Sabtu, 7 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MUHYIDDIN PUJI PRESIDEN PAS - ADA UDANG BALIK BATU ?

Posted: 07 Aug 2010 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH Presiden PAS telah beri peluru kepada Umno? Benarkah Presiden PAS juga turut bersetuju dengan Umno menentang langkah Kerajaan PR Selangor yang bercadang untuk menghapuskan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah? Atau, memang Muhyiddin `menyokong' pendapat Presiden PAS yang beliau sendiri tidak faham apa pendirian Presiden PAS sebenarnya semata-mata untuk mengaut untung kepada Umno?

Apa yang saya faham Presiden PAS mempertahankan hak keistimewaan orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Pendirian ini selari juga dengan pendirian PKR dan DAP yang tidak pernah menyanggah hak keistimewaan itu. Jadi, apa yang bezanya pendirian Presiden PAS itu dengan PKR dan DAP? Presiden PAS turut menyebut bahawa hak ini tidak menafikan juga hak lain-lain kaum yang menetap di negara ini. Maksudnya, keadilan kepada semua mesti dilaksanakan kerana itu adalah ajaran Islam. Itu yang tiada dalam kamus Umno.

Benarkah Presiden PAS ada menyebut bahawa diskaun mesti diberikan kepada Bumiputera untuk memiliki hartanah komersial dan mewah di Selangor? Benarkah Presiden PAS tidak menyokong langkah Kerajaan PR Selangor untuk menghapuskan diskaun untuk Bumiputera yang kaya itu untuk diserahkan kepada rakyat yang miskin? Ini bererti, orang kaya Bumiputera diberi diskaun untuk membeli emas dan barang berharga. Jika begini keadaannya, adakah ini adil iaitu mengkayakan orang yang sudah sedia kaya? Inikah yang Presiden PAS setuju? Saya fikir Muhyiddin silap orang untuk menuduh Presiden PAS sedemikian.

Sebenarnya, Muhyiddin ingin menunjukkan betapa Umno dan PAS itu sama dari segi perjuangan untuk orang-orang Melayu. Maka, hajatnya yang besar untuk Umno dan PAS bersatu akan terhasil dengan cara memuji Presiden PAS tersebut. Sampai begitu sekali Muhyiddin ingin memancing PAS untuk bersama Umno yang sudah reput itu. Kita pun sedar sudah beberapa kali kenyataan Presiden PAS diselewengkan untuk kepentingan mereka.

Saya secara peribadi amat bersetuju sekiranya orang-orang kaya samada Bumiputera atau tidak, tidak perlu diberi diskaun atau keistimewaan memiliki hartanah berharga. Ini bukan intipati atau objektif yang terkandung di dalam hak keistimewaan orang-orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan itu. Ini merupakan satu kerugian kepada rakyat bawahan yang semakin terhimpit dengan kesusahan akibat kenaikan harga barang sekarang ini. Mereka yang sudah kaya tidak perlu dididik dengan sifat kedekut dan tamak. Mereka mesti dididik dengan sifat suka bersedekah dan bersyukur dengan nikmat kekayaan mereka.

Masih ramai yang miskin dan susah terutamanya orang-orang Melayu. Kerajaan PR Selangor mesti tumpukan kepada golongan ini daripada memikirkan samada perlu si kaya dibantu untuk lebih kaya. /wfauzdin.blogspot.com

BERKAWAN DENGAN UMNO BUAT CHUA JAHIL - ANWAR

Posted: 07 Aug 2010 06:00 PM PDT

Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'

Susan Loone
Ogos 7, 10

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana melabelkan negara-negara Islam sebagai tidak progesif dan korup. Katanya, tuduhan itu mencerminkan kejahilan dan sifat bongkak pemimpin BN itu.

Anwar, yang juga ketua umum PKR berkata beliau tidak bercadang menghukum mereka yang menentang Islam, tetapi komen Chua dianggap keterlaluan dan begitu jahil berhubung situasi sebenar masyarakat Islam.

Merujuk kepada amaran Chua kepada masyarakat Cina di negara ini berhubung kerjasama dengan PAS, Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan bagi memastikan masyarakat Islam dan bukan Islam memahami dan menghormati agama dan budaya satu sama lain.

Tak dapat terima

"Saya tidak mahu menghukum sesiapa kerana menjadi anti(Islam) tetapi dia telah mempamerkan kejahilan dan begitu bongkak. Bagi saya, ini tidak dapat diterima," katanya pada sidang media selepas berucap pada persidangan Integriti Antarabangsa di Pulau Pinang.


"Saya tidak tahu, tetapi berdasarkan pergaulannya dengan Umno itu langsung tidak memperlihatkan bahawa beliau memahami dan menghargai perasaan prihatin masyarakat Islam," katanya.

Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang"

Sehubungan itu, beliau membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.


Pelajari Confucius

Pada majlis itu, Anwar juga memuji inisiatif kerajaan Pulau Pinang yang merintis ruang bagi masyarakat Islam dan bukan Islam untuk menghargai sumbangan positif sesama mereka.

"Dalam hal yang sama, sebagai seorang insan, saya cuba mempelajari Confucius, cuba membaca atau membaca semula Ramayana dan Mahabharata. Bagi saya, ini penting kerana ia sebahagian daripda lanskap negara kita yang terdiri daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama," katanya.


"Pem

impin juga mesti bergerak ke hadapan. Saya berpendapat kekuatan Pakatan Rakyat adalah kerana kami mengamalkan politik baru yang menghargai dan mempelajari kelainan setiap kaum dan suku bangsa," katanya lagi.

"Gejala takut kepada Islam atau Islamic phobia dan pendirian anti-Islam telah diluahkan oleh beberapa pihak seperti (Samuel) Huntington tetapi untuk melihat pemimpin politik Malaysia terikut-ikut dengan kejahilan itu, adalah sesuatu yang agak malang," tambahnya./Malaysiakini

BLOG CINA ISLAM KENA `ATTACK' ?

Posted: 07 Aug 2010 04:21 PM PDT

Hairan aku. Blog Cina Islam kepunyaan YB Idham Lim sejak dari malam tadi kena `attack'. Blog boleh dibuka tapi tidak dapat nak baca artikel di dalamnya. Mengapa agaknya ye? Harap-harap tidak lama, InsyaAllah, kita boleh kembali mengunjung blog berkenaan nanti.

UMNO TENTANG AMBIL DISKAUN ORANG KAYA SERAH PADA YANG MISKIN ?

Posted: 07 Aug 2010 01:44 PM PDT

Tunku Aziz: Diskaun juga untuk beli BMW, emas...?

Ogos 7, 10

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah.

Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras.

Pemuda Umno mendakwa cadangan Pua itu berbaur hasutan dan mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial. Sementara, Najib pula menuduh ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu mencetuskan rasa tidak puas hati dan menimbulkan rasa marah di kalangan orang Melayu serta mengancam keamanan awam.

"Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

"Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit," kata Abdul Aziz.

Basmi kemiskinan?

Semasa sesi dialog belanjawan kerajaan negeri Selangor pada Julai lalu, Pua berkata diskaun bumiputera sepatutnya dihapuskan kerana ia langsung tidak berkaitan dengan usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan itu.


Diskaun berkenaan hanya menyaksikan pembeli rumah bumiputera menjadi orang tengah kepada pembeli bukan bumiputera yang mengambil kesempatan ke atas diskaun tujuh peratus untuk membeli hartanah mewah, kata Pua.

Menurut Abdul Aziz jika diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti "BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata."

"Diskaun pembelian hartanah mewah adalah antara perkara utama yang disalah-gunakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang memerlukan pembaharuan bagi memastikan 40 peratus daripada bumiputera yang berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada dasar afirmatif.

Disalah-guna Umnoputra

"Sehubungan itu, saya menyokong cadangan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) untuk menghapuskan diskaun berkenaan ke atas pembelian hartanah mewah tetapi menggunakan wang yang 'dijimatkan' itu bagi menubuhkan dana untuk membantu bumiputera yang miskin," katanya.

Menurut Abdul Aziz, 'kejahilan dan salah-guna' oleh Umno, menerusi sayap pemudanya adalah jelas mengkhianati peruntukan hak bumiputera bagi menjamin golongan 'Umnoputra' yang kaya dan berharta akan terus menikmati diskaun seumpama itu apabila membeli kediaman mewah mereka.

"Reaksi Umno jelas menunjukkan bahawa mereka tiada kebanggaan sendiri atau harga diri, kerana mahu terus mempertahankan manfaat yang diputar-belitkan itu dengan membelakangkan nasib golongan miskin dan yang memerlukan.

"Melayu sebagai satu bangsa harus berbangga kerana ada di antara mereka yang kini mampu memiliki hartanah seumpama itu dan kita mesti bangga yang kita boleh berdiri di atas khaki sendiri meskipun menghadapi 'handicap' (rintangan)."/Malaysiakini

APABILA YB KHALID DARI PAS PULA MENJADI MB SELANGOR

Posted: 07 Aug 2010 05:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS
Justify Full
ANDAINYA ditakdirkan PAS memerintah Selangor suatu hari nanti, selain dari Pesuruhjaya PAS Dr Hassan Ali tokoh yang paling layak difikirkan untuk menduduki kerusi MB Selangor pada pandangan saya adalah YB Khalid Samad. Ketokohan beliau amat terserlah walaupun penuh dengan kontroversi.

Beliau seorang yang tegas, berprinsip dan berani di samping disukai oleh berbagai kaum. Keberanian beliau seperti kelihatan menungkah arus di dalam PAS, namun apa yang beliau lakukan sebenarnya tidak pernah melanggar dasar PAS. Cuma mungkin gerak geri beliau kelihatan ganjil pada pandangan beberapa pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini tiada pemimpin PAS yang berani bertindak seperti beliau.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin dari PR kadangkala dilihat lebih mesra dari pemimpin PAS sendiri. Namun, beliau tetap menerima segala arahan dari partinya walaupun kadangkala berlawanan dengan prinsipnya. Wala' beliau pada pimpinan amat tinggi sehingga beliau sanggup hilang jawatan, namun berpaling dari perjuangan tidak sama sekali.

Keberaniannya menjejakkan kaki ke kilang arak terbesar di Shah Alam mungkin mencetuskan kontroversi lagi. Baca di sini. Tetapi adakah itu satu kesalahan kepada aturan dan disiplin PAS? Mungkin dari segi mengelakkan fitnah, lebih baik YB Khalid tidak berbuat demikian namun selaku MP Shah Alam, apa pilihan yang beliau ada untuk menyelesaikan satu-satu isu? Beliau telah bertindak bijak untuk turun sendiri ke sana bagi mendapatkan maklumbalas sebenar dari pemilik kilang arak tersebut.

YB Khalid Samad bukan tokoh Ulamak, tetapi tidak semua tokoh Ulamak dalam PAS mampu bertindak berani seperti beliau. Keberaniannya tidak kalah dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan sesuatu walaupun kadangkala tidak berkenan di mata sahabat-sahabatnya di dalam PAS. Apa yang penting, ke mana pun beliau pergi dasar dan prinsip PAS tetap digenggam erat oleh beliau. Inilah tokoh PAS yang layak ditabalkan menjadi MB Selangor suatu hari nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

`KUMPULAN JIHAD' DI BULAN RAMADHAN AKAN BERDEMONTRASI DI DEPAN PEJABAT MUFTI PERAK PULA ?

Posted: 07 Aug 2010 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKUMPULAN Pemuda yang menggelarkan diri mereka `Gagasan Anak Muda' telah berhimpun di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini kununnya menentang kemungkaran di Bulan Ramadhan. Tahniah, kepada mereka kerana memilih Selangor.

Saya tidak pasti samada kumpulan `Jihad' ini wujud atau tidak semasa era Anak Toyo menjadi MB Selangor. Kurang pasti pula saya samada kumpulan ini bergerak atau tidak di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Umno parti yang mengaku cintakan Islam itu. Mungkin di negeri yang diperintah oleh Umno tidak menarik minat mereka kerana negeri-negeri tersebut kini telah pun melaksanakan hukum Islam sepenuhnya.

Pilihan mereka adalah Selangor dan sememangnya Selangor kini ibarat `gadis sunti' yang amat cantik rupawan. Jika dahulu `gadis sunti' ini dipenuhi oleh kurap dan panau seluruh badan kini tubuh badannya sudah dibersihkan. Maka, ramailah yang tergoda dan terliur memandangnya. Jika tidak, masakan orang Pekan, Pahang tiba-tiba mahu berada di Selangor untuk `mengorat' si`gadis sunti' berkenaan.

Biarlah mereka berkampung di Selangor dan berusaha untuk menggoda `gadis sunti' yang cantik itu. Kita masih ingat dahulu, ketika Umno menumpukan seluruh kekuatannya di Kelantan untuk merampas negeri di bawah PAS itu, tiba-tiba beberapa negeri lain tumbang. Umno mendapat aib besar pula di Kelantan.

Berselerakah `gadis sunti' ini kepada Umno yang pernah membiarkan tubuhnya dipenuhi kurap dan panau? Sehingga datang PR yang bersusah payah membersihkan tubuhnya sehingga menjadi cantik rupawan seperti sekarang, tiba-tiba Umno datang terhegeh-hegeh?

Kepada kumpulan anak muda `Gagasan' yang mahu `berjihad menentang maksiat' di Bulan Ramadhan itu kita ucapkan selamat berjuang. Mungkin mereka lupa mahu menjemput `Ulamak Muda' yang baru menyertai Umno itu untuk turut bersama berdemontrasi.

Selepas ini, apa kata `Gagasan' ini merantau ke Perak berjumpa Harussani dan nasihatkan Mufti tersebut agar Kerajaan Umno Perak juga menutup kesemua Pusat Hiburan dan maksiat sepanjang Bulan Ramadhan nanti. Lepas Ramadhan nanti, bolehlah sambung semula maksiat itu kerana itulah yang diajar oleh Apco gamaknya./ wfauzdin.blogspot.com

TUAN GURU NIK AZIZ - SENARAI 50 TOKOH POPULAR DUNIA

Posted: 07 Aug 2010 12:00 AM PDT






Tiada ulasan: