Ahad, 12 Disember 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MAAF AZMIN, WANITA ITU BUKAN KELUARGAMU TETAPI DIA LEBIH TERUK DARI PELACUR

Posted: 12 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG wanita tua, yangdibuang oleh keluarganya dan tidak diakui anak oleh ibu dan bapa kandungnya baru-baru ini berlagak sebagai `ustazah' dengan menasihatkan YB Azmin Ali agar bertaubat. `Ustazah' yang tidak bertudung ini menasihati Timbalan Presiden PKR itu agar bertaubat kerana menolak `ketuanan Melayu'.

Pada saya, wanita tua tersebut lebih teruk dan jahannam daripada `pelacur' kerana beliau telah dibuang dari keturunannya sendiri di mana ayah dan ibunya tidak mahu mengaku beliau sebagai anaknya bermula daripada karier wanita tua ini sebagai `pelacur upahan' yang membawa cerita fitnah ke atas DS Anwar suatu ketika dahulu. Wanita seperti ini kini `laku' semula dan diberi ruang khas di dada akhbar untuk menjalankan kerja `lacur'nya itu.

Saya tidak mahu sebut nama wanita tua ini kerana tidak mahu menyinggung perasaan ahli keluarganya kerana nama beliau masih ber binkan ayahnya, sedangkan ayahnya tidak mengaku beliau sebagai anak sehingga ayahnya meninggal dunia. Orang seperti ini lebih jahannam daripada pelacur kerana dosa seorang pelacur boleh terhapus sekiranya bertaubat dengan Allah SWT. Dosa seorang anak yang derhaka kepada ayah dan bonda sehingga tidak lagi diterima sebagai anak, anak itu lebih laknat daripada pelacur.

Peliknya, orang seperti inilah yang berlagak sebagai `ustazah'. Wanita seperti ini lah yang diagung-agungkan oleh media lidah syaitan itu. Mudah-mudahan Allah selamatkan kita dari termakan dengan kata-kata wanita laknat ini./wfauzdin.blogspot.com

ANWAR SASARAN UTAMA MEREKA SEBELUM PAS

Posted: 12 Dec 2010 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Najib dan kuncu-kuncunya dewasa ini setiap hari menyerang DS Anwar? Mengapa media pencacai seperti TV3 suku dan UTusan Meloya juga melakukan perkara yang sama seperti Najib dan Umno lakukan? Tidak lain tidak bukan, mereka mahu menghancurkan PR keseluruhannya.

PR tidak boleh dihancurkan tanpa `membunuh' karier DS Anwar di dalam politik. DS Anwar tidak akan dapat `dibunuh' selagi PKR masih kuat. Justeru itu, PKR mesti dihancurkan terlebih dahulu. Cara untuk menghancurkan PKR adalah dengan memburuk-burukkan kredibiliti DS Anwar sehingga rakyat tidak lagi meyakini PKR. Maknanya DS Anwar dan PKR adalah musuh utama buat Umno.

Adakah PAS akan `mati' jika DS Anwar tiada? Sudah pasti jawapannya tidak kerana PAS tidak pernah bergantung nasib dan kekuatan dengan individu. Namun demikian, tanpa DS Anwar PAS tidak mudah untuk mendapat sokongan dari golongan bukan Islam di samping mungkin menjejaskan kerjasama dengan DAP. Sekiranya matlamat Umno untuk `nyahkan' DS Anwar dari politik negara berhasil, maka kerja agak mudah untuk Umno berdepan dengan PAS pula.

Umno tahu bahawa PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menggantikan parti mereka yang sekular itu sebagai parti pilihan orang-orang Melayu di masa akan datang. PAS mesti dimusnahkan segera, maka untuk mencapai tujuan itu DS Anwar mesti dihapuskan terlebih dahulu. Umno sedar bahawa PAS tetap utuh tanpa DS Anwar, tetapi PAS mungkin hilang kawannya dari DAP tanpa DS Anwar. Keutuhan PAS tidak akan ke mana tanpa sokongan kaum Cina dan DAP.

Umno telah cuba musnahkan PAS dari dalam, ternyata mereka gagal. Umno juga telah berusaha untuk hancurkan PKR dari dalam dan mereka tetap gagal. Kini, sasaran mereka tertumpu kepada DS Anwar. Setiap hari pemimpin Umno dan media mereka akan bercakap tentang keburukan DS Anwar. Apa yang nyata, lagi banyak mereka bercakap tentang DS Anwar, sokongan terhadap Ketua Pembangkang ini semakin kuat. Tidak mustahil, jika mereka berjaya tundukkan DS Anwar, sasaran mereka selepas itu adalah kepada Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS.

Kekuatan dan pengaruh DS Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz dilihat memberi ancaman kepada mereka untuk menghancurkan PR. Kita akan melihat usaha dari Umno akan berterusan untuk memburukkan DS Anwar. Mereka lupa bahawa rakyat mulai sedar betapa Umno tidak lagi boleh diharap dan dipercayai. Jika tidak menipu rakyat, bukan Umno namanya./wfauzdin.blogspot.com

PIMPINAN PKR JANGAN JADI PENIPU BESAR Justify Full

Posted: 12 Dec 2010 06:00 PM PST

Oleh: Mandor

SETIAUSAHA Agung PKR, Saifuddin Nasation memberi jaminan bahawa siasatan akan terus berjalan terhadap aduan berlakunya penyelewengan atau kepincangan di dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Beliau mengulas kenyataan Chegu Bard yang enggan mengiktiraf pemilihan PKR selagi laporan siasatan masih belum dikemukan.

Saifuddin mahu agar semua pihak bersabar menunggu proses siasatan ini. Jika benar siasatan masih berjalan, saya rasa kita patut menerima nasihat daripada beliau sehingga siasatan selesai dan diumumkan. Tindakan Chegu Bard itu, adalah satu tindakan peribadi yang berprinsip dan kita semua patut menghormatinya. Sudah tentu Chegu Bard tidak mahu menyusahkan parti sebaliknya beliau mahu parti lebih peka kepada kehendak akar umbi.

Justeru itu, diharapkan parti tidak merasa tertekan dengan kenyataan Chekgu Bard tersebut dan pihak yang bertanggungjawab di dalam menyelesaikan segala aduan yang telah dibuat dapat melaksanakan tugas dengan baik dan tenang. Semua ahli menanti apakah hasil siasatan yang telah dijalankan.

Kita bimbang jika jaminan ini diberikan sekadar di mulut sahaja dan mengharapkan agar isu ini dilupakan. Kita tidak akan lupa kerana jaminan itu dibuat oleh semua pimpinan utama parti daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden dan juga Setiausaha Agung. Jika tiada usaha untuk menyelesaikannya, maka ianya memalukan kerana ahli di peringkat akar umbi akan mengecop kesemua mereka ini penipu besar di dalam parti./mandor.blogspot.com

SINGAPURA TAKUT JIKA PR MEMERINTAH, ANWAR JADI SASARAN

Posted: 12 Dec 2010 04:00 PM PST

Fitnah jelek SB Malaysia dan agensi perisikan Singapura — Azmin Ali

Sumber MalaysianInsider

12 Dis — Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA). Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura. Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan.

Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut. Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura. Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik. KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil.

Fitnah jelek SB Malaysia dan agensi perisikan Singapura — Mohamed Azmin Ali

PENEROKA DAN PENGUNDI POS `NYAWA' BN YANG PATUT PR BERI PERHATIAN

Posted: 12 Dec 2010 07:54 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB kini sedar bahawa penghuni Felda adalah `nyawa' bagi Bn untuk mengekalkan kuasa di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Pengundi-pengundi pos juga banyak membantu mengembalikan `pernafasan' Bn, justeru tu Bn kini sedang berusaha gigih untuk memperbanyakkan pengundi-pengundi pos.
Justify Full
Semalam Najib bercakap dengan warga felda dan beliau seperti biasa menipu warga felda dengan tohmahan terhadap Pembangkang. Meskipun umum tahu bahawa Pembangkang sentiasa membela warga felda dan sanggup ditangkap oleh pihak berkuasa asalkan warga felda tidak sentiasa ditipu. Namun, terdapat juga warga felda yang masih sempit pemikiran mereka apatah lagi setelah diumpan dengan habuan yang sementara. Beberapa kes yang dibawa ke mahkamah berkaitan isu felda ini menampakkan terlalu banyak kecurangan felda terhadap penghuninya, namun semuanya digelapkan agar peneroka felda akan terus menyokong Bn.

Ketakutan pihak Kerajaan untuk berdebat dan bersemuka dengan Pembangkang berkaitan isu penyelewengan Felda sepatutnya difikirkan oleh warga felda. Sampai bila maruah dan jiwa mereka boleh dibeli oleh Bn? Tidak sayangkah mereka dengan generasi mereka akan datang yang akan terus dibuli dan diperbodohkan?

Bn kini sedang memperkemaskan `jentera pengundi pos' mereka dengan bantuan SPR. Semakin ramai yang akan mengundi pos maka semakin `bernyawa' Bn. Maka, timbullah cadangan bodoh, karut dan tolol agar Doktor, Jururawat, Posmen dan beberapa lagi kakitangan Kerajaan dimasukkan sebagai Pengundi Pos. Penubuhan unit Rela dan Askar Wataniah diperhebatkan di merata negeri terutamanya di Selangor, sebuah negeri terkaya yang telah hilang dari pegangan Umno. Kehilangannya amat mengaibkan Umno sehingga kini.

PR harus fokus kepada penghuni Felda serta pengundi-pengundi pos ini. Tentukan mereka tidak akan dapat ditipu oleh kuncu-kuncu Najib. Najib sedar jika sekali Bn hilang kuasa, maka sampai kiamat pun Bn tidak akan kembali berkuasa. Lebih parah lagi, segala tingkah laku pemimpin Umno/Bn sewaktu berkuasa dahulu akan diadili dan dihukum. Ketika itu, baru rakyat sedar siapa Najib, siapa Rosmah dan kuncu-kuncunya. Itulah yang paling mereka takut jika hilang kuasa./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: