Sabtu, 18 Disember 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gambar sekitar konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 Disember 2010

Posted: 18 Dec 2010 09:27 PM PST





































p/s: Lagi gambar dan video akan menyusul...

Banner Konvesyen Pakatan Rakyat kali ke-2

Posted: 18 Dec 2010 06:27 PM PST









Selamat berkonvensyen Pakatan Rakyat khas dari PRIA MALAYA..

Konvesyen Pakatan Rakyat: "Jadikan Islam asas kesepakatan politik" - Tok Guru

Posted: 18 Dec 2010 06:19 PM PST



Nik Aziz minta Konvensyen Pakatan esok jadikan Islam asas 'sepakat politik'

GEORGE TOWN, 18 Dis — Pakatan Rakyat yang sedang membuat persediaan untuk mengadakan konvensyen keduanya digesa meletakkan "keagamaan sebagai asas" dalam menguruskan kesepakatan politik perikatan itu, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam perutusan sempena konvensyen perikatan tiga parti itu yang akan berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang esok, Nik Aziz berkata, pendekatan itu juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan.

"..., maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik," kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pakatan Rakyat ditubuhkan April 2008 oleh DAP-PAS-PKR tetapi pemimpin veteran itu menerajui Kelantan sejak PAS menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1990.

Nik Aziz (gambar) yang dilihat sebagai "penasihat tertinggi" PAS dan dihormati kalangan semua pemimpin Pakatan Rakyat menambah, bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat kedua kali ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga "hubungan sesama anggota" dalam Pakatan Rakyat.



Justeru katanya, pimpinan dan perwakilan parti komponen Pakatan Rakyat yang menghadiri konvensyen esok perlu mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung dalam penyelesaian permasalahan ummah.

"Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat," katanya.

Bagi PAS katanya, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza.

"Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum," katanya.

"Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya, 'janganlah saling benci-membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan.

"Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari," kata Nik Aziz.

Oleh itu menurut Nik Aziz, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini.

"Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul," kata beliau.

Pakatan Rakyat dibentuk beberapa minggu selepas pilihan raya umum 2008 dan ia mengadakan konvensyen sulung 19 Disember 2009 di Shah Alam. - MK

Berikut kenyataan penuh Tok Guru Nik Aziz..

KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT


Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):

Bermaksud: "...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara..."

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: "Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari."

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya"

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.


Kaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Syaaribuu: Najib perlu jawab Wikileaks

Posted: 18 Dec 2010 03:46 PM PST



Oleh: Pria Malaya

Heboh pemimpin Umno dan sekutunya mengenai isu liwat Anwar yang dicetuskan oleh Wikileaks...

Dicanang di corong2 radio, di dada2 akhbar, di Televisyen bahawa dakwaan kononnya 'pendedahan' oleh Wikileaks adalah menggemparkan, fakta kukuh, bukti sahih dan lain2, sedangkan apa yang dibangkitkan oleh sumber terbabit hanyalah pendapat dan pandangan peribadi pemimpin2 tertentu tanpa disusuli fakta dan sumber..

Jika 'pendedahan' oleh Wikileaks ini dianggap fakta dan tepat, bagaimana pula dgn 'pendedahan' sumber terbabit yang turut mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Syaaribuu?




Penulis setuju dengan artikel 'abbe bakar' dlm blognya http://abbebakar.blogspot.com ketika mengulas isu ini, katanya:
"Pendedahan Wikileks dan komen Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew menyebabkan Anwar "bertempik" dan Najib buat bodoh. Seperti biasa kedua-dua insan penting itu tampil dengan pembawaannya.

Anwar lebih yakin dengan kekuatan berhujah manakala Najib membiarkan masa menyelesaikan segalanya. Dalam kes Altantuya, Najib memekakkan telinga, mambutakan mata dan membiarkan "massa' membuat rumusannya sendiri.

Selain membuat siri ceramah, parti Keadilan telah membuat bantahan rasmi kepada kerajaan Singapura manakala Najib menyatakan bahawa Malaysia dipimpin secara cekap oleh pemimpin yang bertanggungjawab, berdidikasi dan sebagainya lagi..."
Ternyata tindakan media dan pemimpin2 Umno yg cuba mengelak mengulas isu ini adalah hipokrit..tindakan membisu Najib yg 'playsafe' jelas bertujuan bagi 'mensucikan' pandangan penyokong taksubnya terhadap beliau...

Akhir kalam, penulis harap isu ini terus dibangkitkan sekiranya Najib terus mengambil pendirian mendiamkan diri...bagi rakyat Malaysia bahkan penulis sendiri, 'pendedahan' oleh Wikileaks ttg Anwar adalah tidak menggemparkan, malah Anwar sendiri sedang membersihkan namanya melalui proses penghakiman (mahkamah), tetapi Najib?...fikir2kan..wallahua'lam..


WikiLeaks: Anwar cabar Najib sangkal info kaitkan kes Altantuya

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam dakwaan pemimpin Singapura bahawa mereka ada maklumat tentang keterlibatan beliau dalam kes liwat dan pada masa yang sama, menggesa perdana menteri menyangkal pendedahan WikiLeaks yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh empat tahun lalu.

Ketua Pembangkang ini mencabar Datuk Seri Najib Razak melawan dakwaan itu sebagaimana dilakukan oleh beliau tanpa hanya mengetepikan pendedahan tersebut atas alasan ia perkara kecil.



Kelmarin, Najib meminta rakyat Malaysia tidak ambil kisah pendedahan WikiLeaks tetapi semalam Malaysia menghantar nota protes kepada Singapura berhubung pendedahan maklumat laman web itu, yang sebahagiannya memetik pegawai-pegawai republik tersebut yang didakwa memperlekehkan kepimpinan negara ini termasuk Najib sendiri.

"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah anda boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar di hadapan 500 hadirin di kawasan pinggi bandar Selangor dekat sini malam tadi.

Dalam ceramahnya Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, beliau beberapa kali mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang turut didedahkan oleh kabel-kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang dibawa oleh WikiLeaks.

Najib telah berkali-kali menafikan dakwaan yang mengaitkan wanita itu dengan beliau.

Ceramah di Taman Melati malam tadi merupakan yang pertama selepas pendedahan WikiLeaks yang menyebut Anwar telah diperangkap tetapi beliau telah memasuki perangkap yang dipasang musuh-musuh politiknya.

Anwar dijadual mengadakan ceramah di Melaka, Negeri Sembilan selepas ini sebelum mengakhiri hujung minggu ini di Pulau Pinang sempena konvensyen Pakatan Rakyat.

Penasihat PKR ini dijangka akan menggunakan siri ceramah sepenuhnya untuk mendapatkan semula sokongan dan keyakinan rakyat selepas pendedahan WikiLeaks dan juga ekoran kesan ketika pemilihan parti yang berakhir bulan lalu.

"Apa itu WikiLeaks? Anda ada bukti? OK, saya akan menjawab dan saya telah meminta peguam saya menjawab. Adakah anda ada bukti? Adakah anda ada bukti teknikal?

"Jika Lee Kuan Yew mahu pergi ke mahkamah, sila teruskan dan bawa dia ke mahkamah. Biar beliau jadi saksi, saya tiada masalah. Bukan masalah saya sama ada anda percaya atau tidak," kata Anwar lagi yang merujuk kepada laporan akhbar Australia.

Ahad lalu, Anwar menerusi Twitter telah pun mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.

Menurut laporan The Sun-Herald Sabtu lalu, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu - tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

"Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuakn itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar," lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.

Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa "Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten."

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Ia menyebut, "Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang."

Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.

"ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat," kata kabel itu.

Kelmarin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Lee turut tahu tentang kegiatan Anwar.

"Ya memang... saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu," katanya. - TMI

Sementara portal Malaysiakini pula melaporkan...

Pakatan: Najib perlu perjelas laporan Wikileaks

Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, lapor Harakahdaily.

Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar(kiri) berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.

"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.

"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri.

Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu.

Sementara itu, ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti-Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia.

Anti Cina

"Perdana Menteri diberi gambaran yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri Singapura.

"Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu," kata beliau.

Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan Malaysia.

"Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya.

"Kita bimbang tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, ahli parlimen PKR akan memulakan usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri.

Tiada ulasan: