:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
| Posted: 05 Jul 2010 11:41 AM PDT |
| Posted: 05 Jul 2010 11:13 AM PDT ![]() Teori "pecah perintah" ini memang berkesan untuk menjatuhkan PAS, PKR dan DAP di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Dalam PRU ke-11 yang lalu [2004], dilihat Barisan Alternatif menghadapi kekalahan teruk, sehingga PAS terlepas kerajaan terengganu, dan hampir sangat terlepas kerajaan negeri Kelantan yang diperintah sejak 1990 yang lalu. Antara punca pentingnya adalah, apabila DAP 'bertengkar' dengan PAS dalam beberapa isu, sehingga DAP keluar dari Barisan Alternatif [BA]. Justeru, Usaha "pecah perintah" ini, dilakukan oleh UMNO begitu serius sekali. Dilihat, fokus serangan itu tertumpu kepada PKR [khususnya Anwar Ibrahim] dan PAS [khususnya isu melayu]. Tindakan serangan 'pecah perintah' ini, bukan sekadar dilakukan oleh orang-orang UMNO sahaja, malahan digunakan juga golongan-golongan agamawan. Antara yang dilakukan adalah, menarik pengaruh orang melayu dengan meng'isu'kan golongan ulama terlibat dengan UMNO. Malahan, dimaklumkan bahawa Mufti harussani juga terlibat dalam usaha 'pecah perintah' antara parti-parti pakatan rakyat ini. Mufti harussani, dilihat agak serius dalam berusaha memecah belahkan kesepakatan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat. Antara tindakan beliau adalah, melakukan fitnah terhadap PAS, agar PAS diragui rakan-rakan dalam PR. Baru-baru ini, seorang kawan [bekas pimpinan PAS di peringkat kawasan] yang bekerja di Australia telefon. Dia maklumkan, di awal bulan jun lepas, Mufti harussani telah datang ke sana dalam salah satu sessi lawatan beliau. Di sana, berlaku satu pertemuan antara beliau dengan orang Malaysia yang tinggal di sana dalam satu majlis dialog. Kawan terbabit pun turut hadir. Dalam sessi majlis dialog itu, dimaklumkan bahawa Mufti Harussani ada menyebut bahawa kononnya beliau didatangi oleh seorang pimpinan PAS bersama seorang peguam di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk berbincang isu perpaduan melayu. Kelihatan benar sikap jahat Mufti harussani, kerana Kawan itu menyatakan juga bahawa Mufti harussani tidak menyebut nama pimpinan PAS terbabit. Ada menyatakan, pertemuan itu tidak berlaku langsung, tetapi ia sengaja dicipta oleh Mufti Harussani untuk melakukan "pecah perintah" antara PAS, PKR dan DAP dengan cara melahirkan perasaan ragu antara PKR dan DAP terhadap PAS. Apabila PAS, PKR dan DAP berpecah, ini memberi ruang besar bagi UMNO/BN untuk menang balik dalam PRU yang tidak lama lagi berkunjung tiba, terutama merampas kerajaan yang diperintah oleh PR, khususnya kedah dan Selangor, dan berusaha mempertahankan kekuasaan kudeta BN di Perak. Atas alasan itu, tidak hairan Mufti Harussani sengaja melontar isu ini di bulan jun yang baru sahaja lepas, yang ia amat rapat dengan lahirnya beberapa tanda-tanda besar akan berlakunya PRU. Nampaknya, Mufti Harussani sekarang bukan sekadar seorang yang bergelar mufti, sebaliknya beliau seorang tokoh propagandis UMNO yang cukup hebat, dalam melahirkan pandangan buruk PKR dan DAP terhadap PAS. Ini tidak hairan, kerana sebelum ini pun, Mufti harussani pernah bekerja sebagai cawangan Khas kementerian dalam negeri [SB : special branch] dari tahun 1964 hingga 1967. [Sila klik] Kalau ini kerja Mufti harussani, dicadangkan agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Mufti, dan terlibat terus dalam politik sebagai calon BN dalam PRU akan datang. Jika menang di Dun Perak, beliau ada harapan dilantik sultan, bukan sebagai Mufti lagi, tetapi menteri besar. Sekian Wallahu 'Alam Al-Bakistani ustaz_bakistani@yahoo.com - Sri Indah [b] Sg buloh 6 julai 2010 * 1:48 pagi |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan