WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- APCO - NAJIB DICABAR LAGI
- SOALAN SPRM TIBA DENGAN TEKSI, BALA AKAN BUAT PENDEDAHAN BARU ?
- PAS AJARAN SESAT - SOLAT HAJAT UNTUK SHAFIE AFDAL?
- PKR KINI PUNYAI PAHLAWAN BARU YANG MULAI DIUJI
| Posted: 06 Jul 2010 11:19 AM PDT
| |||||||
| SOALAN SPRM TIBA DENGAN TEKSI, BALA AKAN BUAT PENDEDAHAN BARU ? Posted: 06 Jul 2010 07:30 AM PDT
Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London. Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.
"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini," kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut. Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.
Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis. Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.
"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang," kata Americk. Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi. Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan./Malaysiakini | |||||||
| PAS AJARAN SESAT - SOLAT HAJAT UNTUK SHAFIE AFDAL? Posted: 06 Jul 2010 04:29 AM PDT
PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.
"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan. Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat. Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama. "Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.
"Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa. "Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 "Dasar Pas ialah Islam". Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma' Ulamak dan Qias yang terang dan nyata. "Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya. Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. "PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya. | |||||||
| PKR KINI PUNYAI PAHLAWAN BARU YANG MULAI DIUJI Posted: 05 Jul 2010 03:10 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSTAHNIAH buat Dato Zaid Ibrahim. Berani, jujur dan ikhlas itulah yang boleh saya simpulkan ke atas sikap beliau. Nampaknya sasaran Umno ke atas Dato Zaid tersilap orang. Mereka lupa Dato Zaid kini bukan lagi berada di dalam Umno yang boleh mereka gertak, ugut dan ancam. Seperti yang kita maklum, selagi berada di dalam Umno mana mungkin boleh menjadi berani seperti Dato Zaid. Dato Zaid menjadi berani dan kuat semangatnya apabila berada di dalam PR. Umno cuba `mengusik' Dato Zaid dengan bermacam-macam amaran dan ugutan apabila Dato Zaid mengaku bertemu dengan Raja Petra dan Bala. Apakah bekas calon Parlimen Hulu Selangor ini takut? Bahkan, beliau dengan beraninya menyindir Umno dengan mengaku bahawa beliau akan menjamu Raja Petra dan Bala dengan ais kacang. Beliau siap memberitahu tarikh dan tempat pertemuan `ais kacang' itu nanti. Tiada selindung dan tiada motif untuk melarikan diri. Maka, tunggu apa lagi? Pihak berkuasa pun mengeluarkan kenyataan untuk menyiasat segera Dato Zaid. Pulak. Hanya belanja kawan ais kacang menjadi risiko buat Dato Zaid? Atau mungkin ingin mengambil beberapa maklumat dari Dato Zaid. Maklumat apa lagi kerana Dato Zaid secara terbuka menyebut dengan siapa beliau bertemu, di mana tempatnya. Saya percaya, Dato Zaid walau sebesar hama pun tidak gentar menghadapinya kerana beliau tahu beliau bukan penjenayah yang dicari. Mahu dikatakan beliau pelindung kepada `penjenayah', jauh sekali kerana jika beliau seorang pelindung, bodoh sangatlah beliau memberitahu lokasi siap bergambar bersama lagi. Raja sesumpah Senatak Ezam menyebut Raja Petra bacul dan dayus kerana lari ke luar negara. Kita ingin bertanya raja sesumpah Ezam, siapakah yang `lari' ke luar negara ketika DS Anwar ditangkap semasa permulaan era reformasi dulu, iaitu sebaik sahaja DS Anwar dipecat dari jawatan TPM? Tujuan apa lari ke luar negara? Kerana merasa bersalah, takut atau apa? Jika begitu, dayus dan bacul jugalah namanya. Nampaknya Dato Zaid semakin mantap dan kini telah teruji sebagai pemimpin kita di satu masa nanti. Pemimpin kita mesti berani dan berprinsip. Lawan tetap lawan kini menjadi sumber kekuatan Dato Zaid. Justeru itu, barangsiapa yang berada di dalam Umno jika ingin menjadi berani, sila keluar dari Umno. Jika ingin menjadi seperti `lembu dicucuk hidung' kekallah bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Beliau berkata, kerajaan harus mendedahkan perkara itu secara telus, bukan dibuat secra senyap-senyap seperti sebelum ini.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan