Biaqpila |
- Belanda singkirkan Uruguay
- Live Piala Dunia: Uruguay vs Belanda
- Keputusan TM Liga Super 06/07/10
- TIPS MENJAGA SEKS SUAMI 40an
- Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet Najib?
- Pas atau Umno Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat
- Salah Suara Keadilan jugak syeikh!!!
- Pengguna ditipu syarikat komunikasi, kewangan
- Saya akan belanja Petra dan Bala makan ais kacang
- Murid diperkosa beramai-ramai
- Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno
- Gantung Suara Keadilan Tanda PRU-13 Semakin Hampir
| Posted: 06 Jul 2010 01:26 PM PDT Keputusan separuh akhir Piala Dunia 2010: URUGUAY 2 - 3 HOLLAND CAPETOWN: Holland melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 selepas menyingkirkan saingan Uruguay 3-2 dalam perlawanan peringkat separuh akhir sebentar tadi.Lawan Holland di perlawanan akhir akan ditentukan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir antara Jerman dan Sepanyol pada 2.30 pagi esok waktu Malaysia. | |||
| Live Piala Dunia: Uruguay vs Belanda Posted: 06 Jul 2010 11:31 AM PDT | |||
| Keputusan TM Liga Super 06/07/10 Posted: 06 Jul 2010 10:00 AM PDT
| |||
| Posted: 06 Jul 2010 08:00 AM PDT ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun. Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa. Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa. Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa. Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa. Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini. Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan. Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru. Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain. Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut. Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun. Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba. Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!" Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami. Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur. Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil! Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang. Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah. Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong. Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel. Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba! Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami. Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?" Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?" Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput. Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham. -SUMBER | |||
| Bala, Raja Petra ada ‘kunci peti rahsia' kabinet Najib? Posted: 06 Jul 2010 06:00 AM PDT Dzulfikar Mashoor ![]() KUALA LUMPUR, 6 Julai: Penyiasat peribadi, Balasubramaniam kemungkinan mempunyai 'anak kunci peti rahsia' kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Ada sesuatu disembunyikan dari kita, seolah-olah Bala ini pegang 'kunci peti rahsia' tak kiralah kes Altantuya atau rahsia aktiviti isteri orang nombor satu negara," jelas beliau petang tadi di lobi Parlimen. Sekiranya tidak, beliau berkata, takkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan niat menghantar tiga pegawai penyiasat (IO) ke London untuk bertemu Bala. Dalam pada itu, beliau turut mempersoal keengganan SPRM itu kononnya atas nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patai. "Tengah malam pun, SPRM sanggup buat rayuan di mahkamah supaya mereka boleh siasat, takkan dalam isu Bala ini, mereka ikut Peguam Negara dengan serah soalan pada peguam Bala saja," jelas beliau. Beliau turut meminta pihak berwajib menyiasat 40 peratus pendedahan pemilik sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) seperti yang diakui oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. "Kenapa tak siasat kebenaran dalam tulisan RPK ini sedangkan Mukhriz sendiri mengaku bahawa 40 peratus adalah benar," beliau menambah. Disebabkan itu, beliau sekali lagi menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis memburu 'Raja Blogger' terbabit semata-mata. "Pergi siasat dulu siapa bunuh Altantuyaa, siapa jual kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei, siapa bunuh Teoh Beng Hock kerana RPK dedah itu semua," tegas beliau. Melihat tindakan kerajaan dalam menghadapi pendedahan RPK itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa 'Raja Blogger' itu mungkin mempunyai 'kunci pendua' peti rahsia yang melibatkan salah laku pemimpin tertinggi tertentu dalam kerajaan. "Kalau tidak ada kunci peti rahsia seperti Bala pun, dia mungkin pernah lihat (peti rahsia) atau mungkin ada kunci pendua yang sangat ditakuti oleh kabinet Perdana Menteri kita," jelasnya lagi. Tuntas dari itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya turut menyiasat beberapa pendedahan Bala dan RPK berhubung pemimpin tertentu. Harakahdaily | |||
| Pas atau Umno Sesat: Salahuddin cabar Shafie debat Posted: 06 Jul 2010 04:00 AM PDT Dzulfikar & Nazri ![]() KUALA LUMPUR, 5 Julai: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat. "Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini. ![]() Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam. Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri. "Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias. "Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS. Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit. Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air, seperti PAS. Ini kerana, beliau berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat. Sehubungan itu, beliau bertindak seperti Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda. harakahdaily | |||
| Salah Suara Keadilan jugak syeikh!!! Posted: 06 Jul 2010 02:00 AM PDT ![]() Itu la.. yang Suara Keadilan pun satu.. Yang pi siar berita-berita panas tu apsal?? Yang pi siar Berita 'Felda Bangkrap' tu apsal? Mana ada Felda Bangkrap! Yang berlaku Felda rugi sikit jee.. Alaa.. sikit jee.. bukan banyak mana.. berapa ratus juta jee.. Apalah sangat duit banyak tu!! Lain kali siar la berita-berita macam ni.. "Najib Berkata Benar tidak mengenali Altantuya" - Anwar Ibrahim "Pakatan Rakyat Yakin UMNO akan kaya-rayakan Felda"-Haji Hadi "Altantuya hanya gadis Mongolia yang gilakan Najib! Najib tak tahu apa-apa sebenarnya"- Raja Petra "Muhyiddin Yassin, tokoh Islam sebenar!" - Mat Sabu "Shahrizat Jalil & Rosmah Mansor, suri teladan wanita Muslimah sebenar!" - Ustazah Nuridah "Beng Hock sempat sms, dia terpaksa terjun dari bangunan SPRM" - Ronnie Lieu "Saiful Bukhari adalah benar, semata-mata benar, tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka" - Karpal Singh "UMNO, parti Islam sebenar! Bukan PAS!" - Zulkifli Nordin haaa.. kalau itulah tajuk-tajuknya.. kompom permit penerbitan Suara Keadilan akan dapat sampai bumi ini ghaib! Wakakakaak! sunsnake 05072010 PKR: Suara Keadilan tetap diterbitkan walaupun tanpa permit July 05, 2010 KUALA LUMPUR, 5 Julai — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menerbitkan akhbar mingguannya Suara Keadilan minggu ini seperti biasa meskipun Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit penerbitan yang luput Rabu lalu. Kedua-dua Pengarah Strategi PKR Tian Chia dan Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib mengesahkan yang akhbar itu akan diterbitkan, kemungkinan esok ataupun lusa. “Biasanya Suara Keadilan akan diterbitkan pada Selasa... jika tiada halangan, akan diterbitkan esok seperti biasa,” kata Dzulkarnain ketika dihubungi The Malaysian Insider. “Sebagaimana dikatakan oleh Tian Chua, saya merasakan parti mendapati Kementerian Dalam Negeri ada niat jahat (kerana tidak memperbaharui permit,” kata beliau. Chua ketika ditemui di lobi Parlimen pagi tadi berkata, penerbitan akan diteruskan seperti biasa memandangkan keputusan kementerian masih belum jelas dalam soal memperbaharui permit. “Apa yang kerajaan maksudkan tidak jelas, apabila mereka mengatakan bahawa permit tidak boleh diperbaharui tetapi penerbitan tidak diharamkan,” katanya. “Kami akan terus mengeluarkan sehingga satu keputusan dibuat,” kata Chua lagi. Chua menambah, adalah normal bagi mana-mana penerbitan untuk meneruskan terbitan mereka meskipun permit telah tamat tempoh ekoran “kelemahan kecekapan agensi-agensi kerajaan”. “Ia sudah luput, tidak bermaksud mereka bercadang untuk membatalkan permit sama sekali, kami akan meneruskan terbitan,” kata beliau. Jelas beliau, sebab Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit Suara Keadilan adalah satu tindakan tidak munasabah. “Kami, sebagai pembangkang, tidak boleh menerbitkan berita-berita yang memuji kerajaan Barisan Nasional. Matlamat kami ialah mendedahkan kelemahan dalam kerajaan, bukan hanya memuji mereka semata-mata,” kata beliau. Sumber: budakbalun | |||
| Pengguna ditipu syarikat komunikasi, kewangan Posted: 06 Jul 2010 12:00 AM PDT Hazayani Zakaria ![]() KUALA LUMPUR, 5 Julai: Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman (gambar) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan memberikan perhatian serius terhadap kes-kes penipuan melibatkan syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan di negara ini. Beliau sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat hari ini membawa beberapa bukti yang menunjukkan berlakunya kes-kes penipuan terhadap pengguna. Bukti ini, jelasnya berhubung syarikat telekomunikasi yang menawarkan pertandingan-pertandingan tertentu dan mengenakan cas yang berlipat kali ganda apabila pengguna menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada syarikat berkenaan. "Berhubung SMS yang sering kita terima terutama pada musim sesuatu pertandingan ataupun apa-apa yang diadakan, terdapat bukti satu syarikat telco, apabila kita menghantar SMS dicas kita dengan 15 sen tapi apabila kita menerima pesanan daripada syarikat yang mengadakan pertandingan tersebut, sekali kita terima SMS dicas RM8. Ini merupakan satu penipuan yang terang-terang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan," katanya. Beliau turut mendedahkan satu penipuan yang juga melibatkan sebuah syarikat telekomunikasi yang secara tiba-tiba mengeluarkan bil penggunaan untuk dibayar oleh pengguna meskipun pengguna berkenaan tidak pernah mendaftar dengan syarikat berkenaan. "Juga berhubung penipuan syarikat telco yang berleluasa sedang berlaku. Sebuah syarikat telco, kita tak berdaftar pun dengan syarikat tersebut tapi tiba-tiba kita terima bil sebanyak sebanyak RM2,307 dan menggunakan khidmat seorang peguam untuk membayar bil tersebut. "Saya harap pihak kementerian dapat memberi perhatian terhadap perkara ini kerana ramai pengguna yang tertipu dengan syarikat tersebut," katanya. Beliau turut mempersoal sebuah syarikat kewangan yang mengeluarkan kad debit kepada pengguna yang menyimpan kredit pengguna selama tiga hari sebelum memasukkan semula ke akaun kad debit mereka. "Saya juga menerima aduan daripada pengguna mengenai tindakan penipuan oleh satu syarikat yang mengeluarkan kad debit. Apabila kita mengisi minyak misalnya RM50t menggunakan kad debit tersebut, dia akan potong sehingga RM200 dan tiga hari kemudian baru pulangkan balik RM150. "Maksudnya syarikat itu ambil RM150 dan simpan tiga hari kemudian baru beri balik. Perkara ini banyak kali berlaku dan ramai rakan kita mengalami masalah ini," katanya. Selain itu, turut diminta diberikan perhatian oleh pihak kementerian berkenaan syarikat minyak yang mengaut keuntungan apabila pengguna menambah nilai kad touch n go. "Berkenaan kad touch n go kalau kita top up di kedai minyak, kalau top up RM30 hingga RM40, kita dikenakan cas satu ringgit servis cas kepada syarikat minyak tersebut. Tapi kalau kita top up RM50 ke atas mereka hanya kenakan hanya 50 sen. Jadi kenapakah sikit kita top up banyak cas yang diambil tapi apabila RM50 ke atas hanya 50 sen dikenakan. Jadi saya harap pihak kementerian beri perhatian terhadap perkara sebegini," katanya. harakahdaily | |||
| Saya akan belanja Petra dan Bala makan ais kacang Posted: 05 Jul 2010 10:00 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 5 Julai: Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan bekas pengawal pribadi rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda iaitu P Bala Subramaniam untuk makan dan minum bersama beliau selepas polis dan SPRM enggan bertemu beliau. Dalam tulisan terbarunya dari Kota London, Zaid berkata, oleh kerana polis dan SPRM enggan dan takut bertemu Raja Petra dan Bala, beliau dan rakannya akan bertemu mereka berdua dan belanja mereka makan ais kacang. Zaid dipercayai mengulas pelbagai tuduhan termasuk membiayai kedua-duanya (Petra dan Bala) yang kini dikatakan pelarian ekoran diburu polis. Dalam hal ini, Zaid mendakwa, polis bukan memburu kedua-duanya. "Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil," tulis Zaid dalam blognya. Menurut Zaid, Bala ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. "Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa?" tanya Zaid dalam tulisannya. Menurut Zaid, yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan beliau dengan Raja Petra. "Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya?" katanya. Sebenarnya, bagi Zaid, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja. "Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini," katanya. Tulis Zaid, "PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. "Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. "Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari," tulisnya lagi. Menurutnya, jika mereka berdua benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. "Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain," katanya. "Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang," kata Zaid mengakhiri tulisannya. harakahdaily | |||
| Posted: 05 Jul 2010 08:00 PM PDT MELAKA TENGAH - Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bertemu teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman hitam apabila bekas kekasih dan lima rakannya memperkosanya di sebuah rumah di Umbai di sini, 29 Jun lalu. kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dan teman lelakinya yang bersiar-siar di jeti ikan bakar itu dibawa enam lelaki ke sebuah rumah yang tidak bernombor berhampiran kawasan jeti berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pada mulanya mangsa dan teman lelaki tiba-tiba disergah enam lelaki dan salah seorang daripada mereka ialah bekas kekasih mangsa. "Enam lelaki terbabit yang berumur antara belasan tahun hingga awal 20-an kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta. "Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa tetapi tidak ingat berapa orang, sementara teman lelakinya tidak berada di situ, berkemungkinan di luar rumah atau di bilik lain," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini, hari ini. SH | |||
| Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno Posted: 05 Jul 2010 06:00 PM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya. Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.“Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka,” kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini. Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan. Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat. Chua bagaimanapun cepat mengelakkan sebarang ketegangan sehari selepas itu dengan berkata MCA menghormati keputusan berkenaan,Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno. Presiden MCA itu tidak menafikan persepsi ataupun tanggapan umum adalah sedemikian tetapi menafikan parti Cina itu menyokong idea judi sukan dan menyalahkan media kerana salah-tafsir kenyataannya. "Tiada orang yang suka berjudi. Jika kerajaan membenarkan pertaruhan sukan, perlu ada peraturan bagi memastikan bookie haram dihapuskan. "Selain itu, pendidikan bagi membanteras judi perlu diadakan di samping badan khas bagi menentukan cara cukai hasil aktiviti judi itu digunakan,” katanya. Di sebalik pelbagai cubaan mendapatkan penjelasan daripada Chua sama ada MCA meluahkan, 'sokongan bersyarat', Chua hanya mengulangi kenyataannya sebelum ini. malaysiakini | |||
| Gantung Suara Keadilan Tanda PRU-13 Semakin Hampir Posted: 05 Jul 2010 04:28 PM PDT Oleh Faizal Ezzany ![]() KUALA LUMPUR 6 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan sebagai antara tanda jelas Pilihan Raua Umum ke-13 semakin hampir Anwar menganggap tindakan terdesak kerajaan Umno-Barisan Nasional terpaksa di ambil supaya semua penyelewengan dan salah urus tadbir yang berlaku di dalam Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) tidak diketahui oleh rakyat negara ini khususnya golongan peneroka. Kepincangan di dalam Felda yang didedahkan oleh akhbar rasmi KEADILAN dalam keluaran 22-29 jun lalu telah menimbulkan ketakutan kepada pimpinan atasan Umno sehingga mengarahkan KDN menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dengan alasan yang tidak berasas walaupun jawapan surat tunjuk sebab telah dijawab oleh Pengarang Suara Keadilan. "Sekatan terbitan yang dikenakan ke atas Suara Keadilan mengambarkan pilihan raya umum semakin hampir, Umno sekarang berada dalam ketakutan kerana pendedahan terbabit boleh mengugat sokongan mereka nanti. "Kita melihat tindakan yang dilakukan itu secara terdesak tanpa menunggu keputusan saman yang ingin dikemukakan oleh Felda di mahkamah, KDN mengharamkan penerbitan Suara Keadilan agar kita tidak boleh membongkar penyelewengan yang mereka lakukan di dalam Felda ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain. "Umno sekarang mengambil tindakan segera menutup isu Felda dengan memperbesarkan cerita pasal Anwar Ibrahim yang dikatakan minta maaf dengan pemimpin Yahudi di dalam akhbar kawalan mereka, Utusan Malaysia. "Jadi inilah masanya mereka mengambil kesempatan dengan isu terbabit, sekat terbitan Suara Keadilan agar tidak boleh memaparkan isu kepincangan mereka dalam pilihan raya umum nanti dengan harapan rakyat tidak akan mendapat maklumat tentang kepincangan mereka," kata beliau kepada Suara Keadilan di lobi parlimen semalam. Tambah Anwar lagi, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali akan bertanggungjawab untuk membahaskan usul tentang sekatan terbitan yang dikenakan oleh KDN ke atas Suara Keadilan di dalam Dewan Rakyat yang dijadualkan esok tetapi ini bergantung kepada keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. SK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno.
Chua bagaimanapun cepat mengelakkan sebarang ketegangan sehari selepas itu dengan berkata MCA menghormati keputusan berkenaan,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan