BRIGED MP SEGAMBUT |
- SINGAPURA BERDOLAK DALIK DEMI SIAPA? NAJIB ATAU ANWAR?
- WAJARKAH SINGAPURA DITAKLUKKAN KEMBALI ATAS PENGHINAAN TERHADAP MALAYSIA?
- UMNO MULAKAN MENENTANG ANWAR DARI SUDUT AGAMA PULA?
- HEGEMONI SINGAPURA TERHADAP JIRANNYA PATUT DITAMATKAN SEGERA
- MUHASABAH DIRI:PAKATAN RAKYAT TAK LAYAK MEMERINTAH?
- RAMAI YANG BANKRAP:EKONOMI MALAYSIA BAGUSKA?
- ANWAR USAH MENYALAK SEPEERTI MAHADHIR?
- PEMBUNUHAN ALTANTUYA:NAJIB DITEKAN SINGAPURA??
- JANGAN BINCANG KES ALTANTUYA
- PENAMPAR BUAT PKR YANG SUDAH DIJANGKA!!
SINGAPURA BERDOLAK DALIK DEMI SIAPA? NAJIB ATAU ANWAR? Posted: 15 Dec 2010 08:48 AM PST Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLekas dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri. Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat." Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura hari ini, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks. Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi Selasa. Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran." Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama. WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia. Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat. - BERNAMA | ||
WAJARKAH SINGAPURA DITAKLUKKAN KEMBALI ATAS PENGHINAAN TERHADAP MALAYSIA? Posted: 15 Dec 2010 06:58 AM PST December 14, 2010 KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan Singapura menafikan maklumat pendedahan WikiLeaks bahawa pegawai-pegawai republik itu pernah memberikan pandangan politik yang memperlekehkan kepimpinan Malaysia termasuk Datuk Seri Najib Razak. "Mengenai aduan khusus yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia, dakwaan WikiLeaks (kononnya) diperkatakan oleh pegawai-pegawai Singapura tidak sepadan dengan rekod-rekod pada kami. Pertemuan yang didakwa tidak diadakan," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Singapura hari ini. Dalam kenyataan itu, jurucakap Kementerian Luar Singapura mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur T Jasudasen telah dipanggil oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman pagi ini untuk menyerahkan nota protes berhubung laporan media mengenai maklumat kabel-kabel diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks baru-baru ini. Menuurut kenyataan itu, Menteri Luar Singapura George Yeo telah menghubungi Anifah lewat hari ini untuk menjelaskan dasar republik tidak mahu mengulas mengenai pendedahan WikiLeaks. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Anifah memberitahu wartawan di bangunan Parlimen bahawa Wisma Putra telah menghantar nota bantahan kepada Singapura berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai kanan kementerian itu terhadap pemimpin negara ini yang didedahkan menerusi laman web, WikiLeaks. Anifah berkata beliau telah memanggil Jasudasen ke pejabatnya di Parlimen pagi ini bagi menjelaskan ketidakpuasan hati negara terhadap perdedahan tersebut. "Ia adalah adat diplomasi dan saya pagi ini telah panggil pesuruhjaya Singapura ke Malaysia untuk hantar nota bantahan dan saya katakan kenyataan ini tidak sepatutnya. "Oleh itu saya bertanya kerajaan Singapura apakah manfaat ataupun dari segi perhubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama ditambah pula dengan peningkatan hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Perdana Menteri antara Datuk Seri Najib dan (Lee Hsien Loong)," katanya. Anifah mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat pada November 2008, terhadap beberapa pemimpin negara ini. Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat. Anifah berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura ketika ini begitu akrab, justeru kenyataan yang dibuat oleh pegawai kanan Kementerian Luar Singapura tidak membantu ke arah usaha mengeratkan lagi hubungan kerjasama sedia ada. Katanya, penilaian yang dilakukan terhadap pemimpin Malaysia menerusi pendedahan laman web tersebut adalah menghairankan kerana pengurusan proses pembangunan Malaysia dan Singapura adalah berbeza. Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia. WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden. Malah Sabtu lalu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang "amat dikesali" ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington. Laporan Bernama semalam melaporkan, Singapura menyatakan bahawa laporan terkini WikiLeaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan. "Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang," kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar semalam. "Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini," kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan "bukan cakap-cakap atau mengumpat". Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan 'menyusahkan' Singapura. Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, "masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa." Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut. Seorang lagi pegawai diplomatik bernama Peter Ho pula dikatakan mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Dia juga mendakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang menyukainya kerana beliau naik dalam politik akibat pertalian keluarga. Ho juga didakwa mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya dan menyifatkan Najib seorang yang suka mengambil kesempatan. | ||
UMNO MULAKAN MENENTANG ANWAR DARI SUDUT AGAMA PULA? Posted: 15 Dec 2010 05:44 AM PST Anwar sering bawa mesej fahaman pluralisme agama
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan. Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad (gambar) berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut. Beliau berkata, seperkara lagi ialah kecenderungan Institut Kajian Dasar (IKD) terhadap perjuangan Jaringan Islam Liberal yang diterajui oleh Ulil Absar Abdullah iaitu seorang pejuang fahaman pluralisme di Indonesia. ''IKD amat sinonim dengan Anwar dan institut ini amat rapat dengan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Hasil hubungan mereka juga tertubuhnya Pusat Graduan Timur (Eastern Graduate Centre) di bawah IKD. ''Pusat ini diterajui oleh seorang graduan lulusan Timur Tengah dan untuk pengetahuan semua melalui pusat tersebut telah diterbitkan beberapa buku yang didapati menyokong fahaman pluralisme," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia: Satu Tinjauan Awal' dalam wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Yusri yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata antara judul buku yang dikaitkan dengan fahaman itu dan dihasilkan oleh pusat berkenaan ialah Islam dan Pluralisme, Agama dan Kebebasan Berfikir, Hukum Barat Pun Islam dan Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam. ''Inilah yang berlaku hasil daripada hubungan antara IKD dan Jaringan Islam Liberal di Indonesia. Mereka juga dilihat begitu menyanjung Ulil Absar Abdullah. ''Bagi saya penerbitan buku-buku ini amat berbahaya kepada umat Islam di negara ini kerana isu berkaitan dengan fahaman pluralisme agama amat berkaitan dengan soal akidah,"katanya. Dalam pada itu ketika ditanya oleh seorang peserta mengenai seriusnya penglibatan Anwar di dalam fahaman itu beliau berkata, berdasarkan fakta-fakta tersebut kecenderungan Anwar terhadap fahaman berkenaan nampak jelas. ''Anwar juga jika kita lihat ketika memberi komen dalam isu-isu tertentu seperti penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam begitu konsisten membenarkan mereka berbuat demikian," katanya. Dalam isu yang sama beliau turut meminta barisan kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri supaya mengelakkan diri daripada meraikan perayaan agama lain seperti Thaipusam. ''Dalam perkara ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tidak terkecuali menerima kritikan apabila menyertai satu majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan," katanya lagi. Sementara itu, beliau turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan fahaman pluralisme agama serta amalan yang berkaitan dengannya. ''Saya juga ingin mengesyorkan individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini diberi nasihat serta teguran dan jika mereka ingkar tindakan undang-undang perlu dikenakan," tambahnya. | ||
HEGEMONI SINGAPURA TERHADAP JIRANNYA PATUT DITAMATKAN SEGERA Posted: 15 Dec 2010 01:01 AM PST Kementerian Luar sudah menghantar nota bantahan kepada Singapura berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai kanan kementerian itu terhadap pemimpin negara ini yang didedahkan menerusi laman web, WikiLeaks. Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T Jasudasen ke pejabatnya di Parlimen pagi ini bagi menjelaskan ketidakpuasan hati negara terhadap perdedahan berkenaan. "Ini adalah adat diplomasi dan saya pagi ini telah panggil pesuruh jaya Singapura ke Malaysia untuk hantar nota bantahan dan saya katakan kenyataan ini tidak sepatutnya. "Oleh itu saya bertanya kerajaan Singapura apakah manfaat ataupun dari segi perhubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama ditambah pula dengan peningkatan hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Perdana Menteri antara Datuk Seri Najib Razak dan (Lee Hsien Loong)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Anifah mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat pada November 2008, terhadap beberapa pemimpin negara ini. Kabel itu, mencatatkan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat. Anifah berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura ketika ini begitu akrab, justeru kenyataan yang dibuat oleh pegawai kanan Kementerian Luar Singapura tidak membantu ke arah usaha mengeratkan lagi hubungan kerjasama sedia ada. Katanya, penilaian yang dilakukan terhadap pemimpin Malaysia menerusi pendedahan laman web tersebut adalah menghairankan kerana pengurusan proses pembangunan Malaysia dan Singapura adalah berbeza. Beliau berkata ini kerana negara ini menerusi konsep gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan," yang lebih menekankan kebajikan rakyat berbanding negara republik itu. "Kita mempunyai tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India...Kalau tidak silap ada 214 kumpulan etnik di negara ini. Apa yang dipanggil tidak kecekapan " daripada penangan Singapura, sebenarnya kita turun ke bawah berjumpa dengan rakyat dan kemungkinan Singapura menganggap apa yang kita buat ini adalah remeh temeh walhal ia adalah kepentingan rakyat. "Disebabkan itu, saya katakan pengurusan Singapura adalah berbeza dengan Malaysia," kata Anifah. Beliau berkata sebagai jurucakap kerajaan Malaysia, menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan warga negara Malaysia termasuklah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, selaku Menteri Luar sudah tentu ada pihak dari negara luar akan bertanya mengenai pendedahan tersebut sama ada ia benar atau tidak, namun terpulang kepada individu yang dituduh untuk mempertahankan diri mereka. "Saya tidak dapat mengulas atau tidak mempertahankan apa yang diperkatakan pemimpin negara jiran sama ada betul atau tidak...saya cakap sebagai menteri luar kerana orang yang dituduh itu adalah warga negara Malaysia," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata ada keperluan bagi parti pembangkang untuk mempertahankan pendiriannya berikutan mereka sering kali dituduh kerana: "Tiada sangkut paut dengan Malaysia, ini adalah tuduhan yang dilemparkan oleh negara jiran dan bekas pemimpin, jadi tiada sangkut paut dengan konspirasi politik di Malaysia". - Bernama | ||
MUHASABAH DIRI:PAKATAN RAKYAT TAK LAYAK MEMERINTAH? Posted: 14 Dec 2010 11:04 PM PST Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang tidak sebulu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus `menyerang' parti pembangkang itu dengan menyatakannya tidak layak memerintah negara ini. Raja Petra berkata, ketika dia menegur parti itu mereka amat kecoh mendakwanya disogok oleh Umno atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Sheesh, macam ini nak memerintah negarakah?," tulis Raja Petra dalam ruangannya, No Holds Barred, Isnin. Para pemimpin PKR mengecam Raja Petra dengan hebat malah melabelkannya sebagai 'kuda Trojan' serta mendakwanya telah dibeli oleh sesetengah pihak. Raja Petra menulis, dia dianggap sebagai musuh Pakatan Rakyat. "Bagaimanapun, sekiranya saya bodek Pakatan Rakyat dan menghentam Barisan Nasional, saya akan menjadi anak sejati Malaysia, seorang patriot. "Inilah cara minda pembangkang berfungsi dan kita ingin mereka memerintah negara ini," soalnya. Dia menambah, apabila Malaysia Today membocorkan rahsia dan kertas-kertas sulit yang memudaratkan kerajaan, mereka tidak melatah. "Apabila WikiLeaks membocorkan rahsia-rahsia negatif kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya, PKR bertepuk tangan, bersorak serta berkata, WikiLeaks ialah satu anugerah Tuhan. "Sekarang bila keadaan sebaliknya berlaku, anda melatah dan mendakwa berlaku konspirasi dan sub judice. Berhenti menangis seperti bayi," ujar Raja Petra. Katanya, ramai kecewa dengan laporan WikiLeaks mengenai pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, mereka berasa ia adalah tidak adil dan beretika bagi WikiLeaks untuk menerbitkan satu laporan berhubung dengan isu tersebut ketika prosiding mahkamah masih berlangsung. "Sudah pasti, saya bersetuju, perbicaraan itu sedang berlangsung. Jadi kita tidak sepatutnya memberikan komen tentang sesuatu perbicaraan yang sedang berlangsung. "Namun, sejak bila parti pembangkang menghormati peraturan ini? "Semasa perbicaraan Liwat 1, kita mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) kaw kaw (secara hebat) dan berkata apa-apa sahaja mengenai isu tersebut bagaimana beliau mengenakan Anwar. "Sekarang di perbicaraan Liwat 2, kita menghentam Najib dan mendakwa beliau turut mengenakan Anwar," tulisnya. Raja Petra menambah, Malaysia Today bukan sahaja lantang bersuara dalam kes perbicaraan Anwar bahkan beberapa kes besar termasuk kepincangan kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semasa ia masih dibicarakan di mahkamah. Dia memberitahu, mereka yang suka mencari pasal perlu bersedia untuk menerima kritikan. | ||
RAMAI YANG BANKRAP:EKONOMI MALAYSIA BAGUSKA? Posted: 14 Dec 2010 08:26 PM PST Seramai 87,583 individu diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus diisytiharkan bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini. Berikutan daripada itu, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang | ||
ANWAR USAH MENYALAK SEPEERTI MAHADHIR? Posted: 14 Dec 2010 07:22 PM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks. Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan. "Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan. "Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya," katanya kepada Malaysiakini. SAYE RASA INI ADALAH TIDAK BIJAK BAGI ANWAR YANG MENYALAK IKUT NYALAKAN YANG SUMBANG | ||
PEMBUNUHAN ALTANTUYA:NAJIB DITEKAN SINGAPURA?? Posted: 14 Dec 2010 06:20 PM PST Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara. "Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita. "Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri. Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu. Sementara itu, ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia. "Perdana Menteri diberi gambaran yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri Singapura. "Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu," kata beliau. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan Malaysia. "Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya. "Kita bimbang tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia," katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri. Mereka juga akan membantu memulakan kempen untuk mendapatkan kesemua kabel-kabel ini untuk dinilai secara adilnya oleh rakyat Malaysia. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR petang tadi ke Kedutaan Singapura bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik pulau itu. Baru-baru ini laman web antarabangsa, Wikileaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu. 'Maklumat' itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh. | ||
Posted: 14 Dec 2010 05:17 PM PST Walaupun penuh dengan sekatan polis, ia tidak menghalang orang ramai memenuhi kawasan lapang taman Melati dekat sini untuk mendengar sendiri penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya tentang tuduhan terbaru para pemimpin Singapura melalui WikiLeaks. Dan di majlis itu, Anwar tidak hilang karismanya sebagai pemimpin apabila berkata, "Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ianya perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat." "Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doctor, bawa ke mahkamah," kata Anwar disambut tepukan gemuruh para penyokongnya. Anwar merujuk kepada dakwaan para pemimpin Singapura dan diplomat mereka dalam apa yang dinamakan sebagai pendedahan oleh WikiLeaks melalui media Australia yang antara lain mendakwa Anwar telah diperangkap oleh musuhnya dalam kes sodomi dan Anwar sendiri memasuki perangkap itu. Walaupun cuba diterangkan oleh para pemimpin Pakatan mengenainya, namun semua media tradisional negara menutupnya. Laporan WikiLeaks juga diambil tentang dakwaan Lee Kuan Yew terhadap Anwar sahaja tetapi laporan tentang pembunuhan Altantuya Shariibuu tidak disiarkan. Di samping Anwar, turut berceramah adalah anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, anggota Parlimen Batu Tian Chua, Tan Tee Kwong, Shamsul Iskandar dan juga Teresa Kok. Tian Chua dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal itu. "Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini," kata Tian. Siang tadi, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Tun Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan sodomi itu. Anwar mula menjelajah negara mulai semalam. Esok 16 Disember, Anwar akan berada di Dataran Muhibbah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah 19 Disember ini yang akan berakhir di Pulau Pinang. | ||
PENAMPAR BUAT PKR YANG SUDAH DIJANGKA!! Posted: 14 Dec 2010 04:14 PM PST Bekas naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini. Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka. Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan. "Jeffrey (kanan) tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber itu kepada Bernama. Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Pemerhati politik melihat pengunduran Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' untuk BN. - Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan