A Mum Of Three Mohd |
- Tak tau ka?? Ini.. Malaysia the Bolehland!!
- PKR is outdated
- Lawak ada logik
- Mandrem tak lut
- Aaaikk...?? Belum lagi ke??
- Gileerr lu Guan Eng!!
- There... no!! Here...Power crazy!!
- Siapa pengkhianat?? Lu la....!!
- Don't worry. Settle punyer!!
Tak tau ka?? Ini.. Malaysia the Bolehland!! Posted: 14 Dec 2010 07:00 AM PST Ini petikan kata-kata Tony Pua yang aku ambil dari twitter di Malaysiakini. Cer you all baca. "is disappointed that the Parliament's going to be come a kangaroo court again to suspend Anwar Ibrahim for 6 months" "wonders where is justice when Speaker & Parliament can choose to punish an MP with the only evidence being a letter from APCO?" Ha... ha... ha... Dia kecewa dan pelik. Perhaps... dia juga binggung tengok keadaan Speaker dan Parlimen yang diserang gilerrr babi!! Di tempat lain, tak berlaku keadaan macam ini, tetapi hanya di Malaysia. Well... apa nak dipelikkan. Dah tak pelik dah. Ini bukan ke Malaysia ?? Malaysia Boleh, maaa... Yes!!! Malaysia the Bolehland. Kerana satu ANWAR... keseluruhan MP Barisan Nasional bisa jadi GILA. Gila bukan sebarang gila... ini GILERRR KHINZIR@BABI!! Baca juga di sini |
Posted: 14 Dec 2010 05:03 AM PST Jeffery Kitingan... 'ular tedung' dalam rumah PKR Sabah, dengar ceritanya akan keluar juga akhirnya. Dia akan tubuhkan satu platform baru, bagi meneruskan kerjaya politiknya. Weh... dia masih menaruh harapan untuk terus kekal relevan dengan menyertai pilihan raya umum yang akan datang. Weh... nak masuk jugak. Kata jurucakap dia... Jeffery Kitingan tidak akan quit politics tapi dia akan upgradekan karier politinya. Fullamakk... upgrade weh!! Ha.. ha.. ha... Mungkin pada dia, PKR punya politik dah outdated kot. Apakah PKR akan hilang seri dengan ketiadaan Jeffery?? Ada yang kata, PKR rugi sekiranya kehilangan Jeffery. Tetapi, pada aku, daripada dia menyusahkan PKR lebih baik dia blah. Tak guna simpan 'ular' dalam rumah. Bahaya... Hsssss.... Kalau dia mematuk, lagi parah!! [sumber] |
Posted: 14 Dec 2010 02:45 AM PST Najib kena sebijik lagi!! Yeah....!! Suka Aku!! Aku suka sebab Najib kena sebijik dan aku juga suka dengan apa yang Khalid Samad kata. Baca ini. Aku ambik dari twitter dia di Malaysiakini. "Kalau nak kata org yg kata Felda bankrap pengkhianat, mcmana pula Idris Jala kata negara akan bankrap? Itu bkn sekadar Felda tapi 1Malaysia" Kah... Kah... Kah... Kah... Hello, Idris Jala.... Lu Pengkhianat!! Pengkhianat upahan PM 1Malaysia. So, that makes you.... Pengkhianat 1Malaysia!! Kah... Kah... Kah... Kah... Bravo Khalid Samad!! Buat lawak lagi... |
Posted: 14 Dec 2010 01:00 AM PST Kabinet Dapur Najib Razak membuat keputusan untuk menutup kes 'Mata Lebam Anwar'. Tutup for good!! Wa sudah cakap lu... Keputusan ini sudah diduga. Their greatest fear ialah ANWAR!! Anwar ibarat jembalang yang menghantui mereka. Mereka ibarat cacing kepanasan akibat manusia bernama Anwar. Mereka sebenarnya masih memerlukan 'Hantu Raya' peliharaan mereka bernama Gani Petai untuk melindungi mereka. Selagi jembalang bernama 'Anwar' belum dihapuskan atau dimasukkan ke dalam 'botol' dan dihanyutkan ke laut lepas, kehidupan dan kedudukan mereka tidak akan selamat. Sebab tu 'Hantu Raya' tu mesti dibela baik-baik dan diberi makan cukup-cukup, kalau tidak.... naya mereka. Tengok sajalah.... 'Mandrem' Datuk Mat Zin pun tak lut untuk menangkap 'Hantu Raya' mereka. Very kebal man...!! Rasanya, satu saja cara yang dapat menghapuskan 'Hantu Raya' serta tuannya sekali. Kita perlukan suatu kuasa hikmat... kuasa keramat. Kuasa keramat yang power punyer!! Apa dia?? Kuasa rakyat. Kuasa rakyat, kuasa keramat. Hanya kuasa keramat rakyat saja yang boleh menghapuskan 'kejahatan' yang dibawa oleh si tuan dan dibantu oleh "Hantu Raya' mereka. Rakyat hanya dapat kuasa keramat ini lebih kurang 5 tahun sekali. Kali terakhir ialah pada 2008. Dan... kali ini kuasa keramat itu akan menjelma tidak lama lagi. Mengikut jangkaan, ia akan muncul pada suku pertama tahun depan. Ayuh...!! Kita gunakan kuasa keramat kita untuk me-'mampooss'-kan makluk jelmaan syaitan yang durjana itu!! [sumber] |
Posted: 13 Dec 2010 11:15 PM PST Apabila aku baca berita ini, aku pun bluurr... Dulu aku ada terbaca yang satu perjumpaan dengan pemilik serta waris Kampung Baru akan diadakan. Itu dulu... jadi sekarang bermakna ia sudah selesai diadakan. Tujuan mahu diadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberi penjelasan dan perincian tentang apa yang akan berlaku kepada Kampung Baru selepas akta Kampung Baru diluluskan di Parlimen nanti. Apakah nasib para pemilik dan waris di situ?? Apabila baca kenyataan Mahfuz Omar hari ini menunjukkan bahawa persetujuan secara kolektif daripada para pemilik dan waris Kampung Baru belum diperoleh lagi. KUALA LUMPUR 14 Dis — Pakatan Rakyat mempersoalkan keikhlasan pentadbiran Najib kerana memutuskan untuk membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru bacaan kali pertama di Parlimen hari ini tanpa mendapat 'lampu hijau' rasmi pemilik dan pewaris tanah kawasan itu. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, jika kerajaan mahu membentangkan rang undang-undang itu, ia harus dibentangkan terlebih dahulu kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sebelum dibawa ke Parlimen. "Saya mempersoalkan keikhlasan kerajaan untuk bincang perkara ini (Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru), kenapa tidak bentangkan dulu kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen? [Baca selanjunya di sini] Weh.... maknanya 'buaya-buaya' ni belum dapat 'green light' daripada para pemilik dan waris Kampung Baru tu lagi ler, ek?? Tak patut... Tak patut... Jika ini diteruskan, bermakna ini merupakan sejenis rompakan yang disahkan undang-undang melalui kelulusan Parlimen. Ini sudah jadi 'legal crime'!! Jadi, sebagai orang yang bencikan penindasan dan ketidakadilan serta kezaliman maka aku setuju 300% saranan dan gesaan Mahfuz Omar agar ejen 'perompak' iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin supaya membatalkan hasrat untuk membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen. Be fair to the people.... Dapatkan dulu persetujuan, baru proceed ke Parlimen. Until then... bawak-bawak bersabor dan bentang dulu pada mereka secara jelas dan terperinci. No selindung-selindung but telus. Lepas tu... jika mereka kata OK.... go ahead. Kalau tidak... jangan memandai-mandai. Jangan jadi perompak, ok?? |
Posted: 13 Dec 2010 09:30 PM PST Lim Guan Eng kali ini, memang dah melampau. Asyik-asyik belanjakan duit rakyat jer. Isy... dia buat duit rakyat, macam duit mak bapak dia jer. Hello bro.. itu semua gula-gula 'pembuka selera' menjelang pilihan raya, ke?? Atau, nak provoke pentadbiran Najib. Dia kasi RM1000, hang pulak up-kan jadi RM1300. Yeahh... kasi malu sama Najib!! Kerajaan pusat yang control satu negara pun, hanya mampu bagi Rm1000 saja, sedangkan kerajaan negeri yang kecik dan yang sering ditekan, boleh kasik lebeh. Hebat.. hebat... Guan Eng. Kerajaan Pusat hanya tahu cekik duit rakyat dan belanjakannya untuk kayakan kroni tsaja, tetapi Guan Eng pulak, berjimat dengan duit rakyat dan serahkannya balik pada rakyatnya. Ini pasti tentu ada orang yang kata, kita mudah dibeli dengan hanya RM1300. Mampuih pi la. Ini bukan persoalan mudah dibeli atau Guan Eng taburkan gula-gula 'pembuka selera' pilihan raya.... tetapi, ini persoalan nak tunjuk siapa yang lebih mengutama dan mendahulukan serta prihatinkan kesusahan rakyat. Jadi, jelas di sini bahawa Pakatan Rakyatlah yang melaksanakan slogan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan Najib, 'Rakyat didahulukan....' Mereka hanya setakat terlolong... tetapi Pakatan Rakyat memenuhi pengisiannya. Ironis.... kan?? Orang lain yang talk... hmmm, talk big pulak tu, tetapi orang yang lain pulak yang walk. Di Malaysia Boleh... semuanya dan upside down!! Tunggang terbalik beb!! Namun... syukurlah. Allah SWT telah anugerahkan kita... Pakatan Rakyat untuk tunjuk kepada rakyat, kerajaan mana yang lebih baik. What say you people?? Kalau banyak songeh lagi, tak tau nak kata la... [sumber] |
There... no!! Here...Power crazy!! Posted: 13 Dec 2010 07:30 PM PST 2010/12/14 PORT MORESBY: Perdana Menteri Papua New Guinea, Michael Somare meletakkan jawatan semalam bagi memberi laluan kepada tribunal menyiasat tuduhan salah laku ke atasnya. Somare, 74, tokoh politik dominan di rantau Pasifik sejak 1970-an, secara 'sukarela meletakkan jawatan' bagi tribunal menyiasat dakwaan terhadapnya kerana gagal mengemukakan penyata kewangan ketika pentadbirannya pada 1990-an. "Perdana Menteri menghormati proses (siasatan) dan beliau bersedia berdepan perbiacaraan," kata satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, lewat semalam. Timbalan Perdana Menteri, Sam Abal yang baru dilantik akan mengambil alih tugas Perdana Menteri sepanjang perbicaraan tribunal berlangsung. Beberapa rakan politik Somare mendakwa siasatan terhadap Perdana Menteri itu lebih bermotifkan politik. - AFP Itu di sana, ok... Kalau di sini jangan haraplah. No way!! Sanggup memperguna segala institusi apa yang ada asalkan boleh terus berkuasa walau pun kalah secara demokrasi. Inikan pulak secara suka nak letak jawatan. Begitulah bezanya pemimpin yang ada maruah dengan pemimpin yang tak bermaruah. Mungkin juga kerana... berani kerana benar takut kerana salah. Yang tak bersalah berani mempertahankan maruah. Yang bersalah.... buat dek jer. Maruah?? Mampuih pi la!! Janji... terus pegang kuasa. Ha.. ha.. ha.. gilerr. Gilerr kuasa!! [sumber] |
Siapa pengkhianat?? Lu la....!! Posted: 13 Dec 2010 06:00 PM PST Mantan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menjaga FELDA, Datuk Dr Tan Kee Kwong kata Najiblah sebenarnya pengkhianat. Jangan nak tuduh-tuduh orang lain pulak. Jangan nak tutup pekung sendiri dengan menuding jari pada orang lain. Masa Najiblah duit Felda banyak disedut hingga susut begitu ketara sekali. Fuiyo... kuat menyedut jugak Najib ni!! Kata duit Felda banyak tapi pinjam duit pada EPF. Apa ceriternya?? Najib juga dakwa Felda ada 45 anak syarikat tapi butirannya yeilek!! Kata juga ada pelaburan luar negara di Amerika Syarikat. Fuuhh... bernilai RM3 bilion beb!! Banyak tu... Eleh.... kalau setakat labun jer tapi proof tak bagi, butiran tak ada.... boleh percaya ke?? Just because yang labun itu ialah PM 1Malaysia, jangan expect orang nak telan bulat-bulat apa yang dilabunkan. Rakyat bukan bodoh dan boleh diperdaya dengan begitu mudah. Show proof.... baru rakyat boleh telan. Rasanya daripada cakap PM 1Malaysia ini, rakyat lagi lebih percaya pada cakap Datuk Tan Kee Kwong. Satu sebab, mengapa kita boleh percaya cakap Datuk Tan ialah kerana hingga ke hari ini, tak der pulak Felda nak menyaman dia kerana fitnah. Kalau betul Datuk Tan telah menfitnah Felda... mengapa tak saman?? Sekarang.. sila sahut satu lagi cabaran Datuk Tan. Lantik syarikat akauntan yang bebas untuk menjalankan audit dalaman terhadap akaun lembaga tersebut. Jangan asyik pandai berlabun jer. Buktikan apa yang Datuk Tan dakwa tak betul. Lepas tu saman dia... Bagaimana?? Kalau ada telor.... sahut cabaran dia!! Kita tengok... siap pengkhianat sebenarnya?? Lu ke... atau siap ke?? [Cerita sepenuhnya di sini] |
Posted: 13 Dec 2010 04:00 PM PST Dalam masa hampir 3 tahun, Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor, mereka juga terpaksa mengambil alih semua masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan UMNO/BN. Siotnya, masalah.... UMNO/BN yang buat, tetapi selamba jer mereka menyalahkan kerajaan baru iaitu PR. Apa mereka ingat rakyat bodoh?? Bagi mereka yang tak tahu hujung pangkal pada mulanya ter'makan' juga dengan fitnah ciptaan UMNO/BN ni. Tetapi, setelah dapat gambaran yang sebenarnya... barulah rakyat nampak bertapa prihatinnya kerajaan PR terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Kini, satu persatu tembelang kerajaan lama UMNO/BN telah terdedah. Mata rakyat juga dah terbukak untuk melihat kerajaan mana yang benar-benar mendahulukan kebajikan mereka. Of course ler, Pakatan Rakyat!! Terkini, usaha kerajaan PR untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Selangor ialah projek perumahan yang terbengkalai di Kuala Selangor. Bukan sikit ooo.... antara 10 hingga 12 projek yang mesti disettlekan. Tapi no problem... demi rakyat kerajaan akan cuba selesaikan tapi, mereka yang terlibat kena bersabar sikit kerana ia akan dibuat secara berperingkat. Be patient, ok?? Selain itu.... bagi memberi peluang rakyat memiliki tanah, pemberian geran tanah juga akan dipermudahkan. Namun satu bidang tanah hanya akan diberikan kepada seorang sahaja. Fair and square, kan?? Jauh bezanya cara kerajaan Pakatan Rakyat menjaga kebajikan rakyat jika dibandingkan dengan UMNO/BN. Macam bumi dengan langit. Syabas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!! [Berita sepenuhnya di sini] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan