Isnin, 20 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APABILA EZAM SESUMPAH TIDAK BERANI BERSUARA TENTANG RASUAH

Posted: 20 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah menyebut bahawa rasuah adalah isu negara dan masyarakat, dan tidak seharusnya ia dipolitikkan. Beliau berkata demikian ketika pelancaran bukunya yang bertajuk " Islam dan Persoalan Rasuah'. Ternyata apa yang diperkatakan oleh Ezam sesumpah ini amat bertentangan dengan tajuk buku yang beliau baru lancarkan itu.

Apabila Ezam sesumpah menyebut perkataan Islam di dalam tajuk bukunya, maka semenjak bila rasuah boleh dipisahkan dari hukum Islam? Sudah tentu rasuah ada kaitannya dengan hukum Islam. Jika Ezam sesumpah yakin bahawa rasuah ada kaitan dengan hukum Islam, ini bermakna rasuah juga ada kaitan dengan politik. Bukankah politik tidak dapat dipisahkan dari agama yakni Islam? Kecuali, jika Ezam sesumpah menganut fahaman yang sama dengan puak-puak yang mengasingkan politik dan agama.

Semasa Ezam sesumpah menjadi pejuang rakyat sewaktu berada di dalam Keadilan dulu, isu rasuah tidak pernah henti dari mulutnya di mana-mana beliau berceramah samada di pentas PAS atau PKR. Ini memberi erti Ezam sesumpah ketika itu yakin bahawa rasuah adalah isu politik juga. Bahkan, beliau pernah menyebut di dalam ceramahnya betapa di rumah Najib ada pasu bunga yang besar dan mahal harganya. Untuk apa Ezam sesumpah berkata begitu jika tidak untuk menggambarkan Najib ini terlalu kaya orangnya. Kekayaan itu datangnya dari mana?

Di dalam ceramahnya ketika itu, tidak henti-henti Ezam sesumpah memuji memuja DS Anwar kerana komited dan tegas di dalam membasmi amalan rasuah. Beliau menceritakan bagaimana DS Anwar sewaktu memangku tugas PM dan Presiden Umno ketika Tun Mahathir di luar negara, DS Anwar sempat membentang akta rasuah yang tegas kepada semua termasuk jemaah Menteri. Itulah kehebatan DS Anwar di dalam membenteras rasuah, kata Ezam sesumpah di dalam ceramahnya. Ini memberi erti bahawa amalan rasuah boleh dikurangkan atau dihapuskan dengan penguatkuasaan dan undang-undang. Bagaimana untuk melakukan penguatkuasaan atau undang-undang jika tidak melalui kuasa? Bagaimana untuk mendapatkan kuasa jika tidak berpolitik?

Sebenarnya Ezam sesumpah sudah `malu alah' atau begitu dayus untuk membicarakan rasuah semenjak beliau ber`mazhab'kan Umno. Mulut Ezam sesumpah sudah dikunci rapat untuk menyebut darihal rasuah oleh Najib yang menganugerahkannya Senator. Justeru itu, Ezam sesumpah mencari helah bagaimana untuk menunjukkan betapa rasuah itu bukan isu politik.

Patutlah kita sudah lama tidak mendengar suara Ezam sesumpah yang lantang menyebut tentang rasuah. Kita sudah lali dengan cerita darihal `Anwar, Anwar, Anwar,' dari mulut Ezam sesumpah. Perjuangannya kini hanya untuk memburukkan DS Anwar semata-mata. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar oleh Ezam sesumpah di atas perlantikan Senatornya itu.

Jelas, apa yang kira jangka selama ini amat tepat sekali. Ezam sesumpah yang dulu kita kenali tidak takut berbicara apa jua penyelewengan yang berlaku, kini terlalu jauh berubah. Ezam sesumpah hanya berdaya menyebut tentang peribadi dan hal DS Anwar sahaja. Kesihan Ezam yang telah di`lacur'kan sedemikian rupa oleh Umno. Begitulah pembalasan Allah kepada pengkhianat perjuangan rakyat./wfauzdin.blogspot.com

PRK DUN TENANG - PR BUAT KEPUTUSAN TEPAT DAN BIJAK

Posted: 20 Dec 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS
PR telah membuat satu keputusan yang tepat dan bijak apabila memilih PAS sebagai parti yang akan mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang, Johor nanti. Walaupun pengundi kaum Cina di Dun Tenang lebih kurang 30 %, PAS memang berkemampuan berhadapan dengan Umno/Bn di kerusi tersebut.

PKR sudah tentu belum bersedia untuk bertanding pada ketika ini kerana PKR masih di dalam proses pemulihan dalaman setelah berlangsungnya pemilihan pimpinan di dalam partinya baru-baru ini. DAP juga dilihat tidak bersesuaian bertanding di kerusi tersebut kerana kaum Melayu boleh dikatakan menjadi majoriti di Dun berkenaan.

PAS tiada masalah untuk menarik undi dari kaum Cina kerana sudah tidak menjadi pelik lagi kaum Cina menyokong PAS. Mungkin sedikit masalah bagi PAS adalah untuk menarik undi dari kaum Melayu yang mengaku Islam. Tidak pelik juga jika terdapat orang Melayu yang mengaku Islam masih tidak mahu kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sekian lama. Ini semua adalah kerana mereka telah dilatih dan ditanam di dalam jiwa mereka bahawa hanya Umno sahaja yang memperjuangkan Islam.

Seandainya di dalam PRK kali ini, Umno tewas kepada PAS maka ini bermakna saat kejatuhan Umno semakin hampir. Terlalu banyak isu yang boleh dimainkan oleh PR di dalam kempen yang akan berlangsung nanti. Isu ketuanan Melayu, isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan, isu berkaitan masalah sosial dan keselamatan dan berbagai isu lagi yang tidak mungkin mampu Umno/Bn menjawabnya. Hanya media haprak sahaja yang boleh digunakan oleh Umno untuk menegakkan benang basah mereka.

Justeru itu, PR mestilah menggunakan saluran media yang kita ada untuk menyampaikan segala maklumat dan pendedahan tentang penipuan Umno/Bn. Saya menyeru kepada semua rakan Blogger agar kita bersatu untuk menyerang Umno/Bn dari semua sudut. Kita harus bangkit untuk membantu PR untuk menumbangkan Umno/Bn yang sentiasa mahu menghisap darah rakyat tidak kira Melayu, Cina, India dan semua kaum di negara ini. Umno wajib kita hapuskan dari bumi bertuah ini dan rakyat wajib kita selamatkan./wfauzdin.blogspot.com

JIKA CHEGU BARD INGIN PERTAHANKAN PRINSIPNYA, BELIAU WAJAR TERIMA JAWATAN YANG DITAWARKAN

Posted: 20 Dec 2010 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

CHEGU BARD calon yang tewas di dalam pemilihan Ketua AMK baru-baru ini telah ditawarkan jawatan Penolong Setiausaha Agung PKR. Sehingga kini difahamkan beliau masih belum menerima tawaran resmi dari parti tetapi bersedia untuk memikirkannya. Chegu Bard sebelum ini tetap bertegas mahu agar parti mengambil tindakan terhadap semua aduan sepanjang pemilihan parti yang lalu.

Ada berita menyebut beliau telah ditawarkan sejumlah wang untuk menerima tawaran sebagai Penolong Setiausaha Agung PKR. Saya tidak mempercayai berita tersebut kerana mana mungkin parti ingin memberikan sejumlah wang untuk `membeli' Chegu Bard kerana tiada memberikan keuntungan barang sedikitpun kepada parti. Kepimpinan parti sebenarnya lebih arif tentang prinsip Chegu Bard dan parti tidak akan melakukan perkara bodoh seumpama itu.

Tentu sukar buat Chegu Bard untuk membuat keputusan samada menerima tawaran memegang jawatan tersebut. Mungkin ramai di kalangan penyokong Chegu Bard tidak bersetuju jika beliau menerima tawaran dari parti tersebut. Mereka bimbang jika tawaran itu adalah sebagai umpan untuk menutup mulut Chegu Bard dari mendesak parti berterusan untuk mengambil tindakan terhadap segala aduan semasa pemilihan parti yang lalu.

Pada pendapat saya, Chegu Bard wajar menerima tawaran tersebut. Menerima tawaran jawatan tidak bererti meninggalkan prinsip. Chegu Bard wajar menerima jawatan berkenaan kerana dengan jawatan itu ruang untuk Chegu Bard membantu parti menyelesaikan masalah atau segala kepincangan yang didakwa berlaku di dalam parti sebelum ini dan akan datang dapat direalisasikan. Mungkin bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution adalah penting untuk Chegu Bard berada di dalam Pejabat Setiausaha Agung untuk melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana selama ini parti berfungsi khususnya di dalam pemilihan kepimpinan.

Apa yang perlu Chegu Bard lakukan, beliau harus menerima jawatan tersebut dan membantu parti di dalam menguruskan siasatan ke atas segala aduan yang diterima. Chegu Bard hanya boleh menolak jawatan berkenaan seandainya parti memberikan syarat untuk beliau lupakan segala aduannya selama ini. Saya berharap agar beliau menerima jawatan tersebut berdasarkan prinsip jua. /wfauzdin.blogspot.com

DIGANTUNG 6 BULAN, ANWAR TETAP TIDAK GOYAH

Posted: 20 Dec 2010 10:00 AM PST

Pakatan: Anwar tetap ketua pembangkang
Dis 20, 10
Pakatan Rakyat membuat keputusan sebulat suara melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu di Kepala Batas.

pakatan leaders pc in pakatan 2nd convention 191210 hadiKeputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat Khamis lalu, tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Ia berpunca daripada pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah diciplak oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

NONEIa tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

"Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar," katanya.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

pakatan 2nd convention 191210 04"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini./Malaysiakini

Lim Guan Eng menyaman Utusan Malaysia

Posted: 20 Dec 2010 09:13 AM PST

| Dec 20, 2010

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengeluarkan saman malu ke atas Utusan Malaysia kerana mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini. Dalam rencana di Utusan, banyak fitnah dibuat atas KM Pulau Pinang seperti tidak benarkan Perarakan Maulud, tidak benarkan Pasar Ramadan di Komtar bila ia terus berjalan dan juga bahawa telah robohkan kampung-kampung Melayu bila tidak ada sebuah kampung diroboh oleh baik KM ataupun kerajaan negeri Pulau Pinang.

Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada Ketua Menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan. Kes saman malu ini akan diuruskan oleh peguam Karpal Singh & co.

Jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R (Race, Religion, Raja) untuk membohongi rakyat bahawa DAP dan Ketua Menteri adalah anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja. Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa.

*Kenyataan media oleh Cheong Yin Fan selaku Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tiada ulasan: