PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
- Chua Soi Lek bidas Islam..Apa pulak jawapan Umno ?
- Felda...Suara Keadilan bukan Omong kosong..??
- Sime Darby Bhd akan berhadapan kerugian lagi...???
| Chua Soi Lek bidas Islam..Apa pulak jawapan Umno ? Posted: 07 Aug 2010 07:55 PM PDT BARU-BARU ini, Chua Soi Lek membuat kenyataan berani apabila beliau mengatakan UMNO menjadi semakin ekstrem dalam sudut pendekatan Islam demi meraih sokongan Melayu kerana saingan dan tekanan diterima dari PAS. Beliau membidas kedua-dua parti utama Melayu/Islam itu kerana menyandarkan agama demi survival politik masing-masing. Menariknya, beliau pesimis negara kita akan bersih rasuh dan sifar korup jika sekalipun PAS memerintah kerana majoriti negara berpenduduk muslim rata-rata mengamalkan rasuah yang tinggi. Itu ialah pemahaman beliau sebagai seorang ahli politik lebih-lebih lagi beliau adalah pemimpin bukan Islam yang bercakap tentang Islam dan penganutnya serta senario politik yang sedang berlaku di antara PAS dan UMNO dalam konteks politik Melayu negara kita. Saya percaya, itu bukan pandangan beliau seorang malah persepsi ribuan malah jutaan masyarakat bukan Islam yang membentuk lebih 40% dari 27 juta penduduk negara kita. Pasca PRU ke-12 dulu di mana PAS meraih kerusi terbanyak dalam sejarah parti itu maka Lee Kuan Yew, mantan PM Singapura secara terbuka melahirkan kebimbangan berkemungkinan Malaysia akan menuju ke arah 'theoretical state' atau negara hukum dan subjektif terhadap corak hubungan masa depan kedua-dua negara kelak. Samaada benar atau tidak, itu adalah pandangan peribadi mereka. Tetapi atas kapasiti mereka berdua sebagai pemimpin dan tokoh maka ia sudah tentulah menimbulkan polemik yang pelbagai. Kita tidak boleh mengkesampingkan Chua kerana jumlah penduduk bukan Melayu yang agak besar malah dominan dalam sudut ekonomi pula di negara kita. Kita juga tidak boleh mengkesampingkan Lee Kuan Yew kerana hubungan luar biasa Singapura dengan Israel terutama dari sudut ketenteraan dan risikan. Bagi bangsa Melayu agama itu adalah sesuatu yang sangat sensitif dan merupakan identiti bangsa. Cuma, pendekatan UMNO dengan PAS dalam melaksanakan Islam dan penerapan dari sudut amalan adalah berbeza. UMNO bersifat pragmatik manakala PAS bersifat konservatif. Namun demikian, secara umumnya, orang Melayu sepanjang 53 tahun merdeka lebih selesa dan menerima pendekatan Islam pragmatik UMNO melainkan Kelantan yang telah dan sedang diperintah oleh PAS secara solo selama beberapa penggal. Justeru, kenyataan Chua Soi Lek seperti mempertikaikan Islam sebagai salah satu entiti penting dalam politik kepartian bangsa Melayu adalah dangkal. Mungkin yang dipertikai oleh Chua di sini adalah dari sudut pendekatan kedua-dua parti tersebut. Selain daripada itu, untuk menyalahkan Islam ke atas apa yang berlaku pada penganutnya adalah tidak tepat sama sekali. Tetapi, masalahnya itulah persepsi saya kira bukan saja di negara kita malah seluruh dunia. Sebagai contoh, Indonesia dan Nigeria adalah dua contoh negara majoriti muslim yang indeks rasuahnya paling tinggi di dunia serta korup. Iraq di era Saddam Hussein adalah negara yang paling teruk menindas dan menekan hak asasi, Syria, Mesir malah Arab Saudi adalah negara autokratik yang menindas suara-suara pembangkang tidak sehaluan dengan pemerintah. Perisitiwa 16 September dulu menyebabkan Islam dicemuh oleh dunia. Pendekatan keras Taliban di Afghanistan seperti memaksa wanita memakai burqa dan mengecat tingkap-tingkap rumah dengan warna hitam supaya 'aurat' wanita selamat menyebabkan Islam bukan saja ditakuti malah ditertawakan. Adakah kita mahu mengaitkan semua itu dengan Islam? Tentu sekali tidak, tetapi gejala Islamophobia adalah kesan persepsi masyarakat antarabangsa yang menyamakan Islam dengan teroris dan ultra sebagaimana yang dilihat berlaku di kalangan umat Islam sendiri. Itu adalah persepsi sejagat tetapi malangnya kita umat Islam tidak mempunyai kekuatan untuk menghapuskan tanggapan salah itu. Ini kerana kita tidak mempunyai rangkaian hebat dunia yang rata-rata sahamnya dimiliki oleh pelobi-lobi Yahudi global seperti CNN dan BBC. Cuma, ketika ini kita mempunyai rangkaian al-Jazeera tetapi itu masih belum memadai. Sehubungan dengan itu, mengikut kiraan saya kita tidak perlu satu persepsi yang negatif terhadap Islam dan penganutnya berlaku di negara kita pula. Tetapi, malangnya orang Melayu amat gemar tuduh-menuduh agama seseorang termasuklah hingga ke amalan cara solat 5 waktu dan soal tetek bengek seperti pemakaian tudung dari membicarakan perkara yang lebih besar. Sewajarnya, kita menjejaki langkah Indonesia tahun 1983 yang mengharamkan penggunaan agama kepada parti-parti politik. Kita tentu tidak mahu selepas ini wujud Parti Buddha Se-Malaysia atau Parti Hindu Se-Malaysia yang berjuang menerapkan unsur-unsur Buddha dan Hindu dalam negara! Adakah Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia kurang Islamnya walaupun tanpa nama Islam? Adakah AKP di Turki tidak Islamik kerana tidak menggunakan nama Islam? Sesungguhnya, adalah lebih baik jika kita tidak memainkan simbol agama secara keterlaluan melainkankan pendekatan secara berhemah dan strategik kerana persepsi dan pandangan masyarakat luar yang mudah mengundang tanggapan liar dan negatif seperti Chua. Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng: ![]() Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut. Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang". Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi. "Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut. Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang". Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi. "Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini. Dari Malaysiakini
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu. Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam. Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain. Tak dapat terima "Saya tidak mahu menghukum sesiapa kerana menjadi anti(Islam) tetapi dia telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. Bagi saya, ini tidak dapat diterima," katanya pada sidang media selepas berucap pada persidangan Integriti Antarabangsa di Pulau Pinang. "Saya tidak tahu, tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam," katanya. Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang" Sehubungan itu, beliau membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Continue reading 'Anwar: Agak Malang, Chua 'Jahil Dan Bongkak'' |
| Felda...Suara Keadilan bukan Omong kosong..?? Posted: 07 Aug 2010 07:46 PM PDT ![]() Apa dah jadi dengan isu "Saman RM200 juta" terhadap akhbar Suara Keadilan berikutan artikel "Felda Bankrap" seperti yang diwar-warkan oleh Menteri UMNO Si Ahmad Maslan dulu. Tiba-tiba sahaja menyepi tanpa berita, menyebabkan rakyat dan sebahagian besar para peneroka tertanya-tanya status kes itu. Jika sebelum ini, beliau begitu lantang dan bersemangat untuk mempertahankan agensi itu. Namun, kini nampaknya menikus dan terdiam apabila satu persatu penipuan dan penyelewengan Felda didedahkan kepada umum. Malah, menurut Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman bahawa banyak lagi pembongkaran mengejutkan jika kes tersebut dibawa ke mahkamah. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba mereka menikus dan tidak lagi berani untuk mempertahankan diri?. Apakah dek kerana segala penipuan mereka itu sudah tidak dapat ditutup lagi?. Terbaru, pendedahan tentang Felda membelanjakan RM2.42 billion untuk kerja tanam semula. Bayangkan mereka menggunakan wang sebanyak RM3,151 bagi setiap hektar. Sungguh mengejutkan, kos yang dikeluarkan oleh Felda untuk tujuan tersebut "bagai langit dengan bumi" jika dibandingkan dengan syarikat lain (2004-2009). Difahamkan syarikat swasta seperti Sime Darby hanya membelanjakan RM936 per hektar dan IOI pula RM596 per hektar. Maknanya perbezaan sehingga RM2,215 per hektar dengan Sime Darby dan RM2,555 per hektar jika dibandingkan dengan IOI. Ini bermakna Felda membelanjakan tiga kali ganda wang untuk tujuan tanaman semula dibandingkan dengan Sime Darby dan lima kali ganda dibandingkan dengan IOI. Bukankah ini bukti jelas bahawa mereka telah menyeleweng dan menipu rakyat termasuk para peneroka itu sebenarnya. [Soalnya sekarang, kenapa mereka masih tidak mahu mengaku penyelewengan tersebut dan masih mahu "menegakkan benang yang basah". Tambah parah lagi apabila CEO Felda Venture iaitu Dato' Bakke Salleh dilantik pula mengetuai Sime Darby. Apakah orang seperti ini boleh dipercayai lagi?. Beliau melingkupkan Felda dan kini diberi kuasa besar pula untuk memimpin Sime Darby. Ini bermakna kerajaan UMNO BN jelas khianat kepada rakyat. Orang yang jelas telah gagal memimpin dengan baik dan menjejaskan kreadibiliti sesebuah agensi besar seperti Felda tiba-tiba dihantar pula untuk memimpin Sime Darby yang sudah bermasalah itu. Maknanya "masuk angin keluar asap" dan terbukti mereka cuba mempermainkan rakyat sebenarnya. Oleh itu, apakah kita harus percaya lagi dengan sandiwara politik yang dimainka oleh mereka ini agaknya. Lakukanlah perubahan dalam PRU-13 nanti] |
| Sime Darby Bhd akan berhadapan kerugian lagi...??? Posted: 07 Aug 2010 07:16 PM PDT Konglomerat gergasi sektor perladangan Sime Darby Berhad dilihat berhadapan dengan kerugian besar sekali lagi selepas 13 tahun manakala beberapa pegawai kanan pengurusan digugurkan dari unit-unit penting. Portal The Malaysian Insider melaporkan, konglomerat itu dijangka mengumumkan prestasi kewangannya itu, yang dipercayai kerugian sekitar RM2 bilion dan kemungkinan ia boleh meningkat kepada RM2.5 bilion. Kebanyakan kerugian adalah ekoran kesilapan nasihat pelaburan dalam sektor tenaga dan utiliti di Qatar dan masalah berkaitan dengan projek empangan Bakun di Sarawak. Sime Darby berhadapan dengan masalah yang sama ketika krisis kewangan Asia 1997, di mana ia mencatatkan kerugian sekitar RM1.6 bilion dan ia merupakan kerugian paling besar dalam enam bulan sehingga Disember 1997. Ia mencatatkan kerugian RM676.2 juta pada enam bulan berikutnya dan menutup tahun kewangan 1998 dengan kerugian RM540.9 juta. Juga difahamkan pengarah urusan bahagian pelaburan Tunku Datuk Badlishah Tunku Annuar telah dipindahkan dari beberapa unit di bahagian itu manakala beberapa pegawai lain dijangka menyusul selepas bekas ketua eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid diminta mengambil cuti bermulai 13 Mei lalu ekoran kerugian dialami Sime Darby. Selain tindakan-tindakan itu, kumpulan ini juga dijangka berhadapan dengan tindakan perundangan berikutan jika mengakhiri pelaburan bersama di beberapa negara luar. The Malaysian Insider juga difahamkan sejak dilantik sebagai pemangku ketua eksekutif, Datuk Bakke Salleh sedang menghalusi pelaburan-pelaburan bersama melibatkan Sime Darby dengan berhujah bahawa sesetengah pelaburan bukan sesuatu yang memanfaatkan Sime Darby. Beliau dikatakan memberi syor sama ada pelaburan-pelaburan terbabit dikaji semula ataupun ditamatkan. Penganalisis melihat tindakan untuk menamatkan pelaburan-pelaburan ini dijangka membawa kepada pertikaian perundangan bagi Sime Darby. Dua minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby kerana masih menunggu keputusan kajian oleh pakar-pakar luaran daripada firma perunding (KPGM dan Deloitte) dan sebuah firma guaman bebas. Sebelum ini ada desakan kesemua anggota lembaga meletakkan jawatan memikul masalahb dialami konglomerat itu. Najib dalam jawapan bertulis berkata firma perunding dan firma guaman bebas berkenaan kini sedang menjalankan audit forensik bebas yang dijangka selesai pada akhir bulan ini. "Sebarang keputusan atas dasar akauntabiliti dan kebertanggungjawaban akan hanya diambil setelah segala usaha audit dan siasatan ini selesai sepenuhnya," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika menjawab soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai tindakan yang diambil terhadap Lembaga Pengarah Sime Darby secara "en bloc" atas kegagalan mereka menyelamatkan Sime Darby daripada kerugian hampir mencecah RM2 bilion. Ekoran kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telah diminta bercuti.-MalaysianInsider |
| You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan