Selasa, 14 Disember 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sensasi: Bapa Si Saiful Bukhari, Azlan Mat Lazim Serah Surat Kepada Agong Mohon Kes Anaknya Diliwat Anwar Ibrahim Dipercepatkan Mahkamah

Posted: 14 Dec 2010 04:03 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Dis - Bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim (foto) hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan. Beliau hadir di hadapan Istana Negara di sini ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada pukul 3 petang. Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya. Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar. Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

[Aneh bunyinya, tiba-tiba bapa Saiful mohon perkenan Agong agar kes anaknya dipercepatkan selepas pendedahan WikiLeaks di mana agensi perisikan Singapura mengesahkan mengenai kegiatan Anwar berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara. Apa makna semua ini?. Apakah sudah ada perancangan rapi untuk mereka mensabitkan terus Anwar dengan kes berkenaan dan menandakan hampirnya pilihanraya umum ke-13 agaknya. Apa yang pasti, rakyat kini mula menjangka yang Anwar bakal ke dalam semula selepas melihat senario terkini yang berlaku ini. Rakyat harus bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal menjelma. Semoga kes ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin tanpa ada unsur campur tangan pihak asing hendaknya. Kemungkinan besar juga Wikileaks juga sudah mendapat habuan daripada pihak-pihak tertentu seperti yang pernah didedahkan sebelum ini. Apakah kini segalanya bermula?].

Tiada ulasan: