon PRK Tenang. Kedua-dua calon ditanya soalan yang sama walaupun masa dan tempat temuramah berbeza. Temuramah ni dari satu sudut boleh dikira macam debat jugak sebab menggunakan soalan yang sama. Maksudnya, pembaca boleh menilai perbandingan antara dua calon tu dari jawapan yang depa bagi. Mstar: Adakah anda mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook? | ||
| Tenang dalam keadaan hampir bertenang, Pakatan juarai kempen, Cikgu Mala Masih di depan. Posted: 29 Jan 2011 01:47 AM PST ![]() Oleh : Drs. Khalil Idham Lim LABIS, 29 Jan.:- Tempoh berkempen untuk parti-parti yang bertanding dalam PRK Tenang hampir sampai ke penghujungnya. Kedua-dua pihak yang bertanding iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional yang masing-masing mengemukakan calonnya melalui hari-hari akhir kempen termasuk pada hari ini dengan suasana cuaca yang redup dan hujan sepanjang hari. Khususnya petugas dari Pakatan Rakyat, mereka terus berkerja keras dengan semangat jihad yang tinggi untuk menghabis kempen pada hari ini. Program ziarah dari rumah ke rumah terus dijalankan dalam keadaan mereka terpaksa meredah hujan dengan berpayung. bagi petugas lelaki kalau sekadar hujan rintik-rintik mereka bergerak tanpa menggunakan payung . Jadual ceramah masih diatur seperti biasa pada malam ini dan saya terlibat pada tiga tempat ceramah pada malam akhir kempen ini. Mengikut penelitian kepada kerja-kerja dan isu kempen saya dapat menyimpulkan bagaimana BN kekeringan isu dan kehabisan modal dengan menggunakan isu peribadi Calon PAS dan suaminya untuk memojokkan Calon PAS dan menaikkan imej calon BN yang tercemar teruk dengan pembohongan yang dilakukan dalam kes mahkamah yang belum selesai yang didakwa selesai oleh bekas ADIO itu.Sekali imbas serangan akhir yang dilakukan oleh BN kepada isu suami Cikgu Mala yang dikatakan menyalah gunakan cuti sakit sehingga mendapat pemberitaan yang meluas dalam semua media pro BN kelmarin, agak mengejutkan kerana ianya dilakukan disaat-saat akhir semacam ada perancangan dan waktu itu telah diintai lama oleh jentera kempen BN. Namun dengan kecekapan yang dilakukan oleh jentera Pakatan Rakyat dan kenyataan terus dari Cikgu Mala sendiri dalam isu berkaitan nampaknya dengan cepat meredakan serangan itu. Apapun BN ternyata kekeringan isu dan memutar belit dan membesarkan isu tersebut. Demikian juga dengan serangan yang dilakukan oleh Presiden MCA dan anaknya dalam isu bersalam, arak dan negara Islam. Semuanya tidak menjadi dan bagi saya apalah cakap seorang yang diketahui umum terpalit dengan skandal sex yang membesarkan isu bersalam. Adakah masayarakat Tionghua tidak boleh mencium hati busuk Chua anak beranak sedangkan dia sebetulnya telah memalukan bangsa dan partinya sendiri. Putarbelit berbanding skandal yang dihadapinya ternyata merupakan senjata yang makan tuannya. Apalagi apa yang diperbesarkan oleh Chua adalah tempelak kepada pimpinan UMNO yang ternyata gagal mendidik non muslim dalam BN untuk menghormati budaya dan agama orang lain. Sebagaimana standar biasa jadual harian kempen BN dihiasi dengan jadual menteri pusat dan menteri besar Johor yang turn berkampung di Tenang dengan pelbagai program yan diatur oleh pelbagai agensi dan kementerian. Cuma yang tidak ada ialah jabatan First Lady atau FLOM yang diketuai oleh Rosmah, mungkin akan datang FLOM juga akan turun berkampung dan kita tunggu kalau ianya mungkin berlaku di PRK Merlimau selepas ini. Semuanya mendapat pemberitaan meluas dari media pro BN , cetak ataupun elektronik. Sebaliknya pergerakan calon Pakatan semacam tiada dan tidak pemberitaan yang sewajar. Kalaupun ada adalah berita untuk memburukkan Calon Pakatan dan pimpinannya. Begitu juga projek mee segera turun seperti biasa kerana pilihanraya kecil adalah semacam "tongkat sakti" yang menjanjikan kesejahteraan rakyat.Semua masalah yang sudah berlapuk puluhan tahun nescaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam . Semacamlah cerita dalam drama Gerak Khas yang dalam tempoh yang singkat menyelesaikan kes-kes jenayah yang rumit. Begitulah lakonan dari pimpinan BN setiap kali pilihanraya termasuklah di DUN Tenang. Namun saya percaya kuasa penentunya ialah pengundi yang memiliki undi rahsia yang akan dilakukan seawalnya jam 8.00 pagi esok . Mudah-mudahhan dengan segala maklumat yang telah diterima oleh pengundi selama tempoh berkempen sejak penamaan calon pada 22 januari lepas akan melahirkan pengundi yang bijak bagi memilih ADUN baru di Tenang. Mereka juga mempunyai bekal tersendiri untuk membuat keputusan yang terbaik. Pakatan Rakyat telah melakukan kerja yang sangat cemerlang bagi memastikan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi kerusi DUN Tenang. Itulah harapan besar seluruh jentera Pakatan Rakyat yang kini telah berkampung di Tenang daripada parti PAS,DAP dan PKR. Dimana mereka telah melakukan yang terbaik. | ||
| Ceramah Pakatan vs Konsert 1Malaysia Posted: 29 Jan 2011 01:46 AM PST | ||
| Tak Dapat Tanduk Telinga Dipulas, Serang Suami Apabila Gagal Gugat Cikgu Mala Posted: 29 Jan 2011 01:34 AM PST
Serangan peribadi BN amat memalukan'Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa serangan yang dibuat oleh PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat lain tidak boleh dianggap serangan peribadi. LABIS: PAS menyifatkan serangan peribadi terhadap calon PAS Normala Sudirman salam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebagai sangat memalukan. "Ini kempen pilihanraya yang paling buruk dalam sejarah Malaysia," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di sini hari ini. Beliau menambah, "isu serangan peribadi ini yang dilakukan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menunjukkan mereka dalam keadaan bertahan." Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa serangan yang dibuat oleh PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat lain tidak boleh dianggap serangan peribadi. "Apa yang kita katakan mengenai calon BN, Mohd Azahar Ibrahim ialah mengenai integriti, kita tidak sebut mengenai kisah rumah tangga beliau. "Kita tahu perangai dia tetapi kita tidak sebut kisah rumah tangga dia," katanya. Tambah Mahfuz, PAS menetapkan tidak ada sebarang isu peribadi pemimpin disentuh dalam kempen pilihanraya ini. "Kita boleh sebut kisah Datuk Seri Najib (Tun Razak) atau isterinya Datin Seri Rosmah (Mansor) tetapi kita tidak mahu. "Kita boleh sebut kisah perceraian mereka terdahulu tetapi kita tidak mahu kerana supaya mereka tidak malu. Kita tidak mahu anak-anak mereka malu," katanya. Bagaimanapun, kata Mahfuz, pemimpin BN telah membangkitkan kisah perceraian Normala dengan suami terdahulu. Beliau juga menyifatkan tindakan pemimpin BN `menyerang' suami Normala, seperti tidak dapat tanduk telinga dipulas. "Suami calon PAS jadi mangsa. Isu MC (sijil sakit) kalau hendak siasat, siasatlah. Tetapi siasat juga petugas Umno di Tenang dan di pilihanraya lain yang mengambil cuti sakit. "Ramai juga kawan saya terdiri dari guru yang ambil MC setelah berunding dengan guru besar dan mengambil cuti untuk berkempen bagi pihak Umno. "Saya tidak fikir isu MC ini menjadi isu besar. Isu yang besar ialah saman Normala kepada Mohd Azahar," katanya. | ||
| Cikgu Mala Disambut Meriah Di Majlis Makan Malam Di Tenang Posted: 29 Jan 2011 12:47 AM PST
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Sedikit laporan daripada Twitter Tony Pua (MP PJ Utara): The crowd @ DAP Labis dinner goes absolutely wild w/ d arrivl of calon Cikgu Normala The atmosphere has gone beyond electric with d arrival of DS HadiAwang, @anwaribrahim and @cmlimguaneng here in Labis DAP dinner Hundreds more following d nite's speakers outside d venue on our screens in Tenang Atmosphere's electric here @ '000 ppl DAP Labis dinner in support of PAS Cikgu Normala in Tenang! Sedikit laporan daripada Twitter Sim Tze Tzin (ADUN Dari Pulau Pinang): Excitement, optimism & confidence in #Tenang! Tenang dinner ceramah is HOT!!!! We see hope. -gomalaysian | ||
| Cikgu Mala berkarisma, lebih bertanggungjawab Posted: 29 Jan 2011 12:45 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 29 Jan: Calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim sehingga hari ini masih lagi gagal menjawab dakwaan terhadap beliau yang melelong tanah penduduk semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Oleh itu, beliau tentunya dilihat oleh orang ramai bukanlah sebagai seorang yang layak dipilih dalam pilihan raya Dun Tenang 30 Januari ini kerana tidak selayaknya menjadi pemimpin. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya calon BN itu tidak bersalah, beliau pasti sudah dapat menjawab dakwaan terhadapnya itu, tetapi sehingga kini beliau tetap gagal menjawabnya. Menurut beliau, sebaliknya, semua kenyataan yang dibuat oleh calon BN itu berhubung dakwaan tersebut bukanlah jawapannya, sebaliknya jauh menyimpang dari jawapan dan realiti sebenar. "Keadaan itu amat jauh bezanya dengan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang sememangnya diketahui umum sebagai seorang yang baik, berkarisma dan bertanggungjawab. "Keistimewaan Cikgu Normala itu bukan hanya pada mata saya, tetapi turut diakui oleh penduduk di kawasan Tenang sendiri dan mereka yang mengenalinya," katanya ketika ditemui di sini. Selain itu, keistimewaan Cikgu Normala juga, katanya, boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai apabila beliau pernah dianugerahkan dengan anugerah guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri sewaktu beliau menjadi guru dulu. Mohd Azahar sewaktu menjadi ADO didakwa dengan cuai telah melelong tanah seseorang secara tidak sah dan tidak mengikut prosedur. Semua kesalahannya itu sudah terbukti apabila keputusan Mahkamah Tinggi Muar pada tahun 2008 sudah pun mengarahkan tanah tersebut dipulangkan kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kosnya. Azahar akan dibicarakan di dalam satu tuntutan saman di mahkamah oleh pembeli tanah Mansor melalui lelongan tersebut iaitu Norhana Mohd Ali yang mendakwa terpedaya oleh Azahar, sehingga menyebabkan beliau membeli tanah Mansor secara lelongan yang disyaki palsu dan tidak sah itu. Menurut Nurul Izzah, kes yang dihadapi oleh Azahar itu tidak mampu disembunyikan oleh beliau kepada orang ramai terutama kepada penduduk di kawasan Tenang, sehingga menyebabkan semakin ramai orang yang semakin hilang keyakinan terhadapnya. "Ini amat berbeza dengan Cikgu Normala yang sememangnya semakin mendapat tempat di hati para pengundi di kawasan itu. "Buktinya, semasa saya pergi ke Tenang Selasa dan Rabu lalu dan mengadakan ceramah di kawasan felda, ramai penduduk di kawasan itu yang hadir. "Jumlah kehadiran mereka ratusan orang. Ini amat jauh bezanya ketika saya mengadakan ceramah di kawasan felda lain termasuk di kawasan Felda Suharto," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR. Kehadiran dengan jumlah itu di kawasan felda, menurut beliau, merupakan satu jumlah yang besar. Ini jelas membuktikan Cikgu Normala dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya itu semakin diterima oleh orang ramai, setelah didedahkan kepada orang ramai tentang keistimewaannya oleh para pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, beliau yakin Normala mempunyai harapan besar untuk menang dalam pilihanraya itu, memandangkan para pengundi di kawasan itu sendiri ternyata amat senang kepadanya. Namun, beliau turut kesal kerana Umno atau BN terus menggunakan politik kotor dalam kempen mereka di Tenang, termasuk menggunakan politik mengugut para pengundi dengan ugutan yang bukan-bukan agar mereka tidak menyokong calon PAS. -Hrkh | ||
| Doktor boleh saman pihak pertikai MC Posted: 29 Jan 2011 12:39 AM PST ![]()
Malang sekali isu ini yang ditimbulkan oleh blogger Umno digunakan juga oleh Menteri yang menjaga cikgu-cikgu. Sudah tidak ada isu, disuruhnya pengetua sekolah serahkan cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor untuk discan dan dijadikan isu menghentam Cikgu Mala. Sungguh tidak beretika, tidak menghormati profesion perguruan dan kakitangan awam. Jangan salahkan pengetua berkenaan kerana beliau pun pasti takut jika tidak beri dokumen cuti sakit (MC) itu. Tak beri mungkin tak naik pangkat, senarai hitam, bertukar sekolah dan macam-macam lagi terpaksa dihadapi. Nak selamat beri je lah. Seterusnya, bacalah......di sini | ||
| Gambar Yang "MEROYAN"kan Umno Di Tenang.. Posted: 28 Jan 2011 07:33 PM PST (Terselah sikap hormat kaum lain terhadap kepimpinan Islam,lihatlah bagaimana tangan Tuan Guru dipimpin..Aduhh sadiss) Suasana seperti ini tidak wujud pada masa dulu..kini Pimpinan PAS sudah dipercayai dan diterima oleh kaum lain menyebabkan Umno menjadi gila meroyan dengan suasana ini..kerana takut "kuasa reput" mereka akan lenyap sedikt masa lagii... Kalau dulu hanya Umno saja yang diterima sebegini rupa,tapikini,apabila kaum lain sudah sedar akan kezaliman,tipudaya dan fitnah pimpinan UMNO terhadap Parti Islam,lantas mereka kembali bersama dengan pimpinan dan parti Islam yang menegakkan kebenaran sejagat lalu semakin reputlah Parti Sekularr pimpinan Umno..Takbirr Juragan : Maka Umno kini semakin mereputtttt | ||
| KHAS@TENANG - Pengundi India dan Cina akan undi Cikgu Mala Posted: 28 Jan 2011 07:31 PM PST LABIS - Presiden Parti Makkal Sakhti Malaysia, R. Kannan yakin 60% pengundi India di DUN Tenang akan mengundi calon PAS, Normala Sudirman. Beliau yang ditemui oleh team Cina Islam disini berkata, para petugas partinya telah berkampung selama lebih dua minggu di DUN terbabit. Menurutnya, apabila petugas Makkal Sakhti bertemu dengan pengundi-pengundi India dibawah, majoritinya di kampung Tenang Jaya mendapati pengundi kaum India takut menyatakan sokongan secara terbuka. Mereka sebenarnya, kata beliau bukan tidak menyokong PAS namun mereka bimbang kepada ugutan dan disisihkan dari mendapat bantuan. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim berkata 75% pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sudah bersiap sedia untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Felda Cemplak disini semalam. Ng yang fasih bertutur dalam bahasa 'Jawa' berkata, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh negeri itu. Katanya wakil-wakil rakyat dari parti DAP telah menyokong peruntukkan tersebut membukti bahawa parti itu bukan sebuah parti yang anti Islam. Beliau menempelak sebenarnya parti MCA lah yang menghina Islam dan hukum-hakam Islam. Katanya, MCA menjadi 'sesat' kerana berkawan Umno/BN berbanding dengan DAP yang dapat memahami hukum-hakam Islam apabila bersama PAS dan PKR dalam muafakat Pakatan Rakyat. | ||
| PRK Tenang: Ceramah DAP Hebat, Ceramah MCA Lengang Posted: 28 Jan 2011 07:21 PM PST
BN cuba selamatkan undi Cina, PR pula sasar FELDA dan estetMeskipun PRK Tenang menyaksikan pertarungan antara UMNO-Barisan Nasional dengan PAS-Pakatan Rakyat, namun kelihatan rakan partinya lebih bersungguh-sungguh sepanjang tempoh kempen. Antaranya, MCA menurunkan tujuh orang Timbalan Menteri untuk mengetuai pasukan kempennya, malah Presidennya Chua Soi Lek dan anaknya, Chua Tee Yong, juga penyandang kerusi parlimen Labis, melawat ke semua tokong Cina dan pasar malam di situ. Sementara itu, DAP pula mencurahkan sokongan sepenuhnya kepada PAS untuk menangkis serangan isu Negara Islam yang memanah Pakatan Rakyat. Selain strategi kreatifnya yang bertemakan "TUKAR" sempena Tahun Baru Cina, kenyataan demi kenyataan media dikeluarkan untuk menyanggah setiap tuduhan yang dilemparkan MCA, malah mencabar agar Chua Soi Lek tampil berdebat. Ceramah anjuran DAP juga mendapat sambutan yang memberangsangkan di kawasan yang majoritinya pengundi Cina. Hampir setiap ceramah yang diadakan DAP pada waktu malam menarik kira-kira 500 orang - bukan sahaja penuh sesak, tetapi orang yang datang berdiri sepanjang malam sehingga ceramah tamat. Jamuan malam MCA disambut dingin Sebaliknya, jamuan malam anjuran MCA menerima sambutan yang dingin daripada penduduk tempatan. Kekosongan meja dan kerusi kelihatan di merata-rata sungguhpun Chua Soi Lek turun sendiri ke jamuan tersebut. Malah, Chua Soi Lek kelihatan kekok apabila tidak ramai yang menyahutnya ketika beliau melontar soalan untuk memanaskan suasana. Situasi ini berbeza dengan apa yang berlaku di ceramah anjuran DAP - meriah dengan sorakan dan tepukan. MCA yang semakin terasa bahangnya membariskan lebih ramai pemimpin untuk ceramahnya, misalnya Naib Presiden Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu; Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong, Timbalan Ketua Pemuda merangkap EXCO kerajaan negeri Perak Mah Hang Soon dan sebagainya. Bagaimanapun, usaha ini digagalkan cuaca yang menurunkan hujan pada Khamis lalu. Begitu juga dengan ceramah PR, yang terjejas bilangan kehadiran lantaran cuaca hujan, sungguhpun membariskan Nik Aziz, Lim Kit Siang, Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin dan sebagainya. Langkah MCA agak lambat MCA yang mengasak dengan isu Negara Islam, akhirnya berdepan dengan tuntutan pertubuhan Cina, yang mahu agar Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Segamat diwujudkan semula. MCA agak lambat dalam langkahnya untuk mengendalikan isu ini, sehingga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berjaya mengambil kesempatan untuk mendesak MCA-BN. Chua Soi Lek cuba melontar balik isu ini dengan mencabar agar kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor mengambil mereka yang tamat pengajian di sekolah swasta Cina sebagai kakitangan awam. Malah, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai mendakwa ini kali pertama dirinya tahu isu "mewujudkan semula sekolah menengah swasta" ini, yang pada hakikatnya janji BN pada 25 tahun lalu.Sejauh manakah isu sekolah cina swasta ini mempengaruhi pola pengundian hanya diketahui pada malam 30 Januari. Apa yang pasti, PR memiliki kelebihan dalam penguasaan undi Cina. Dan ia menjadi cabaran kepada Chua Soi Lek, lebih-lebih lagi kawasan DUN Tenang berada di bawah kerusi parlimennya, yang diwarisi dari bekas Presiden Ling Liong Sik, sebelum dilepaskan kepada anaknya ekoran skandal seksnya. UMNO kukuh di FELDA Bagaimanapun, UMNO kini kelihatan menguasai tiga kubu tradisionalnya, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak. Ketiga-tiga kawasan ini mempunyai 4,118 undi peneroka FELDA keturunan Melayu, iaitu kira-kira 28% daripada undi keseluruhan DUN Tenang, atau bersamaan 59% undi Melayu. Pengamatan MerdekaReview mendapati harga getah dan kelapa sawit yang melonjak mungkin menjadi faktor positif untuk BN. Kawasan kediaman mereka agak selesa, bersih dan segar, dihiasi bendera UMNO mahupun BN. Jelas, peneroka FELDA agak takut untuk berdepan dengan media, dan enggan menjawab soalan yang diajukan wartawan.Menurut pengurus kempen PAS, Syed Osman, mereka berdepan dengan kerumitan ketika cuba menyebarkan maklumat di kawasan FELDA. Penduduk di kawasan FELDA tidak berani untuk menghadiri aktiviti anjuran PAS, terutamanya aktiviti kecil-kecilan, kerana takut identitinya dikenalpasti. Di kawasan ladang yang majoritinya pengundi India pula, telah digulakan BN dengan hamper, kemudahan infrastruktur sejak awal lagi. Malah, pemimpin BN yang turun ke situ menyelitkan amaran yang tersirat dalam gurauannya, bahawa pemilik ladang adalah pemimpin BN. PR kini cuba menembusi ladang estet dengan pemimpin India-nya dalam tempoh yang kurang daripada 48 jam, sebelum hari pengundian pada 30 Januari. Sesungguhnya, PRK Tenang juga merupakan satu cabaran kepada PAS, yang menguji sama ada parti politik ini mampu bertahan di kawasan campuran. Malah, ia juga menguji sejauh manakah hubungan kerjasama antara DAP-PAS-PKR, yang hampir tiga tahun terjalin di bawah nama Pakatan Rakyat. -MR*Leong Khong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari artikel-artikelnya dalam bahasa Cina. | ||
| Ribuan sertai ceramah perdana terakhir Posted: 28 Jan 2011 07:19 PM PST
| ||
| Tenang - jangan gadai Islam hanya kerana satu kerusi Posted: 28 Jan 2011 03:20 PM PST Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang. Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang wanita Islam dan seorang pula wanita cina menjual ikan.Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Isu bodoh yang dibangkitkan oleh Chua Soi Lek Porno. Gambar ini menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri. Mengapa biadap sangat umno apco ini hingga tergamak menghina agama sendiri dan sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang mengaku terlibat dalam video lucah. Penghinaan dan sindiran tidak henti-henti sejak kebelakang ini terhadap Islam, bermula dengan kata-kata menakutkan kaum cina jika tertubuh negara Islam oleh MB Johor, kemudian di tambah pula penghinaan tentang apakah hebat-nya nilai Islam itu oleh Chua Soi Lek pelakon porno. GERAKAN turut sama mempertikaikan hukum tatasusila cara Islam kemudian ditegur TPM setelah mat sembab malu sebab ditegur oleh mufti Perak yang meminta Chua minta maaf pada umat Islam. Chua Soi Lek tetap dengan pendirian..tidak akan menarik balik segala kata-katanya. Inikah gagasan 1Malaysia yang najib war-warkan..??? Islam dihina,dipermainkan,dipertikaihukumnya dengan luas di media-media massa arus perdana... Janganlah kerana sebuah kerusi DUN N5 TENANG Islam menjadi sindiran media...Kementerian Dalam Negeri adakah hanya berpeluk tubuh..??? Ke mana hilangnya pejuang Melayu Islam tulen Zulkifli Noordin dan 40 ulamak muda dan ustaz kangkong umno?
Dalam filem P.Ramlee yang "ever green" dari dulu kini dan selamanya bertajuk Pendekar Bujang Lapok, Sudin berkata..alif mim nun wau..alif tendang wau..sarkis..maknanya umno itu sarkis. Tahniah kepada Cikgu Normala dan suaminya yang sentiasa tenang di Tenang mengharungi tohmahan dan fitnah umno dalam perjuangan ini. Mereka juga tenang mengharungi banjir di Tenang. ![]()
| ||
| PRK Merlimau: Penamaan Calon 26 Feb Pilihanraya 6 Mac Posted: 28 Jan 2011 03:17 PM PST
Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari. Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini. Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama. "Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu. Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya. -mk ![]() | ||
| Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Engkau, Ya ALLAH Posted: 28 Jan 2011 03:11 PM PST Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. Selawat dan Salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU. Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu. Selamatkanlah negara kami Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami. Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu. Sekiranya kami dan pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah kami dan mereka, wahai ALLAH. Sekiranya para pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka. Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Normala binti Aminah telah Engkau takdirkan sebagai pemimpin kami, maka kami mohon pertolongan Engkau wahai ALLAH, permudahkanlah usaha dan perjuangan kami dalam majlis penentuan pemimpin kami di bumi milik Engkau ini. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakanlah dan iringilah majlis penentuan kami ini dengan rahmat Mu dan akhirilah majlis penentuan ini dengan kemenangan kepada hamba Mu Normala binti Aminah. Ya Rabb, sepertimana kasihnya kami kepada Normala binti Aminah, mohon kami kepada Engkau Ya Allah, limpahilah, kurniakanlah dan cucurilah kasih Engkau kepada hamba Mu Normala binti Aminah kerna sesungguhnya kasih Engkau adalah nikmat yang penuh hikmah. Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki Engkau yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah. Selawat dan salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Dan segala puji bagi ALLAH. Ameen Ya Rabb. Kerajaan Rakyat |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
























Sudah tidak ada isu untuk menghadapi aura Cikgu Mala yang semakin menyesakkan Umno. Maka, tindakan tidak beretika Umno adalah mempamerkan cuti sakit suami Cikgu Mala untuk dijadikan isu.
Kenapa nak hentam Cikgu Mala dan suaminya kerana mereka tidak salah apa-apa pun. Suami Cikgu Mala layak dapat cuti sakit kerana pegawai perubatan berkenaan sudah mengesahkan sakit Cikgu Mala.






Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan