Selasa, 6 Julai 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


Menjelang PRU-13: kemelut Negara Islam untuk gugat populariti PAS?

Posted: 06 Jul 2010 02:54 PM PDT

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Tanda-tanda pilihanraya umum ke-13 semakin hampir memang telah kelihatan. Sejak dulu lagi, bila tiba musim pilihanraya, PAS perlu diserang dengan berbagai isu yang tidak relevan seperti Parti Ajaran Sesat, Pengganas dan berbagai lagi untuk menjatuhkan imej parti tersebut dimata umum. 

Serangan keatas PAS sedikit kendur, sejak BN hilang banyak kerusi selepas pilihanraya umum ke-12 pada Mac 2008. Pemimpin-pemimpin UMNO berpusing 360 darjah, dengan bersuara lunak terhadap PAS bagi memujuk PAS bersekongkol dengan mereka.

Usaha membawa PAS kembali kepada BN atau setidak-tidaknya membentuk pakatan politik baru bersama dengan UMNO telah dilakukan. Seorang Mufti dikatakan begitu aktif melakukan tugasan tersebut dengan menghubungi beberapa orang pemimpin tertinggi PAS bagi menyelamatkan beberapa kerajaan negeri dari hilang dari kekuasaan UMNO.

Disebebabkan PAS tidak termakan dengan tipu helah licik politik UMNO sekali lagi, UMNO tiada pilihan lain melainkan menyerang semula PAS dengan isu-isu lama yang dihidupkan semula menjelang pilihanraya umum yang akan diadakan secara mengejut oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mendapat mandate yang baru.

Sebagaimana yang semua tahu, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri setelah mereka (UMNO) berjaya memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur dari kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan bantuan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Disebabkan yakin dengan popularitinya sudah meningkat, Datuk Seri Najib yakin sekarang adalah masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya sebelum sesuatu keadaan luar jangka berlaku selepas ini.

PAS mula diserang semula? 

Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Afdal bertindak menjadi hulubalang UMNO dengan mendakwa PAS adalah 'Parti Sesat' ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kulaijaya di Johor. Naib Presiden PAS, Sallehudin Ayub mencabar Shafie berdebat berhubung perkara ini.

Saya tidak pasti sama ada Shafie benar-benar yakin bahawa PAS mengamalkan ajaran sesat atau sekadar kenyataan politik murahan untuk mendapat tempat dalam pemilihan UMNO akan datang bagi mengekalkan kerusi Naib Presiden yang disandangnya sekarang.

PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang  Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS. Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan  parti mereka, terutama lubuk emas umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menafikan dakwaan tersebut dan mencabar menjelaskan maksud 'ajaran sesat' yang dimaksudkan atau beliau telah kehilangan arah atau celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Beliau menegaskan, fasa 3 Perlembagaan  Pas, "Dasar Pas ialah Islam". Di dalam  fasa 7 (1) pula dinyatakan, adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

Manakala Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya? PAS dilaporkan memberi amaran kepada Shafei Apdal menarik balik kenyataan tersebut dan menasihatkan beliau sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat, supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad S.A.W.  

Sebelum itu, dilaporkan seorang pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlibat dengan rangkaian kumpulan pengganas Jemaah Islamiyyah (JI).

Turut didakwa terlibat dengan gerakan yang amat berbahaya ini adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, bekas Mufti Perli, Dr Asri Zainal Abidin dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Shahidan Kassim. Walaubagaimanapun tuduhan ini  telah dinafikan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, Pengerusi DAP Karpal Singh pula mengecam PAS kerana terus berpegang kepada dasar perjuangan menegakkan Islam dengan membawa Konsep Negara Islam. Beliau meminta PAS menerima hakikat bahawa Malaysia ketika  ini Negara sekular, bukannya sebuah Negara Islam.

Tetapi Tun Dr. Mahathir pernah mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam dalam Persidangan Agung Parti Gerakan lebih sedekad yang lalu. Sejak itu,  pemimpin-pemimpin Negara tetap mengatakan Malaysia contoh Negara Islam.

Semua rakyat Malaysia telah mengakui perkara ini. Negara Islam adalah sebuah pentadbiran yang indah sekiranya ia benar-benar direalisasikan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihanraya umum akan datang.    

"Contoh terbaik Negara Islam yang akan dilakukan adalah seperti di Kelantan hari ini, dimana kita begitu berjaya selepas 20 tahun memerintah", kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, "soal menegakkan Islam ia adalah dasar perjuangan PAS. Kita tidak memaksa dan mahu rakyat memahami konsep Negara Islam dan jika sudah bersedia baru kita laksanakan".

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah melihat isu Negara Islam yang tidak dipersetujui oleh Karpal (Singh) sekali gus akan memberi ruang kepada UMNO dan BN untuk terus mengeruhkan hubungan PAS-DAP.

Manakala Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Tantawi lebih tegas lagi meminta PAS mengkaji semula hubungan dengan DAP.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan meminta, "elakkan bercakap melalui media yang boleh memburukkan keadaan. Jika terdapat kecelaruan berkenaan ini ia boleh diselesaikan melalui mesyuarat".

Tindakan Karpal Singh ini bukan sahaja tidak selari dengan aspirasi Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada tahun lepas tetapi menjejaskan perjuangan parti PAS, PKR dan DAP.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Apabila wakil rakyat bukan Islam (Pakatan Rakyat) menyantuni umat Islam...

Posted: 06 Jul 2010 07:02 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Beginilah bila PAS mengambil pendekatan bertahalluf siyasi dgn DAP..inysaALlah ruang dakwah akan sentiasa terbuka...

penulis yakin dikalangan pimpinan PAS akan mengambil peluang menerangkan keindahan Islam kpd rakan pimpinan DAP dan PKR..penulis sudah merasai sekelumit darinya...

Penulis tidak dapat bayangkan jika tiba2 PAS mengambil pendekatan bermusuh dengan DAP selama2nya seperti mana yg telah Umno lakukan..sudah pasti yg bermusuh dgn Islam selamanya akan benci dgn Islam, yg tidak faham Islam selamanya akan berburuk sangka dgn Islam,..tiada toleransi antara Islam dan bukan Islam, Islam selamanya dipandang serong..Umno bertepuk tangan, umat Islam semakin lesu dan ketinggalan.

Jika umno mengambil pendkatan bermusuh dgn DAP, PAS perlu berbeza..cuba ambil peluang ini dgn menunjukkan aklhak yg baik di depan mereka, tunjukkan perwatakan Islam yg sebenar, terngkan keindahan Islam, keadilan Islam....insyaAllah sedikit sebanyak menyebabkan mereka menghormati Islam dan dasar PAS khususnya..

Khusus dlm isu ini, penulis yakin para penyokong Umno akan memandangnya dari sudut yg lain..bagi penyokong tegar, sepastinye mereka memandang dari sudut negatif....bagi mereka DAP telh menghina Islam, mana boleh wakil rakyat bukan Islam anjur perkara mcm ni dan lain2 lagi..

mungkin bagi mereka, wakil rakyat bukan Islam yg buat tak tahu pasal Islam, yg tak bantu Islam, yg tidak anjurkan perkara seperti diatas, itulah wakil rakyat bukan Islam yg sebenarnya, wakil rakyat bukan Islam seperti itulah yg patut disokong..

bagi mereka, yg baik harus disokong, yg buruk harus dibantah..tetapi apabila dengan DAP, walau baik sekalipun mereka tetap akan membantah..kerana apa, kerana kuatnya pegangan asobiyah dlm diri mereka..semangat kebangsaan yg terlampau...

semoga mengambil iktibar..wallahua'lam..


Artikel berkaitan:
1. Anjur majlis khatan : "Sebagai tanda hormat kami kepada Islam" - DAP
2. Taresa Kok disekitar majlis Khatan Perdana dan Khatam Quran Masjid As-Salam..
3. Nga Kor Meng di majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Expo Kemunting..
4. Hafiz Quran lahirkan insan yang berintigriti, harmoni dan dinamik - Lim Guan Eng..(video inside)
5. 'Satu keluarga, satu Huffaz' - Kerajaan Negeri P.Pinang iktiraf penghafaz al Quran
6. "Tak salah bukan Islam bertakbir" : Mufti Perak sanggah pemikiran sempit penyokong gerombolan! (video inside)

Sumber gambar:budakbalun.blogspot.com

Presiden MCA bidas Najib: Keputusan judi sukan di tangan kabinet, bukan Umno

Posted: 05 Jul 2010 09:28 PM PDT



Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya.

Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.

"Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka," kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat.

Chua bagaimanapun cepat mengelakkan sebarang ketegangan sehari selepas itu dengan berkata MCA menghormati keputusan berkenaan,

Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno.

Presiden MCA itu tidak menafikan persepsi ataupun tanggapan umum adalah sedemikian tetapi menafikan parti Cina itu menyokong idea judi sukan dan menyalahkan media kerana salah-tafsir kenyataannya.

"Tiada orang yang suka berjudi. Jika kerajaan membenarkan pertaruhan sukan, perlu ada peraturan bagi memastikan bookie haram dihapuskan.

"Selain itu, pendidikan bagi membanteras judi perlu diadakan di samping badan khas bagi menentukan cara cukai hasil aktiviti judi itu digunakan," katanya.

Di sebalik pelbagai cubaan mendapatkan penjelasan daripada Chua sama ada MCA meluahkan, 'sokongan bersyarat', Chua hanya mengulangi kenyataannya sebelum ini. - MK

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


MilatFacebook Diserang

Posted: 06 Jul 2010 08:22 AM PDT

Masih ingatkan anda tentang artikel mengenai MillatFacebook di blog Oh Malaysia baru-baru ini? Rupa-rupanya impak MillatFacebook sangat besar sehinggakan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tak senang duduk sekarang ni. MillatFacebook yang berubah wajah kini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Jika Mark Zuckerberg mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk menyiapkan prototaip dan melancarkan Facebook, orang Pakistan hanya mengambil masa beberapa hari sebelum MillatFacebook dilancarkan secara global.

Dalam masa 11 hari, seramai 268,000 orang telah menyertai MillatFacebook berbanding hanya 3,000 orang yang menyertai Facebook pada bulan pertama dilancarkan. Pada 9 Jun 2010, ranking Alexa MillatFacebook melonjak ke tangga 21,488 untuk ranking global. Facebook pula mengambil masa selama 6 tahun untuk meraih populariti dunia.

Kesan MillatFacebook terhadap Facebook

Penggunaan Facebook meningkat sebanyak 10.24% untuk 3 bulan lepas. Selepas Facebook mempertahankan dan meneruskan "Everybody Draw Mohammed Day" dan pelancaran MillatFacebook, pengguna Facebook berkurang sebanyak 2.32% bulan lalu. Dengan peningkatan populariti MillatFacebook, pertumbuhan Facebook menurun sebanyak 0.5% dalam masa 7 hari lepas. Dijangkakan, Facebook akan kehilangan 10% pengguna atau sebanyak 40 juta orang daripada 400 juta pengguna Facebook.

Cubaan Facebook menggagalkan MillatFacebook

* Serangan DDOS secara berterusan ke atas MillatFacebook (termasuk menggunakan IP Israel dan CIA).
* Subversion Attacks ke atas MillatFacebook.
* Ugutan peribadi terhadap pihak pengurusan MillatFacebook.
* Berkomplot dengan Yahoo di mana Yahoo menghentikan penghantaran email-email yang berkaitan dengan MillatFacebook.
* Yahoo Mail menyekat email MillatFacebook dan menyatakan "your website contain offensive content".

MillatFacebook dalam usaha meningkatkan kelajuan pelayaran laman sosial itu dan akan berpindah ke server baru iaitu BoonEx:Dolphin, Russia. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan di Facebook supaya lebih ramai lagi yang beralih kepada MillatFacebook:

Sumber : http://darulnaimnikmat.blogspot.com

Lawak Pengadil(santai)

Posted: 06 Jul 2010 02:56 AM PDT

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nikmatnya ibu tiriku - bhg 7 : Hashim Saleha semakin runsing

Posted: 06 Jul 2010 08:47 AM PDT

Hashim masuk kebilik. Entah sampai kemana Saleha dengan mimpinya pun tidak tahu. Tak perlu di kejutkan Saleha. Kalau di kejutkan nanti Hashim yang nahas.

Hashim masih juga tidak melelapkan matnya malam ini. Masalahnya belum habis difikirkan. Kotak Marlboto Light di buka. Sebatang rokok di tarik keluar terus di hantar ke celah bibirnya. Lighter Cricket berwarna merah yang di beli di kedai runcit Din di kampong meneruskan tugas membakar rokok tersebut. Fikiran Hashim terus melayang seperti melayangnya asap rokok selepas di hembus keluar dari hidung atau mulutnya. Hashim terus berkhayal. Marlboro light terus disedut. Beza nya tiada kopi panas seperti di kampong.

Khayalan Hashim terhenti dengan gangguan suara Saleha ..."Shim tak tidur lagi ke" tanya Saleha
"Belum lagi mak" [seterusnya DI SINI]

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Wawancara khas bersama ADUN PAROI, misi dan visi menjelang PRU-13!

Posted: 05 Jul 2010 07:32 PM PDT

Dun Paroi, adalah Dun Sulung yang berjaya ditawan PAS di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu.Dun ini terletak di Senawang namun ianya diletakkan di bawah Parlimen Rembau.Sejak menang di Dun Paroi, PAS menjadikan azimat kemenangan untuk menempa lagi banyak kemenangan.Namun dalam masa yang sama Dun Paroi perlu dipertahankan.Membincangkannya WAN NORDIN WAN YAACOB dan FAIZ ABDULLAH menemui wakil rakyat Dun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani di Pusat Khidmat Dun Paroi di Taman Tasek Jaya 4 Julai lalu.

Harakah : Bagaimana perkembangan Dun Paroi yang mana satu-satunya Dun yang berjaya ditawan PAS di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum yang lalu?

Mohd Taufek : Paroi merupakan Dun pertama yang PAS menang dan Dun dimana pengundinya paling ramai di negeri ini iaitu 23,000.Sebenarnya dari segi kapasiti penduduknya ialah lebih tinggi dari jumlah pengundi itu, saya yakin mencecah 30,000.Ada yang duduk di sini tetapi mengundi di luar.Kelebihan kita di Paroi ialah kawasan bandar dan hanya ada satu dua sahaja kampung baru yang dekat sangat dengan bandar, nama sahaja kampung tetapi adanya lot banglo, kawasan moden.Sementara taman-taman perumahan pula ada hampir 40 buah taman.Semua ini menggambarkan bahawa Dun Paroi kawasan 'middle class' yang mana duduknya pegawai kerajaan pekerja swasta dan kawasan penrindustrian, kerja kilang dari bawahan hingga Jurutera.Paroi ini tidak sama dengan kawasan di Felda seperti Serting dan Palong.Kemenangan Paroi ini salah satu faktornya kerana kita berjaya yakinkan rakyat 'middle class' ini kepada maklumat, mereka ada pengetahuanm dan golongan ini berfikir hingga mereka ini membantu kita.

Harakah : Apabila kita telah mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 2008, bagaimana pula pengisiannya?

Mohd Taufek : Bagi saya kita mahu tunjukkan Paroi ini contoh bagaimana PAS boleh berperanan dan menyumbang kepada rakyat serta negeri ini.Sebab itu bagi saya apa yang telah kita buat setakat ini ialah kita lihat kawasan ini sebagai kawasan bandar, rakyatnya peratusan orang yang mengharapkan bantuan tidak tinggi tetapi mereka mahukan infrastruktur kawasan ini baik, kemudahan awam lain baik dan persekitaran yang sangat baik, segala masalah sosial dan sebagainya yang tidak memerlukan kewangan atau perbelanjaan yang besar, sebaliknya kita hanya perlu mengambil laporan dan menyerahkan pada pihak-pihak yang bertanggungjawaba seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan yang lain.Kita cuba respons dengan cepat apa masalah yang dihadapi rakyat, dan setakat ini hampir 80 peratus dari masalah di sini dapat kita tangani.Cuma ada setakat 20 iaitu masalah ramai pekerja kilang yang dibuang kerja memandangkan masalah ekonomi yang teruk yang menyebabkan kilang-kilang banyak yang ditutup.Mereka hadapi masalah pendapatan, selain itu masalah ibu tunggal dan masalah ini kita ajukan kepada Jabatahn kebajikan, kita menjadi pemudah cara kerana kita kena akui juga bahawa di sana (agensi kerajaan), dari segi halangan protokol dan birokrasinya kuat, apabila mereka lihat tandatangan wakil rakyat pembangkang, mereka tak layan, jadi mereka ini akan marah kepada orang yang hantar surat ini, jadi sebagai jalan terbaik kita mudahkan pemohon dengan mengisikan borang mengikut peruntukan dan prosedurnya, dan kita semak dookumen itu lengkap aiatu tidak.Jika mereka ini tidak boleh pergi kita tolong hantarkan walaupun di sana tiada tandatangan saya, tetapi rakyat tahu saya membantu mereka.Dari segi kelemahan kerajaan negeri yang ada hari ini iualah saluran maklumat tidak sampai ke bawah, rakyat tidak tahu apakah bantuan yang mereka boleh dapat dan sebagainya.Ini kita cuba bantu, kita yakin kita berjaya mengikut rekodnya.Yang hadir ke Dun Paroi hampir 3000 kes.Dari segi pembangunan saya yakin rakyat berpuas hati kerana banyak projek-projek yang terbengkalai dahulu ketika dizaman BN, kita bangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri, kita bangkitkan dalam akhbar Harakah, Sinar Harian dan akhbar Cina, akhirnya benda itu dapat respon dari kerajaan.Sebagai contoh kes Kelinik Kesihatan Senawang yang terbengkalai dahulu ketika zaman Bibi Sharliza (bekas Adun Paroi, Bibi Sharliza Mohd Khalid) dimana klinik itu tidak siap menyebabkan rakyat komplen, akhirnya pada zaman saya menjadi wakil rakyat klinik ini telah disiapkan.Satu lagi isu jejantas di sekolah Paroi, kita berjaya selesaikan dizaman kita menjadi wakil rakyat.Isu sekolah kebangsaan tamil di Jalan Sungai Gadut yang sering menghadapi banjir kilat, Alhamdulilah di zaman kita ini kita beri tumpuan membawa isu itu akhirnya mereka dapat bangunan baru.Kita perjuangkan dalam sidang dewan, saya yakin rakyat dapat melihat benda ini.Walaupun kita bukan kerajaan tetapi saya yakin rakyat dapat melihat apa yang kita buat.

Apa pendekatan yang Dun Paroi buat?

Mohd Taufek : Paroi ini antara yang paling kehadapan dari segi kemudahan berbeza dengan Palong, Serting dan sebagainya.Cuma adalah sedikit masalah yang belum selesai seperti masalah sosial di Dataran Senawang yang mana menjadi tempat lepak dan sebagainya kalangan remaja, namun kita cuba untuk mengatasi isu itu dan adalah sedikit pengurangannya apabila kita selalu buat program di situ.Kita ada buat konvoi motor, program ambang Ramadhan, program bersama anak muda dan sebagainya, Pemuda PAS dan muslimat pula buat program kaunseling.

Dun Paroi akan menjadi tumpuan BN untuk merampas, sementara PAS untuk mempertahankannya, apa faedah yang boleh rakyat dapat dari persaingan ini?

Mohd Taufek : Paroi ini akan menjadi tumpuan dua-dua pihak, seperti saudara Wan Nordin katakan tadi, kerana saya lihat perkembangan mutakhir ini di Dun ini BN juga telah mengwujudkan tiga pusat khidmat mereka, jadi kebaikannya kepada rakyat, yang penting masalah rakyat dapat disuarakan.Saya tahu rakyat inilah kelebihan apabila kita menang di sini kerana dengan kehadiran kita di sini, Umno/BN akan mencari jalan untuk turut memenangi hati rakyat.Ini yang rakyat kena fikir kerana peranan kita besar, kita mahu beritahu kepada rakyat bagaimana kerja wakil rakyat itu.


Kalau kita lihat banyak yang kata pilihan raya 13 golongan anak muda antara penyumbang kepada kemenangan PAS mahupun parti Pakatan Rakyat yang lain, apakah pelan Dun Paroi untuk menambat hati golongan ini?

Mohd Taufek : Kita telah meminta kerjasama dengan Pemuda PAS mahupun Pakatan Rakyat di Rembau untuk menarik golongan muda ini, dan kita akui bahawa kita bukanlah puas hati dengan sokongan yang ada kerana masih banyak lagi kelemahan yang ada.Kita kena atasi kelemahan yang ada, namun setakat ini banyak program yang kita buat, alhamdulillah mendapat sokongan anak-anak muda.Apa yang paling penting anak muda ini saya nak pastikan mereka mendaftar mengundi, kerana golongan muda ini kritis mereka mudah faham dan akses kepada maklumat, jadi kita fokuskan kepada golongan muda.Kita perlu gerekkan pendaftaran golongan muda ini dengan kempen besar-besaran.


Ada tanggapan menyatakan kemenangan Dun Paroi pada tahun 2008 juga antaranya kerana sokongan bukan Islam kepada pembangkang ketika itu, adakah mungkin faktor ini masih menjadi antara penyumbang kepada sokongan pada PRK-13 nanti?

Mohd Taufek : Paroi ini sebenarnya memiliki peratusna pengundi Melayunya yang agak tinggi iaitu 70 peratus, dan bukan Islam 30 peratus.Komposisi pengundi ini sama seperti di Dun Klawang, Dun Bagan Pinang dan beberapa tempat lain.Pada tahun 2008, kita sedar tsunami politik kaum Cina dan India juga membantu kita menang di Paroi dan dibanyak kawasan lain.Tetapi di sana tidak cukup jika kita mahu berharap kepada faktir tersebut sahaja, usaha perlu dibuat untuk meraih sokongan Melayu yang menjadi majoriti di sini.Sebab itu saya sebutkan rakan-rakan agar kita terus mengekalkan sokongan masyarakat Cina kerana masyarakat Cina ini mereka mudah untuk membuka minda mereka menerima maklumat dan pembaharuan, seterusnya kita perlu menggandakan sokongan kaum Melayu.Akhbar Cina mudah memberi maklumat, kita mahu petugas kita membuat hubungan dengan masyarakat Cina.Kita sedar, masyarakat India juga banyak kita buat program, kita buat program di ladang Kompok, program turun padang di tadika dalam estet, kita sedari tumpuan kepada masyarakat India juga sangat penting, di estet ini banyak isu kemiskinan.

Masyarakat Melayu pula bagaimana?

Mohd Taufek : Setakat yang kita lihat hari ini dari segi sambutan program, orang Melayu ini kita akui dan yakin masih kekalkan sokongan mereka, kerana sokongan pada PRU 2008 tidak berubah.Apa yang saya buat ialah kita selalu buat ptrogram turun padang di Surau, Masjid., walaupun saya duduk di Taman Marida tetapi saya buat giliran di masjid-masjid di Paroi.Kita turun sambil dengar masalah.Yang hadir ke masjid ini kebanyakannya pemimpin masyarakat, mereka banyak adu masalah kepada kami.Di peringkat muslimat pula ada yang terbabit dengan NGO wanita yang mana undi wanita ini penting untuk kita mendepani.Ini cara kita dapatkan sokongan.Di sini ramai anak-anak muda yang kebanyakan umur 40 tahun ke bawah yang terdedah kepada maklumat, justeru mereka ini mudah kita dekati dengan teknologi seperti blog, facebook dan sebagainya.


Kerjasama Pakatan Rakyat di Paroi khususnya, Negeri Sembilan amnya, bagaimana YB melihat?

Mohd Taufek : Saya yakin kerjasama kita semakin baik dengan DAP, dan KeADILan.Tetapi di Rembau ini kita lebih dekat dengan KeADILan sebab di Rembau kebanyakan kawasan tiada DAP kecuali di Rantau sahaja.Sebab di sini majoritinya Melayu dan bukannya Cina.Kita manfaatkan DHPP dengan Mr Yau Con Seng di peringkat negeri secara keseluruahnnya, masalah masyarakat Cina ini Mr Yau membantu kita seperti banjir di Kambung Baru Paroi, kita membantu mereka dengan Yau sebagai orang tengah.Kerjasama dengan Pakatan Rakyat semakin kuita dan Negeri Sembilan ini jika kita mahu menang, sepatutnya negeri ini negeri yang seterusnya kita menang sebab kita ranking ke enam selepas Perak, insyaAllah pada pilihan raya akan datang ini kita yakin akan menang kerana negeri ini hampir kepada kemenangan dengan empat sahaja kerusi yang memisahkan Pakatan Rakyat dengan BN.

Setakat ini agenda memenangi N9 ini bagaimana, adakah akan menjadi realiti pada PRU-13 nanti?

Mohd Taufek : Segalanya lebih terletak kepada bahu PAS sebab kita banyak bertanding tetapi pada PRU 2008 kita tak banyak menang.Kita bertanding 13 tetapi menang 1 sahaja.Kita bersama rakan-rakan menjadikan PRU-13 ini masa yang terbaik untuk kita ambil alih negeri ini dari tangan BN, jika kita gagal, saya rasa lagi lama kita perlu tunggu untuk merampas kerajaan yang ada.Kita nak dapat peluang yang sama susah, kali ini sudah ada 15 kerusi yang berjaya ditadbir dengan baik walaupun ada kelemahan, rakyat dapat lihat perbezaannya.Kelebihan PRU-13 ini kita telah ada kerajaan Pakatan Rakyat contoh, kita faham Umno tidak akan duduk diam, kita dan petugas jangan berdiam dan rasa selesa kerana Umno sedang buat kerja, hari ini pun kita dapat lihat Umno semakin rancak menyerang dan menghentam kita, saya rasa ini petanda bahawa pilihan raya umum sudah semakin hampirlah, justeru kita ken bersedia, paling lewat pertengahan tahun depan (2011).PAS Rembau kita telah mulakan kerja pilihan raya, kursus pilihan raya dengan melengkapi petugas dengan ilmu pilihan raya, saya yakin persiapan kali ini lebih baik dari tahun 2008, saya juga jemput rakan komponen DAP dan KeADILan melibatkan diri dalam proses memantapkan kerja pilihan raya.PAS Rembau juga diamanahkan mendapatkan satu lagi kerusi selain mempertahankan Dun Paroi ini.Saya yakin kita bergerak awal dan kita mahu kali ini kita akan dapat lagi satu Dun di Rembau, dengan kita kekalkan momentum insyaAllah.Peluang lebih besar cuma hati-hati dengan taktik Umno termasuk momokan kononnya daftar undi pemuda Melayu berbanding Cina pada kadar nisbah 1:40.Kita kena sentiasa bersedia dengan taktik Umno.

Sekian sahaja YB, terima kasih.

Mohd Taufek : Terima kasih juga kepada Harakah kerana sudi mewawancara saya.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APCO - NAJIB DICABAR LAGI

Posted: 06 Jul 2010 11:19 AM PDT

Najib dicabar dedah kontrak dengan APCO

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 6 Julai: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum segala maklumat mengenai cadangan penyambungan kontrak di antara Malaysia dengan firma khidmat komunikasi, APCO Worldwide.

Beliau berkata, kerajaan harus mendedahkan perkara itu secara telus, bukan dibuat secra senyap-senyap seperti sebelum ini.

"Saya mencabar Datuk Seri Najib untuk secara terbuka mengemukakan maklumat berkenaan dengan cadangan penyambungan kontrak ini.

"Kita sedia maklum ikatan kerjasama yang pertama itu terdedah setelah ketua pembangkang mendedahkannya di Parlimen ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR turut mendesak kerajaan menyatakan butiran terperinci mengenai nilai penyambungan kontrak berkenaan serta skop tugas firma berkenaan.

"Berapakah nilai kontrak untuk penyambungan kontrak ini yang akan diberikan oleh kerajaan dan apa pula bidang tugas APCO dalam meneruskan perkhidmatan mereka kepada Malaysia?" soalnya.

Selain itu, beliau mahu kerajaan menyatakan secara jelas mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh negara ketika menggunakan khidmat APCO sehingga memerlukan ianya disambung.

"Saya juga mendesak kerajaan mengemukakan laporan berkaitan kejayaan apakah yang telah dicapai hasil guna khidmat APCO.

"Kita mendesak Perdana Menteri bersemuka secara terbuka, telus dan bertanggungjawab apakah rasional yang munasabah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa penggunaan khidmat APCO ini merupakan satu yang benar-benar bermanfaat kepada rakyat dan negara seluruhnya terutamanya terhadap keselamatan maklumat negara dan sebagainya," katanya.

Katanya juga, kerajaan seolah-olah langsung tidak menjaga sesitiviti umat Islam apabila bertindak menyambung khidmat APCO yang secara jelas ada kaitan dengan Zionis Israel.

"Apakah kerajaan langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam yang bencikan Israel?" soalnya.

Kerajaan sebelum ini didakwa meluluskan penyambungan kontrak APCO setahun lagi bermula bulan lalu.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan bantahan daripada Pakatan Rakyat yang mahu khidmat syarikat berkaitan Israel itu ditamatkan./Harakahdaily

SOALAN SPRM TIBA DENGAN TEKSI, BALA AKAN BUAT PENDEDAHAN BARU ?

Posted: 06 Jul 2010 07:30 AM PDT

Soalan SPRM tiba dengan teksi London
Danny Lim
Jul 6, 10


Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.

Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.

"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini," kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.

Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.

Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang," kata Americk.

Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.

Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan./Malaysiakini

PAS AJARAN SESAT - SOLAT HAJAT UNTUK SHAFIE AFDAL?

Posted: 06 Jul 2010 04:29 AM PDT

'PAS parti ajaran sesat', Shafie Apdal biadab
Abdul Rahim Sabri
Jul 6, 10


PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

"Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

"Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa.

"Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 "Dasar Pas ialah Islam". Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

"Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya.

Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.

PKR KINI PUNYAI PAHLAWAN BARU YANG MULAI DIUJI

Posted: 05 Jul 2010 03:10 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Dato Zaid Ibrahim. Berani, jujur dan ikhlas itulah yang boleh saya simpulkan ke atas sikap beliau. Nampaknya sasaran Umno ke atas Dato Zaid tersilap orang. Mereka lupa Dato Zaid kini bukan lagi berada di dalam Umno yang boleh mereka gertak, ugut dan ancam. Seperti yang kita maklum, selagi berada di dalam Umno mana mungkin boleh menjadi berani seperti Dato Zaid. Dato Zaid menjadi berani dan kuat semangatnya apabila berada di dalam PR.

Umno cuba `mengusik' Dato Zaid dengan bermacam-macam amaran dan ugutan apabila Dato Zaid mengaku bertemu dengan Raja Petra dan Bala. Apakah bekas calon Parlimen Hulu Selangor ini takut? Bahkan, beliau dengan beraninya menyindir Umno dengan mengaku bahawa beliau akan menjamu Raja Petra dan Bala dengan ais kacang. Beliau siap memberitahu tarikh dan tempat pertemuan `ais kacang' itu nanti. Tiada selindung dan tiada motif untuk melarikan diri. Maka, tunggu apa lagi?

Pihak berkuasa pun mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat segera Dato Zaid. Pulak. Hanya belanja kawan ais kacang menjadi risiko buat Dato Zaid? Atau mungkin ingin mengambil beberapa maklumat dari Dato Zaid. Maklumat apa lagi kerana Dato Zaid secara terbuka menyebut dengan siapa beliau bertemu, di mana tempatnya. Saya percaya, Dato Zaid walau sebesar hama pun tidak gentar menghadapinya kerana beliau tahu beliau bukan penjenayah yang dicari. Mahu dikatakan beliau pelindung kepada `penjenayah', jauh sekali kerana jika beliau seorang pelindung, bodoh sangatlah beliau memberitahu lokasi siap bergambar bersama lagi.

Raja sesumpah Senatak Ezam menyebut Raja Petra bacul dan dayus kerana lari ke luar negara. Kita ingin bertanya raja sesumpah Ezam, siapakah yang `lari' ke luar negara ketika DS Anwar ditangkap semasa permulaan era reformasi dulu, iaitu sebaik sahaja DS Anwar dipecat dari jawatan TPM? Tujuan apa lari ke luar negara? Kerana merasa bersalah, takut atau apa? Jika begitu, dayus dan bacul jugalah namanya.

Nampaknya Dato Zaid semakin mantap dan kini telah teruji sebagai pemimpin kita di satu masa nanti. Pemimpin kita mesti berani dan berprinsip. Lawan tetap lawan kini menjadi sumber kekuatan Dato Zaid. Justeru itu, barangsiapa yang berada di dalam Umno jika ingin menjadi berani, sila keluar dari Umno. Jika ingin menjadi seperti `lembu dicucuk hidung' kekallah bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SPRM TAKUT.........HANTAR BORANG SOALSIASAT MELALUI KURIER

Posted: 05 Jul 2010 08:54 PM PDT

TERJEMAHAN DAN FOTO: SUMBER MALAYSIAKINI



London.setelah gagal untuk menemuramah P Balasundramaniam, SPRM hari ini di katakan mengirim soalan melaui kurier, beberapa soalan kepada P.Balasundramaniam dan juga soalan kepada americk sidhu di hotel di kota London.

Setelah menunggu ketibaan pihak SPRM di Holiday Villa in Leinster Gardens, hampir beberapa jam . Namun mereka (SPRM) tidak muncul di mana peguam beliau Manjit Singh Dillon dan Americk singh turut bersama, soalan kemudiannya muncul melalui teksi dan juga kurier di tempat penginapan mereka.

Kami munggu jam 10 pagi sehingga 1 petang namun mereka tidak muncul.Demikian jelas Americk.Kami menunggu dan makan ais kacang .

Walaubagaimana pun P Balasundramaniam di jangka akan mengadakan sidang akhbar mengenai kes ini dan akan di adakan pada hari rabu.7 pagi waktu Malaysia.Tungguuuuuuuuuuuuuuuu.........

APAKAH KUASA YANG MELAYU ADA DI TANGAN UMNO??

Posted: 05 Jul 2010 08:24 PM PDT

Melayu hilang kuasa politik jika terus berpecah

Apakah kuasa yang ada di tangan Umno untyuk membantu Melayu??tidak sebenarnya yang di bantu melayu ialah melayu Umno dan suku sakat serta adik beradik.Ini yang Umno mampu lakukan.Kita lihat sahaja sejak dahulu sepoatutnya melayu telah maju kehadapan, melayu boleh menjadi bangsa yang dapat bersaing dengan bangsa lain, melayu dapat dididik dengan ilmu, namun semua ini umnon telah lupakan. Maka kerana itu, Umno patut di lupakan dan jadikan PAS sebagai wadah perjuangan kaum Melayu kerana selain agama menjadi paksi utama,Pas lebih adil dalam membela nasib kaum Melayu dan juga kaum lain.

Melayu tidak berpecah..yang berpecah ialah melayu keluar dari umno dan menyokong Pas dan juga PKR..
KUALA LUMPUR 5 Julai - Kerajaan diminta mengambil tindakan terhadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana terbukti parti itu melindungi dan dipercayai menaja Raja Petra Kamaruddin dan P. Balasubramaniam di United Kingdom iaitu dua individu yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa negara ini. ... Berita Penuh

INi apa berita pula.....he..he biasa la bila dah habis modal....

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


BUDAYA ANEH ORANG INDIA

Posted: 05 Jul 2010 11:41 AM PDT

HATI-HATI DENGAN HARUSSANI

Posted: 05 Jul 2010 11:13 AM PDT


Teori "pecah perintah" ini memang berkesan untuk menjatuhkan PAS, PKR dan DAP di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dalam PRU ke-11 yang lalu [2004], dilihat Barisan Alternatif menghadapi kekalahan teruk, sehingga PAS terlepas kerajaan terengganu, dan hampir sangat terlepas kerajaan negeri Kelantan yang diperintah sejak 1990 yang lalu. Antara punca pentingnya adalah, apabila DAP 'bertengkar' dengan PAS dalam beberapa isu, sehingga DAP keluar dari Barisan Alternatif [BA].

Justeru, Usaha "pecah perintah" ini, dilakukan oleh UMNO begitu serius sekali. Dilihat, fokus serangan itu tertumpu kepada PKR [khususnya Anwar Ibrahim] dan PAS [khususnya isu melayu].

Tindakan serangan 'pecah perintah' ini, bukan sekadar dilakukan oleh orang-orang UMNO sahaja, malahan digunakan juga golongan-golongan agamawan.

Antara yang dilakukan adalah, menarik pengaruh orang melayu dengan meng'isu'kan golongan ulama terlibat dengan UMNO. Malahan, dimaklumkan bahawa Mufti harussani juga terlibat dalam usaha 'pecah perintah' antara parti-parti pakatan rakyat ini.

Mufti harussani, dilihat agak serius dalam berusaha memecah belahkan kesepakatan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat. Antara tindakan beliau adalah, melakukan fitnah terhadap PAS, agar PAS diragui rakan-rakan dalam PR.

Baru-baru ini, seorang kawan [bekas pimpinan PAS di peringkat kawasan] yang bekerja di Australia telefon. Dia maklumkan, di awal bulan jun lepas, Mufti harussani telah datang ke sana dalam salah satu sessi lawatan beliau.

Di sana, berlaku satu pertemuan antara beliau dengan orang Malaysia yang tinggal di sana dalam satu majlis dialog. Kawan terbabit pun turut hadir.

Dalam sessi majlis dialog itu, dimaklumkan bahawa Mufti Harussani ada menyebut bahawa kononnya beliau didatangi oleh seorang pimpinan PAS bersama seorang peguam di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk berbincang isu perpaduan melayu.

Kelihatan benar sikap jahat Mufti harussani, kerana Kawan itu menyatakan juga bahawa Mufti harussani tidak menyebut nama pimpinan PAS terbabit.

Ada menyatakan, pertemuan itu tidak berlaku langsung, tetapi ia sengaja dicipta oleh Mufti Harussani untuk melakukan "pecah perintah" antara PAS, PKR dan DAP dengan cara melahirkan perasaan ragu antara PKR dan DAP terhadap PAS.

Apabila PAS, PKR dan DAP berpecah, ini memberi ruang besar bagi UMNO/BN untuk menang balik dalam PRU yang tidak lama lagi berkunjung tiba, terutama merampas kerajaan yang diperintah oleh PR, khususnya kedah dan Selangor, dan berusaha mempertahankan kekuasaan kudeta BN di Perak.

Atas alasan itu, tidak hairan Mufti Harussani sengaja melontar isu ini di bulan jun yang baru sahaja lepas, yang ia amat rapat dengan lahirnya beberapa tanda-tanda besar akan berlakunya PRU.

Nampaknya, Mufti Harussani sekarang bukan sekadar seorang yang bergelar mufti, sebaliknya beliau seorang tokoh propagandis UMNO yang cukup hebat, dalam melahirkan pandangan buruk PKR dan DAP terhadap PAS.

Ini tidak hairan, kerana sebelum ini pun, Mufti harussani pernah bekerja sebagai cawangan Khas kementerian dalam negeri [SB : special branch] dari tahun 1964 hingga 1967. [Sila klik]

Kalau ini kerja Mufti harussani, dicadangkan agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Mufti, dan terlibat terus dalam politik sebagai calon BN dalam PRU akan datang. Jika menang di Dun Perak, beliau ada harapan dilantik sultan, bukan sebagai Mufti lagi, tetapi menteri besar.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
6 julai 2010 * 1:48 pagi

Biaqpila

Biaqpila


Belanda singkirkan Uruguay

Posted: 06 Jul 2010 01:26 PM PDT



Keputusan separuh akhir Piala Dunia 2010:

URUGUAY 2 - 3 HOLLAND


CAPETOWN: Holland melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 selepas menyingkirkan saingan Uruguay 3-2 dalam perlawanan peringkat separuh akhir sebentar tadi.Lawan Holland di perlawanan akhir akan ditentukan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir antara Jerman dan Sepanyol pada 2.30 pagi esok waktu Malaysia.



Live Piala Dunia: Uruguay vs Belanda

Posted: 06 Jul 2010 11:31 AM PDT

Keputusan TM Liga Super 06/07/10

Posted: 06 Jul 2010 10:00 AM PDT

TIPS MENJAGA SEKS SUAMI 40an

Posted: 06 Jul 2010 08:00 AM PDT


ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.
Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

-SUMBER


Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet Najib?

Posted: 06 Jul 2010 06:00 AM PDT

Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 6 Julai: Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang 'kunci peti rahsia' tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen.

Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai.

"Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau.

Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar," beliau menambah.

Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu 'Raja Blogger' terbabit semata-mata.

"Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau.

Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 'Raja Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci pendua' peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan.

"Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu.

Harakahdaily


Pas atau Umno Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat

Posted: 06 Jul 2010 04:00 AM PDT

Dzulfikar & Nazri



KUALA LUMPUR, 5 Julai: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat.

"Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri.

"Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias.

"Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit.

Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air, seperti PAS.

Ini kerana, beliau berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau bertindak seperti Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda.

harakahdaily



Salah Suara Keadilan jugak syeikh!!!

Posted: 06 Jul 2010 02:00 AM PDT


Itu la.. yang Suara Keadilan pun satu..
Yang pi siar berita-berita panas tu apsal??

Yang pi siar Berita 'Felda Bangkrap' tu apsal?
Mana ada Felda Bangkrap! Yang berlaku Felda rugi sikit jee..
Alaa.. sikit jee.. bukan banyak mana.. berapa ratus juta jee..
Apalah sangat duit banyak tu!!

Lain kali siar la berita-berita macam ni..

"Najib Berkata Benar tidak mengenali Altantuya" - Anwar Ibrahim

"Pakatan Rakyat Yakin UMNO akan kaya-rayakan Felda"-Haji Hadi

"Altantuya hanya gadis Mongolia yang gilakan Najib! Najib tak tahu apa-apa sebenarnya"- Raja Petra

"Muhyiddin Yassin, tokoh Islam sebenar!" - Mat Sabu

"Shahrizat Jalil & Rosmah Mansor, suri teladan wanita Muslimah sebenar!" - Ustazah Nuridah

"Beng Hock sempat sms, dia terpaksa terjun dari bangunan SPRM" - Ronnie Lieu

"Saiful Bukhari adalah benar, semata-mata benar, tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka" - Karpal Singh

"UMNO, parti Islam sebenar! Bukan PAS!" - Zulkifli Nordin

haaa.. kalau itulah tajuk-tajuknya..
kompom permit penerbitan Suara Keadilan akan dapat sampai bumi ini ghaib!
Wakakakaak!

sunsnake 05072010

PKR: Suara Keadilan tetap diterbitkan walaupun tanpa permit

July 05, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menerbitkan akhbar mingguannya Suara Keadilan minggu ini seperti biasa meskipun Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit penerbitan yang luput Rabu lalu.

Kedua-dua Pengarah Strategi PKR Tian Chia dan Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib mengesahkan yang akhbar itu akan diterbitkan, kemungkinan esok ataupun lusa.

“Biasanya Suara Keadilan akan diterbitkan pada Selasa... jika tiada halangan, akan diterbitkan esok seperti biasa,” kata Dzulkarnain ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Sebagaimana dikatakan oleh Tian Chua, saya merasakan parti mendapati Kementerian Dalam Negeri ada niat jahat (kerana tidak memperbaharui permit,” kata beliau.

Chua ketika ditemui di lobi Parlimen pagi tadi berkata, penerbitan akan diteruskan seperti biasa memandangkan keputusan kementerian masih belum jelas dalam soal memperbaharui permit.

“Apa yang kerajaan maksudkan tidak jelas, apabila mereka mengatakan bahawa permit tidak boleh diperbaharui tetapi penerbitan tidak diharamkan,” katanya.

“Kami akan terus mengeluarkan sehingga satu keputusan dibuat,” kata Chua lagi.

Chua menambah, adalah normal bagi mana-mana penerbitan untuk meneruskan terbitan mereka meskipun permit telah tamat tempoh ekoran “kelemahan kecekapan agensi-agensi kerajaan”.

“Ia sudah luput, tidak bermaksud mereka bercadang untuk membatalkan permit sama sekali, kami akan meneruskan terbitan,” kata beliau.

Jelas beliau, sebab Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit Suara Keadilan adalah satu tindakan tidak munasabah.

“Kami, sebagai pembangkang, tidak boleh menerbitkan berita-berita yang memuji kerajaan Barisan Nasional. Matlamat kami ialah mendedahkan kelemahan dalam kerajaan, bukan hanya memuji mereka semata-mata,” kata beliau.

Berita Penuh



Sumber: budakbalun


Pengguna ditipu syarikat komunikasi, kewangan

Posted: 06 Jul 2010 12:00 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 5 Julai: Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman (gambar) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan memberikan perhatian serius terhadap kes-kes penipuan melibatkan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan di negara ini.

Beliau sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat hari ini membawa beberapa bukti yang menunjukkan berlakunya kes-kes penipuan terhadap pengguna.

Bukti ini, jelasnya berhubung syarikat telekomunikasi yang menawarkan pertandingan-pertandingan tertentu dan mengenakan cas yang berlipat kali ganda apabila pengguna menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada syarikat berkenaan.

"Berhubung SMS yang sering kita terima terutama pada musim sesuatu pertandingan ataupun apa-apa yang diadakan, terdapat bukti satu syarikat telco, apabila kita menghantar SMS dicas kita dengan 15 sen tapi apabila kita menerima pesanan daripada syarikat yang mengadakan pertandingan tersebut, sekali kita terima SMS dicas RM8. Ini merupakan satu penipuan yang terang-terang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan," katanya.

Beliau turut mendedahkan satu penipuan yang juga melibatkan sebuah syarikat telekomunikasi yang secara tiba-tiba mengeluarkan bil penggunaan untuk dibayar oleh pengguna meskipun pengguna berkenaan tidak pernah mendaftar dengan syarikat berkenaan.

"Juga berhubung penipuan syarikat telco yang berleluasa sedang berlaku. Sebuah syarikat telco, kita tak berdaftar pun dengan syarikat tersebut tapi tiba-tiba kita terima bil sebanyak sebanyak RM2,307 dan menggunakan khidmat seorang peguam untuk membayar bil tersebut.

"Saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian terhadap perkara ini kerana ramai pengguna yang tertipu dengan syarikat tersebut," katanya.

Beliau turut mempersoal sebuah syarikat kewangan yang mengeluarkan kad debit kepada pengguna yang menyimpan kredit pengguna selama tiga hari sebelum memasukkan semula ke akaun kad debit mereka.

"Saya juga menerima aduan daripada pengguna mengenai tindakan penipuan oleh satu syarikat yang mengeluarkan kad debit. Apabila kita mengisi minyak misalnya RM50t menggunakan kad debit tersebut, dia akan potong sehingga RM200 dan tiga hari kemudian baru pulangkan balik RM150.

"Maksudnya syarikat itu ambil RM150 dan simpan tiga hari kemudian baru beri balik. Perkara ini banyak kali berlaku dan ramai rakan kita mengalami masalah ini," katanya.

Selain itu, turut diminta diberikan perhatian oleh pihak kementerian berkenaan syarikat minyak yang mengaut keuntungan apabila pengguna menambah nilai kad touch n go.

"Berkenaan kad touch n go kalau kita top up di kedai minyak, kalau top up RM30 hingga RM40, kita dikenakan cas satu ringgit servis cas kepada syarikat minyak tersebut. Tapi kalau kita top up RM50 ke atas mereka hanya kenakan hanya 50 sen. Jadi kenapakah sikit kita top up banyak cas yang diambil tapi apabila RM50 ke atas hanya 50 sen dikenakan. Jadi saya harap pihak kementerian beri perhatian terhadap perkara sebegini," katanya.

harakahdaily


Saya akan belanja Petra dan Bala makan ais kacang

Posted: 05 Jul 2010 10:00 PM PDT



KUALA LUMPUR, 5 Julai: Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan bekas pengawal pribadi rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda iaitu P Bala Subramaniam untuk makan dan minum bersama beliau selepas polis dan SPRM enggan bertemu beliau.

Dalam tulisan terbarunya dari Kota London, Zaid berkata, oleh kerana polis dan SPRM enggan dan takut bertemu Raja Petra dan Bala, beliau dan rakannya akan bertemu mereka berdua dan belanja mereka makan ais kacang.

Zaid dipercayai mengulas pelbagai tuduhan termasuk membiayai kedua-duanya (Petra dan Bala) yang kini dikatakan pelarian ekoran diburu polis.

Dalam hal ini, Zaid mendakwa, polis bukan memburu kedua-duanya.

"Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, Bala ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis.

"Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?" tanya Zaid dalam tulisannya.

Menurut Zaid, yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan beliau dengan Raja Petra.

"Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?" katanya.

Sebenarnya, bagi Zaid, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja.

"Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini," katanya.

Tulis Zaid, "PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib.

"Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA.

"Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari," tulisnya lagi.

Menurutnya, jika mereka berdua benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka.

"Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya.

"Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang," kata Zaid mengakhiri tulisannya.

harakahdaily

Murid diperkosa beramai-ramai

Posted: 05 Jul 2010 08:00 PM PDT

MELAKA TENGAH - Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bertemu teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman hitam apabila bekas kekasih dan lima rakannya memperkosanya di sebuah rumah di Umbai di sini, 29 Jun lalu.

kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dan teman lelakinya yang bersiar-siar di jeti ikan bakar itu dibawa enam lelaki ke sebuah rumah yang tidak bernombor berhampiran kawasan jeti berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pada mulanya mangsa dan teman lelaki tiba-tiba disergah enam lelaki dan salah seorang daripada mereka ialah bekas kekasih mangsa.

"Enam lelaki terbabit yang berumur antara belasan tahun hingga awal 20-an kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta.

"Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa tetapi tidak ingat berapa orang, sementara teman lelakinya tidak berada di situ, berkemungkinan di luar rumah atau di bilik lain," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini, hari ini.

SH


Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno

Posted: 05 Jul 2010 06:00 PM PDT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya.

azlanKatanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.

“Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat.

NONEChua bagaimanapun cepat mengelakkan sebarang ketegangan sehari selepas itu dengan berkata MCA menghormati keputusan berkenaan,

Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno.

Presiden MCA itu tidak menafikan persepsi ataupun tanggapan umum adalah sedemikian tetapi menafikan parti Cina itu menyokong idea judi sukan dan menyalahkan media kerana salah-tafsir kenyataannya.

"Tiada orang yang suka berjudi. Jika kerajaan membenarkan pertaruhan sukan, perlu ada peraturan bagi memastikan bookie haram dihapuskan.

"Selain itu, pendidikan bagi membanteras judi perlu diadakan di samping badan khas bagi menentukan cara cukai hasil aktiviti judi itu digunakan,” katanya.

Di sebalik pelbagai cubaan mendapatkan penjelasan daripada Chua sama ada MCA meluahkan, 'sokongan bersyarat', Chua hanya mengulangi kenyataannya sebelum ini.

malaysiakini

Gantung Suara Keadilan Tanda PRU-13 Semakin Hampir

Posted: 05 Jul 2010 04:28 PM PDT

Oleh Faizal Ezzany


KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan sebagai antara tanda jelas Pilihan Raua Umum ke-13 semakin hampir
Anwar menganggap tindakan terdesak kerajaan Umno-Barisan Nasional terpaksa di ambil supaya semua penyelewengan dan salah urus tadbir yang berlaku di dalam Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) tidak diketahui oleh rakyat negara ini khususnya golongan peneroka.
Kepincangan di dalam Felda yang didedahkan oleh akhbar rasmi KEADILAN dalam keluaran 22-29 jun lalu telah menimbulkan ketakutan kepada pimpinan atasan Umno sehingga mengarahkan KDN menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dengan alasan yang tidak berasas walaupun jawapan surat tunjuk sebab telah dijawab oleh Pengarang Suara Keadilan.
"Sekatan terbitan yang dikenakan ke atas Suara Keadilan mengambarkan pilihan raya umum semakin hampir, Umno sekarang berada dalam ketakutan kerana pendedahan terbabit boleh mengugat sokongan mereka nanti.
"Kita melihat tindakan yang dilakukan itu secara terdesak tanpa menunggu keputusan saman yang ingin dikemukakan oleh Felda di mahkamah, KDN mengharamkan penerbitan Suara Keadilan agar kita tidak boleh membongkar penyelewengan yang mereka lakukan di dalam Felda ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain.
"Umno sekarang mengambil tindakan segera menutup isu Felda dengan memperbesarkan cerita pasal Anwar Ibrahim yang dikatakan minta maaf dengan pemimpin Yahudi di dalam akhbar kawalan mereka, Utusan Malaysia.
"Jadi inilah masanya mereka mengambil kesempatan dengan isu terbabit, sekat terbitan Suara Keadilan agar tidak boleh memaparkan isu kepincangan mereka dalam pilihan raya umum nanti dengan harapan rakyat tidak akan mendapat maklumat tentang kepincangan mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam.
Tambah Anwar lagi, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan bertanggungjawab untuk membahaskan usul tentang sekatan terbitan yang dikenakan oleh KDN ke atas Suara Keadilan di dalam Dewan Rakyat yang dijadualkan esok tetapi ini bergantung kepada keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

SK