Ahad, 12 Disember 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Zaid Ibrahim sertai Akim

Posted: 12 Dec 2010 09:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu.
Zakaria berkata Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.

Zaid sebelum ini telah menerima notis keluar PKR pada 19 November lalu walaupun pernah mengumumkan akan keluar parti itu pada 16 Disember ini.

"Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu.

"Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi," kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika ditanya sama ada Zaid akan bertanding jawatan presiden Akim, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri kerajaan pusat itu.

"Terpulang kepada Zaid sama ada mahu bertanding ataupun tidak, jika mahu bertanding jawatan itu (presiden) saya akan beri laluan.

"Keputusan itu juga bergantung kepada keputusan ahli yang lain, saya tidak boleh buat keputusan," katanya.

Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur lusa bagi memilih barisan kepimpinan yang baru.

"Zaid kemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat agung ini," kata Zakaria lagi.

Sebelum ini Zakaria berkata beliau sedia memberi laluan kepada Zaid untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya.

Beliau juga yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu. - TMI
MS: Semoga ikatannya berpanjangan lah Datuk. Lepas ni kalau datuk lari pula dari Akim xtau nak masuk parti apa pula kan ... Doakan semoga 1 hari nnati Datuk jadi Presiden Akim lah kot ya. Apa parti pun tak kisah janji kita TUMBANGKAN UMNO DAN NAJIB SEKALI ...

Mai tengok bakal calon 'Third Force' PRU 13 nanti

Posted: 12 Dec 2010 06:17 PM PST


Raja Petra Kamarudin mengumumkan pemilihan Malik Imtiaz Sarwar sebagai bakal calon sulung gerakan 'third force' untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Editor kontroversial Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang baru-baru ini membantu mewujudkan barisan 'third force' menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk membetulkan sistem politik, yang menurutnya "sudah rosak", semalam mengumumkan bakal 'calon' sulungnya.

Raja Petra yang berada di luar negara, dalam apa yang dikatakan sebagai keputusan pembuangan negara kendiri, malam tadi menamakan aktivis hak asasi manusia terkenal Malik Imtiaz Sarwar sebagai calon pertama Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Beliau mengumumkan pemilihan Malik menerusi siaran Internet yang dibawa dari London.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Malik juga mengesahkan perkara itu.

"Ya, saya dipilih. Saya terima. (Saya) akan menjelaskan dalam satu dua hari ini," kata beliau menerusi respons SMS kepada The Malaysian Insider sejurus selepas pengumuman oleh Raja Petra.

Malik terkenal dalam kes Lina Joy, yang memutuskan untuk keluar Islam dan kembali sebagai penganut Kristian.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) ini juga mewakili Raja Petra yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua tahun lalu.

Kes itu membawa Malik memenangi anugerah Bindmans Law Award bagi tahun 2009, yang diberikan oleh majalah hak asasi manusia berpejabat di Britain.

Malik juga bergiat aktif dalam pertubuhan-pertubuhan bukan berorientasikan keuntungan untuk mendesak agar ISA dikaji balik dan undang-undang itu dimansuhkan lalu digantikan dengan undang-undang yang lebih baik.

Beliau juga bertindak bagi pihak kerajaan negeri Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Isu barisan 'third force' juga menjadi perhatian ketika Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan lalu.

PKR merupakan salah satu komponen gabungan Pakatan Rakyat yang dibentuk April 2008.

Raja Petra juga berkata, calon-calon susulan MCLM akan diumumkan di Kuala Lumpur pada 19 Disember ini.

Pakatan Rakyat juga akan mengadakan konvensyen mereka yang kedua di Pulau Pinang pada tarikh tersebut.

Dalam program dua jam yang menarik 180 pengunjung atas talian, Raja Petra yang lazimnya melahirkan pendirian tegas dan lantang terhadap parti pemerintah berkata, gerakan 'third force' bukan satu inisiatif untuk bersaing dengan parti-parti politik yang ada sekarang, tetapi mahu menyediakan mereka calon-calon yang profesional dan beretika untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau percaya bahawa langkah itu akan membantu memperbaharui proses penggubalan undang-undang kelak.

"Matlamat kami bukan untuk memenangi pilihan raya semata-mata, tetapi melakukan pembaharuan ke atas sistem politik," kata beliau yang turut melahirkan kekecewaannya ke atas anggota perundangan semasa yang telah lupa peranan mereka sebagai wakil rakyat, sebaliknya lebih fokus untuk terlibat dalam permainan politik.

"Agenda kami ialah mahu melihat kemunculan sistem dua parti, di mana kedua-dua parti boleh bersaing (berpadan) antara satu sama lain," katanya lagi.

Raja Petra juga mendakwa bekas menteri kerajaan pusat Tan Sri Sanusi Junid juga ada memberitahunya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai idea yang sama untuk meletakkan calon-calon Bebas daripada kalangan profesional badan-badan masyarakat madani.

Raja Petra juga mendedahkan rancangan MCLM mahu mengeluarkan akhbar bahasa Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif calon Bebas untuk mendampingi pengundi-pengundi kawasan luar bandar.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan butirannya.

Beliau juga membidas akhbar Harakah, Rocket dan Suara Keadilan hanya bertindak sebagai risalah parti politik.

Sehubungan itu katanya, di beberapa kawasan di Selangor, sesetengah orang masih beranggapan bahawa Datuk Seri Dr Khir Toyo menyandang jawatan Menteri Besar walaupun negeri itu sudah diambil alih oleh Pakatan Rakyat pada 2008.

MCLM ditubuhkan Oktober lalu oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang tinggal di London.

Raja Petra merupakan pengerusinya manakala peguam dan juga blogger, Haris Ibrahim pula presidennya yang mengendalikan operasi dari sebelah Malaysia.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh dengan akses laman web http://mclm.org.uk - TMI

Skandal Pegawai Khas Najib dengan janda anak 5?

Posted: 12 Dec 2010 04:08 AM PST

Cerita di bawah ini saya ambil dari blog pro umno. Percaya atau tidak mengenai cerita ini, anda sendiri tentukannya. Apa yang pasti umno Selangor akan terpalit dengan cerita ini.

Saya petik:

[SU] Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.

4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?

Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.

Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, Janda anak 5.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Noriah mesti keluar menyatakan adakah ia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan dalam blog ini.

Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.

===========================================================


Saya petik juga dari blog Jelapang:

Tiba-tiba Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, "diserang" di Selangor.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap beliau termasuk kononnya mempunyai hubungan "istimewa" dengan Ghazali Ibrahim, Pegawai Khas PM.

Ghazali pernah menyandang jawatan Ketua Umno Bahagian Padang Terap sebelum memberi jalan kepada Mahadzir Khalid. Beliau kini Timbalan Ketua Bahagian Padang Terap.

Serangan terhadap Noriah sudah cukup untuk menggambarkan kekusutan di dalam Umno Selangor.

Keadaan bertambah kusut apabila Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.

Bagi pemerhati politik, suasana di dalam Umno Selangor cukup menghiburkan.

Terkini blog berikut menyiarkan kononnya Noriah, seorang janda beranak lima, adalah antara mereka yang menjatuhkan Khir Toyo

Fitnah jelek SB Malaysia dan agensi perisikan Singapura — Mohamed Azmin Ali

Posted: 12 Dec 2010 03:58 AM PST

December 12, 2010 — Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan.

Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut.

Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.

Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil - TMI

Tiada ulasan: