Roslan SMS Corner |
Posted: 14 Dec 2010 07:00 AM PST Selamat Hari Jadi Tan Sri Khalid Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 64 kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Semoga Allah swt mengurniakan kekuatan untuk terus memimpin rakyat Selangor dengan adil dan bersih kearah kemakmuran dan kesejahteraan sejati. Semoga Allah swt teguhkan iman, pertajamkan taqwa, terus mengabdikan diri kepada Nya setiap waktu dan ketika. Saya diberikan kesempatan mengenali Tan Sri seawal penyertaan beliau ke dalam PKR. Saya yang ketika itu mengetuai WTV8 sempat membikin sebuah segmen temuramah khas bersama beliau, sebelum pun menjadi MB. Saya diberikan kesempatan bersama beliau dalam beberapa siri ceramah politik awal termasuklah program pengenalan bersama PAS yang turut diserta Dato Dr Hasan Ali ketika itu. Pernah berdemo bersama beliau di hadapan MPK ketika isu "Istana Zakaria", memperkenalkan beliau kepada para pengundi khasnya penyokong PAS semasa pilihanraya kecil DUN Ijok. Dan banyak lagi peristiwa bersejarah dan manis semasa awal kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor sehinggalah beliau dilantik menjadi MB. Beliau seorang yang jujur, keras bekerja dan sentiasa proaktif dan positif dalam pendekatan dan pemikiran. Selangor bertuah kerana dikurniakan pemimpin seperti beliau. Selamat hari jadi Tan Sri. |
Posted: 13 Dec 2010 07:22 PM PST Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato Harun Taib yang masih menaruh harapan disebalik apa yang dikatakan perpecahan yang membimbangkan dikalangan umat Islam ekoran persaingan politik dalam Negara. Kata beliau kiranya semua kembali kepada Islam, dan bersatu atas dasar akidah maka kita akan menjadi semakin kuat dan Negara turut terjamin keselamatannya. Beliau turut menegaskan bahawa sejak PR dibentuk, PAS semakin mantap walaupun mungkin punya perbezaan fahaman dan perjuangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan. Islam terjamin bersama PAS Isu perpecahan Islam dan bangsa Melayu memang merupakan modal mainan Umno untuk menagih simpati dan menyerang pencapaian PR. Dewasa ini masyarakat Melayu Islam semakin yakin dengan kemampuan dan keupayaan PAS membela mereka terutama apabila melihat sendiri di negeri-negeri yang PR kuasai. Umno sekadar menepis dan menabur fitnah, bersilat dan mengadu-domba, sedangkan orang-orang PAS dari jentera parti sehinggalah ketua-ketua kampong, JKKK, nazir dan ajk masjid, ahli-ahli majlis dan jk penduduk, ADUN dan pejabat ADUN, EXCO dan lain-lain semuanya ikhlas dan bersungguh bekerja selain bantuan dan sokongan dari rakan-rakan dalam PR. PAS kini terbit bukan sekadar pengganti Umno malah muncul sebagai alternatif yang jauh lebih baik, berkesan dan berwibawa. Nasib dan masa depan umat Melayu dan Islam, terpelihara . Dalam waktu yang sama hubungan dengan masyarakat bukan Islam/Melayu khasnya melalui sokongan dan bantuan rakan-rakan dari DAP dan PKR menonjolkan PAS sebagai parti yang terbuka dan tidak ekstrim dan radikal sebagaimana digambarkan Umno da komponan BN sebelum ini. Kawan-kawan dalam Umno jika benar dan ikhlas mahu memperkasakan Islam maka jalan yang tinggal adalah bersama PAS menerajui isu ini. Buang yang keruh ambil yang jernih. Islam sebagaimana kata Ustaz Harun akan menjadi semakin kuat apabila kita insaf dan melangkah bersama untuk kebaikan. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan