Sabtu, 7 Ogos 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


Fiqh Harakah Sirah Nabawiyah : Buku terbaru Tok Guru Presiden dilancar

Posted: 07 Aug 2010 11:00 PM PDT

Khairul Azlam Mohamad    
MARANG, 6 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, menunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisannya bertajuk, Fiqh Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk 'Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin'.

Buku tersebut dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang di Masjid Rusila, pagi tadi. (Gambar)

Di halaman prakata buku tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, para sahabat adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah s.a.w.

Tambahnya, Khulafa ar-Rasyidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah.

Beliau menambah, itulah rahsia kejayaan Islam meski pun para penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran yang suci itu serta melaksanakannya secara tidak sempurna.

"Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.

"Al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu daripada Allah SWT," ujarnya yang juga Adun Ru Rendang.

Menurutnya, pendukung al-Quran tetap ada sama ada wujud negara yang berdaulat atau negara Islam yang dihilangkan.

"Pendukungnya tidak dapat dikalahkan, dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat," jelasnya.


PRU 13: PAS Terengganu tumpu 32 Dun

Posted: 07 Aug 2010 06:32 PM PDT

Oleh Khairul Azlam Mohamad   

BESUT, 4 Ogos: PAS Terengganu memberi tumpuan terhadap kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini termasuk lapan kawasan parlimen.

Hingga kini, PAS Terengganu berpuas hati dengan segala persiapan jentera parti di setiap peringkat Dun-Dun yang dilawati sejak setahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian selepas Mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu di Felda Tenang, Hulu Besut, hari ini.

"Alhamdulillah, ini lawatan terakhir kita dan selesai 32 Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bermula di Dun Kota Putra, Besut dan berakhir di Dun Hulu Besut ini.

"Kita tumpu kepada semua 32 Dun di Terengganu ini. Maknanya, seluruh negeri Terengganu termasuk di lapan kawasan parlimen," tegasnya.

Menurutnya, PAS negeri berpuas hati dengan persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.

Katanya, petugas parti sedang melakukan persiapan dengan mengaktifkan bilik gerakan termasuk membuat pendaftaran pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pertama (lawatan) dapat melihat serta meninjau tentang tahap persiapan dan perkembangan gerak kerja yang dilakukan di Dun-Dun seluruh negeri Terengganu.

"Keseluruhannya, kita rasa puas hatilah kerana jentera kita telah pun digerakkan. Mereka bersedia untuk bekerja ke arah mempersiapkan lagi jentera parti.

"Insya Allah, kita rasa dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini, kita mampu untuk memberikan suatu kekuatan yang lebih mantap di seluruh negeri Terengganu," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha PAS negeri, Yahaya Ali berkata PAS Terengganu berusaha menggerakkan semua lajnah-lajnah serta portfolionya.

Menurutnya, PAS Terengganu juga telah menyiapkan draf 'road map' (peta jalan) termasuk dalam perkara berkaitan manifesto pilihan raya.

"Road map ini sudah pun kita bentangkan dari segi drafnya. Isu-isu penting dalam 'road map' itu pun telah kita kemukakan termasuk dalam perkara yang berkait dengan manifesto.

"Road map ini iaitu kita berusaha untuk menggerakkan semua lajnah-lajnah dan portfolio yang kita bentuk supaya semuanya dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya ini.

"Road Map ini bukan sahaja untuk peringkat negeri sebenarnya tetapi akan diperturunkan ke peringkat yang lebih bawah sehingga ke Dun dan cawangan," jelasnya.

Menurutnya, salah satu agenda PAS dalam lawatan tersebut mengadakan dialog dengan para petugas di peringkat akar umbi.

Apa yang penting, katanya rumusan dari program lawatan ke Dun-Dun tersebut mempunyai kesan yang positif kepada Dun dan cawangan PAS di seluruh negeri.


Tiada ulasan: