Isnin, 6 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIAPA `KASSIM PATOLAN' DI DALAM UMNO?

Posted: 06 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

`PENASIHAT 20 Persen' ala `Kassim Patolan' di dalam cerita `Tiga Abdul' arahan Allahyarham P.Ramlee boleh diberi kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Beliau telah menyarankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai ketuanan Melayu semasa Kongres Nasional PKR baru-baru ini.

Sepatutnya sebagai Peguam yang kununnya hebat, beliau mesti berani mencabar PKR untuk berdebat atau berhujah di dalam isu tersebut. Beliau tidak harus menunggu pemimpin Umno yang mahu berdebat dengan pemimpin PKR, PAS atau DAP di dalam isu tersebut kerana beliau bukan tidak tahu mana ada pemimpin Umno yang mempunyai kekuatan dan keyakinan untuk berdebat dengan Pembangkang? Selaku `Penasihat 20 Persen', beliau harus tampil untuk menjadi wakil kepada `tuan'nya yang penikus itu.

Mengapa harus menggunakan Akta ISA yang zalim itu untuk mempamirkan kehebatan Umno? Berani kerana benar, takut kerana salah'. Mengapa perlu takut untuk berhujah jika kamu merasakan kamu benar? Akta ISA tidak pernah dapat membuktikan kebenaran kerana yang benar tidak boleh dihapuskan dengan undang-undang zalim itu. Bahkan, jika undang-undang zalim itu digunakan maka bertambah terserlah akan kebenaran.

Memenjarakan DS Wan Azizah, Kit Siang mahu pun Hj Hadi di bawah Akta ISA tidak akan mampu menonjolkan kebenaran Umno dan keburukan pemimpin PR. Kebenaran perlu dicari melalui hujah, jika Umno ada keberanian. Saya percaya tidak akan ada pemimpin Umno yang berani berhujah kerana mereka sememngnya tiada hujah selain dari menggunakan senjata yang berkurun lamanya iaitu Akta ISA./wfauzdin.blogspot.com

MELAYU TIDAK LAGI BOLEH BERGANTUNG DENGAN UMNO

Posted: 06 Dec 2010 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

BANGSA, keturunan, suku atau kaum adalah ciptaan Allah kepada manusia dan ianya wajib disyukuri. Tiada salahnya kita berbangga dengan bangsa Melayu kita, dan amat baik jika kita sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan maruah dan martabat bangsa kita. Seperti kata Justify FullPresiden PAS, berbangga menjadi bangsa Melayu tidak salah, tetapi menjadikan perjuangan untuk Melayu itu sebagai satu idealogi itu yang salah.

Umno adalah parti berasaskan nasionalis atau bersifat kebangsaan. Walaupun parti tersebut dinamakan sebagai `UMNO' iaitu singkatan dari bahasa penjajah (United Malay National Organisation), namun parti ini mengaku kununnya sebagai wadah perjuangan bagi orang-orang Melayu di negara ini. Lebih 5o tahun, Umno tidak menampakkan kesan yang besar untuk meningkatkan martabat Melayu malahan orang-orang Melayu semakin lama semakin seksa hidup di bawah Umno.

Bukan sahaja kaum Melayu, bahkan negeri-negeri Melayu juga terpinggir di bawah Umno. Lihat sahaja negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Umno yang berkuasa di peringkat Pusat sanggup meminggirkan negeri-negeri ini. Alhamdulillah, apabila PAS berjaya menawan Kedah dan mengekalkan Kelantan, maka PAS sebagai parti yang berjuang atas dasar Islam yang melangkau kaum ternyata berjaya membela nasib orang-orang Melayu di negeri tersebut. Ini bermakna memilih PAS secara tidak langsung bangsa Melayu juga akan terselamat. Memilih PAS, bermakna semua kaum dan agama diberi keadilan yang sewajarnya.

Justeru itu, Umno amat terdesak sekarang kerana mereka melihat PAS hampir berjaya mengambil alih peranan mereka. Umno bimbang jika PKR mampu menawan semua kaum, DAP berjaya mendapat sokongan kaum Cina dan PAS pula beroleh sokongan dari kaum Melayu, maka apa yang tinggal lagi untuk Umno? Masakan Umno mahu bertukar menjadi parti kepunyaan kaum Asli walaupun parti ini menang di Galas kerana kekuatan kaum tersebut di Gua Musang?

Tidak hairanlah Umno sejak kebelakangan ini secara membabi buta menyerang PR dengan mengutip apa jua isu hatta isu agama walaupun Umno teramat jahil jika bercakap di dalam isu agama ini. Pemimpin Umno sekarang sudah kehabisan modal untuk mempamirkan kehebatan parti mereka. Umno masih teraba-teraba untuk mencari di mana letaknya kelemahan PR samada PAS, PKR atau pun DAP. Maka, mereka mencipta berbagai dakyah untuk memburukkan PR dengan menggunakan media kawalan mereka.

Saat kehancuran Umno telah bermula. Pemimpin mereka sudah tidak berdaya lagi untuk memperbaiki negara ini dari berbagai kerosakan. Pelaburan tidak sehebat dulu, ekonomi hancur lebur, pendapatan negara merosot teruk sehingga pemimpin Umno yang ingin menjadi `tuan' di dalam ketuanan Melayu ini tepaksa mengorbankan rakyat dengan kenaikan harga barang. Inilah yang dikatakan `Melayu makan Melayu'. Benarkah anda menjadi `tuan' sekarang?/wfauzdin.blogspot.com

BERAHIM ALI AJAR SEJARAH, TAPI DIA LUPA SEJARAH DIRINYA

Posted: 06 Dec 2010 07:00 PM PST

Oleh: Mandor

SEBAIK saja Berahim Ali raja katak dari Pasir Mas keluar dari menerima rawatan sakit jantungnya, saya merasakan sudah pasti gaya percakapan raja katak itu berubah. Saya jangkakan Berahim akan bercakap pasal Islam. Oh, rupanya tidak. Beliau masih dengan `Melayu'nya, maklumlah Presiden Perkasa.

Beliau mengajar `sejarah' darihal ketuanan Melayu hari ini sepertimana dipetik dari Malaysiakini. Betapa pentingnya kita mengetahui sejarah, katanya. Di akhirnya, beliau menyebut kaum pendatang yang bukan Melayu datang ke Tanah Melayu `tidak dialu-alukan'. Saya tidak mahu ulas tentang itu kerana saya sudah lama tahu Berahim Ali kuat temberang.

Pasal sejarah, saya setuju dengan Berahim Ali bahawa kita patut tahu sejarah dan belajar dari sejarah. Saya telah lama tahu sejarah Berahim Ali. Sejarah terbaru yang saya ingat tentangnya adalah beliau menjadi MP Pasir Mas adalah di atas tiket PAS. Sehingga kini beliau berada di kerusi berkenaan walaupun PAS sudah tidak `redha' beliau berada di situ. Sejarah Berahim `menggigit' tangan PAS yang `memberinya' makan diketahui oleh semua rakyat Kelantan.

Oleh yang demikian, jika Berahim Ali orang yang selalu belajar dari sejarah, tunggu apa lagi? Bukankah sejarah di Pasir Mas sudah cukup untuk membuatkan Berahim Ali malu menenggek di situ?/mandor.blogspot.com

ANAK TOYO DIDAKWA, SESUMPAH PALING SERONOK?

Posted: 06 Dec 2010 05:00 PM PST


Ezam dijulang setelah Khir didakwa?
Wartawan Kita

SHAH ALAM, 6 Dis: Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd Noor diletak di posisi tinggi dalam Umno Selangor dikatakan sebagai balas budi selepas beliau berjaya mengaibkan bekas ketuanya dengan pelbagai tuduhan.

Sumber Umno memberitahu, kehadiran Ezam di Perhubungan Umno Selangor direstui pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, kini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemimpin PKR terbabit.

"Ezam disebut-sebut sebagai tokoh Umno di Selangor kerana tiada tokoh lain lagi yang dipercayai Najib, lagi pun Datuk Seri Noh Omar lebih perlu diperlukan Najib di peringkat persekutuan.

"Jadi dalam projek menawan Selangor daripada Pakatan Rakyat, tugas besar diletakkan kepada Ezam kerana beliau mempunyai ramai kenalan dalam PKR," katanya di sini.

Difahamkan nama Ezam dijulang berikutan bekas Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo diseret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah atas tuduhan isu rasuah.

Hari ini, Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Shamsuddin Hayroni, 54, dihadap ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mendapat dua lot tanah dengan cara yang meragukan.

Lot banglo itu dibeli dengan harga RM3.5 juta pada 2007 melalui Shamsuddin yang merupakan Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd, sedangkan hartanah tersebut dibeli syarikat tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 2004.

Sumber Umno terbabit memberitahu kemungkinan Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno Selangor dalam masa terdekat bagi membantu Noh.

"Tidak dapat dinafikan Najib akan melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor menjelang pilhan raya nanti bagi memberi peluang kepada Noh dan Ezam merangka strategi merampas Selangor.

"Selangor cukup penting kepada BN memandangkan sumber ekonominya boleh membantu menguatkan Umno," katanya.

Sumber lain pula mendakwa Umno dan BN Selangor akan menggunakan pengundi pos bagi membolehkan projek merampas negeri terbabit benar-benar menjadi kenyataan.

Katanya, pengundi pos bukan lagi di kalangan anggota polis dan tentera, sebaliknya anggota Rela juga akan disenaraikan sebagai pengundi pos di Selangor.

Menurutnya, biar pun perkara itu dinafikan berkali-kali kerajaan, namun proses menyerapkan anggota Rela sebagai pengundi sedang dilakukan secara sulit.

"Perkara itu berjaya dilakukan di Terengganu pada 2004 apabila peratusan keluar mengundi begitu luar biasa sekali sehingga ada yang mencecah 95 peratus," katanya.

Penganalisis politik tempatan mendakwa usaha Noh melenyapkan karier politik Khir kini semakin menjadi kenyataan apabila kes rasuahnya dihadap ke mahkamah./Harakahdaily

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT.....

Posted: 06 Dec 2010 10:00 AM PST

SPRM dijangka Dakwa Khir Toyo, Ahli Perniagaan isu 'Istana Gaya Bali'

Sumber MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo akan dikenakan tuduhan di Shah Alam hari ini berhubung isu pembelian dua lot tanah, dipercayai untuk tujuan pembinaan rumah banglo ketika menerajui kerajaan negeri.Beliau dijangka akan tuduh membeli dua lot tanah pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran.

Turut akan didakwa ialah seorang ahli perniagaan yang bersubahat dengan beliau. Kedua-dua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam. Difahamkan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail sendiri akan memfailkan tuduhan ke atas kedua-dua mereka.

Dua tahun lalu Dr Khir (gambar) didakwa oleh Pakatan Rakyat membina "istana" di Seksyen 7 Shah Alam bernilai RM23 juta. Sebelum ini, ADUN Sekincan Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta. Difahamkan tanah itu bernilai RM6.5 juta.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam. Pertengahan tahun lalu, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Khir, 45, dan isterinya Zahrah Kechik, 45, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007. Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas — yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni — didakwa Ng sebagai kawan Dr Khir. Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

The Malaysian Insider difahamkan Shamsuddin juga akan dikenakan tuduhan hari ini. Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Khir ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi. Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Dr Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut. Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dr Khir menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.

JANGAN LEKA DENGAN ISU KHIR TOYO...

Posted: 06 Dec 2010 06:10 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Mantan MB Selangor, Khir Toyo dibawa ke mahkamah oleh SPRM berkaitan pemilikan tanah dan banglonya, seolah-olah kita ingin diberitahu betapa bersihnya kerajaan di bawah Najib. Apakah kita boleh lupa perkara yang lebih besar dari kes yang belum tentu itu penghujungnya itu? Tidak mustahil Khir Toyo nanti terlepas begitu saja, bukan tidak pernah berlaku sebelum ini dalam banyak kes yang kununnya ingin menunjukkan betapa telusnya kerajaan di bawah Umno/Bn ini.

Umpan mereka dengan menggunakan isu ketuanan Melayu, kemudiannya isu bukan Islam membaca terjemahan Al-Quran, isu TPM dari kaum Cina, dan terbaru dibawa pula cerita kisah Khir Toyo. Apakah dengan semua isu ini kita terlupa betapa kerajaan di bawah Najib sedang menindas rakyat apabila dinaikkan harga minyak petrol Ron 97, Ron 95, gula dan gas? Semasa diumumkan kenaikan harga Ron 97, Najib memberi alasan terpaksa dinaikkan kerana mengikut harga pasaran dunia.

Ada jaminan dari kerajaan sebelum ini bahawa harga Petrol terutamanya Ron 95 tidak akan dinaikkan sekurang-kurang pada tahun ini, namun menipu bukan asing bagi kerajaan di bawah Umno/Bn ini. Ron 95 tetap dinaikkan di tengah malam juga tanpa dimaklumkan lebih awal kepada rakyat. Bertambah kaya raya pengusaha stesyen minyak kerana dapat menjual minyak stok lama dengan harga baru. Begitu juga peniaga-peniaga yang dapat menjual gula dan gas stok lama dengan harga baru. Betapa cerdiknya Najib mentadbir dan menguruskan ekonomi negara ini.

Rakyat jangan terperangkap dengan isu-isu yang dibawa oleh mereka. Isu kita sekarang ialah terpaksa berdepan dengan kerajaan yang sentiasa menyusahkan kita. Tiada beza zaman Pak Lah dengan zaman Najib. Jika tahu begini, tentu lebih baik Pak Lah sahaja menjadi PM. Samada Pak Lah atau Najib, kedua-duanya mungkin orang Melayu dan mungkin dipanggil `tuan' kepada orang-orang Melayu di negara ini. Tapi, apa yang `tuan' ini buat?/wfauzdin.blogspot.com

KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN PARTI HARUS AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA EXCO ATAU ADUN INI

Posted: 06 Dec 2010 01:00 AM PST

Oleh:WFAUZDIN NS

BENARKAH ada beberapa Exco dan Adun PR yang tidak hadir semasa Perhimpunan Kempen `Selamatkan Air Kita' di Masjid Negara Ahad lepas? Jika benar, dan jika mereka tiada alasan atau sebab yang kukuh, ini merupakan satu tindakan sabotaj terhadap usaha Kerajaan Negeri dan mereka bolehlah dianggap sebagai Wakil Rakyat yang tidak bertanggungjawab langsung.

Saya mohon agar Kerajaan Negeri Selangor serta pimpinan PR menyiasat perkara ini. Sekiranya mereka sengaja untuk tidak hadir tanpa alasan yang kukuh atau keuzuran, maka tibdakan tegas Justify Fullperlulah diambil samada melucutkan jawatan mereka di dalam Kerajaan Negeri atau jawatan di dalam parti. Tindakan mereka memalukan Kerajaan Negeri dan parti mereka, di mana rakyat marhaen sendiri sanggup bersusah payah untuk turun berhimpun sehingga ada yang dikasari dan ditahan, sedangkan Exco atau Adun-Adun ini boleh bersenang lenang di rumah.

Saya berharap tiada Exco atau Adun yang sengaja tidak menyertai perhimpunan itu. Mungkin ada yang tidak kelihatan kerana mempunyai tugas atau alasan yang kuat. Mungkin juga mereka terlibat sebagai orang di sebalik tabir. Kita tidak harus menuding jari sehingga pihak Kerajaan Negeri atau parti menyiasat perkara ini.

Apa pun, tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Perhimpunan semalam walaupun disekat dengan berbagai cara namun berjaya dilaksanakan dengan kekuatan mental rakyat yang bangun menentang kezaliman. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: