WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- CARTA PENYAMUN DUIT RAKYAT
- HA..HA..JABATAN AGAMA NAK TAHAN ORANG MABUK BERCAKAP
- WOIIII. KERA JAAN ....DENGAR LAGU INI
- BN siap sedia tawan kawasan PR
- Mengfaraidkan harta awam
Posted: 04 Dec 2010 03:38 PM PST |
HA..HA..JABATAN AGAMA NAK TAHAN ORANG MABUK BERCAKAP Posted: 04 Dec 2010 01:35 AM PST SAJA AKU TAK MAU BETULKAN BEBERAPA LOGHAT INDONESIA INI. SEBAB KENYATAAN LAWAK YANGAKU TERJEMAH DALAM BAHASA INDON INI SEBAGAI SATU SLOT YANG MEMPERLI ORANG MABUK OLEH RAJA PETRA..... Departemen agama akan menahan Hishammuddin Hussein atas kesalahan minum, suatu tindakan yang dilarang bagi umat Islam di Malaysia. Departemen agama mengatakan bahawa mereka yakin bahwa Hishammuddin mabuk saat ia membuat pernyataan yang dilaporkan oleh Bernama di bawah ini. |
WOIIII. KERA JAAN ....DENGAR LAGU INI Posted: 03 Dec 2010 11:24 PM PST |
BN siap sedia tawan kawasan PR Posted: 03 Dec 2010 11:12 PM PST BN siap sedia tawan kawasan PRBarisan Nasional sedang bersiap sedia untuk menawan kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dengan menjadikan gabungan 13 parti itu lebih inklusif, menarik dan gagah menjelang pilihan raya umum akan datang. Usaha itu, yang berpaksikan konsep menawan hati rakyat khususnya golongan muda yang merupakan sebahagian besar pengundi, akan dinakhodai Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebaik saja mengambil alih jawatan Pernama Mentei tahun lepas, Najib menggerakkan beberapa inisiatif ke arah penjenamaan semula BN, dengan menjadikan kemerosotan sokongan dalam pilihan raya umum 2008 dan beberapa pilihan raya kecil selepas itu, sebagai pengajaran. Pada Februari lepas, satu jawatankuasa mengandungi anggota yang berkelayakan undang-undang diketuai Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dibentuk. Selepas sembilan bulan mengadakan perbincangan dan membuat kajian, jawatankuasa itu telah menghasilkan satu piagam mengandungi 10 perkara yang akan diumumkan oleh Najib pada Konvensyen BN pada Ahad ini. Mesyuarat Dewan Tertinggi BN baru-baru ini menerima dan meluluskan cadangan untuk menerima sesiapa yang ingin menyertai BN sebagai ahli terus atau ahli bersekutu menjadi "Rakan BN". Ini bermakna mereka ini tidak perlu menjadi ahli mana-mana parti komponen BN untuk menyertai BN, satu pendekatan yang dilihat akan menggalakkan lebih ramai rakyat menyokong BN. Penganalisis politik Khaw Voon Sze berkata bahawa bagi mengukuhkan kedudukan BN, ia harus memberi tumpuan ke arah mengembalikan semangat sebenar BN dan bukannya sekadar "mencantikkan diri" menerusi logo baru dan piagam baru atau mempunyai ahli terus dan kumpulan sokongan seperti Rakan BN. "Baru-baru ini, saya meneliti beberapa ucapan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu berhubung keputusannya membawa Gerakan menyertai BN. Ucapannya itu menyentuh mengenai semangat BN, kepentingan nasional dan perkongsian kuasa yang tulen. "Keputusan Gerakan untuk menyertai BN ketika itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kepentingan nasional, dan berasaskan kepada kepentingan nasional dan perkongsian kuasa yang tulen inilah, beberapa parti di Sarawak, malahan PAS juga pada masa itu, membuat keputusan menyertai BN," katanya. Oleh itu, kata Khaw, adalah amat penting bagi BN menitikberatkan soal perkongsian kuasa ini berdasarkan pemuafakatan dan bukannya didominasi oleh mana-mana kumpulan tertentu. Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata cabaran terbesar ialah bagaimana untuk menonjolkan BN sebagai satu pakatan yang bersatu dan yang sama-sama berusaha untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. "Kita (BN) dilihat tidak bekerja sebagai satu pasukan. Sebaliknya sebilangan rakyat melihat pakatan pembangkang pula yang bersatu," katanya. Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk V.K Liew berkata cabaran terbesar kepada BN ialah bagaimana ia dapat menguruskan kejayaan selepas melaksanakan dasar menerima ahli terus dan bersekutu nanti. "Ini bukan saja menjadi cabaran kepada BN sendiri tetapi juga kepada parti-parti kecil kerana kita mempunyai dua kategori ahli — bersekutu dan gabungan. Kita telah mengorak langkah dan kita tidak boleh berpatah balik," katanya. Pemerhati berkata kejayaan BN untuk mengukuhkan semula kedudukannya banyak bergantung kepada sejauh mana rakyat memahami piagam dan aspirasi BN. "Pada 1974, Tun Razak membuat keputusan menukar simbol (Perikatan) agar sesuai dengan keperluan ketika itu. Selain mengukuhkan kedudukannya, BN perlu menggunakan ruang baru ini untuk menyasarkan kumpulan pengundi yang berbeza," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian. Beliau berkata BN perlu menjelaskan bahawa perubahan yang sedang dilakukan bukan sekadar mencantikkan luarannya tetapi merupakan satu usaha ke arah mengatasi beberapa perkara yang dilihat boleh menimbulkan pertikaian. "(Contohnya) orang akan bertanya bagaimana mahasiswa universiti yang tidak boleh terlibat dalam politik akan dibenarkan menjadi "rakan" kepada parti politik," katanya. Sivamurugan berkata bahawa satu lagi isu yang akan timbul daripada perubahan yang hendak dilakukan oleh BN itu ialah sama ada anggota parti-parti komponen BN akan mempunyai semangat dan kegigihan untuk berubah ke arah yang lebih baik. "Jika kepimpinan BN menerajui perubahan ini, maka parti-parti komponen perlu ikut. Mereka mempunyai ideologi dan pendirian berbeza tetapi di peringkat BN, mereka perlu selaras dan meningkatkan kerjasama bagi menentukan tidak berlaku perbalahan dalaman. "BN yang baru tidak boleh mengetepikan aspirasi dan keperluan pengundi teganya. Tidak harus ada perubahan drastik…kena ada perseimbangan antara penyokong setia dan usaha menarik pengundi baru. "Itulah cabarannya," kata Sivamurugan. – BERNAMA |
Posted: 03 Dec 2010 11:06 PM PST Mengfaraidkan harta awam Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR. Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata di mana harta rakyat disonglap oleh para kroni. Caranya bagini: Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar di mana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli saham. Tak perlu silap mata Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan. Rahsia sudah kantoi Kembalikan hak rakyat Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa? Seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan