Sabtu, 18 Disember 2010

kalam Perantau

kalam Perantau


Bekas Naib Presiden PKR lancer Barisan Bersatu Borneo

Posted: 18 Dec 2010 07:34 PM PST

PENAMPANG —  Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Katanya agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan. Jeffrey, yang menjelaskan beliau belum menyerahkan surat keluar daripada PKR, berkata UBF mahu kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, beliau berkata UBF akan menyokong sesiapa saja yang dapat menjamin hak dan keadilan kepada penduduk Sabah dan Sarawak. — Bernama


Riyapadu Sdn. Bhd Langgar Perjanjian Kontrak

Posted: 18 Dec 2010 04:30 AM PST

Ditulis oleh BuletionOnline    

Saman RM1 Bilion: PAS pertahankan hak rakyat

KUALA TERENGGANU: PAS mempertahankan tindakannya menamatkan kontrak konsesi pembalakan yang diberikan kepada Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd ketika memerintah kerajaan Terengganu. Tindakan tersebut kerana mahu mempertahankan hak dan harta rakyat dari diceroboh kerana tanggungjawab PAS terhadap rakyat serta amanah kepada Allah SWT.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mendakwa telah berlaku pelanggaran kepada syarat-syarat perjanjian kontrak yang dibuat antara kerajaan negeri Terengganu dengan syarikat Riyapadu Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat berkenaan gagal membayar premium pembalakan mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

"Kita hendak mempertahankan harta rakyat, balak ini harta rakyat. Kita tidak boleh membiarkan dia (Riyapadu) mengerjakan balak dengan premium tidak dibayar mengikut jadual.

"Ini akan merugikan rakyat, kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat, amanah kita dengan Allah SWT kita tidak boleh buat main-main.

"Keputusan itu dibuat dengan pandangan Penasihat Undang-undang Negeri. Ini kerana, telah berlaku pelanggaran kepada syarat-syarat perjanjian kontrak yang dibuat antara kerajaan negeri Terengganu dengan Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, 13 Disember lalu.

Menurutnya, pada tahun 2003 kerajaan negeri membuka satu tender terbuka bagi kawasan pembalakan seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Katanya, syarikat Riyapadu terbabit telah terpilih serta diluluskan oleh jawatankuasa tender dari enam buah syarikat yang memohon.

Menurutnya, selepas ditawarkan sudah tentu terdapat terma-terma perjanjian yang ditetapkan serta perlu dipatuhi.

Dato' Mustafa yang juga bekas Ahli Exco Kerajaan PAS Terengganu ketika itu menjelaskan syarikat Riyapadu berkenaan gagal membayar premium ditetapkan dalam perjanjian meski pun kerja pembalakan diteruskan.

"Selepas ditawarkan ada penjanjian. Bayaran premium kena bayar ikut jadual yang dipersetujui dan ditetapkan dalam perjanjian itu. Selepas itu, diberi lesen dan balak dikeluarkan.

"Kita ikut perjanjian dan sampai suatu masa yang sepatutnya Riyapadu ini membayar premium mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan dalam perjanjian. Dia gagal, dia tidak bayar. Premium itu tidak dibayar tetapi balak dikerjakan," ujarnya.

Mengulas dakwaan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said kononnya menjadi mangsa tuntutan saman RM1 bilion oleh Riyapadu kerana terpaksa menanggung beban dan natijah kepincangan kerajaan pimpinan PAS.

Beliau menyifatkan Mat (Ahmad) Said seorang Menteri Besar yang tidak cerdik serta tidak tahu membezakan antara kerajaan dan parti.

"Saya merasakan sebagai seorang Menteri Besar, Mat (Ahmad) Said tidak reti sebenarnya beza antara kerajaan dengan parti politik. Sebab, kerajaan ini satu entiti dan parti ini satu entiti yang lain.

"Dulu saya dengar 'Mat Said' ini orang Umno kata, bukan saya kata ini, bodoh 'Mat Said' ini. Saya tidak mahulah guna istilah itu tetapi saya kata dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu tidak cerdik Mat Said ini," ujarnya.

Menurutnya, tujuan kenyataan tersebut dibuat untuk mendapat 'political mailers' tetapi boleh menimbulkan subjudis kerana kes masih dalam proses mahkamah.

Katanya, kes mahkamah belum selesai tetapi telah diberi gambaran oleh akhbar seolah-olah kerajaan terpaksa menanggung beban RM1 bilion itu.

"Saya faham sebenarnya untuk dapat 'political mailers' tetapi kena faham sebab kes mahkamah ini boleh menimbulkan subjudis kerana proses mahkamah belum selesai.

"Tetapi, gambaran yang diberi oleh akhbar-akhbar ini seolah-olahnya kerajaan ini terpaksa tanggung beban RM1 bilion. Ini satu persepsi yang salah dan dari segi proses mahkamah pun dia boleh menimbulkan subjudis," tegasnya.

Malah, menurutnya tidak pernah seorang pun di kalangan pimpinan bekas kerajaan PAS Terengganu dipanggil memberi keterangan atau sebagai saksi di mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Dato' Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun termasuk baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak sebanyak RM166,432.86 dibayar kepada plaintif.

Hadir sama pada sidang media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.


Cadangan Penggantungan Anwar dari Parlimen Satu Tragedi Demokrasi

Posted: 18 Dec 2010 02:01 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambiltindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen Malaysia. Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya  adlah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita. Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.
 
Penafian hak ke atas Dato' Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman. Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan. Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil.
 
Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW sudah adanya pemisahan kuasa diantara eksekutif, legaslatif dan kehakiman. Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah.
 
PAS berharap agar kesilapan yang sedang berlaku dalam kes ini diperbetulkan segera supaya kita terus dihormati oleh semua lapisan rakyat. PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara. Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini.
 
‎​Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
9 Muharam 1432 H / 15 Disember 2010 M


Tiada ulasan: