Rabu, 15 Disember 2010

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gantung 4 MP PR, Majoriti 2/3 milik mereka...

Posted: 15 Dec 2010 08:03 AM PST

Kan pepatah ada mengatakan, ikut hati mati, ikut rasa binasa.. Sekarang siapa yang rugi? Siapa yang rugi kalau bukan Rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen..

Jika keempat-empat Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat iaitu Anwar, Azmin, Sivarasa dan Karpal yang diusulkan untuk digantung itu benar-benar digantung oleh Parlimen, UMNO/BN telah Berjaya mendapatkan kembali majority 2/3 yang diidamkan mereka.

Majoriti yang membolehkan mereka melakukan pindaan apa saja ikut suka mereka..

Dengan Majoriti 2/3 ditangan mereka, mereka boleh melakukan sebarang pindaan keatas Perlembagaan dan dengan majority 2/3 juga mereka boleh meluluskan persempadanan semula yang suatu masa dulu telah membawa malapetaka kepada kita..

Tapi.. apa boleh dikata lagi.. buah cempedak sudah menjadi nangka.. kita tunggu sajalah tindakan mereka menggantung Ahli Parlimen pilihan kita..


BN mahu rampas kembali majoriti dua pertiga?
Oleh S Retnanathan

PETALING JAYA: Ahli parlimen pembangkang telah mengemukakan pelbagai sebab mengapa Barisan Nasional (BN) bertegas untuk meluluskan penggantungan empat ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat selama enam bulan dari Dewan Rakyat.


Mereka berkata penggantungan empat MP ini akan menyebabkan blok pembangkang akan kehilangan taring di Dewan Rakyat. Ketidakhadiran empat wakil rakyat akan mengembalikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat.

Parti pemerintah BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ia turut kehilangan lima kerajaan negeri, lantas melakar lanskap politik baru di Malaysia.

Kini terdapat sejumlah 222 kerusi parlimen. Ekoran dari pilihanraya pada tahun 2008, BN hanya memperoleh 137 kerusi berbanding Pakatan yang memperoleh 76 kerusi. Parti Progresif Sabah (SAPP) mempunyai dua kerusi manakala Parti Sosialis Malaysia, hanya satu. Baki enam kerusi disandang ahli bebas yang mesra BN.

Penggantungan empat MP yang diusulkan di Parlimen hari ini bermakna Pakatan hanya mempunyai 72 kerusi – kurang dua kerusi untuk menidakkan BN majoriti dua pertiga.

Persempadanan semula kawasan parlimen

Majoriti dua pertiga diperlukan untuk membuat sebarang pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meluluskan persempadanan semula kawasan parlimen, dakwa sesetengah ahli politik pembangkang.

Semalam kerajaan pimpinan BN telah mengusulkan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) digantung tugas kerana berbohong di Dewan Rakyat.

Beliau didakwa berbuat demikian apabila mengaitkan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kempen Satu Israel.

Beliau turut menuduh Apco Worldwide yang diupah pentadbiran Najib mempunyai hubungan dengan negara Zionis. Syarikat perhubungan awam antarabangsa tersebut telah menyangkal dakwaan itu.

Pada hari ini BN turut mencadangkan tiga MP Pakatan lain turut digantung selama enam bulan kerana kontroversi berkaitan Apco.

Tiga MP Pakatan berdepan penggantungan

Ketiga-tiga mereka – Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Batu Gelugor) – berkemungkinan akan berhadapan dengan penggantungan tugas kerana membocorkan maklumat penyiasatan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berkenaan kes Anwar.

BN telah memberikan notis penggantungan terhadap empat MP selama enam bulan. Tindakan ini menyebabkan beberapa MP pembangkang termasuk mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) marah. Beliau di dalam mesej Twitter berkata, "Penggantungan empat MP Pakatan dan lima MP Bebas membolehkan BN memperoleh majoriti dua per tiga secara mudah."

"Mereka boleh meminda semula garis persempadanan dan menambah kerusi baru di Sabah (dan) Sarawak," tambah beliau.

Seorang lagi ahli MP pembangkang yang lantang bersuara, Tony Pua di dalam mesej Twitternya menyoal sama ada BN berusaha untuk "meminda Perlembagaan Persekutuan sebelum pilihanraya umum dan tindakan menggantung 4 MP Pakatan Rakyat sekaligus akan mengurangkan kuasa pembangkang kepada satu pertiga."

Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) turut menulis mesej yang senada di dalam Twitter beliau.


Free Malaysia Today

Pluralisme : Dr. Yusri! Jangan bawa budaya ala Taliban ke Malaysia..

Posted: 15 Dec 2010 06:26 AM PST

Pihak-pihak terbabit yang melakukan tuduhan melampau dengan melabel tokoh-tokoh politik tempatan sebagai penganut fahaman pluralisme perlu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunah dalam mengeluarkan pandangan Islam, bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam. 'Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," kata Dr. Juanda..


Pluralisme: Jangan bawa budaya ala-Taliban ke Malaysia, kata Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan tuduhan melampau melabel tokoh-tokoh politik tempatan sebagai penganut fahaman pluralisme sebagai tindakan "budaya ala-Taliban" yang amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia.

"Saya amat kecewa dengan laporan media online yang memetik kenyataan beberapa individu yang membentangkan kertas kerja dalam satu seminar baru-baru ini berkaitan isu pluralisme.

"Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecap beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.


"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad semalam menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.

Yusri berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia.

"IKD amat sinonim dengan Anwar dan institut ini amat rapat dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Hasil hubungan mereka juga tertubuhnya Pusat Graduan Timur di bawah IKD.

"Pusat ini diterajui oleh seorang graduan lulusan Timur Tengah dan untuk pengetahuan semua melalui pusat tersebut telah diterbitkan beberapa buku yang didapati menyokong fahaman pluralisme," kata beliau dalam kerja bertajuk Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal sempena wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam.

Dalam isu yang sama beliau turut meminta barisan kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri supaya mengelakkan diri daripada meraikan perayaan agama lain seperti Thaipusam.

"Dalam perkara ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak terkecuali menerima kritikan apabila menyertai satu majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan," katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan fahaman pluralisme agama serta amalan yang berkaitan dengannya.

"'Saya juga ingin mengesyorkan individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini diberi nasihat serta teguran dan jika mereka ingkar tindakan undang-undang perlu dikenakan," tambahnya.

Sambil menegaskan beliau bukan ahli PAS atau mana-mana parti politik, Mufti Perlis menmbah, beliau amat kecewa apabila tokoh agama yang diakui ramai - Nik Aziz cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana menghadiri majlis penganut agama Buddha.

"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya.

Kata Juanda, rakyat perlu membezakan antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme.

"Tidak sepatutnya mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini," katanya.

Malah menurut beliau, dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme.

"Bukankah Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi? "Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu," katanya.

Selain itu tegas beliau, "bukankah Nabi Muhammad s.a.w. pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?"

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

"Apakah Nabi s.a.w dan Omar RA ini juga penganut pluralisme?" soal tokoh agama muda ini.

"Sudah tentu tidak!" katanya.

Oleh itu kata beliau, formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat.

Malah menurut Juanda, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak di kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"Juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka.

"Hal ini akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka.

"Juga formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia," kata beliau.

Malah beliau juga bertanya apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?

"Saya menyeru umat Islam terutama ahli akademik agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," katanya.

Sehubungan itu Juanda meminta pihak-pihak terbabit agar merujuk kepada al-Quran dan al-Sunah dalam mengeluarkan pandangan Islam, bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam. 'Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," katanya.


The Malaysian Insider

Anwar ‘anti-Islam’ pulakdah.... (BM Version)

Posted: 15 Dec 2010 12:57 AM PST

(Gambar : Pengasas Muafakat, Ismail Mina Ahmad (tengah) mempengerusikan perbincangan bertajuk 'Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah' bersama pembentang kertas kerja, Dr. Syamsuddin Arif (kiri) dan Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady pada Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah Kedua Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.)

Menurut Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady, golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick, oleh itu beliau mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad.

Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad pula berkata berdasarkan kepada satu siri ucapan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World jelas menyokong fahaman tersebut.

Adus.. Anwar lagi..

Aku faham Islam itu memang sinonim dengan Rasulullah SAW,.. tapi apa kaitan Rasulullah SAW dengan kedudukan orang Melayu? Maksud aku kedudukan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang Muhammad Uthman tu cakap kat atas?

Anwar sering bawa mesej fahaman pluralisme agama

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.


Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad (gambar) berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.

Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia.

''IKD amat sinonim dengan Anwar dan institut ini amat rapat dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Hasil hubungan mereka juga tertubuhnya Pusat Graduan Timur (Eastern Graduate Centre) di bawah IKD.

''Pusat ini diterajui oleh seorang graduan lulusan Timur Tengah dan untuk pengetahuan semua melalui pusat tersebut telah diterbitkan beberapa buku yang didapati menyokong fahaman pluralisme," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal' dalam wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam.

''Inilah yang berlaku hasil daripada hubungan antara IKD dan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Mereka juga dilihat begitu menyanjung Ulil Absar Abdullah.

''Bagi saya penerbitan buku-buku ini amat berbahaya kepada umat Islam di negara ini kerana isu berkaitan dengan fahaman pluralisme agama amat berkaitan dengan soal akidah,"katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya oleh seorang peserta mengenai seriusnya penglibatan Anwar di dalam fahaman itu beliau berkata, berdasarkan fakta-fakta tersebut kecenderungan Anwar terhadap fahaman berkenaan nampak jelas.

''Anwar juga jika kita lihat ketika memberi komen dalam isu-isu tertentu seperti penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam begitu konsisten membenarkan mereka berbuat demikian," katanya.

Dalam isu yang sama beliau turut meminta barisan kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri supaya mengelakkan diri daripada meraikan perayaan agama lain seperti Thaipusam.

''Dalam perkara ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak terkecuali menerima kritikan apabila menyertai satu majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan," katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan fahaman pluralisme agama serta amalan yang berkaitan dengannya.

''Saya juga ingin mengesyorkan individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini diberi nasihat serta teguran dan jika mereka ingkar tindakan undang-undang perlu dikenakan," tambahnya.


Fahaman pluralisme wajar ditentang

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick.

Justeru, tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad.

"Oleh itu fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia.

"Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas' pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad 'Uthman berkata, fahaman pluralisme tidak akan membawa kebahagiaan walau apa hujah sekali pun sebaliknya hanya akan membuatkan manusia menuju ke neraka.

Dalam pada itu beliau berkata kewujudan teori fahaman yang boleh merosakkan umat Islam itu berlaku pada era pascamodenisme.

"Teori ini amat berbahaya terutama kesannya terhadap akidah umat Islam. Ia perlu ditangani dan ditentang oleh semua pihak," katanya lagi.

Sementara itu beliau berkata, pemikiran pelopor fahaman pluralisme iaitu John Hick hendaklah ditolak kerana jelas kenyataan-kenyataannya bersifat mengelirukan manusia.

Di dalam kertas kerjanya Muhammad 'Uthman turut menjelaskan jenis atau kategori golongan yang terpengaruh dengan fahaman tersebut.

"Mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi' serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat.

"Kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti," katanya.

Jelas beliau berkata, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam.

"Seperti mana saya tekankan sebentar tadi fahaman pluralisme akan membawa kerosakan, kecelakaan dan kecelaruan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini akhirnya akan membawa manusia ke neraka ," ujarnya.


Kedua-dua berita dari Media UMNO

3 Orang saja?? Gantunglah semua sekali..

Posted: 14 Dec 2010 11:56 PM PST

Satu usul telah dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, supaya tiga anggota Parlimen itu iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada tugas atas beberapa kesalahan.

Gantung 3 orang saja?? kenapa tak mahu gantung semua?? Kalau gantung semua kan lebih senang nak buat apa pun, terutama sekali persempadanan semula.. penting tu buat UMNO..

Parlimen usul gantung tiga MP Pakatan enam bulan

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz itu mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen itu iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada tugas atas beberapa kesalahan.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina dewan kerana telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.


Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Berdasarkan usul itu juga Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

Tindakan ketiga-tiga anggota Parlimen itu adalah satu perbuatan menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai anggota Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan, demikian menurut usul berkenaan.

Usul yang dikemukakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan kerajaan untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataannya untuk mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Jawatankuasa berkenaan semalam telah mengemukakan syor supaya Anwar digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana didapati membuat kenyataan tidak benar.


Bernama

Anwar ‘anti-Islam’ pulakdah....

Posted: 14 Dec 2010 10:41 PM PST

Macam-macam gelaran Anwar Ibrahim ni dapat.. yang ni yang terbaru..


Muslim scholars call Anwar 'anti-Islam'

KUALA LUMPUR, Dec 15 — Islamic scholars from government departments and NGOs gathered yesterday to demonise Datuk Seri Anwar Ibrahim for allegedly undermining the Islamic faith for political mileage.

The scholars at the forum also issued reminders to other Muslim leaders, including Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to refrain from attending other religious celebrations, claiming that it would threaten the position of Islam as a supreme religion.

A speaker at the forum, Dr Yusri Mohammad, claimed that Anwar has been promoting religious pluralism through his think tank, the Institute for Policy Research (IKD).


The forum, organised by Muslim NGO Muafakat, claimed that religious pluralism promotes religious equality and supports freedom to convert out of Islam.

Apart from Muafakat, the forum was also supported by government agencies such as the Selangor Islamic department (Jais), Federal Territory Mufti Department, federal Islamic missionary foundation (Yadim) and Information Ministry's Special Affairs Department (Jasa).

"If you look at Anwar, when commenting on certain issues like the use of Allah by the non-Muslims, he has been very supportive and consistent about it," said Yusri as quoted by Malay daily Utusan Malaysia.

The Umno-owned newspaper gave extensive coverage to the event, with a front-page lead headlined "Awas Ancaman Pluralisme" (Beware of pluralism threat).

Yusri added that IKD, headed by Anwar's former press secretary Khalid Jaafar, with its sister organisation, the Middle Eastern Graduates Centre, have been publishing "dangerous" books that promote religious equality.

Yusri also claimed that Anwar had openly expressed his support of religious pluralism in his lecture at the London School of Economics last March entitled "Religion and pluralism in a divided world".

"This is the result of IKD's close association with Islam Liberal Network in Indonesia. They are also too supportive of Ulil Absar," said Yusri, referring to the Indonesian scholar who founded the Islam Liberal Network.

He said that the government leaders must also demonstrate their rejection to religious equality by not acknowledging other religious celebration and reminded Najib to stop attending the annual Hindu celebration, Thaipusam.

"In this matter, Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat should also not escape criticism as he had previously attended an official function at a Buddhist temple in Kelantan," said Yusri.

Yusri's sentiment was also echoed by Dr Muhammad 'Uthman El-Muhammady, who called on Muslims to fight against those who promote religious equality.

"This belief is dangerous and a threat that must be addressed swiftly. Islam cannot be equated with other religions," said Muhammad, a fellow at the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Another speaker, UKM's Nur Fahana Abd Rahman, asked federal Islamic authorities Jakim to issue a guideline to prevent Muslims from celebrating other religious celebrations, calling it an element of religious pluralism.

"Jakim for example must explain the Ponggal Festival, Deepavali, Lantern Festival and Mooncake Festival from religious and cultural perspectives," said Nur Fahana.

She said Muslims who regularly join in such celebrations must be made to understand the difference between tolerance and religious pluralism.

"We do not want religious pluralism to be promoted through education system like what has been happening in Indonesia," said Nur Fahana to some 500 people who attended the forum.

In an immediate reaction, PKR's religious understanding bureau chief Dr Muhammad Nur Manuty described the forum as an election campaign.

"This is just another character assassination against Anwar to weaken PKR, to portray Anwar an enemy of Muslims," Muhammad Nur told The Malaysian Insider.

"Some of them who spoke were once close to Anwar, maybe personal interest made them say those things," he added.


The Malaysian Insider

Konvensyen Pakatan petunjuk penting

Posted: 14 Dec 2010 10:23 PM PST

Semenjak Pakatan Rakyat menjadi peneraju kepada beberapa buah negeri selepas PRU ke 12, serangan Barisan Nasional (BN) yang masih menguasai kerajaan di peringkat Federal berterusan tanpa sebarang belas kasihan.

Sepanjang tahun 2008, 2009 dan kini 2010 tiada tanda-tanda reda serangan yang dilancarkan. Melihat kepada kuasa media perdana yang dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan Federal sememangnya "permainan" ini adalah berat sebelah dan tidak berada pada medan yang rata dan seimbang.

Sekonyong-konyongnya Pakatan diasak setiap saat walaupun Pakatan dengan keupayaan media yang terhad cuba untuk menangkis dan mempertahankan asakan ini, usaha Pakatan berbanding dengan kapasiti yang dimiliki tidak setanding dengan jentera berat media perdana yang tertumpu segala kekuatan terhadap Pakatan Rakyat.


Anehnya dalam episod asakan sejak 2008 hingga kini, negeri Pakatan Rakyat tetap teguh dan tidak tergugat. Kecuali Perak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan terus dipimpin oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri di empat negeri ini terus komited kepada janji yang ditawarkannya kepada rakyat dalam PRU ke 12 yang lalu.

Sejarah hitam Perak

Persaingan dalam dunia politik bukanlah sesuatu yang pelik dimana setiap parti akan bersaing untuk mendapat kuasa melalui penglibatan secara berpilihanraya yang asasnya ialah mengupayakan kuasa rakyat bagi menentukan parti mana yang akan menjadi pemerintah dan pembangkang.

Asas persaingan ini terbentuk melalui kematangan demokrasi yang cirinya ialah telus, prinsip undang-undang dan prinsip kebebasan. Hanya dengan ciri-ciri ini persaingan menjadi sehat dan keputusan yang dibuat akan dihormati dan dipertahankan bersama.

Namun episod hitam Perak pada awal tahun 2009 telah menafikan semua asas-asas tersebut sheingga peristiwa "rampasan kuasa" BN terus menjadi satu kes ikatan awalan yang buruk dan mencemarkan nama baik demokrasi berpilihanraya dari segala sudut piawaiannya.

Kemelut penyelesaian pula telah mempertunggangkan peruntukan undang-undang yang ada secara berat sebelah dan jelas unsur campurtangan politik. Lebih buruk daripada itu, bagaimana suara rakyat telah dipekakkan apabila seruan untuk referendum rakyat melalui pembubaran DUN dan pilihanraya semula dinafikan bulat-bulat.

Akibatnya Perak hidup dalam keadaan ketegangan politik dan keruncingan pihak yang merasakan haknya dirampas. Terpahatlah sejarah hitam yang lukanya terlalu dalam untuk sembuh dalam masa yang terdekat.

Politik sempit

Kejayaan Pakatan Rakyat di sebalik terpaksa menyonsang arus dengan sistem yang diasaskan oleh BN selama 50 tahun lebih bukanlah sekadar satu kemenangan politik tetapi lebih penting daripada itu ialah peluang untuk mencipta arus perubahan yang menjanjikan suasana dan keadaan yang lebih baik untuk negara.

Keperluan untuk perubahan yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat semakin mendesak apabila kejutan tsunami kecil 2008 telah menjadikan regim BN semakin rasis tabiatnya dan Umno telah memilih jalur ekstrim dalam tindakbalasnya kepada kejutan ini.

Umno dan BN telah mengeksploitasikan kerapuhan hubungan antara kaum di negara ini dengan menyemarakkan sentimen bangsa dan agama sehingga ia hilang maruah menabur fitnah api kebencian agama dan kaum.

Fitnah "Cina (DAP) anti Melayu dan Islam", "DAP akan hapuskan kuota Bumiputera", "PKR dan PAS gadai agama dan bangsa" ditiup dengan penuh niat jahat supaya kemarahan ini akan mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno dan BN.

Tindakan mengheret kepala lembu, membakar gereja dan mengeluarkan kenyataan rasis dari pemimpin Umno dan orang kanan Perdana Menteri sendiri membentuk kumpulan awan hitam menyelubungi politik tanahair.

Setelah 50 tahun merdeka, BN dengan Umno sebagai tonggaknya telah memutar jam balik ke belakang dengan bersikap rasis, melampau dan perkauman yang sempit. Malangnya media perdana menjadi perkakas untuk memenuhi kehendak sempit BN/Umno melalui pemberitaan terancang yang penuh dengan matlamat kotor mencemarkan imej Pakatan.

Isu Melayu

Sepanjang pasca PRU12, isu yang paling panas dilontarkan ialah isu Melayu dan Perpaduan Melayu, tujuannya ialah menimbulkan sentimen perkauman dan dilambung isu itu oleh para rasis dari parti perkauman sempit.

Sukar untuk kita memahami apa isu sebenarnya disebalik masalah Melayu yang dimainkan kerana Pakatan menganggap isu Melayu dalah non-isu! Isu Melayu dan Perpecahan Melayu adalah ciptaan Umno supaya segala ketempangan BN/Umno dikambus dengan menarik perhatian rakyat kepada isu yang penuh dengan sensitiviti!

Media dengan pengarahan parti perkauman sempit "membelasah" kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan tanpa memberi keadilan kepada apa yang dimaksudkan atau hanya mengambil sebahagaian daripada apa yang dikatakan.

Pemimpin Pakatan juga tidak diberi peluang untuk menjelaskan apa juga salah faham daripada kenyataan yang dieksploitasikan. Akhirnya matlamat sempit mereka tercapai untuk menimbulkan keresahan dan kebimbangan tentang longgarnya komitmen Pakatan terhadap isu Melayu.

Pakatan menganggap isu Melayu sebagai non isu kerana Dokumen Rakyat Pakatan yang ditawarkan pada 19 Disember 2009 menegaskan komitmen kepada tonggak Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, Kedudukan Istimewa Melayu, Raja Melayu dan Bahasa Melayu.

Kesemua itu ditawarkan dalam Dokumen Rasmi Pakatan dan ketiga-tiga parti berjanji untuk mempertahankan dan mendaulatkannya sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Pakatan menganggap isu Ketuanan Melayu hanyalah rekaan Umno untuk meneruskan matlamat mereka menimbulkan keresahan di kalangan rakyat tentang isu Melayu dan Islam.

Dasar kebajikan Pakatan Rakyat

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini lebih serius menawarkan pakej pemulihan ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh negara ini. Tidak dapat dinafikan prestasi buruk BN dalam PRU12 disebabkan antaranya kegagalan BN menangani pengurusan negara.

Antara yang menjadi kudis kepada BN ialah virus rasuah dan ketelusan yang diragui. Mahkamah terus diragui kerana tanggapan tidak bebas dan boleh dipengaruhi eksekutif.

Pakatan terus komited untuk memastikan pengurusan negara dibersihkan daripada rasuah melalui sistem tender terbuka dan mengikut merit, manakala kehakiman perlu kembali kepada "doctrine of separation" selain itu dasar berjimat cermat dalam perbelanjaan negara menjadi teras supaya habuannya akan dikembalikan kepada rakyat untuk kebajikan mereka.

Pakej ini bukan retorik tetapi telah dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Pulau Pinang dan Selangor memperkenalkan CAT dan Selcat manakala Kedah dan Kelantan memperkenalkan dasar Kesederhanaan.

Sebab itu Pulau Pinang berjaya meluaskan kebajikannya untuk rakyat. Selangor berjaya mengangkat Agenda Ekonomi Rakyat manakala Kedah berjaya menarik pelaburan kerana ketelusan pentadbirannya.

Kelantan pula mengekalkan kepimpinan yang sederhana sehingga disayangi rakyat dan berjaya menyelesaikan hutang yang tertunggak oleh kepimpinan BN sebelumnya. Dasar Kebajikan Kelantan melalui Kifalah, Ladang Rakyat dan kejayaan Kota Baru menjadi Bandaraya Islam pertama menjadi sebutan rakyat.

Pulau Pinang berjaya menjimatkan RM77 juta dan dengannya mampu membuat kebajikan kepada rakyat. Malangnya semua dasar kebajikan ini dipekakkan oleh media perdana. Konvensyen kali ini akan mempamerkan semua kejayaan ini untuk rakyat Malaysia.

Konvensyen untuk rakyat

Pakatan Rakyat selalu mengulangi komitmennya kepada rakyat walaupun seringkali diperkecilkan oleh musuh politiknya. Walaupun Pakatan berhadapan dengan berbagai halangan manipulasi dan fitnah usaha untuk melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat diteruskan dengan cemerlang.

Konvensyen kali ini penting untuk meyakinkan rakyat komitmen Pakatan. Ia penting juga untuk aktivis Pakatan dari ketiga parti untuk memahami dasar-dasar yang diperjuangkan dan meneruskan kesatuan mereka demi memperjuangkan kehendak rakyat.

Konvensyen kali ini mengajak rakyat untuk menyertai gerakan besar-besaran membuat perubahan melalui Pakatan. Konvensyen ini bukan soal DAP, PAS atau PKR tetapi ia persoalan rakyat yang perlu diyakini untuk meneruskan cita-cita perubahan.

Perubahan besar ke arah memperkasakan agenda rakyat dan meneruskan komitmen rakyat adalah mesej penting konvensyen kali ini. Konvensyen kali ini adalah suara rakyat, Pakatan hanyalah mengusahakan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Konvensyen ini berjiwa rakyat, membela rakyat dan menjemput rakyat bersama dalam usaha perubahan yang telah dimulakan oleh rakyat juga. Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember ini di Kepala Batas Pulau Pinang secara ringkasnya adalah untuk rakyat daripada rakyat. Bagi saya ia satu petunjuk penting.

Selamat Berkonvensyen!

Mujahid Yusoff Rawa

Temani Mayat Ibunya hingga Kebulur..

Posted: 14 Dec 2010 08:55 PM PST

Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu

Temani mayat ibu
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin


SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.


Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa ke dalam kenderaan polis, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.

"Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.

"Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.

"Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.

"Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu," katanya.

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


myMetro

Video Clip : Ucapan Anwar di Taman Melati

Posted: 14 Dec 2010 06:21 PM PST

Dalam ucapannya di Tapak Pasar Malam Taman Melati ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam dakwaan pemimpin Singapura bahawa mereka ada maklumat tentang keterlibatan beliau dalam kes liwat dan pada masa yang sama, menggesa perdana menteri menyangkal pendedahan WikiLeaks yang mengaitkannya dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh empat tahun lalu.

Ketua Pembangkang ini mencabar Datuk Seri Najib Razak melawan dakwaan itu sebagaimana dilakukan oleh beliau tanpa hanya mengetepikan pendedahan tersebut atas alasan ia perkara kecil.

"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah anda boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar di hadapan hadirin di Tapak Pasar Malam itu..

Part 1 0f 3



Part 2 of 3

part 3 of 3

Videoclip adalah hasil kerja Saudara Tripodone TKO

Pembangkang Tak Layak Perintah Negara - Raja Petra

Posted: 14 Dec 2010 06:04 PM PST

Susah macam ni.. perlu kita akui RPK memang mempunyai pengaruh yang kuat dialam cyber ini.. Apa yang tak kena dengan PKR agaknya, mungkin banyak yang dia tahu..

Tapi bagi aku, aku tetap berpegang kepada ayat yang pernah Raja Petra katakan sedikit masa dulu " Selagi saya masih menulis tentang Anwar dan PKR dan juga PR itu maknanya saya masih menyayangi mereka...."

RPK Serang PKR: Pembangkang Tak Layak Perintah Negara
Updated: Rabu Disember 15, 2010 MYT 12:08:34 AM

PETALING JAYA: Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang' parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini.

Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh Umno atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?," tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred, Isnin.

Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai 'kuda Trojan' serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak.


Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat.

"Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot.

"Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini," soalnya.

Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah.

"Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan.

"Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi," ujar Raja Petra.

Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung.

"Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung.

"Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini?

"Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar.

"Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar," tulisnya.

Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah.

Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan.


mStar

Singapura Berkata Laporan WikiLeaks Tidak Menyamai Rekodnya

Posted: 14 Dec 2010 06:01 PM PST

Rabu Disember 15, 2010

SINGAPURA: Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLekas dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri.

Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura hari ini, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.


Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi Selasa.

Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran."

Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama.

WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia.

Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat.


BERNAMA

Taman Melati menjadi saksi, adakah Anwar tidak popular lagi.. (Gambar)

Posted: 14 Dec 2010 10:19 AM PST

Berikut adalah sedikit gambar-gambar dari sekitar Ceramah Isu Terkini yang telah diadakan pada 14 December 2010 di Tapak Pasar Malam Taman Melati untuk dikongsikan bersama.


Antara penceramah yang hadir ialah DS Anwar Ibrahim,Tian Chua, Khalid Samad, Teresa Kok dan Ketua AMK kebangaan ahli-ahli AMK.. he..he..he.. dan juga Dato Tan Kee Kwong..

Permit dipohon sehingga 12.00 Tengah malam tapi pihak Polis hanya membenarkan sehingga jam 10.30 malam sahaja dengan syarat jika hadirin terlalu ramai ceramah akan dihentikan (syarat baru untuk ceramah PR)

Saksikan...

Polis yang menjaga keselamatan pemimpin PR










Gambar-gambar adalah hasil kerja Saudara Tripodone TKO..

Tiada ulasan: