Sabtu, 4 Disember 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Gambar sekitar program Khatan Perdana Masjid Bukit Indah, Ampang...

Posted: 04 Dec 2010 06:43 PM PST


Nasib baik hujan turun...pagi ni ayor Syabas tak keluor...

Potong belakang kira....kita mandi dulu..!!

Alamak....

Hmm...berapa cm kena potong ni??



Ustaz Shukri memberi semangat kepada anak teruna beliau..

Pasukan Bomba Ampang dengan misi menyiram peserta...

Ketua pegawai perubatan (Dr) sedang menyampaikan taklimat kepada ibu bapa....

Hmmm...macam mana Maher Zain ni ada kat MBI?

Peserta diarak ke sekeling MBI...

YB Khasim menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program

Orang tua bertanya sesama sendiri...."Hmmm...modify tak boleh ke?"

Ustaz Shukri, Nazir MBI menyampaikan ucapan alu-aluan

YB Khasim meraikan peserta

Hj. Ghazali (Pengarah Program) menyampaikan tazkirah mandi bomba sebelum khatan

Melawat premis sebelum upacara khatan dilangsungkan

Laaa...Che Dead bukan ahli Umno rupanya. Yang pasti dia ahli KIMMA..he he!!

Posted: 04 Dec 2010 06:40 PM PST

Sudahkan Dr M masuk Umno semula? — Subky Latif

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Kemaman menyeru sekalian ahli Umno yang menubuhkan PKR membubarkan parti itu dan kembali semula ke pangkuan Umno serta bertaubat kerana telah memecahkan perpaduan orang Melayu/Islam.

Sebelum bekas ahli Umno dalam PKR itu kembali kepada Umno, mereka perlu tanya apakah Dr Mahathir sendiri sudahkah menyertai Umno semula?

Orang-orang Umno PKR itu keluar Umno kerana membantah konspirasi Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Mereka merasa dia dizalimi dan parti yang zalim saja logiknya sanggup memecat ahli dan pimpinan secara zalim. Mereka keluar parti dan membentuk PKR atas kezaliman Umno.

Tetapi Dr Mahathir keluar Umno atas alasan apa?

Semata-mata kerana tidak setuju dengan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ramai juga yang lain tidak senang dengan pimpinan Abdullah tetapi mereka tidak keluar Umno.

Ribuan orang Umno menyokong isteri Anwar menubuhkan PKR. Hanya beberapa orang mengikut Mahathir keluar Umno termasuk penyokong setianya Tan Sri Sanusi Junid. Anak-anak Dr Mahathir pun tak ikut ayahnya.

Sehingga ini saya tidak ingat dia sudah kembali semula kepada Umno. Ada usaha Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum menggulingkan Abdullah dulu untuk membawanya kembali kepada Umno, tetapi selepas itu tidak kedengaran apa-apa.

Yang kesiannya beberapa orang pak turutnya sahaja yang keluar Umno. Dan bagaimana mereka akan kembali semula ditakdirkan Dr Mahathir masuk semula Umno dan taubat? Lebih kesian Sanusi. Kerana terlalu fanatik dengan Dr Mahathir lalu ikut sama keluar Umno. Akibatnya gugur jawatannya sebagai Reaktor UIA.

Tetapi bolehkah bekas ahli Umno bubarkan PKR? Ia bukan ditubuhkan oleh penyokong Umno saja. Ia ditubuh bersama oleh Tian Chua, Elizabeth Wong, R. Sivarasa, Dr Xavier Jeyakumar dan kemudian diperkukuh pula oleh penyertaan Dr Syed Husin Ali dan penyokong-penyokong dari PRM

PKR bukan seperti Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh orang Umno belaka. Bila bekas ahli Umno rasa mereka patut bersatu semula dengan Umno, maka mereka mudah bubarkan Parti S46.

Kalau PKR dibubarkan, ke mana hendak dilemparkan ahlinya yang tidak pernah menyertai Umno seperti Latheefa Koya, Badrul Amin dan Fuziah Salleh? Apakah mahu suruh mereka menyrtai PAS sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DAP?

Dan apakah Dr Mahathir fikir Dr Syed Husin Ali akan ikut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai Umno?

Orang Melayu berada dalam parti yang berbeza kerana mereka percaya kepada demokrasi. Tunku Abdul Rahman Putra berpendapat, orang Melayu menyertai berbagai parti bukan bukti mereka berpecah kerana amalan demokrasi membenarkan masing-masing berbuat demikian.

Jika orang Melayu berada dalam parti yang berbeda dikira perpecahan, maka mengapa Dr Mahathir usahakan penyingkiran PAS dari Barisan Nasional sedang perpaduan orang Melayu melalui Barisan Nasional adalah paling ketara hingga Pilihan Raya Umum 1974 mencatitkan begitu banyak kerusi dimenangi BN tanpa bertanding?

Jika kewujudan Umno dan PAS dikira punca perpecahan orang Melayu, mengapa penyatuan kedua parti itu dalam BN dipecahkan oleh Dr Mahathir?

Kalau berjuta penyokong Umno itu bersetuju orang Melayu mesti berada dalam satu parti, maka pendekatan melalui BN yang dipelopori Tun Razak dulu adalah formula terbaik bagi penyatuan itu. Kalau Umno boleh bersetuju Perikatan ditukar kepada BN, maka Umno tentu boleh menerima apa jua nama jika penyokong Umno dan penyokong PAS boleh disatukan.

Jika Umno mengira adalah yang terbaik, mengapa Umno tidak singkirkan Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir yang menjadi pemecah penyatuan Melayu yang amat sukar dicapai oleh Tun Razak itu?

Selepas Dr Mahathir berpuas hati dapat menyingkirkan Anwar dari Umno dan kerajaan, maka dia tidak sedar konspirasinya itu memecahkan Umno, dan kewujudan Pakatan Rakyat mula mengancam Umno dan BN, maka menyalahkan pementukan PKR konon memecahkan orang Melayu.

Dia suruh PKR dibubarkan bagi kembali ke pangkuan Umno semula. Apakah dalam pekej itu termasuk Anwar sekali? Dia tidak sebutkan Anwar mesti dikecualikan.

Anwar pun tak kebulur dan begitu juga PKR. Apakah ia tanda Dr Mahathir menyesal dengan konspirasinya dulu? Kalau dia menyesali, dialah yang wajar bertaubat, bukan PKR yang perlu bertaubat.

Jika dia menyesali akan perpecahan Melayu itu, apakah dia mengaku silap memecat Anwar dan menyingkirkan PAS dari BN dulu? — harakahdaily.net

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

KE ISTANA NEGARA....

Posted: 04 Dec 2010 05:24 PM PST


DOAKAN RAHMAT ALLAH UNTUK ANAK PAK BAKAQ...

Posted: 04 Dec 2010 05:22 PM PST

Dicatat oleh Al-Bakistani di 09:31 0 ulasan
BERITA SEDIH : ANAK PAK BAKAQ MENINGGAL DUNIA
BERITA SEDIH.

ANAK PAK BAKAQ [BLOGGER PENARIK BECA] YANG BERUMUR 16 TAHUN, MENINGGAL DUNIA BARU SEKEJAP TADI. SUDAH HAMPIR SEBULAN BERADA DI HKL KERANA SAKIT JANTUNG.

DOAKAN DIA DARI KALANGAN ORANG YANG SOLEH, DAN MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH DI AKHIRAT KELAK.. AMIN !!!!

ini SMS dari Pak bakaq;

"Tolong doa [agar] Allah ampunkan anak saya, dia dah tidak ada"

Apa yang baru di Masjid Bukit Indah??

Posted: 03 Dec 2010 09:46 PM PST

Ada beberapa pembangunan fizikal dan modal insan yang sudah dan bakal dilaksanakan di masjid ini:

1. Satu perkara yang sering didesak oleh jemaah setiap kali berlangsungnya AGM ialah, bila MBI nak bina tempat letak motorsikal berbumbung? Kalau tidak silap aku, Basheer dari Bank Negara akan menjadikan ini modal utamanya untuk membelasah AJK MBI setiap kali AGM berlangsung.

"Sudah 6 kali saya cakap pasal benda ni...!!" Begitulah keluhan Basheer dalam AGM tahun lalu.

Alhamdulillah, tahun ini telahpun berjaya dilaksanakan projek Basheer ni.

MBI membelanjakan lebih RM20 ribu untuk tujuan ini.

Malangnya, apabila prasarana sudah siap, sambutan jemaah untuk parking motor masing-masing di tempat yang disediakan amat dingin. "Old habit die hard" kata orang kampong aku. Maka di porch utama itulah sebahagian besar jemaah melonggokkan motorsikal masing-masing. Nak masuk jalan kakipun susah.

Aku dah suruh Pak Usop panggil Basheer untuk pastikan rakan-rakan beliau letakkan motor di tempat yang telah disediakan. Tungganglah extra 100 meter lagi. Kalau tidak dalam AGM akan datang ni teruk aku kerjakan si Basheer.

2. MBI juga sudah menyediakan 'Sudut Membaca' di bahagian belakang Dewan Solat. Banyak kitab-kita dan bahan ilmiah disediakan untuk jemaah mengisi masa yang terluang.

Walaupun ianya tidak sesempurna sebagaimana sebuah perpustakaan, namun ini adalah kick-start kepada program pengisian di MBI.

Masjid ini mengalu-alukan sumbangan buku-buku baru mahupun terpakai yang sesuai dari tuan-tuan untuk ditelaah oleh jemaah MBI.

Mewujudkan masyarakat yang berilmu adalah merupakan satu approach alternatif kepada kuliah dan ceramah yang diadakan saban malam di masjid ini.

3. MBI akan melancarkan Kelab Remaja Masjid (Kelab ForTeen) di dalam karnival besar-besaran pada 30hb. Januari 2011.

Pihak masjid telah merancang untuk melaksanakan satu program khusus untuk membolehkan remaja (antara 11-19 tahun) di dalam kariah masjid ini untuk beraktiviti di MBI secara istiqamah (throughout the years).

Memandangkan AJK MBI bukanlah berkerja sepenuh masa di masjid, maka MBI telah melantik sebuah syarikat yang pakar mengenai remaja, Saifulislam Training& Consultancy (STC) untuk mengendalikan program tersebut.

STC telahpun membentangkan kertas kerjanya kepada MBI dan wakil-wakil surau di bawah kariah masjid ini dan didapati program yang dirancang dan bakal dilaksanakan ini adalah satu program yang komprehensif untuk mendekatkan remaja kepada masjid. Bukan itu sahaja, ianya dalam jangkamasa panjang, akan dapat mendidik dan membentuk sahsiah dan jati diri remaja di Taman Bukit Indah ini.

Program ini akan melibatkan 10 buah persatuan (syarikat) yang masing-masing pakar dengan kehendak dan keperluan semasa remaja. Ia meliputi bidang kreatif, muzik alternative, hospital clowning, dakwah alternative, komik illustrasi, fotografi, keusahawanan, pereka grafik, teater persembahan, budaya membaca dan sukan. Ia akan dilaksanakan mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh persatuan masing-masing atas seliaan STC.

MBI juga akan berkerjasama rapat dengan 5 buah sekolah di sekitar MBI bagi menjayakan program ini. MBI mensasarkan 50 orang peserta (sekurang-kurangnya) untuk setiap persatuan dan ForTeen menjangkakan ultimately, 500 orang remaja akan beraktiviti di MBI secara konsisten setiap bulan.

It is the first of its kind in Malaysia dan jika dapat dilaksanakan dengan jayanya, program seumpama ini boleh dikembangkan ke seluruh masjid di negeri Selangor dan sudah tentu ianya bermenafaat kepada remaja kita. Basically MBI is just complementing on state government's policy by providing interesting and sustainable programme for the youth.

For a start, pada 11.12.10 ini satu taklimat akan dibuat oleh STC kepada wakil2 sekolah, pibg, surau2 di bawah MBI, masjid2 berdekatan dan persatuan penduduk mengenai program ini sebagai usaha mendapatkan sokongan dan kerjasama bagi menarik remaja menyertai Kelab ForTeen ini.

So bro, Masjid Bukit Indah will be an interesting place for the youth to 'lepak'. Apa macam?

4. MBI juga bercadang untuk mengadakan kemudahan WiFi percuma dalam sedikit waktu lagi. Sudah tentu dengan sedikit pantauan.

Jadi tak payah pergi Cofee Bean, Starbuck atau Mamak Hidayah. Dengan sumbangan Rm1 air gau, jemaah (terutama remaja) boleh menikmati kemudahan tersebut. Masuk waktu sembahyang.

5. Hospital Pakar Ampang Puteri yang punya Klinik Wakaf An-Nur di MBI akan mengadakan program gotong royong bersama MBI dan penduduk Taman Bukit Indah tidak lama lagi. Program yang pernah diadakan di Flat Taman Ahmad Razali sempena Hari Persekitaran Dunia 2010, 30 Julai lalu akan diluaskan ke Taman Bukit Indah.

Kali ini sasarannya ialah sekitar Foodcourt Hassan Western...he he...

6. Esok pula akan dianjurkan Program Khatan Perdana yang melibatkan 12 orang doktor termasuk doktor pelatih. Yuran penyertaan cuma RM50.00 (kadar sebenar ialah RM100.00 dan MBI subsidised RM50.00). Hampir 50 peserta mengambil bahagian (kesemuanya kanak2).

Nasib baik2 tak ada orang tua. Kalau orang tua chargenya mungkin 50 kali ganda. Instead of siram dengan air bomba, MBI kena sediakan tong drum pulak. Mengikut doktor, kalau orang tua kena rendam 2 hari 2 malam. Tak sanggup ajk masjid nak layan. He he...

Tiada ulasan: