pemuda cheh |
- Kerajaan Nafi Dakwaan Planet Nibiru Akan Langgar Bumi Pada 2012
- PRU dijangka berlangsung serentak pilihan raya negeri Sarawak
- Apa Bukti Kerajaan Pakatan Rakyat Menindas Melayu?????
- ketuanan melayu hanya untuk UMNO
Kerajaan Nafi Dakwaan Planet Nibiru Akan Langgar Bumi Pada 2012 Posted: 13 Dec 2010 11:35 PM PST Kerajaan pada Selasa menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut. "Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung. "Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut. Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lepas |
PRU dijangka berlangsung serentak pilihan raya negeri Sarawak Posted: 13 Dec 2010 10:27 PM PST Pengumuman penangguhan pemilihan kedua-dua parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO dan MCA telah mengundang ramalan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. Seandainya begitu, maka percaturan strategi Perdana Menteri Najib Razak adalah untuk memecah-belahkan kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak, untuk mengelakkan keputusan pilihan raya Sarawak daripada mempengaruhi peratus kemenangan BN dalam PRU yang akan datang. Secara jujur Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak Baru Bian berkata, beliau tidak berharap PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Tetapi, "Saya juga tidak terperanjat seandainya BN mengadakan kedua-dua pilihan raya serentak," katanya Baru Bian. Baru Bian hanya mengetahui bahawa MCA bakal menangguhkan pemilihan partinya pada tahun depan, menyusul jejak langkah UMNO Beliau mengakui bahawa perkembangan ini sememangnya petanda di mana kedua-dua pilihan raya ini akan diadakan serentak. Pada pendapat Baru Bian, Najib berhasrat untuk mengadakannya serentak, tetapi jelas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud tidak berniat sebegitu. Namun, Baru Bian menyimpulkan perkembangan terbaru bahawa kedua-dua pihak Najib dan Taib Mahmud kelihatan telah mencapai muafakat untuk mengadakan pilihan raya serentak. Sarawak mempunyai 32 kerusi parlimen, daripada jumlah 222 kerusi dalam Dewan Rakyat. BN kini memiliki 137 kerusi, sementara Pakatan Rakyat bersama PSM memiliki 77 kerusi, dan lapan orang ahli parlimen "bebas". Pilihan raya negeri Sarawak ke-sembilan diadakan pada 20 Mei 2006, maka pilihan raya yang akan datang harus berlangsung sebelum 20 Mei 2011. Seandainya PM Najib mengambil keputusan untuk mengadakan pilihan raya serentak, maka PRU mungkin akan jatuh antara Mac dengan Mei tahun depan. "Tidak menolak sebarang kemungkinan" Pada masa yang sama, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP Liew Chin Tong masih meragui kenyataan sama ada langkah PRU semakin menghampiri, atau sama ada ia akan diadakan serentak, tetapi beliau menekankan bahawa beliau "tidak menolak sebarang kemungkinan". Liew Chin Tong berkata, berikutan pengumuman penangguhan pemilihan parti UMNO dan MCA, maka seandainya kekuatan PR terjejas dalam jangka ini, maka BN boleh "mengambil kesempatan" untuk mengadakan PRU. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Abdul Halim Abdul Rahman pula secara peribadi menjangkakan bahawa BN akan mengadakan PRU serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Beliau mengingatkan, penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tidak semestinya bermaksud PRU akan jatuh pada tahun 2011, "mungkin tahun 2012, malah tahun 2013." Walaupun PAS telah menyeberang ke Sarawak, namun Abdul Halim Abdul Rahman mengakui bahawa kekuatan PR di Sarawak masih belum cukup untuk menumpaskan BN di sana. Presiden UMNO Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan UMNO pada 30 November. Menurut perlembagaan parti UMNO, pemilihan parti boleh ditangguhkan selama 18 bulan. Pemilihan UMNO dijadualkan berlangsung pada tahun depan, dan kini UMNO perlu mengadakan pemilihan selewat-lewatnya April 2013, lantaran daripada pengumuman penangguhan tersebut. Penangguhan memerlukan alasan yang kukuh Di samping itu, pemerhati politik Tang Ah Chai turut mengakui bahawa adanya "kemungkinan" di mana PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Meskipun kedua-dua PRK baru-baru ini tidak dapat mencerminkan sepenuhnya bahawa sokongan pengundi telah kembali kepada BN, namun Tang Ah Chai mengingatkan bahawa BN meraih undi sekali ganda lebih daripada keputusan PRU yang lalu. Tang Ah Chai menyifatkan penangguhan pemilihan parti sebagai satu keputusan yang "luar biasa". MCA hanya boleh mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan dengan "alasan yang kukuh". "Jika hanya diputuskan secara bersahaja, maka pemimpin yang akan datang boleh menangguhkan pemillihan sewenang-wenangnya." Tang Ah Chai berpendapat bahawa MCA mungkin tidak mengetahui dengan tepat tarikh PRU berlangsung, tetapi mungkin telah menerima khabar tertentu untuk membuat keputusan yang "luar biasa" Ini. Menurut analisa Tang Ah Chai, pemilihan parti ditangguhkan kerana kemunculan persaingan antara sekta, sehingga pertentangan dalam parti terdedah dan diambil kesempatan oleh musuh politik. Namun, beliau menganggap penangguhan pemilihan parti bukan sesuatu yang normal, kerana negara akan mengadakan PRU hampir setiap lima tahun. Jadi, parti politik tidak seharusnya menangguhkan pemilihan parti hanya kerana PRU. Siapa tawan Sarawak, Putrajaya miliknya Sarawak dianggap "deposit tetap' BN selama ini, sehingga PRK Sibu pada Mei tahun ini. Baru Bian menyifatkannya sebagai "sesiapa yang mampu menawan Sarawak, maka Putrajaya menjadi miliknya." Baru Bian menganggap pilihan raya serentak semestinya memberi kesan untuk kempen PR. Tetapi beliau juga mengingatkan, kerajaan negeri PR telah mengumumkan bahawa kerajaan PR tidak semestinya membubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen, sebaliknya akan membubarkan DUN setelah genap lima tahun. Justeru itu, Baru Bian berkata, "Masih ada Menteri Besar, Ketua Menteri dari Semenanjung datang untuk berkempen di Sarawak." Baru Bian mengakui bahawa PKR kini perlu bersiap sedia untuk kedua-dua PRU dan pilihan raya Sarawak. Tetapi dalam soal calon, secara berseloroh Baru Bian berkata, "Lebih mudah untuk memilih calon seandainya pilihan raya diadakan serentak, kerana lebih kerusi untuk diagihkan." Beliau menafikan bahawa ramai orang berebut-rebut untuk bertanding. "Kami mahu calon yang berkualiti," kata Baru Bian yang tidak bimbang dengan keadaan "lebih kerusi dari calon". |
Apa Bukti Kerajaan Pakatan Rakyat Menindas Melayu????? Posted: 13 Dec 2010 08:16 PM PST Ke hulu ke hilir UMNO menjaja kononnya hak melayu terancam, Islam terancam dan Melayu ditindas di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.Mereka menjual cerita pada orang Melayu kononnya hak Melayu dan Islam telah hancur di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Namun, mampukah UMNO MEMBUKTIKAN segala dakwaan kosong dan tidak berasas mereka? Jawapnya TIDAK. Ini kerana, UMNO ahu sedari mula tuduhan mereka ini TIDAK BERASAS. Baru-baru ini di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, UMNO telah dimalukan apabila ADUN tunggal PAS, YB Taufik, mendedahkan peruntukan sekolah agama untuk Selangor JAUHHH lebih tinggi dari Negeri Sembilan. Dengan kata lain, Selangor lebih baik dari segi menjaga agama berbanding Negeri Sembilan yang ditadbir UMNO. Malah di Penang, 70% dari mereka yang memenangi kontrak adalah dari kontraktor2 Melayu. Ertinya, di bawah Ketua Menteri DAP pun, kontraktor Melayu masih mampu hidup. Peruntukan kepada sekolah2 agama, gaji imam2, bilal2, peruntukan masjid2 dan surau2 semuanya lebiih tinggi di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah UMNO. Malahan, pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan jauh lebih bersih berbanding UMNO dan Barisan Nasional. |
ketuanan melayu hanya untuk UMNO Posted: 13 Dec 2010 03:48 PM PST sudah lebih 50 tahun kita merdeka.....tapi sesuaikah konsep 1 malaysia yang dilaungkan oleh najib dan konco-konconya jika pada masa yang sama masih menyebut tentang ketuanan melayu. masih mempunyai fahaman perkauman. sepatutnya kita sama -sama matang seusia dengan tempoh kemerdekaan dengan cuba untuk menerima konsep PM bukan hanya untuk orang melayu.......negara bukan hanya kepunyaan melayu......yang dipertuan agung dan raja-raja bukan hanya untuk melayu. tapi kepunyaan semua warga negara malaysia yang sama-sama berjuang dari pasca merdeka hinggalah ketahap apa yang ada pada negara hari ini. Tidak adil jika semua bangsa di malaysia dituntut supaya patuh pada prinsip rukun negara tetapi pada masa yang sama pemimpinnya masih bercakap soal perkauman. dari segi inilah Pakatan Rakyat dilihat mendahului BN. keahlian dan perjuangan PR lebih menyeluruh tanpa ada elemen perkauman didalamnya. keahlian anggota PR tidak hanya pada satu bangsa sahaja. berbeza dengan BN yang mempunyai 3 komponen utama yang keahlian dan perjuangannya berteraskan kaum. UMNO dengan melayunya...MCA dengan cinanya.....MIC dengan indianya. itulah sebabnya PAS telah dapat diterima oleh bukan islam sehingga tertubuhnya dewan himpunan penyokong...... islam tidak berjuang diatas dasar bangsa.....tetapi didalam islam keadilan adalah untuk semua bangsa yang berpayung dibawahnya. telah terbukti di negeri kelantan.....walaupun cina dan india adalah minoriti disana.....tetapi mereka mendapat layanan yang sama. patutkah jika semua rakyat yang turut menyumbang pendapatan negara melalui pelbagai cukai yang digunakan sebagai dana untuk perbelanjaan pengurusan negara dari sistem beraja, menteri-menteri(ahli politik) dan pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya diguris perasaan mereka oleh segelintir yang masih bercakap soal ketuanan melayu. berpersatuan tidak salah......kerana ini akan mengeratkan persaudaraan tetapi bila berpolitik.... perkauman hendaklah dielakkan.. saranan wan azizah supaya konsep ketuanan melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah' amat bertepatan dengan konsep 1 malaysia yang dicanangkan oleh najib.lagi pun ketuanan melayu tidak wujud didalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan....... hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub didalam perlembagaan dan rakyat tanpa mengira bangsa perlu menunjukkan taat setia kepada raja. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan