Siulan Apadianie |
WikiLeaks; Fitnah Terkini Dajjal Posted: 12 Dec 2010 04:57 PM PST usinkata; Salah satu cara bagaimana Dajjal dan para pengikutnya menguasai dunia iaitu dengan memonopolikan Teknologi Maklumat..dengan menguasai Teknologi Maklumat ini dengan mudahnya agenda "Mind Control" dipergunakan sepenuhnya oleh Dajjal dan para pengikutnya.. Orang kanan tue kata;..Rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi WikiLeaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterima pakai ataupun sebaliknya. WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan antara ahli-ahli diplomat. Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau dalam Asean, Jepun, China dan India.Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh WikiLeaks yang terkandung dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura. - Saifuddin Nasution usinkatalagi;.. Dibawah ini adalah antara rakaman dan pandangan peribadi pegawai diplomaik Singapura Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Tommy Koh dan Peter Ho dan dipaparkan di skrin WikiLeaks selain dari pendedahan WikiLeaks yg memaparkan kes fitnah Liwat terhadap Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim 1) Pada September 2008, Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa 'ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia' yang akan menyebabkan orang Cina 'meninggalkan' Malaysia dan 'menyusahkan' Singapura. 2) "Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau, 'masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa', secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa 'Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu'. 3) "Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan 'rasuah', 'sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand'.Thaksin 'membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu'.Putera itu 'tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi'," . 4)Lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear. 5) Peter Ho pula pada Mac 2008, dia mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. 6)Khairy Jamaludin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga. 7) 'Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan."Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya),' "Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh WikiLeaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009. 8)Tommy Koh pula "Dia menggelar Jepun sebagai 'orang gemuk yang kalah dan merajuk' apabila membandingkan hubungan China dan Asean yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada 'kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan'. 9)"Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa 'kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN'," Saifuddin katalagi;... Pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka," Malangnya, komen-komen yang terkandung dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki- hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura. sumber; http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/info-wikileaks-tentang-kes-anwar-disensasikan-kata-pkr/ |
You are subscribed to email updates from Siulan Apadianie To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan