Senyum Tangis Sendu |
Nyamuk dan Kementerian Kesihatan Posted: 13 Dec 2010 02:43 PM PST Sebelum ini seingat aku, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Vektor sibuk dengan aktiviti menyembur asap di sekitar kawasan perumahan yang kononnya mencegah wabak denggi. Namun, aktiviti itu tidak lagi dijalankan seperti biasa. Kadang-kadang samapi seminggu sekali datang menyembur asap sehinggkan menggangu waktu makan malam. Tapi itu tidak mengapa demi untuk mencegah denggi. Adakah pihak kementerian bertindak setelah ada pesakit yang terkena denggi maka baru mereka bertindak? Sekarang ini nyamuk berkeliaran tidak kira pagi ataupun malam. Jangan disalahkan air bertakung atau sampah berlonggok kerana habitatnya nyamuk tidak tentu. Mungkin jika air bertakung, kene buang air tersebut atau sampah berlonggok perlu dibersihkan tetapi bagaimana jika nyamuk itu penuh dalam pakaian? Adakah mahu dibakr pakaian tersebut. Minta pihak kesihatan membuat tinjauan di beberapa buah taman perumahan yang berdekatan dengan Hospital Melaka dan juga berdekatan dengan Poliklinik Peringgit. Jalankan kerja-kerja menyembur asap seperti sebelum ini. |
Posted: 13 Dec 2010 02:24 PM PST Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini. Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran. Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan. Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan