Isnin, 20 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APABILA EZAM SESUMPAH TIDAK BERANI BERSUARA TENTANG RASUAH

Posted: 20 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah menyebut bahawa rasuah adalah isu negara dan masyarakat, dan tidak seharusnya ia dipolitikkan. Beliau berkata demikian ketika pelancaran bukunya yang bertajuk " Islam dan Persoalan Rasuah'. Ternyata apa yang diperkatakan oleh Ezam sesumpah ini amat bertentangan dengan tajuk buku yang beliau baru lancarkan itu.

Apabila Ezam sesumpah menyebut perkataan Islam di dalam tajuk bukunya, maka semenjak bila rasuah boleh dipisahkan dari hukum Islam? Sudah tentu rasuah ada kaitannya dengan hukum Islam. Jika Ezam sesumpah yakin bahawa rasuah ada kaitan dengan hukum Islam, ini bermakna rasuah juga ada kaitan dengan politik. Bukankah politik tidak dapat dipisahkan dari agama yakni Islam? Kecuali, jika Ezam sesumpah menganut fahaman yang sama dengan puak-puak yang mengasingkan politik dan agama.

Semasa Ezam sesumpah menjadi pejuang rakyat sewaktu berada di dalam Keadilan dulu, isu rasuah tidak pernah henti dari mulutnya di mana-mana beliau berceramah samada di pentas PAS atau PKR. Ini memberi erti Ezam sesumpah ketika itu yakin bahawa rasuah adalah isu politik juga. Bahkan, beliau pernah menyebut di dalam ceramahnya betapa di rumah Najib ada pasu bunga yang besar dan mahal harganya. Untuk apa Ezam sesumpah berkata begitu jika tidak untuk menggambarkan Najib ini terlalu kaya orangnya. Kekayaan itu datangnya dari mana?

Di dalam ceramahnya ketika itu, tidak henti-henti Ezam sesumpah memuji memuja DS Anwar kerana komited dan tegas di dalam membasmi amalan rasuah. Beliau menceritakan bagaimana DS Anwar sewaktu memangku tugas PM dan Presiden Umno ketika Tun Mahathir di luar negara, DS Anwar sempat membentang akta rasuah yang tegas kepada semua termasuk jemaah Menteri. Itulah kehebatan DS Anwar di dalam membenteras rasuah, kata Ezam sesumpah di dalam ceramahnya. Ini memberi erti bahawa amalan rasuah boleh dikurangkan atau dihapuskan dengan penguatkuasaan dan undang-undang. Bagaimana untuk melakukan penguatkuasaan atau undang-undang jika tidak melalui kuasa? Bagaimana untuk mendapatkan kuasa jika tidak berpolitik?

Sebenarnya Ezam sesumpah sudah `malu alah' atau begitu dayus untuk membicarakan rasuah semenjak beliau ber`mazhab'kan Umno. Mulut Ezam sesumpah sudah dikunci rapat untuk menyebut darihal rasuah oleh Najib yang menganugerahkannya Senator. Justeru itu, Ezam sesumpah mencari helah bagaimana untuk menunjukkan betapa rasuah itu bukan isu politik.

Patutlah kita sudah lama tidak mendengar suara Ezam sesumpah yang lantang menyebut tentang rasuah. Kita sudah lali dengan cerita darihal `Anwar, Anwar, Anwar,' dari mulut Ezam sesumpah. Perjuangannya kini hanya untuk memburukkan DS Anwar semata-mata. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar oleh Ezam sesumpah di atas perlantikan Senatornya itu.

Jelas, apa yang kira jangka selama ini amat tepat sekali. Ezam sesumpah yang dulu kita kenali tidak takut berbicara apa jua penyelewengan yang berlaku, kini terlalu jauh berubah. Ezam sesumpah hanya berdaya menyebut tentang peribadi dan hal DS Anwar sahaja. Kesihan Ezam yang telah di`lacur'kan sedemikian rupa oleh Umno. Begitulah pembalasan Allah kepada pengkhianat perjuangan rakyat./wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN TENANG - PR BUAT KEPUTUSAN TEPAT DAN BIJAK

Posted: 20 Dec 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS
PR telah membuat satu keputusan yang tepat dan bijak apabila memilih PAS sebagai parti yang akan mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang, Johor nanti. Walaupun pengundi kaum Cina di Dun Tenang lebih kurang 30 %, PAS memang berkemampuan berhadapan dengan Umno/Bn di kerusi tersebut.

PKR sudah tentu belum bersedia untuk bertanding pada ketika ini kerana PKR masih di dalam proses pemulihan dalaman setelah berlangsungnya pemilihan pimpinan di dalam partinya baru-baru ini. DAP juga dilihat tidak bersesuaian bertanding di kerusi tersebut kerana kaum Melayu boleh dikatakan menjadi majoriti di Dun berkenaan.

PAS tiada masalah untuk menarik undi dari kaum Cina kerana sudah tidak menjadi pelik lagi kaum Cina menyokong PAS. Mungkin sedikit masalah bagi PAS adalah untuk menarik undi dari kaum Melayu yang mengaku Islam. Tidak pelik juga jika terdapat orang Melayu yang mengaku Islam masih tidak mahu kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sekian lama. Ini semua adalah kerana mereka telah dilatih dan ditanam di dalam jiwa mereka bahawa hanya Umno sahaja yang memperjuangkan Islam.

Seandainya di dalam PRK kali ini, Umno tewas kepada PAS maka ini bermakna saat kejatuhan Umno semakin hampir. Terlalu banyak isu yang boleh dimainkan oleh PR di dalam kempen yang akan berlangsung nanti. Isu ketuanan Melayu, isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan, isu berkaitan masalah sosial dan keselamatan dan berbagai isu lagi yang tidak mungkin mampu Umno/Bn menjawabnya. Hanya media haprak sahaja yang boleh digunakan oleh Umno untuk menegakkan benang basah mereka.

Justeru itu, PR mestilah menggunakan saluran media yang kita ada untuk menyampaikan segala maklumat dan pendedahan tentang penipuan Umno/Bn. Saya menyeru kepada semua rakan Blogger agar kita bersatu untuk menyerang Umno/Bn dari semua sudut. Kita harus bangkit untuk membantu PR untuk menumbangkan Umno/Bn yang sentiasa mahu menghisap darah rakyat tidak kira Melayu, Cina, India dan semua kaum di negara ini. Umno wajib kita hapuskan dari bumi bertuah ini dan rakyat wajib kita selamatkan./wfauzdin.blogspot.com

JIKA CHEGU BARD INGIN PERTAHANKAN PRINSIPNYA, BELIAU WAJAR TERIMA JAWATAN YANG DITAWARKAN

Posted: 20 Dec 2010 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

CHEGU BARD calon yang tewas di dalam pemilihan Ketua AMK baru-baru ini telah ditawarkan jawatan Penolong Setiausaha Agung PKR. Sehingga kini difahamkan beliau masih belum menerima tawaran resmi dari parti tetapi bersedia untuk memikirkannya. Chegu Bard sebelum ini tetap bertegas mahu agar parti mengambil tindakan terhadap semua aduan sepanjang pemilihan parti yang lalu.

Ada berita menyebut beliau telah ditawarkan sejumlah wang untuk menerima tawaran sebagai Penolong Setiausaha Agung PKR. Saya tidak mempercayai berita tersebut kerana mana mungkin parti ingin memberikan sejumlah wang untuk `membeli' Chegu Bard kerana tiada memberikan keuntungan barang sedikitpun kepada parti. Kepimpinan parti sebenarnya lebih arif tentang prinsip Chegu Bard dan parti tidak akan melakukan perkara bodoh seumpama itu.

Tentu sukar buat Chegu Bard untuk membuat keputusan samada menerima tawaran memegang jawatan tersebut. Mungkin ramai di kalangan penyokong Chegu Bard tidak bersetuju jika beliau menerima tawaran dari parti tersebut. Mereka bimbang jika tawaran itu adalah sebagai umpan untuk menutup mulut Chegu Bard dari mendesak parti berterusan untuk mengambil tindakan terhadap segala aduan semasa pemilihan parti yang lalu.

Pada pendapat saya, Chegu Bard wajar menerima tawaran tersebut. Menerima tawaran jawatan tidak bererti meninggalkan prinsip. Chegu Bard wajar menerima jawatan berkenaan kerana dengan jawatan itu ruang untuk Chegu Bard membantu parti menyelesaikan masalah atau segala kepincangan yang didakwa berlaku di dalam parti sebelum ini dan akan datang dapat direalisasikan. Mungkin bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution adalah penting untuk Chegu Bard berada di dalam Pejabat Setiausaha Agung untuk melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana selama ini parti berfungsi khususnya di dalam pemilihan kepimpinan.

Apa yang perlu Chegu Bard lakukan, beliau harus menerima jawatan tersebut dan membantu parti di dalam menguruskan siasatan ke atas segala aduan yang diterima. Chegu Bard hanya boleh menolak jawatan berkenaan seandainya parti memberikan syarat untuk beliau lupakan segala aduannya selama ini. Saya berharap agar beliau menerima jawatan tersebut berdasarkan prinsip jua. /wfauzdin.blogspot.com

DIGANTUNG 6 BULAN, ANWAR TETAP TIDAK GOYAH

Posted: 20 Dec 2010 10:00 AM PST

Pakatan: Anwar tetap ketua pembangkang
Dis 20, 10
Pakatan Rakyat membuat keputusan sebulat suara melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu di Kepala Batas.

pakatan leaders pc in pakatan 2nd convention 191210 hadiKeputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat Khamis lalu, tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Ia berpunca daripada pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah diciplak oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

NONEIa tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

"Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar," katanya.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

pakatan 2nd convention 191210 04"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini./Malaysiakini

Lim Guan Eng menyaman Utusan Malaysia

Posted: 20 Dec 2010 09:13 AM PST

| Dec 20, 2010

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengeluarkan saman malu ke atas Utusan Malaysia kerana mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini. Dalam rencana di Utusan, banyak fitnah dibuat atas KM Pulau Pinang seperti tidak benarkan Perarakan Maulud, tidak benarkan Pasar Ramadan di Komtar bila ia terus berjalan dan juga bahawa telah robohkan kampung-kampung Melayu bila tidak ada sebuah kampung diroboh oleh baik KM ataupun kerajaan negeri Pulau Pinang.

Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada Ketua Menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan. Kes saman malu ini akan diuruskan oleh peguam Karpal Singh & co.

Jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R (Race, Religion, Raja) untuk membohongi rakyat bahawa DAP dan Ketua Menteri adalah anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja. Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa.

*Kenyataan media oleh Cheong Yin Fan selaku Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Wajah baru Bob Lokman,Alhamdulillah

Posted: 20 Dec 2010 02:41 PM PST

-Santai-


ni laa dia!!! (gambar curik kat blog orang)

"berjubah hitam, berserban hitam, bertongkat, dan kelihatan sungguh warak di samping beberapa orang yang kelihatan tinggi ilmu agamanya". gambaran ini jelas menampakkan abg bob telah berubah secara drastik daripada penampilan dalam dan luar kaca tv.

Dipetik dari blog 
http://aku-as-samzha.blogspot.com/


Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Dr.Samdol Bin Cikai

Posted: 20 Dec 2010 01:56 AM PST

Kenapa MLM itu wujud dan berleluasa di dalam masyarakat kita sekarang? Kerana ada segelintir manusia itu nak ambik kesempatan kepada sejumlah besar manusia yang lain, dan yang anak murid dajjal tu tak kesah ambik duit orang lain tu, sebab dia lagi smart maaah... katanya. Dan memandangkan umat Melayu tu senang sungguh kena pujuk dengan magic daripada produk cikai, kemewahan yang seciput dan ntahapekebendanya lagi - Malaysia sekarang memang diiktiraf sebagai sebuah negara yang cukup mewah dengan MLM dan skim piramid... You'll always walk alone! Yeehaw! Macam-macam cara dan kelentongan saban hari berlaku di kalangan masyarakat Melayu kita - daripada gelang hikmat, kad kredit nanotech yang boleh kasi pokok dan manusia berdaun/bulu lebat, uncang abu yang boleh kasi bahan toksik yang tak pernah wujud keluar bagai paip air daripada kaki korang yang kematu, hinggalah kepada slimming corset yang ada plutonium... It's just a corset, you dumbass! Dan masalah terbesar sebenarnya adalah tamak wang-ringgit - itu yang iye nya. Tak kesah la skim piramid ke, MLM berproduk yang skim piramid jugak... janji aku dapat duit. Tapi, tunggu dulu. Korang ingat si AC Mang tu mangkok? Korang ingat si KhairolR tu badut? Korang ingat bebudak Ads4Faks tu bahalol? Wait till you see this!


Satu produk yang tak logik langsung kini melanda negara anda! Kehebatan yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana negara di dunia. Why? Sebab takde negara lain dalam dunia ni yang akan benarkan sapa-sapa mala'un buat bzns sebegini... that's why. Negara-negara lain tu semua takut kena brand sebagai negara kelentongan. ECPI water - which is just water, you know, dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen. It's just plain old water. H2O... got coding some more ha? "Wave particle duality" kepala hatok dua pupu belah emak mertua dia! Korang boleh google "ECPI" dan bacalah mana-mana website atau blog yang bersepah tu - dey! Orang Melayu ni memang ramai sungguh yang bangang ka dey? At least AC Mang boleh kelentong pasal magnet, tapi kelentongan pasal air minuman macam yang syarikat (dan mastermind psycho) ni buat, beats everything I've encountered, so far. Ini aku kasi contoh website, tapi macam aku dah cakap, google aje: http://ecpinetwork.com/default.aspx, http://www.gesundheitlabs.com/, http://www.ECPIShahAlam.com/, http://www.ecpi.my/.



Diambil daripada website promosi (semua website cite mende yang sama):

KENAPA AIR ECPI? 
Air minuman ECPI keluaran Gesundheit Laboratories and Pharmaceutical Sdn.Bhd kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna (ye ke dol?). Setiap hari hanya memerlukan satu botol air minuman bukan sekadar makanan tambahan biasa sebaliknya pelbagai khasiat yang sudah digabungkan dengan menggunakan kaedah saintifik. Ia kombinasi revolusi pemakanan terbaik dunia dan mengandungi 1,732 gelombang elektromagnetik (hahaha!), malah turut memiliki khasiat pelbagai herba, antiosida dan vitamin, seperti Ginseng collegen, Propolis, Royal jelly, Alfalfa, Madu, Colloid (ha?) dan lain-lain. Ramai pengguna berpuas hati dengan kesan yang ditunjukan. Berkesan dalam masa 15 minit. Molekul air minuman ECPI lebih halus (kelentong berapi yang tiada tandingan) kerana melalui 14 kali sistem tapisan dan menjadikannya tidak seperti air minuman biasa. Ia dihasilkan melalui proses yang sangat unik yang menggabungkan sistem rawatan seperti berikut; Activated carbon filteration, Ultra violet light disinfection, Ozone disinfection, Reverse Osmosis, Alkalinization, Oxygenation, Electro Magnetic Wave Technology. Kesannya boleh dilihat dalam masa terdekat kerana ia berfungsi secara semula jadi (dah pulak.... tadi cakap lain kat atas tu).

Teknologi Gelombang- Elektromagnetik di dalam Air ECPI. 
Di dalam proses ini, gelombang tenaga makanan tambahan, multivitamin, pro hormon, kod organ telah dimasukkan kedalam molekul- molekul air ECPI (dah tercirit aku dalam spenda). Gelombang-gelombang tenaga ini akan menghasikan rangkaian memori yang stabil di dalam air ECPI dan seterusnya menambah tahap tenaga (Aiyo ma! Aiyo pa!). Apabila anda meminum air ECPI ini, sistem saraf tunjang (central nervous system) akan membaca gelombang tenaga di dalamnya dan seterusnya menghantar gelombang tenaga ini ke seluruh bahagian badan mengikut keperluan tertentu. Air ECPI mengembalikan tenaga kepada sel-sel ditubuh badan kita untuk berfungsi semula dan menyembuh segala jenis penyakit (nukilan samdol paling hebat dalam sejarah). Seperti Kencing Manis, Darah Tinggi dan lain-lain.



It's just water you freaking idiot! Macamana nak kecilkan lagi saiz dua atom hidrogen dan satu atom oksigen? Spacetime Technology konon... kalau begini gayanya, spacetime-continuum pun boleh terbelah dibuatnya - kena "Go Back To The Future" dengan Doc Emmett Brown, kasi sambung balik. Ada jugak orang Melayu percaya sains yang sebegini punya karut-marut? Serius beb? Aku ingat Malaysia antara negara di dunia yang menitik-beratkan pelajaran untuk rakyatnya, tapi tak sangka la pulak, ramai orang Melayu tak pegi sekolah. Tabika Kemas pun tak pegi ke bang? Aku nak tanya korang ni - sapa yang bertanggung jawab, sampai begini sekali jadinya tahap pelajaran orang Melayu. Ater kalau ada mala'un cite kat kome pasal sains ntahapekemende, terus percaye aje ke yeop?

Ada lagi ajaran sesat daripada Marikh, sila baca lagik:

Asas Kajian Perubatan Elektronik 
1. Asas Tenaga
Kajian terhadap teknologi konvensional menunjukkan jisim (mass) digunakan sebagai punca kepada sesuatu tenaga. Asas teknologi ini bertepatan dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Enstein E = mc2. Persamaan ini menunjukkan tenaga hanya boleh terhasil dengan adanya jisim (mass). Peningkatan tenaga perlu diikuti oleh peningkatan jumlah jisim yang digunakan. Persamaan ini didapati tidak tepat memandangkan tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang bersifat "microscopic particle" (e=hf) seperti yang dijelaskan oleh Max Planck. Kajian ini menjelaskan bahawa tenaga juga boleh terhasil dari unsur yang tidak bersifat jisim (mass).

These are really crazy freaking stupid stuff, man! Aku rasa aku boleh faham teknik marketing sebegini yang dilakukan oleh company ni (yang mastermind nye gila baboon punya psycho, dan baboon tu sendiri tak psycho macam CEO ni). Korang faham tak? Memandangkan orang Melayu rata-rata banyak yang tak tinggi pelajaran dan senang di ayat dengan bahasa sains, mamat tu ingat kalau dia cerita sesuatu aspek sains dengan gah dan berdegar-degar, jadi boleh nampak hebat gila bab produk yang nak disuapkannya ke mulut orang Melayu tu semua. Ramai yang sepatah haram tak tahu pasal Einstein's theory of relativity atau tak pernah dengar nama Max Planck, akan terus diam dan nganguk-nganguk leee! "Ini best punya produk ni... tapi aku sendiri tak faham sepatah haram", kata Samdol Bin Cikai.

Sedap-sedap aje mamat psycho tu nak menyanggah Einstein... "persamaan ini didapati tidak tepat".... hahahaha! Badut mangalahkan KhairolR jugak neh. Kalau betul ada la kaitan E=mcdalam produk cikai ni, kan elok jangan minum, sebab formula tu secara amnya mengatakan bahawa jisim yang sedikit dapat ditukarkan kepada jumlah tenaga yang sangat banyak - itu isu tenaga nuklear tu beb! Kok nak bunuh diri ke minum air radioaktif. Tapi yang paling aku tak tahan tu, isu Max Planck tu... hahahaha! Formula e=hf tu tak wujud langsung dan penerangan kat atas tu ntah datang dari mana ntah. Dari mimpi masa CEO tu terbongkang atas sofa kut. Max Planck tak pernah buat postulasi pasal "microscopic particle"... dey mamat CEO, Max Planck adalah bapak kepada Quantum Mechanics (lebih awal daripada Albert Einstein, Werner Heisenberg, Max Born, Wolfgang Pauli,  Paul Dirac dan Neils Bohr) dan formulanya bukan kat atas tu, tapi E = hν, di mana h ialah Planck's constant (diterbitkan pada tahun 1900). Formula E=hv terhasil dalam kajian Planck tentang isu black-body radiation, di mana dia mendapati tenaga elektomagnetik hanya boleh wujud dalam bentuk "quantized" (the energy could only be a multiple of an elementary unit E = hν, where h is Planck's constant, also known as Planck's action quantum, and ν is the frequency of the radiation). Tetapi kajian Planck yang ini, tidak pernah ada kaitan secara direct dengan E=mc2, tetapi berkait kemudiannya dengan satu lagi kajian Einstein, iaitu tentang photoelectric effect (diterbitkan pada 1905). Kajian tentang photoelectric effect ini yang seterusnya membawa kepada kefahaman tentang ciri quantum cahaya dan elektron, dan kemudiannya mempengaruhi ahli sains lain dalam pembentukan konsep wave-particle duality dalam quantum mechanics. 

Apa kaitan quantum mechanics dan nuclear power dalam pembotolan air paip masuk dalam botol plastik? You f**king retarded ass! (I have the answer later on... diharap bersabar). Aku perkenalkan syarikat ni lebih lanjut dulu... sket-sket.

Produk-produk sebegini yang aku dah bincangkan dalam entry aku 2 hari lepas adalah typical untuk kebanyakan syarikat MLM - lots of smokescreen, but very little substance. Banyak kelentong daripada kebenaran. Memang bukan kerja typikal orang Islam yang sebenar yang berniaga. Menipu orang bulat-bulat dengan harapan pengguna telan aje apa sahaja cerita yang dia nak buat, dan suruh aje pengguna telan apa saja produk dia nak jual. Janji duit masuk poket. Mari kita tengok pulak plan pemasarannya.


Buat kerja mungkar "skim piramid berproduk" puas-puas bang, kak. Sampai 9 level tu ha! Si CEO mengikik ketawa dapat 9 peringkat kuli-batak, sebab dia dipuncak piramid. Sistem 1 downline 5, yang aku anggarkan akan collapse pada level 6 hingga 7.... jangan la mimpi nak sampai level 9 pun. Ada ke orang Melayu kat Malaysia ni sampai dekat 2 juta orang tak abis sekolah menengah? CEO syarikat ini hanya boleh harapkan mamat samdol dan minah sengal yang tak berpendidikan aje untuk jadi reseller, sebab orang yang at least ada sikit berpelajaran tak kan boleh senang sungguh kena kelentong bulat-bulat sebegini.

Aku ada satu secret yang aku nak cerita kat korang tentang organisasi atau orang perseorangan tertentu ECPI ni yang memang kepala hotak dah bersepai gila babai. Korang tengok aku screen-capture beberapa stockis dan pusat jualan dia orang ni. Banyak doktor buat bzns ni beb. Lepas tu banyak jugak klinik yang promote kejadah air spacetime-continuum neh. Masing-masing doktor Mickey Mouse... aku tak kelentong korang punya. Senang sungguh nak dapat MD, tak pass SPM pun tak apa, aku boleh dapatkan korang ijazah MD dan lepas tu korang boleh letak Dr. kat depan nama masing-masing. Aku tak tipu punya... aku cakap kau.


Mana nak dapat ijazah MD (Hom) ni? Kat sini: http://www.oiucm.org/... hahaha!



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Sekarang semua orang boleh dapat title doktor, siap dengan DR. kat depan nama masing-masing. Tak payah susah-susah bertungkus-lumus 6 tahun kat universiti, 4 tahun mandatori government service, lupakan itu semua. Ada cara yang lebih mudah. Open any time, kasi aje duit kat mamat Ceylon sana, nanti dia print scroll ijazah sebijik... yabedabedoo!

OK... begini ceritanya. Aku dah sangsi asalnya kenapa ramai doktor buat bzns ni, so research punya research, rupanya mala'un perasan tu semua "Doctor in Alternative Medicine". Tapi, kat mana universitinya? Aku pun nak jugak ada title Dr. kat depan nama Aidid Mu'addib... mesti gah meh! Boleh jual air Star Trek, mesti longkah bzns nya kalau doktor yang jual. So, aku hantar email ke Sri Lanka Ministry of Education - punya la cokia' ministry nya, mail server setiap department Kementerian Pelajaran Sri Lanka reject email aku - central server tak berfungsi langsung. Kesian pulak aku rasa pasal negara Sri Lanka ni. What to do? What to do? Jadi, aku email Jabatan Vice Chancellor 5 universiti di Sri Lanka... aku dapat reply beb!


Vice Chancellor The Open University of Sri Lanka personally jawab email aku... hahaha! That bogus university does not exist in the University Grants Commision list! So, selidik punya selidik, rupanya ini kes pasal "Universiti Mickey Mouse and Friends" ni dah tersebar luas kat merata dunia.





So, sapa-sapa yang berminat nak jadi doktor, tapi tak lulus SPM, sila hubungi The Open University of Complementary Medicine, Colombo, Sri Lanka, dengan kadar yang segera. Tak lama lagi nama anda akan bertukar daripada Samdol Bin Cikai kepada Dr. Samdol Bin Cikai. Yahoo! Ada title Dr. maaaaa! Berapa rege beb? Berapa kupang itu orang Ceylon mau? Tak mahe yeop....



Woohoohoo! Easy-peasy-lemon-squeasy! Yang dah sedia ada Dr. kat title nama, tapi masih tak puas hati, sekarang korang nak PhD pulak? No problemo brutha! Gimme USD850, I can get you a PhD - So now you can put your name like so... Dr. Samdol Bin Cikai MD, PhD. Kencang seeeehh!
Baca lagi pendedahan disini:
http://aididmuaddib.blogspot.com/
Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Paling Tinggi

Posted: 20 Dec 2010 12:18 AM PST

Hotel yang paling tinggi di dunia dengan tingginya 632 meter terletak di di " Pusat Shanghai", gedung yang paling tinggi di China sekarang menurut rancangan rekabentuknya. Ia dijangka akan selesai dibangun 4 tahun lagi.

Hotel tersebut yang dinamakan sebagai "Hotel J Pusat Shanghai" merangkumi tingkat ke-84 hingga ke-101 dari pusat tersebut yang kesemuanya bertingkat 121 dengan tersedianya 258 bilik .

Pegawai dari gedung " Pusat Shanghai" menyatakan bahawa walaupun hotel tersebut tidak setinggi dengan Burj Khalifa, Dubai, bangunan yang paling tinggi di dunia dengan tingginya 828 meter yang sudah siap dibina pada awal tahun ini, tetapi kompleks hotel dibina pada bahagian bawah di Burj Khalifa,

sedangkan " Pusat Shanghai" meluangkan tingkat-tingkat yang paling tinggi untuk membina kompleks hotel. Oleh itu, "Hotel J Pusat Shanghai" tetap merupakan hotel yang paling tinggi di dunia mengikut lokasinya.

http://idhamlim.blogspot.com

-ijoks2009-
Cuba teka bangunan apa yang paling tinggi di negara islam Malaysia?
Masjid,
bukan
Pusat Islam,
pun bukan.
Bangunan yang paling tinggi di Negara islam Malaysia ialah pusat perjudian di Genting Hingland.

Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Buku JINGGA garis panduan Pakatan ubah sistem negara

Posted: 20 Dec 2010 06:50 PM PST

Harakahdaily

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgw69MVqS1pua9SIClx1Jq8EQ_2MUMly3kmUEnjjxDJJ9_Ax38HFGkqKQU-r0xfQqA0aCkWFtr0xBcardrMFP7x_YoLVOBU4XBFhLb0opy1coKIfTj9O7IxSnMRvo-HKDvbgMrtW5lczI8V/s1600/2010-12-21_010745.jpg

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pakatan Rakyat (PR) mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.

Kerangka pertama digariskan dalam buku itu ialah demokrasi yang telus dan tulen untukmemperkasakan ketuanan rakyat.

Kedua, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

Ketiga, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

Keempat, Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

"Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman," kata buku tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Preiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu tiga perkara pertama diangkat dalam dasar bersama PR meliputi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Diikuti pula dengan Komitmen mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

Dan seterusnya Komitmen memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Program 100 hari memerintah

Buku tersebut turut mengariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara yang disebut sebagai permulaan kepada reformasi iaitu:

  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  • Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  • Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  • Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat

Selain itu buku itu juga menyebut bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus PR dalam usaha menterjemahkan dasar bersama ialah membebaskan institusi Negara, mewujudkan kemakmuran Melalui Pengagihan ekonomi yang adil dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Dalam usaha membebaskan institusi negara PR akan meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi negara dari cengkaman campur tangan politik.

PR juga akan mewujudkan Council of Experts dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.

Seterusnya memperkukuhkan Jawakatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat setiap enam bulan sekali.

Dan akhirnya memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani disamping istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi negara dari campur tangan politik.

Pendapatan isi rumah RM4000 sebulan

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil, PR akan menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

Dalam masa yang sama PR akan membongkarkan penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra serta meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi.

PR juga akan mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selain membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa.

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil itu, PR juga menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.

Air dan rawatan percuma

Bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Buku Jingga itu menyebut PR akan menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat serta menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.

Perkara lain yang turut digariskan di bawah program untuk meningkatkan pendapatan boleh gunarakyat ialah:

  • Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.
  • Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan apa jua kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada kadar yang segera.
  • Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

kalam Perantau

kalam Perantau


RM1.887B: Apa rakyat Terengganu dapat

Posted: 20 Dec 2010 03:59 PM PST

Oleh : Dr Azman Ibrahim  

Bajet Terengganu 2011 yang dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berakhir Khamis, 16 Disember 2010 lepas memperuntukkan anggaran perbelanjaan negeri sebanyak RM1.887 billion. Menakjubkan walaupun Terengganu adalah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Terengganu antara negeri yang mengemukakan bajet tertinggi untuk tahun 2011. Sebagai bandingan, Selangor sebuah negeri maju hanya memperuntukkan RM1.43 bilion bagi Bajet 2011.

Daripada jumlah itu, RM1.699 bilion diperolehi dari kerajaan pusat yang disebut oleh Menteri Besar semasa pembentangan Bajet sebagai royalti petroleum tetapi kerajaan pusat masih menganggapnya sebagai bayaran Dana Khas sahaja dan bukannya bayaran royalti. Bakinya RM188 juta atau hanya 10 peratus sahaja adalah sumber kerajaan negeri. Bayangkan di mana Terengganu tanpa dana khas ini? Pastinya kakitangan kerajaan negeri tidak akan dapat dibayar gaji apatah lagi untuk belanja pembangunan.

Kerajaan Terengganu memerlukan RM213.34 juta setahun hanya bagi pembayaran gaji dan emolumen sahaja. Untuk berlaku jujur, kita boleh menggambarkan bagaimana kesukaran dihadapi Kerajaan PAS Terengganu era 1999-2004 untuk menguruskan pentadbiran negeri apabila royalti dirampas. Kakitangan kerajaan masih mendapat gaji dan pembangunan masih berterusan walaupun seadanya.

Datuk Seri Ahmad Said juga mengakui semasa pembentangan Bajet bahawa disebabkan kerajaan negeri tidak menerima sepenuhnya pemberian dana khas oleh kerajaan persekutuan seperti mana yang diperuntukkan dalam anggaran bajet bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 menyebabkan Akaun Hasil Disatukan telah mengalami defisit terkumpul yang besar sebanyak RM699.01 juta bagi tahun lepas berbanding RM424.96 juta bagi tahun sebelumnya.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari kawasan Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan; mengikut pengalamannya sepanjang menjadi Ahli Dewan Negeri semenjak 2008, walaupun anggaran Bajet Terengganu adalah yang tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi ianya tidak pernah mencukupi. Apabila berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos nanti, biasanya permohonan Bajet Tambahan akan dikemukakan kepada dewan.

Ironinya dengan Bajet 2011 sebanyak RM1.887 bilion, Bajet 2010 (RM1.881 bilion), Bajet 2009 (RM1.799 bilion), Bajet 2008 (RM1.673 bilion), bermakna Bajet pasca Pilihanraya Umum ke 12, sebanyak RM7.24 bilion telah diperuntukan dalam kesealuruhan Bajet.

Sungguh! Suatu angka yang sangat besar tapi di mana bahagian yang dapat dinikmati oleh rakyat? Bagaimana mungkin dengan peruntukan sebanyak ini, rakyat Terengganu masih kekal sebagai antara yang termiskin di negara ini. Sekadar satu contoh remeh, rakyat Selangor sekurang-kurangnya merasai bekalan air percuma walaupun nilanya hanyalah RM11.30. Di Terengganu, rakyat masih bermimpi untuk merasai nikmat air percuma walaupun nilainya mungkin sekadar RM5.

Kuasa beli rakyat Terengganu juga antara yang terendah dengan bukti jelas apabila Pasaraya Mydin Mall di buka di Kuala Terengganu, ramai peniaga kecil dan kedai runcit yang gulung tikar sedangkan di Kelantan walaupun pasaraya demi pasaraya dibuka, peniaga-peniaga kecil masih boleh meneruskan perniagaan mereka disamping pasaraya-pasaraya besar mencatatkan keuntungan luar biasa. Maklumat yang boleh dipercayai menyatakan, jualan harian biasa sebuah pasaraya besar di Lembah Sireh Kota Bharu mencecah RM500 ribu. Di musim-musim perayaan, jualan hariannya boleh mencecah RM1 juta.

Ketika bulan-bulan awal menduduki kerusi Menteri Besar, Ahmad Said ada mendedahkan bagaimana banyak projek-projek era pemerintahan Idris Jusoh dibuat tanpa kajian teliti dan tidak jelas manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat malah banyak projek menyalahi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Kenyataan ini tentu sahaja ternyata kebenarannya. Monsun Cup, Taman Tamaddun Islam, Masjid Kristal, Projek Tanaman Strawberi, Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Stadium Bolasepak, Jerteh Souq serta pembangunan Pulau Duyong semuanya menelan kos ratusan juta ringgit. Hasilnya, sama ada gagal disiapkan atau sekadar menjadi monumen kemegahan untuk dipamerkan tanpa rakyat marhain dapat menikmati manfaatnya.

Sekarang, sebagai seorang Menteri Besar yang berkuasa, tugas beliau bukan hanya sekadar mengkritik dan memburukkan pentadbiran terdahulu yang memang terbukti buruk dalam rangka untuk menutup kelemahan pentadbiran sendiri.

Rakyat sebenarnya tidak berminat untuk mengikuti episod seterusnya perseteruan dua pemimpin yang saling berkepentingan ini. Yang diinginkan rakyat bagaimana kerajaan yang memerintah boleh melakukan yang terbaik untuk mereka sesuai dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Nah! Sekarang, Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said telah diperuntukkan sebanyak RM7.24 bilion sepanjang 2008-2011. Suatu jumlah yang sangat besar dan mengkagumkan walaupun sebahagian besarnya adalah peruntukkan Dana Khas dan bukannya melalui kebijaksanaan Kerajaan menambahkan hasil negeri. Ahmad Said tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dan mengulangi kesilapan sama sabagaimana yang dilakukan Idris Jusoh.

Menyedihkan apabila dengan peruntukan yang sebegini besar, masih terdengar berita rakyat Terengganu tidur dibasahi hujan disebabkan atap rumah yang bocor, masih kedengaran ada anak-anak yang keciciran pendidikan disebabkan kemiskinan, masih terdengar kisah keluarga yang makan ubi kayu menggantikan nasi dan pelbagai lagi cerita memilukan. Sumbernya bukan akhbar pembangkang tetapi media arus perdana.

Pergilah ke tepi pantai, dengarlah keluhan nelayan-nelayan pantai yang masih dihimpit kemiskinan, dengarlah rintihan para petani, peniaga-peniaga kecil dan rakyat-rakyat bawahan di sebalik kemilau projek-projek mega untuk 'memahat sejarah mencipta tamadun'


Karpal: DAP terima Islam sebagai agama rasmi

Posted: 20 Dec 2010 01:00 AM PST

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Karpal ketika berucap dalam sesi penggulungan di konvensyen kedua Pakatan, berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor MP merupakan satu-satunya pemimpin Pakatan yang membangkitkan isu kontroversi itu di konvensyen tersebut.

Peguam veteran itu menasihatkan PAS supaya jangan berulangkali mengatakan bahawa perlembagaan membolehkan penubuhan sebuah negara Islam, dan nasihatnya itu diterima baik oleh baik oleh sebahagian besar hadirin Melayu-Muslim di konvensyen tersebut.

Beliau menasihatkan PAS supaya mempertahankan hak bukan Melayu untuk kebebasan beragama sepertimana parti itu membela Islam sebagai agama rasmi negara di bawah perlembagaan.

“Tolong beri ‘muka’ sikit kepada DAP,” kata Karpal berseloroh, disambut ketawa para hadirin. Karpal sokong Islam negara rasmi Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

"Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus," kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya, Karpal menyentuh mengenai pelbagai isu, termasuk penggantungan Anwar dari menghadiri sidang Parlimen baru-baru ini dan perilaku hakim dalam kes liwat terhadap ketua pembangkang itu.
Tawan Putrajaya

Kemudian, pemimpin Pakatan mengesahkan dokumen bertajuk ‘Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia’ yang menggaris banyak isu yang dibangkitkan hari ini, seperti krisis, resolusi, program 100 hari, kenyataan bersama, deklarasi dan dasar-dasar Pakatan ketika gabungan mempersiapkan diri untuk menawan Putrajaya.

Dokumen 20 halaman itu yang akan diedarkan secara meluas, akan menerangkan kepada pengundi rancangan bagaimana gabungan itu akan memerintah negara jika mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan awal tahun depan .

Disokong oleh Anwar (kiri), Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang, perwakilan dan ahli Pakatan diminta supaya menyebarkan dokumen itu secara meluas untuk mempersiapkan gabungan itu dalam menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

Anwar pula, dalam ucapan penggulungannya, berkata sebahagian besar perbincangan dan perbahasan dalam konvensyen itu menumpukan kepada nasib orang Melayu dan bagaimana BN dan Umno tidak memenuhi janji mereka untuk meningkatkan status masyarakat tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan para calon bahawa kekuatan Melayu tidak terletak pada keserakahan tetapi dalam budaya, moral dan integriti.

Sementara itu, Hadi pula berkata adalah tidak salah untuk orang Melayu, Cina dan India menyayangi kaum masing-masing.

Malah, katanya, Islam juga memastikan pengekalan hubungan baik antara satu sama lain dalam masyarakat.

Adalah salah, tambahnya, untuk berlaku kejam meskipun jika ia dilakukan kerana alasan bangsa, dan begitu juga, adalah salah menggunakan bangsa sendiri untuk berlaku kejam terhadap yang lain.


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gambar sekitar kemalangan ngeri Simpang Pulai, Perak..(video inisde)

Posted: 20 Dec 2010 06:27 AM PST



27 terbunuh kemalangan bas di Simpang Pulai

Dua puluh tujuh orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas persiaran yang membawa pelancong negara itu, terlibat dalam kemalangan di Km 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai jam 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Katanya, bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.































p/s: Lagi gambar dan video menyusul..

Siapa Ummi Hafilda?..jom baca pendedahan di bawah...

Posted: 20 Dec 2010 04:54 AM PST

1. PENDEDAHAN 1

Surat yang ditulis Ummi Hafilda tom Ali untuk menfitnah Anwar

Oleh: Lagenda Cinta







Ini adalah surat yang telah ditulis oleh Ummi Hafilda dan telah dihantar kepada perdana menteri waktu itu Tun Mahathir Mohamad waktu itu dengan tujuan untuk memfitnah Dato Sri Anwar Ibrahim.

Di sebab kan surat ini lah yang telah membuatkan Dato Sri Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatannnya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan juga dilucutkan jawatannya dari memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO waktu itu.

Jika lu orang semua belum pernah lihat kandungan surat tersebut ini gua tunjukan surat-surat jahat daripada Ummi Hafilda itu.....

Keseluruhan surat minah sialan tersebut terdapat 22 helai.Hari ini Gua akan keluarkan dulu sebanyak 11 helai dan bakinya di kemudian hari.... -Lagenda Cinta

p/s: Baca sambungannya di SINI...

2. PENDEDAHAN 2

Pengakuan bapa Ummi Hafilda



UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat.

Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu
dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.

Catatan Haji Ali bin Omar

Umno Selangor bantah karaoke?..Umno Kuala Selangor siap anjur battle of The Band lagi...

Posted: 20 Dec 2010 04:08 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Umno Selangor dan Kedah punyalah tunjuk jaguh konon bantah pusat2 hiburan dan karaoke yg berlambak2 di negeri terbabit (wujud sejak zaman Umno/BN lagi), sedangkan merekalah kaki2 karaoke, bahkan kaki2 dangdut..bukan penulis yg kata, blogger Umno yang mengakuinya sendiri..

So, kita nk tahu juga siapa juara kejohanan 'Battle of The Band' Karaoke parlimen Kuala Selangor ni..mana la tau, kot2 pemimpin Umno atau JKKK yang juara kan..penganjur gerakan 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan' (SSDE) bolehlah anjur karaoke untuk tarik pengunjung...;)


Artikel terdahulu (mesti baca):
- 20 Pusat Karaoke baru di Terengganu: Kalau di negeri Pakatan Rakyat, dah heboh dah..

p/s: Tak salah berhibur..siapa kata salah?...yg penting tak berlebih2an dan melampaui agama...dan yang salahnya bila kita menyalahkan orang lain sedangkan diri kita sebenarnya adalah bersalah (kaki karaoke Umno)...

VIDEO: Rock band pun dah tolak Umno/BN...anda bila lagi?...

Posted: 20 Dec 2010 03:55 AM PST





KUMPULAN LIBANGLIBU

Rela

Intro 4x
Rela.. .rela kamu di pergunakan
Rela.. .rela kamu di perkudakan

Rela hidup kamu dah tersepit
Rela kamu semua dapat duit
Rela kamu memang takda prinsip
Rela kamu memang jenis tak cerdik!!!

Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!

Rela ...rela kamu di pergunakan
Rela... rela kamu di perkudakan

Rela kamu tak sanggup nak bangkit
Rela kamu asyik suka tabik
Rela kamu fikiran sempit
Rela kamu memang...
Kaki suka bodek!!!

Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!

Rela kamu mesti rela berkorban!
Rela kamu mesti buat perubahan!

Rela bersama rakyat dalam pakatan
Rela bersama rakyat tolak barisan
Rela bersama rakyat tentang kezaliman
Rela bersama rakyat tegakkan keadilan

Kami rela
Sanggup berkorban
Kami rela
Tegakkan keadilan
Kami rela
Bersama pakatan
Kami rela
Tumbangkan Barisan

RELA!!
RELA!!
RELA!!

LAGU &LIRIK :BOB METALLERS HEADBANGERS IPOH


p/s: smart lambang 'Be end' dlm video diatas..ada huruf 'E' dan 'D' dalam huruf 'N'...sesiapa pandai edit gambar, tolong bikin satu gambar 'Be end' mcm atas ni!...;D

PAS wakili Pakatan DUN Tenang: Persiapan Pemuda PAS Johor bermula!

Posted: 20 Dec 2010 02:30 AM PST






(Bilik Gerakan Pemuda PAS DUN Tenang mula beroperasi..)



p/s: Laman rasmi PRK N.05 Tenang (Facebook)>>> "PRK N.05 Tenang"

Calon PAS wakili Pakatan di DUN Tenang

Calon daripada PAS akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, sebagai mewakili pakatan pembangkang, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




(Bekas calon PAS DUN Tenang PRU 12...)



Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama pemimpin pakatan pembangkang yang diadakan hari ini.

"Semua pemimpin pakatan juga bersetuju untuk bersama-sama membantu calon yang akan dipilih itu merampas kembali kerusi itu daripada Barisan Nasional," katanya ketika menggulung perbahasan di konvensyen pakatan pembangkang kali kedua di Dewan Millenium, di Kepala Batas.

Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. - Bernama

TERKINI

Pemuda Pakatan lancar jentera Tenang pada 1 Jan

KUALA LUMPUR, 20 Dis -Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya kecil DUN Tenang pada 1 Januari ini – hari pertama masuknya tahun 2011, lapor Malaysiakini.



Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat berkata majlis pelancaran tersebut akan diadakan di bilik gerakan Pemuda PAS Johor dekat pekan Labis pada jam 5 petang.

"Kita sasarkan kira-kira 1,000 Pemuda Pakatan akan hadir dalam majlis tersebut yang akan dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub," katanya.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang juga setiausaha Umno Labis mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Sulaiman mendapat 6,367 undi, manakala Mohd Saim memperolehi 3,875 undi. DUN Tenang merupakan salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS Johor telah membuka bilik gerakan mereka di Pekan Labis selepas bergotong royong semalam.

"Kita akan mula beroperasi minggu ini," katanya yang juga ketua penerangan pusat Pemuda PAS.

Sementara itu, Suhaizan juga memberitahu jawatankuasa operasi pilihan raya PAS negeri akan mengadakan mesyuarat kali kedua malam ini di Markaz PAS bagi untuk merangka dan melaksanakan gerak kerja pilihan raya di DUN itu.

Diketuai oleh timbalan pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad, Suhaizan berkata, mereka akan memperincikan tindakan awal di kawasan itu termasuk merangka penyelidikan yang akan dilakukan.

Ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai calon, Suhaizan berkata:

"Kita tidak bincang (mengenai calon). Jawatankuasa perhubungan PAS negeri akan menentukan sebelum dimajukan kepada PAS Pusat.

"Saya tidak pasti mereka akan bermesyuarat bila," katanya sambil memberitahu tiada masalah dalam hal itu kerana kerana "mempunyai empat, lima calon" daripada pelbagai peringkat.