Sabtu, 7 Ogos 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


Fiqh Harakah Sirah Nabawiyah : Buku terbaru Tok Guru Presiden dilancar

Posted: 07 Aug 2010 11:00 PM PDT

Khairul Azlam Mohamad    
MARANG, 6 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, menunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisannya bertajuk, Fiqh Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk 'Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin'.

Buku tersebut dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang di Masjid Rusila, pagi tadi. (Gambar)

Di halaman prakata buku tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, para sahabat adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah s.a.w.

Tambahnya, Khulafa ar-Rasyidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah.

Beliau menambah, itulah rahsia kejayaan Islam meski pun para penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran yang suci itu serta melaksanakannya secara tidak sempurna.

"Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.

"Al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu daripada Allah SWT," ujarnya yang juga Adun Ru Rendang.

Menurutnya, pendukung al-Quran tetap ada sama ada wujud negara yang berdaulat atau negara Islam yang dihilangkan.

"Pendukungnya tidak dapat dikalahkan, dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat," jelasnya.


PRU 13: PAS Terengganu tumpu 32 Dun

Posted: 07 Aug 2010 06:32 PM PDT

Oleh Khairul Azlam Mohamad   

BESUT, 4 Ogos: PAS Terengganu memberi tumpuan terhadap kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini termasuk lapan kawasan parlimen.

Hingga kini, PAS Terengganu berpuas hati dengan segala persiapan jentera parti di setiap peringkat Dun-Dun yang dilawati sejak setahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian selepas Mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu di Felda Tenang, Hulu Besut, hari ini.

"Alhamdulillah, ini lawatan terakhir kita dan selesai 32 Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bermula di Dun Kota Putra, Besut dan berakhir di Dun Hulu Besut ini.

"Kita tumpu kepada semua 32 Dun di Terengganu ini. Maknanya, seluruh negeri Terengganu termasuk di lapan kawasan parlimen," tegasnya.

Menurutnya, PAS negeri berpuas hati dengan persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.

Katanya, petugas parti sedang melakukan persiapan dengan mengaktifkan bilik gerakan termasuk membuat pendaftaran pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pertama (lawatan) dapat melihat serta meninjau tentang tahap persiapan dan perkembangan gerak kerja yang dilakukan di Dun-Dun seluruh negeri Terengganu.

"Keseluruhannya, kita rasa puas hatilah kerana jentera kita telah pun digerakkan. Mereka bersedia untuk bekerja ke arah mempersiapkan lagi jentera parti.

"Insya Allah, kita rasa dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini, kita mampu untuk memberikan suatu kekuatan yang lebih mantap di seluruh negeri Terengganu," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha PAS negeri, Yahaya Ali berkata PAS Terengganu berusaha menggerakkan semua lajnah-lajnah serta portfolionya.

Menurutnya, PAS Terengganu juga telah menyiapkan draf 'road map' (peta jalan) termasuk dalam perkara berkaitan manifesto pilihan raya.

"Road map ini sudah pun kita bentangkan dari segi drafnya. Isu-isu penting dalam 'road map' itu pun telah kita kemukakan termasuk dalam perkara yang berkait dengan manifesto.

"Road map ini iaitu kita berusaha untuk menggerakkan semua lajnah-lajnah dan portfolio yang kita bentuk supaya semuanya dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya ini.

"Road Map ini bukan sahaja untuk peringkat negeri sebenarnya tetapi akan diperturunkan ke peringkat yang lebih bawah sehingga ke Dun dan cawangan," jelasnya.

Menurutnya, salah satu agenda PAS dalam lawatan tersebut mengadakan dialog dengan para petugas di peringkat akar umbi.

Apa yang penting, katanya rumusan dari program lawatan ke Dun-Dun tersebut mempunyai kesan yang positif kepada Dun dan cawangan PAS di seluruh negeri.


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


[Edisi mesti tonton] Mari kenali salah seorang anak pemimpin PAS...

Posted: 07 Aug 2010 07:53 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Selepas korang didedahkan dengan tabiat dan perwatakan anak2 pemimpin Umno di blog ini, kini korang lihat pula pendedahan tentang anak seorang pemimpin PAS..kali ini anak kepada salah seorang pemimpin PAS dari Kelantan, Ust Nasarudin Daud, merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Darul Naim..

Adik Ahmad Najib bin Nasarudin : Johan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan tahun 2010, kategori sekolah rendah


VIDEO 1



Anak Dato' Speaker DUN Kelantan memperdengarkan tilawahnya di maqam as-Shahid bin ABdullah bin Rawaahah...

Link Video di sini (Facebook)...
(p/s: subhanallah...mesti tengok dan saksikan link di atas..)


VIDEO 2



Adik Najib sedang memperdengarkan ayat2 suci al-Quran di depan Dekan Fakulti Syariah, Universiti Mu'tah Jordan, Dr Abdullah Fawwas...

Link Video di sini (Facebook)

VIDEO 3



This 11 years old boy is a son of Speaker of Kelantan State Assembly , YB Dato Nasaruddin Daud. He was a visiting reciter for Majlis Musabaqah Pasir Mas 2010.

Link di sini (youtube)

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Barang Baik

Posted: 07 Aug 2010 07:26 AM PDT

-Santai-

-Dalam lawak pun ada pengajarannya..

Ramai Orang Islam Kerja Di Kilang Carlsberg,Apa Kata Mufti.

Posted: 07 Aug 2010 01:28 AM PDT

Berikut adalah tulisan Khalid Samad, Anggota Parlimen Shah Alam,dalam blognya.

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato' Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi.

Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam.Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.

aca lagi,klik disini

-ijoks2009-
Inilah masanya para mufti bertindak menegur .bukan hanya bermain politik.jangan sampai orang menuduh mufti hanya jadi alat kerajaan.

Iblis Tetap Ingkar ,walaupun Diberikan Peluang Bertaubat Berkali-kali

Posted: 06 Aug 2010 11:19 PM PDT

-Merenung Sejenak-


Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung." Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"

Lalu berkata Iblis: "Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya." Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya."

Setelah Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah perintahkan.
Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s. memberitahu segala perintah Allah s.w.t. maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata: "Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati." Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000 tahun sekali, dan mengeluarkan Adam a.s. dari syurga, serta memerintahkan Iblis supaya sujud kepada Adam a.s. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka.....

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Chua Soi Lek bidas Islam..Apa pulak jawapan Umno ?

Posted: 07 Aug 2010 07:55 PM PDT

BARU-BARU ini, Chua Soi Lek membuat kenyataan berani apabila beliau mengatakan UMNO menjadi semakin ekstrem dalam sudut pendekatan Islam demi meraih sokongan Melayu kerana saingan dan tekanan diterima dari PAS. Beliau membidas kedua-dua parti utama Melayu/Islam itu kerana menyandarkan agama demi survival politik masing-masing. Menariknya, beliau pesimis negara kita akan bersih rasuh dan sifar korup jika sekalipun PAS memerintah kerana majoriti negara berpenduduk muslim rata-rata mengamalkan rasuah yang tinggi.

Itu ialah pemahaman beliau sebagai seorang ahli politik lebih-lebih lagi beliau adalah pemimpin bukan Islam yang bercakap tentang Islam dan penganutnya serta senario politik yang sedang berlaku di antara PAS dan UMNO dalam konteks politik Melayu negara kita.

Saya percaya, itu bukan pandangan beliau seorang malah persepsi ribuan malah jutaan masyarakat bukan Islam yang membentuk lebih 40% dari 27 juta penduduk negara kita. Pasca PRU ke-12 dulu di mana PAS meraih kerusi terbanyak dalam sejarah parti itu maka Lee Kuan Yew, mantan PM Singapura secara terbuka melahirkan kebimbangan berkemungkinan Malaysia akan menuju ke arah 'theoretical state' atau negara hukum dan subjektif terhadap corak hubungan masa depan kedua-dua negara kelak.

Samaada benar atau tidak, itu adalah pandangan peribadi mereka. Tetapi atas kapasiti mereka berdua sebagai pemimpin dan tokoh maka ia sudah tentulah menimbulkan polemik yang pelbagai. Kita tidak boleh mengkesampingkan Chua kerana jumlah penduduk bukan Melayu yang agak besar malah dominan dalam sudut ekonomi pula di negara kita. Kita juga tidak boleh mengkesampingkan Lee Kuan Yew kerana hubungan luar biasa Singapura dengan Israel terutama dari sudut ketenteraan dan risikan.

Bagi bangsa Melayu agama itu adalah sesuatu yang sangat sensitif dan merupakan identiti bangsa. Cuma, pendekatan UMNO dengan PAS dalam melaksanakan Islam dan penerapan dari sudut amalan adalah berbeza. UMNO bersifat pragmatik manakala PAS bersifat konservatif. Namun demikian, secara umumnya, orang Melayu sepanjang 53 tahun merdeka lebih selesa dan menerima pendekatan Islam pragmatik UMNO melainkan Kelantan yang telah dan sedang diperintah oleh PAS secara solo selama beberapa penggal.

Justeru, kenyataan Chua Soi Lek seperti mempertikaikan Islam sebagai salah satu entiti penting dalam politik kepartian bangsa Melayu adalah dangkal. Mungkin yang dipertikai oleh Chua di sini adalah dari sudut pendekatan kedua-dua parti tersebut.

Selain daripada itu, untuk menyalahkan Islam ke atas apa yang berlaku pada penganutnya adalah tidak tepat sama sekali. Tetapi, masalahnya itulah persepsi saya kira bukan saja di negara kita malah seluruh dunia. Sebagai contoh, Indonesia dan Nigeria adalah dua contoh negara majoriti muslim yang indeks rasuahnya paling tinggi di dunia serta korup. Iraq di era Saddam Hussein adalah negara yang paling teruk menindas dan menekan hak asasi, Syria, Mesir malah Arab Saudi adalah negara autokratik yang menindas suara-suara pembangkang tidak sehaluan dengan pemerintah.

Perisitiwa 16 September dulu menyebabkan Islam dicemuh oleh dunia. Pendekatan keras Taliban di Afghanistan seperti memaksa wanita memakai burqa dan mengecat tingkap-tingkap rumah dengan warna hitam supaya 'aurat' wanita selamat menyebabkan Islam bukan saja ditakuti malah ditertawakan.

Adakah kita mahu mengaitkan semua itu dengan Islam? Tentu sekali tidak, tetapi gejala Islamophobia adalah kesan persepsi masyarakat antarabangsa yang menyamakan Islam dengan teroris dan ultra sebagaimana yang dilihat berlaku di kalangan umat Islam sendiri. Itu adalah persepsi sejagat tetapi malangnya kita umat Islam tidak mempunyai kekuatan untuk menghapuskan tanggapan salah itu. Ini kerana kita tidak mempunyai rangkaian hebat dunia yang rata-rata sahamnya dimiliki oleh pelobi-lobi Yahudi global seperti CNN dan BBC. Cuma, ketika ini kita mempunyai rangkaian al-Jazeera tetapi itu masih belum memadai.

Sehubungan dengan itu, mengikut kiraan saya kita tidak perlu satu persepsi yang negatif terhadap Islam dan penganutnya berlaku di negara kita pula. Tetapi, malangnya orang Melayu amat gemar tuduh-menuduh agama seseorang termasuklah hingga ke amalan cara solat 5 waktu dan soal tetek bengek seperti pemakaian tudung dari membicarakan perkara yang lebih besar. Sewajarnya, kita menjejaki langkah Indonesia tahun 1983 yang mengharamkan penggunaan agama kepada parti-parti politik. Kita tentu tidak mahu selepas ini wujud Parti Buddha Se-Malaysia atau Parti Hindu Se-Malaysia yang berjuang menerapkan unsur-unsur Buddha dan Hindu dalam negara!

Adakah Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia kurang Islamnya walaupun tanpa nama Islam? Adakah AKP di Turki tidak Islamik kerana tidak menggunakan nama Islam? Sesungguhnya, adalah lebih baik jika kita tidak memainkan simbol agama secara keterlaluan melainkankan pendekatan secara berhemah dan strategik kerana persepsi dan pandangan masyarakat luar yang mudah mengundang tanggapan liar dan negatif seperti Chua.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng:


Ketua Menteri Pulau Pinang

Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut. Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang".

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi. "Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut. Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang".

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi. "Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

Dari Malaysiakini
Oleh Susan Loone


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.

Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.

Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.

Tak dapat terima

"Saya tidak mahu menghukum sesiapa kerana menjadi anti(Islam) tetapi dia telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. Bagi saya, ini tidak dapat diterima," katanya pada sidang media selepas berucap pada persidangan Integriti Antarabangsa di Pulau Pinang.

"Saya tidak tahu, tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam," katanya.

Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang"

Sehubungan itu, beliau membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Continue reading 'Anwar: Agak Malang, Chua 'Jahil Dan Bongkak''

Felda...Suara Keadilan bukan Omong kosong..??

Posted: 07 Aug 2010 07:46 PM PDT



Apa dah jadi dengan isu "Saman RM200 juta" terhadap akhbar Suara Keadilan berikutan artikel "Felda Bankrap" seperti yang diwar-warkan oleh Menteri UMNO Si Ahmad Maslan dulu. Tiba-tiba sahaja menyepi tanpa berita, menyebabkan rakyat dan sebahagian besar para peneroka tertanya-tanya status kes itu.

Jika sebelum ini, beliau begitu lantang dan bersemangat untuk mempertahankan agensi itu. Namun, kini nampaknya menikus dan terdiam apabila satu persatu penipuan dan penyelewengan Felda didedahkan kepada umum.

Malah, menurut Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman bahawa banyak lagi pembongkaran mengejutkan jika kes tersebut dibawa ke mahkamah. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba mereka menikus dan tidak lagi berani untuk mempertahankan diri?. Apakah dek kerana segala penipuan mereka itu sudah tidak dapat ditutup lagi?.


Terbaru, pendedahan tentang Felda membelanjakan RM2.42 billion untuk kerja tanam semula. Bayangkan mereka menggunakan wang sebanyak RM3,151 bagi setiap hektar. Sungguh mengejutkan, kos yang dikeluarkan oleh Felda untuk tujuan tersebut "bagai langit dengan bumi" jika dibandingkan dengan syarikat lain (2004-2009).

Difahamkan syarikat swasta seperti Sime Darby hanya membelanjakan RM936 per hektar dan IOI pula RM596 per hektar. Maknanya perbezaan sehingga RM2,215 per hektar dengan Sime Darby dan RM2,555 per hektar jika dibandingkan dengan IOI.

Ini bermakna Felda membelanjakan tiga kali ganda wang untuk tujuan tanaman semula dibandingkan dengan Sime Darby dan lima kali ganda dibandingkan dengan IOI. Bukankah ini bukti jelas bahawa mereka telah menyeleweng dan menipu rakyat termasuk para peneroka itu sebenarnya.

[Soalnya sekarang, kenapa mereka masih tidak mahu mengaku penyelewengan tersebut dan masih mahu "menegakkan benang yang basah". Tambah parah lagi apabila CEO Felda Venture iaitu Dato' Bakke Salleh dilantik pula mengetuai Sime Darby. Apakah orang seperti ini boleh dipercayai lagi?. Beliau melingkupkan Felda dan kini diberi kuasa besar pula untuk memimpin Sime Darby. Ini bermakna kerajaan UMNO BN jelas khianat kepada rakyat. Orang yang jelas telah gagal memimpin dengan baik dan menjejaskan kreadibiliti sesebuah agensi besar seperti Felda tiba-tiba dihantar pula untuk memimpin Sime Darby yang sudah bermasalah itu. Maknanya "masuk angin keluar asap" dan terbukti mereka cuba mempermainkan rakyat sebenarnya. Oleh itu, apakah kita harus percaya lagi dengan sandiwara politik yang dimainka oleh mereka ini agaknya. Lakukanlah perubahan dalam PRU-13 nanti]


Sime Darby Bhd akan berhadapan kerugian lagi...???

Posted: 07 Aug 2010 07:16 PM PDT

Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, konglomerat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion.

Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak.

Sime Darby berhadapan dengan masalah yang sama ketika krisis kewangan Asia 1997, di mana ia mencatatkan kerugian sekitar RM1.6 bilion dan ia merupakan kerugian paling besar dalam enam bulan sehingga Disember 1997.

Ia mencatatkan kerugian RM676.2 juta pada enam bulan berikutnya dan menutup tahun kewangan 1998 dengan kerugian RM540.9 juta.

Juga difahamkan pengarah urusan bahagian pelaburan Tunku Datuk Badlishah Tunku Annuar telah dipindahkan dari beberapa unit di bahagian itu manakala beberapa pegawai lain dijangka menyusul selepas bekas ketua eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta mengambil cuti bermulai 13 Mei lalu ekoran kerugian dialami Sime Darby.

Selain tindakan-tindakan itu, kumpulan ini juga dijangka berhadapan dengan tindakan perundangan berikutan jika mengakhiri pelaburan bersama di beberapa negara luar.

The Malaysian Insider juga difahamkan sejak dilantik sebagai pemangku ketua eksekutif, Datuk Bakke Salleh sedang menghalusi pelaburan-pelaburan bersama melibatkan Sime Darby dengan berhujah bahawa sesetengah pelaburan bukan sesuatu yang memanfaatkan Sime Darby.

Beliau dikatakan memberi syor sama ada pelaburan-pelaburan terbabit dikaji semula ataupun ditamatkan.

Penganalisis melihat tindakan untuk menamatkan pelaburan-pelaburan ini dijangka membawa kepada pertikaian perundangan bagi Sime Darby.

Dua minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakar luaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firma guaman bebas.

Sebelum ini ada desakan kesemua anggota lembaga meletakkan jawatan memikul masalahb dialami konglomerat itu.

Najib dalam jawapan bertulis berkata firma perunding dan firma guaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebas yang dijangka selesai pada akhir bulan ini.

"Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dan kebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dan siasatan ini selesai sepenuhnya," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai tindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara "en bloc" atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugian hampir mencecah RM2 bilion.

Ekoran kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telah diminta bercuti.-MalaysianInsider

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MUHYIDDIN PUJI PRESIDEN PAS - ADA UDANG BALIK BATU ?

Posted: 07 Aug 2010 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Presiden PAS telah beri peluru kepada Umno? Benarkah Presiden PAS juga turut bersetuju dengan Umno menentang langkah Kerajaan PR Selangor yang bercadang untuk menghapuskan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah? Atau, memang Muhyiddin `menyokong' pendapat Presiden PAS yang beliau sendiri tidak faham apa pendirian Presiden PAS sebenarnya semata-mata untuk mengaut untung kepada Umno?

Apa yang saya faham Presiden PAS mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Pendirian ini selari juga dengan pendirian PKR dan DAP yang tidak pernah menyanggah hak keistimewaan itu. Jadi, apa yang bezanya pendirian Presiden PAS itu dengan PKR dan DAP? Presiden PAS turut menyebut bahawa hak ini tidak menafikan juga hak lain-lain kaum yang menetap di negara ini. Maksudnya, keadilan kepada semua mesti dilaksanakan kerana itu adalah ajaran Islam. Itu yang tiada dalam kamus Umno.

Benarkah Presiden PAS ada menyebut bahawa diskaun mesti diberikan kepada Bumiputera untuk memiliki hartanah komersial dan mewah di Selangor? Benarkah Presiden PAS tidak menyokong langkah Kerajaan PR Selangor untuk menghapuskan diskaun untuk Bumiputera yang kaya itu untuk diserahkan kepada rakyat yang miskin? Ini bererti, orang kaya Bumiputera diberi diskaun untuk membeli emas dan barang berharga. Jika begini keadaannya, adakah ini adil iaitu mengkayakan orang yang sudah sedia kaya? Inikah yang Presiden PAS setuju? Saya fikir Muhyiddin silap orang untuk menuduh Presiden PAS sedemikian.

Sebenarnya, Muhyiddin ingin menunjukkan betapa Umno dan PAS itu sama dari segi perjuangan untuk orang-orang Melayu. Maka, hajatnya yang besar untuk Umno dan PAS bersatu akan terhasil dengan cara memuji Presiden PAS tersebut. Sampai begitu sekali Muhyiddin ingin memancing PAS untuk bersama Umno yang sudah reput itu. Kita pun sedar sudah beberapa kali kenyataan Presiden PAS diselewengkan untuk kepentingan mereka.

Saya secara peribadi amat bersetuju sekiranya orang-orang kaya samada Bumiputera atau tidak, tidak perlu diberi diskaun atau keistimewaan memiliki hartanah berharga. Ini bukan intipati atau objektif yang terkandung di dalam hak keistimewaan orang-orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan itu. Ini merupakan satu kerugian kepada rakyat bawahan yang semakin terhimpit dengan kesusahan akibat kenaikan harga barang sekarang ini. Mereka yang sudah kaya tidak perlu dididik dengan sifat kedekut dan tamak. Mereka mesti dididik dengan sifat suka bersedekah dan bersyukur dengan nikmat kekayaan mereka.

Masih ramai yang miskin dan susah terutamanya orang-orang Melayu. Kerajaan PR Selangor mesti tumpukan kepada golongan ini daripada memikirkan samada perlu si kaya dibantu untuk lebih kaya. /wfauzdin.blogspot.com

BERKAWAN DENGAN UMNO BUAT CHUA JAHIL - ANWAR

Posted: 07 Aug 2010 06:00 PM PDT

Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'

Susan Loone
Ogos 7, 10

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.

Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.

Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.

Tak dapat terima

"Saya tidak mahu menghukum sesiapa kerana menjadi anti(Islam) tetapi dia telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. Bagi saya, ini tidak dapat diterima," katanya pada sidang media selepas berucap pada persidangan Integriti Antarabangsa di Pulau Pinang.


"Saya tidak tahu, tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam," katanya.

Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang"

Sehubungan itu, beliau membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.


Pelajari Confucius

Pada majlis itu, Anwar juga memuji inisiatif kerajaan Pulau Pinang yang merintis ruang bagi masyarakat Islam dan bukan Islam untuk menghargai sumbangan positif sesama mereka.

"Dalam hal yang sama, sebagai seorang insan, saya cuba mempelajari Confucius, cuba membaca atau membaca semula Ramayana dan Mahabharata. Bagi saya, ini penting kerana ia sebahagian daripda lanskap negara kita yang terdiri daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama," katanya.


"Pem

impin juga mesti bergerak ke hadapan. Saya berpendapat kekuatan Pakatan Rakyat adalah kerana kami mengamalkan politik baru yang menghargai dan mempelajari kelainan setiap kaum dan suku bangsa," katanya lagi.

"Gejala takut kepada Islam atau Islamic phobia dan pendirian anti-Islam telah diluahkan oleh beberapa pihak seperti (Samuel) Huntington tetapi untuk melihat pemimpin politik Malaysia terikut-ikut dengan kejahilan itu, adalah sesuatu yang agak malang," tambahnya./Malaysiakini

BLOG CINA ISLAM KENA `ATTACK' ?

Posted: 07 Aug 2010 04:21 PM PDT

Hairan aku. Blog Cina Islam kepunyaan YB Idham Lim sejak dari malam tadi kena `attack'. Blog boleh dibuka tapi tidak dapat nak baca artikel di dalamnya. Mengapa agaknya ye? Harap-harap tidak lama, InsyaAllah, kita boleh kembali mengunjung blog berkenaan nanti.

UMNO TENTANG AMBIL DISKAUN ORANG KAYA SERAH PADA YANG MISKIN ?

Posted: 07 Aug 2010 01:44 PM PDT

Tunku Aziz: Diskaun juga untuk beli BMW, emas...?

Ogos 7, 10

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah.

Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras.

Pemuda Umno mendakwa cadangan Pua itu berbaur hasutan dan mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Sementara, Najib pula menuduh ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dan menimbulkan rasa marah di kalangan orang Melayu serta mengancam keamanan awam.

"Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

"Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit," kata Abdul Aziz.

Basmi kemiskinan?

Semasa sesi dialog belanjawan kerajaan negeri Selangor pada Julai lalu, Pua berkata diskaun bumiputera sepatutnya dihapuskan kerana ia langsung tidak berkaitan dengan usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan itu.


Diskaun berkenaan hanya menyaksikan pembeli rumah bumiputera menjadi orang tengah kepada pembeli bukan bumiputera yang mengambil kesempatan ke atas diskaun tujuh peratus untuk membeli hartanah mewah, kata Pua.

Menurut Abdul Aziz jika diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti "BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata."

"Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah-gunakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus daripada bumiputera yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada dasar afirmatif.

Disalah-guna Umnoputra

"Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghapuskan diskaun berkenaan ke atas pembelian hartanah mewah tetapi menggunakan wang yang 'dijimatkan' itu bagi menubuhkan dana untuk membantu bumiputera yang miskin," katanya.

Menurut Abdul Aziz, 'kejahilan dan salah-guna' oleh Umno, menerusi sayap pemudanya adalah jelas mengkhianati peruntukan hak bumiputera bagi menjamin golongan 'Umnoputra' yang kaya dan berharta akan terus menikmati diskaun seumpama itu apabila membeli kediaman mewah mereka.

"Reaksi Umno jelas menunjukkan bahawa mereka tiada kebanggaan sendiri atau harga diri, kerana mahu terus mempertahankan manfaat yang diputar-belitkan itu dengan membelakangkan nasib golongan miskin dan yang memerlukan.

"Melayu sebagai satu bangsa harus berbangga kerana ada di antara mereka yang kini mampu memiliki hartanah seumpama itu dan kita mesti bangga yang kita boleh berdiri di atas khaki sendiri meskipun menghadapi 'handicap' (rintangan)."/Malaysiakini

APABILA YB KHALID DARI PAS PULA MENJADI MB SELANGOR

Posted: 07 Aug 2010 05:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS
Justify Full
ANDAINYA ditakdirkan PAS memerintah Selangor suatu hari nanti, selain dari Pesuruhjaya PAS Dr Hassan Ali tokoh yang paling layak difikirkan untuk menduduki kerusi MB Selangor pada pandangan saya adalah YB Khalid Samad. Ketokohan beliau amat terserlah walaupun penuh dengan kontroversi.

Beliau seorang yang tegas, berprinsip dan berani di samping disukai oleh berbagai kaum. Keberanian beliau seperti kelihatan menungkah arus di dalam PAS, namun apa yang beliau lakukan sebenarnya tidak pernah melanggar dasar PAS. Cuma mungkin gerak geri beliau kelihatan ganjil pada pandangan beberapa pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini tiada pemimpin PAS yang berani bertindak seperti beliau.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin dari PR kadangkala dilihat lebih mesra dari pemimpin PAS sendiri. Namun, beliau tetap menerima segala arahan dari partinya walaupun kadangkala berlawanan dengan prinsipnya. Wala' beliau pada pimpinan amat tinggi sehingga beliau sanggup hilang jawatan, namun berpaling dari perjuangan tidak sama sekali.

Keberaniannya menjejakkan kaki ke kilang arak terbesar di Shah Alam mungkin mencetuskan kontroversi lagi. Baca di sini. Tetapi adakah itu satu kesalahan kepada aturan dan disiplin PAS? Mungkin dari segi mengelakkan fitnah, lebih baik YB Khalid tidak berbuat demikian namun selaku MP Shah Alam, apa pilihan yang beliau ada untuk menyelesaikan satu-satu isu? Beliau telah bertindak bijak untuk turun sendiri ke sana bagi mendapatkan maklumbalas sebenar dari pemilik kilang arak tersebut.

YB Khalid Samad bukan tokoh Ulamak, tetapi tidak semua tokoh Ulamak dalam PAS mampu bertindak berani seperti beliau. Keberaniannya tidak kalah dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan sesuatu walaupun kadangkala tidak berkenan di mata sahabat-sahabatnya di dalam PAS. Apa yang penting, ke mana pun beliau pergi dasar dan prinsip PAS tetap digenggam erat oleh beliau. Inilah tokoh PAS yang layak ditabalkan menjadi MB Selangor suatu hari nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

`KUMPULAN JIHAD' DI BULAN RAMADHAN AKAN BERDEMONTRASI DI DEPAN PEJABAT MUFTI PERAK PULA ?

Posted: 07 Aug 2010 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKUMPULAN Pemuda yang menggelarkan diri mereka `Gagasan Anak Muda' telah berhimpun di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini kununnya menentang kemungkaran di Bulan Ramadhan. Tahniah, kepada mereka kerana memilih Selangor.

Saya tidak pasti samada kumpulan `Jihad' ini wujud atau tidak semasa era Anak Toyo menjadi MB Selangor. Kurang pasti pula saya samada kumpulan ini bergerak atau tidak di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Umno parti yang mengaku cintakan Islam itu. Mungkin di negeri yang diperintah oleh Umno tidak menarik minat mereka kerana negeri-negeri tersebut kini telah pun melaksanakan hukum Islam sepenuhnya.

Pilihan mereka adalah Selangor dan sememangnya Selangor kini ibarat `gadis sunti' yang amat cantik rupawan. Jika dahulu `gadis sunti' ini dipenuhi oleh kurap dan panau seluruh badan kini tubuh badannya sudah dibersihkan. Maka, ramailah yang tergoda dan terliur memandangnya. Jika tidak, masakan orang Pekan, Pahang tiba-tiba mahu berada di Selangor untuk `mengorat' si`gadis sunti' berkenaan.

Biarlah mereka berkampung di Selangor dan berusaha untuk menggoda `gadis sunti' yang cantik itu. Kita masih ingat dahulu, ketika Umno menumpukan seluruh kekuatannya di Kelantan untuk merampas negeri di bawah PAS itu, tiba-tiba beberapa negeri lain tumbang. Umno mendapat aib besar pula di Kelantan.

Berselerakah `gadis sunti' ini kepada Umno yang pernah membiarkan tubuhnya dipenuhi kurap dan panau? Sehingga datang PR yang bersusah payah membersihkan tubuhnya sehingga menjadi cantik rupawan seperti sekarang, tiba-tiba Umno datang terhegeh-hegeh?

Kepada kumpulan anak muda `Gagasan' yang mahu `berjihad menentang maksiat' di Bulan Ramadhan itu kita ucapkan selamat berjuang. Mungkin mereka lupa mahu menjemput `Ulamak Muda' yang baru menyertai Umno itu untuk turut bersama berdemontrasi.

Selepas ini, apa kata `Gagasan' ini merantau ke Perak berjumpa Harussani dan nasihatkan Mufti tersebut agar Kerajaan Umno Perak juga menutup kesemua Pusat Hiburan dan maksiat sepanjang Bulan Ramadhan nanti. Lepas Ramadhan nanti, bolehlah sambung semula maksiat itu kerana itulah yang diajar oleh Apco gamaknya./ wfauzdin.blogspot.com

TUAN GURU NIK AZIZ - SENARAI 50 TOKOH POPULAR DUNIA

Posted: 07 Aug 2010 12:00 AM PDT