Rabu, 15 Disember 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


Kapal selam nuklear terbesar Palestine?

Posted: 15 Dec 2010 02:58 AM PST

Lihat pada gambar tu. Hah kalau sungguh bagai dikata.. apa agaknya berlaku dalam minggu ini? Seluruh Negara Eropah, Nato, AS samada blok timur maupun blok barat akan bermesyuarat tergempar. PBB agaknya tercirit birit sibuk akan membuat deklarasi. OIC pun tumpang sekaki. Seluruh dunia akan menyuarakan kecaman dan sekatan antarabangsa akan dilakukan serta-merta. Mereka akan digelar sebagai pengganas dan semua penyumbang dana akan dibekukan kewangan mereka bahkan akan didakwa sebagai agen al-Qaeda.

Begitulah apa yang berlaku kepada Iran. Meskipun loji nuklear untuk penjanaan kuasa merupakan projek biasa di AS maupun Eropah tetapi bagi Negara yang berstatus Negara Islam ia menjadi luar biasa.

Bagaimana dengan kapal selam nuklear terbesar di Britain yang akan dilancarkan di Barrow-In-Furness esok.

BARROW-IN-FURNESS - Tentera Laut DiRaja Britain akan melancarkan kapal selam nuklear terbesar di negara itu yang berharga £1.2 bilion (RM5.9 bilion), dikenali sebagai HMS Ambush di sini, Cumbria, barat daya England, esok, lapor sebuah akhbar semalam.
Kapal selam nuklear seberat 7,400 tan itu sepanjang 88.6 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak dan selebar empat buah bas. Tingginya pula menyamai bangunan 12 tingkat.
Reaktor nuklear yang menjana HMS Ambush mampu membekalkan tenaga untuk bandar Southampton dan ia tidak perlu naik ke permukaan laut sepanjang jangka hayatnya atau selama 25 tahun serta boleh memusnahkan musuh pada jarak lebih 1,600 kilometer.
Kapal selam jenis pemburu dan pemusnah itu turut berupaya mengitar oksigen dan memproses air bersih daripada air laut untuk 98 krunya pada waktu krisis.
Pihak musuh menggeruni kapal HMS Ambush kerana ia senyap. Kapal itu sukar dikesan dan dilengkapi radar yang boleh mengesan kapal atau kapal selam pada jarak lebih 3,000 kilometer.
Bagi memastikan ia memiliki kuasa pemusnah yang hebat, kapal selam itu akan dilengkapi 38 peluru berpandu termasuk peluru Tomahawk yang memiliki jarak sekitar 2,000 kilometer selain torpedo berat Spearfish.

Kenapa ia sunyi sepi. Sebab ia dibuat di Britain. Negara yang mempunyai kuasa veto. Antara negara polis dunia. Siapa yang peduli tetapi kalau Palestine melancar roket buatan sendiri daripada tiang elektrik, sabun, bahan peledak dari baja dan sebagainya… heboh sedunia dan menghalalkan Israel untuk menyerang balas. Itulah namanya HAM (Hak Asasi Manusia) dan Demokrasi menurut takrif barat. Dan itulah takrif yang diguna-pakai diseluruh dunia termasuk Negara-negara Islam bekas jajahan barat. Mereka mendesak pilihanraya. Demi kebebsan dan suara rakyat tetapi apabila FIS menang di Algeria dalam pilihanraya umum lalu mereka merampas kuasa. Apabila Hamas menang dalam pilihanraya Palestine mereka sekat serba-serbi dan mereka tidak mengiktiraf meskipun itu adalah pilihan rakyat.

Sama juga di Malaysia, apabila Pas menang di Terengganu, dirampas royalty, diadakan JPP, disekat peruntukan dan sebagainya. Kalau UMNO mereka bebas memperalatkan semua jentera kerajaan demi kuasa mereka tetahi haram bagi yang lain. Kalau Umno boleh rasuah dan bebas bermaharajalela dan hanya digelar politik wang tetapi kalau orang lain dimahkamahkan. Kalau Umno, mahkamah pun hanya sekadar sandiwara sahaja.

Inilah sistem dan negara serta mahkamah beruk. Kuasa berada ditangan maharaja beruk. Ia kembali kepada sistem dan undang-undang rimba. Siapa kuat dia berkuasa. Bila lagi Islam ingin kembali berdaulat agar manusia kembali kepada status insan yang selari dengan khilafah dan sebagai keturunan Adam a.s, wakil Allah swt diatas mukabumi ini. Mengatasi pemerintahan jin dan iblis yang melakukan kerosakan dan mengikut hawa nafsu semata. Menjatuhkan status mereka sama seperti haiwan. Tanpa aqal dan fikiran.

Semoga diselamatkan umat Islam daripada fitnah perosak dunia dan fitnah dajjal.

KES ALTANTUYA JANGAN BINCANG

Posted: 14 Dec 2010 05:43 PM PST

Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks.
Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, "Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat."
"Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya.

Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu.
Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan.
Di samping Anwar,  turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua,  Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok.
Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu.
"Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini," kata Tian.
Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu.
Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang.

Tiada ulasan: