Sabtu, 18 Disember 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


KM Sarawak Kawin Lagi

Posted: 18 Dec 2010 10:50 PM PST

Malam tadi .. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun di kediaman rasminya di Demak Laut, Kuching.  Majlis yang diadakan  secara tertutup itu tidak membenarkan sebarang pihak media untuk memasuki kawasan untuk membuat sebarang liputan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dinikahkan oleh Mufti Sarawak kira-kira jam 9.30 malam di kediaman rasminya di di Demak Laut, Kuching ..

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.


Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.


Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
http://www.anastasyea.com

Cari N3 lama-lama disini
Disebabkan masaalah keewangan saya terpaksa jual blog ini bagi sesiapa yang berminat. saya bukannya nak jual beribu-ribu.Taraf gaji kuli pun ok lah.. Maklumat lanjut klik disini

Tiada ulasan: