Dunia Berwarna Luna Version 2 |
Malaysians are expected to owe another RM90 billion from debts raised in 2011 alone!! Posted: 14 Dec 2010 06:43 AM PST From: P116 While many of us are focusing on some diplomats' coffee shop gossip over-emphasized just because it was from WikiLeak, I notice something more serious then which asshole is the real asshole. Now almost 6 months ago, I have been alarmed by the level of national debts and wrote this. According to Singapore's Today, Dow Jones reported that 21 more government bonds auctions (really it means rakyat debts committed by temporary administrators on their behalf without getting rakyat's consent), 1/3 more than this year, to raise money to spend on 131 "key projects" (which should include the much objected Menara Warisan Merdeka). Malaysians are expected to owe another RM90 billion from debts raised in 2011 alone; the years and years of accumulated debts as at 2008 alone was already RM213 billion. When Najib gleefully announced his election budget for 2011, I wondered where the heck the money is going to come from, given the declining oil revenue and foreign as well as local investments; the apparent answer now, bluntly and without apology, shrinks my balls. I do not know if the "projects" will generate enough revenue to repay the principals and interest and have enough crumbs for the rakyat to feed on. Who are going to rent the Menara Warisan Merdeka? Will KLCC become another Menara Dayabumi ghost building? Will the other commercial buildings owned by Malaysians be deprived of its existing tenants? Simple questions and no answers. What I do know is that tax payers' money which could be used for hospitals, subsidy on food and medical supply, schools, street lighting, flood preventation, crime fighting, living expenses assistance to the handicap and aged will be forgone. What I do not know is who are the financial service professionals that will earn a lot of fees from organising the loans? What will the rakyat get? According to Dr Kua Kia Soong in his writing entitled "Defence Ministry on a spending spree", RM1 billion can built 100 hospitals or 1,000 new schools or 10,000 new homes. So next year when the government borrows on average almost twice a month to raise RM90 billion, we will forgo 9,000 hospitals, 90,000 new schools or just 900,000 new homes. And we have people waiting for months just to have an appointment with public hospitals. I know Najib did some lab studies on the ETP, NEM and what not. I did a low budget lab on my own. I asked a kindly old lady who should be more knowledgeable than me. I asked her, "madam, what would you say to me if I were to borrow in your name without your consent, spend it on something that would not benefit you but you will just spend years and years of your life paying the debt off and not getting your medicines, better quality food and other necessitites of life." The result of my lab study is as follows: |
Inilah Malaysia the Boleh Land!! Posted: 13 Dec 2010 08:30 AM PST Suka atau tidak suka, inilah hakikat politik Melayu. Politik Melayu masih lagi didokongi dan dinaungi oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka pemimpin. Apabila mereka telah sampai ke satu tahap yang mereka impikan, mereka sudah mula dibayangi dan dikaburi oleh istilah. Maka, terbitlah pelbagai istilah-istilah baru di dalam politik Melayu. Selepas satu istilah, satu istilah diterbitkan oleh mereka. Tanpa menyelesaikan masalah utama, mereka terus meninggalkan istilah lama dengan menggantikannya dengan istilah baru. Orang Melayu terutamanya ahli politik terlalu bangga dengan perdebatan mereka mengenai istilah-istilah mereka. Kepentingan Bumiputera, Ketuanan Melayu, Ketuanan Islam, Ketuanan Rakyat. Itulah modal politik mereka. Sedangkan hakikat sebenar, Melayu dan Islam masih di tahap yang rendah di Negara Tanah Melayu ini. Ianya ibarat tukarkan kulit tetapi isinya tetap sama. Apa yang nak dibanggakan dengan istilah Bumiputera, Ketuanan, Islam sedangkan ketiga-tiga ini sebenarnya digasak , dilanyak, diperlekehkan secara sinis oleh musuh secara nyata atau tidak nyata. Kepentingan Bumiputera. Apa yang tinggal kepada Bumiputera melainkan beli rumah dapat diskaun. Biasiswa? Kaum lain pun dapat. Oleh itu apa istimewanya hak istimewa? Kerana jika istimewa, mestilah kita sahaja yang dapat. Kalau semua dapat, apa istimewanya.? Malah lebih teruk, rata-rata sekarang para pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi sejak tahun 1999., boleh dikatakan kesemuanya adalah mendapat pinjaman PTPTN. Oleh itu, apa istimewanya jadi Bumiputera? Jika istimewa, kenapa ianya dipanggil pinjaman? Ketuanan Melayu , apa yang nak dibanggakan dengan Ketuanan Melayu, sedangkan dalam senarai Forbes Malaysia's Top 40 Richest , hanya Syed Mokhtar seorang di tangga ke-8. Ini kita tidak berbicara lagi berapa banyak pengilang Melayu, pengusaha kedai runcit Melayu, pemborong Melayu, pengedar barang-barang elektronik Melayu, pengedar kereta Melayu dan kedai serta pemborong hardware yang berjaya diwujudkan oleh kerajaan yang kononnya membela kepentingan Melayu sejak 1957. Sedangkan nak beli ikan, roti dan paku pun di daerah-daerah terpencil dan kawasan-kawasan terpencil, rata-rata masih lagi Melayu membeli ikan, roti dan paku dari kedai Cina, Cuba tanya diri anda dan lihat sekeliling anda dari Perlis ke Johor. Berapa ramai kita Melayu berjaya jual barang kepada Cina? Dan berapa ramai Cina pula membeli barang dari Melayu? Oleh itu , siapa tuan di sini? Pembeli atau penjual?Kita mungkin nampak seperti tuan jika ke Putrajaya dan bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan. Tetapi, bangsa kita hanya menjadi tuan sekadar 8-jam di dalam satu hari. Baki 16-jam kemudian?. Berapa banyak aset, 'loose items', peralatan-peralatan di 8-jam itu, tuan-tuan salurkan kepada bangsa tuan-tuan sekalian? Rata-ratanya, pembekal utama masih lagi bukan bangsa tuan. Ketuanan Islam, apa yang nak dibanggakan dengan Ketuanan Islam, jika kita ke Jalan P.Ramlee dan Bukit Bintang. Muka-muka dan kulit sawo matang yang menjadi pelanggan, bar tender, 'steward' dan 'stewardess' di kelab-kelab hiburan dan pusat-pusat hiburan tersebut. Lagi parah, statistik anak luar nikah yang dilahirkan saban hari di Hospital Ipoh semakin hari semakin menakutkan sehingga doktor-doktor pun dah semakin muak dan jelak dengan kerenah insan-insan ini. Ini tak termasuk lagi yang memakai helmet masuk kedai Magnum, Sports Toto di hari minggu tanpa segan silu membaca papan tanda yang terpapar 'Judi adalah Haram dan ditegah disisi Islam'. Dari tahun aku lahir sehingga 2010, tidak pernah aku dengar satu tangkapan di buat oleh pegawai-pegawai berkuatkuasa ke atas pengunjung-pengunjung setia ini? Buat apa ada undang-undang tetapi sekadar hanya letak di dinding-dinding kedai judi tersebut. Malah , lebih teruk, adakah judi itu dihalalkan oleh agama Islam? Di manakah Mufti yang lebih arif di dalam syariat ini? Jangan bercakap mengenai Ketuanan Islam, jika para politikus Islam baik UMNO , PAS dan PKR, jika anda masih tidak boleh mencari titik temu untuk menyelesaikan permasalahan judi ini. Ketuanan Rakyat. Apa yang nak dibanggakan dengan Ketuanan Rakyat jika subsidi kepada rakyat saban hari ditarik balik sedikit demi sedikit. Harga minyak RON 95 dikatakan tidak akan dinaikkan kerana rakyat kebanyakan yang menggunakannya. Tetapi, akhirnya ianya juga dinaikkan. Sedangkan secara teori, 'supply and demand' adalah segala-galanya. Jika demand dari pengguna sudah 'shift' dari RON 97 kepada RON 95 kerana 'perubahan harga', maka, pihak pengeluar semestinya akan kata 'short supply' untuk RON 95. Maka, secara tidak langsung, perubahan harga akan berlaku kepada RON 95. Tidak perlu ada 'basic degree' atau SPM untuk memahami 'common sense' ini. Apakah background penasihat Menteri dan Menteri yang meluluskan dan melihat perkara ini? Adakah mereka ini terlalu asyik dengan kerusi yang empuk dan 'claim mileage' serta 'function' sana dan sini , telah mengakibatkan mereka ini semua sudah hilang akan 'common sense' mereka. Kesimpulan, orang politik Melayu terutamanya terus berdebat mengenai istilah sedangkan ahli politik bangsa lain dan penyokong mereka yakni bangsa mereka terus mara mendominasi aspek politik dan ekonomi negara Malaysia tercinta. Kebenaran itu pahit. Tetapi itulah hakikat dan realiti kehidupan aku sebagai insan Melayu biasa di bumi Malaysia. Yang tinggal buat aku ialah harapan dan doa. Jika nak harap undi, belum tentu berjaya juga kerana sedia maklum selagi ada undi pos di dalam sistem pengundian negara, selagi itu lah sistem pilihanraya negara ini akan dibayangi unsur-unsur penipuan dan muslihat. Cuba tanya para pegawai kerajaan yang berkhidmat di luar negara, adakah mereka pernah lihat kertas undi mereka? Mereka takut nak keluar kenyataan terbuka kerana kita faham periuk nasi kena jaga. Inilah Malaysia the Boleh Land. |
You are subscribed to email updates from Dunia Berwarna Luna Version 2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan