Selasa, 14 Disember 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TAHUKAH ANDA BAHAWA ANWAR ITU BODOH?

Posted: 13 Dec 2010 11:03 PM PST

"Siapakah yang berfikiran waras, akan dengan sengaja memasuki perangkap jika dia sudah tahu mengenainya?" kata peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 02"Ini sama sekali tidak logik dan benar-benar tak masuk akal," kata
Sankara Nair (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.
Sankaran menjawab dakwaan dalam Wikileaks yang tuduhan liwat terhadapnya adalah satu perangkap oleh musuh politiknya.
Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah dipetik dalam satu pendedahan sebagai berkata Anwar mungkin mengetahuinya "tapi tetap masuk ke dalamnya (perangkap)".
Dalam satu kenyataan, Sankara berkata Anwar sudah menyedari sesuatu yang jahat sedang dirancang, seperti yang dibayangkannya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada tarikh 3 Julai 2008.

Sewaktu wawancara itu, Anwar berkata, beberapa minggu sebelumnya, beliau telah diberitahu bahawa IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) sedang mereka sesuatu, dan itu lima atau enam hari sebelum "seseorang datang memberitahu saya bahawa ini adalah serius."

"Ini disampaikan kepada saya dan saya terfikir bagaimana mereka akan membiarkan isu '98 untuk muncul kembali," kata Sankara.

Sementara itu, Anwar menafikan tuduhan tersebut,dalam catatan Twitternya, "Source? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada"
Sankara juga juga mendakwa akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia mengamalkan 'kewartawanan yang tidak bertanggungjawab' dalam melaporkan pendedahan tersebut.
Katanya, media tempatan telah memilih untuk bergantung kepada laporan untuk menerbitkan perkara yang tidak terbukti dan hanya berdasarkan kepada desas-desus dan telahan.

"Sampai saat ini, semakan kami dengan rakan sejawatan serta pelbagai sumber menunjukkan tiada rujukan seperti itu dibuat oleh Wikileaks berdasarkan tuduhan khusus seperti yang dilaporkan dalam Herald Sun (Sydney Morning Herald)," katanya.

Sankara mendakwa akhbar berkenaan sengaja mengherotkan laporan tentang Anwar dan memfokus terhadapnya sahaja dan meninggalkan semua tuduhan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan yang lain-lain.

Jelas, kata Sankara, kedua-dua khabar tersebut mempunyai "motif jahat dan telah mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab".

'Subjudis untuk dilaporkan'

Sankara juga menyifatkan laporan mengenai dakwaan tersebut sebagai "jelas subjudis" dan ia mungkin merupakan satu penghinaan mahkamah, kerana perbicaraan sedang berlangsung.

Katanya, penerbitan kenyataan yang berkaitan dengan dakwaan kesalahan itu adalah dilarang.

Katanya, tindakan itu menceroboh integriti perbicaraan dan hakim berkewajiban untuk melindungi kesucian perbicaraan, terutama daripada mereka yang bukan dalam sistem kehakiman jenayah, dan dalam hal ini, pihak media.

Menurutnya, laporan media telah mensasarkan tepat pada perbicaraan dan "kami amat memandang berat terhadapnya".

Sambil menegaskan bahawa hakim juga manusia, Sankara berkata, fokus media itu boleh mempengaruhi persepsi umum terhadap Anwar.

PAS DAN POLITIK SEMASA

Posted: 13 Dec 2010 08:15 PM PST

MEMANG SUDAH SAMPAI MASANYA PAS MERUBAH PENDEKATAN STRATEGI POLITIKNYA UNTUK DISESUAIKAN DENGAN REALPOLITIK MALAYSIA..

ISU NEGARA ISLAM WAJAR DI PENDAM DAHULU DAN JANGAN DIUNGKIT DALAM KEADAAN YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN PERJUANGAN PARTI DAN MENJELEKKAN ISLAM ITU SENDIRI..

PAS WAJAR MENJUNJUNG NILAI NILAI ISLAM SAHAJA UNTUK DIKETENGAHKAN  YANG DAPAT DITERIMA SEMUA MANUSIA SPERTI KEADILAN DAN KEBAJIKAN SERTA IHSAN TANPA MENGGUNA PAKAI NAMA ISLAM DENGAN MENJADIKAN PIAGAM MADINAH SEBAGAI TAMSILNYA.


ISLAM LEBIH MENITIK BARATKAN KEADAAN YANG SEDEMIKIAN DARIPADA NAMA DAN IMEJ ISLAM ITU TERCEMAR KARENA PENDEKATAN YANG TIDAK MANUSIAWI HANYA AKAN MENJAUHKAN MANUSIA DARI ISLAM ITU SENDIRI.



CONTOHILAH RASULUULLAH YANG SANGGUP NAMA BELIAU DIGUGURKAN DALAM PERJANJIAN DENGAN KAFIR KURAIS UNTUK MEWUJUDKAN KEMENANGAN JANGKA PANJANG.


AMENO DAN PENCURI DAN PEROMPAK YANG MEMIMPIN NEGARA?

Posted: 13 Dec 2010 07:05 PM PST

Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara,"

Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam. "Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.
"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan,"

Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.
http://gemasuara.blogspot.com/

negara DALAM BAHAYA AKIBAT KETAKUTAN BN UMNO?

Posted: 13 Dec 2010 06:34 PM PST

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung kenyataannya bahawa tidak ada kerajaan lain yang boleh mentadbir Malaysia selain Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu amat berbahaya dan menggambarkan BN sedang membuat perancangan untuk melakukan rampasan kuasa sekiranya mereka tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Ini satu kenyataan yang berbahaya kepada proses demokrasi dalam negara kita. Ia memberikan gambaran bahawa kalau Umno BN tak menang, siapa pun tak menang.

"Ini menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang akan dilakukan, apa yang akan berlaku selepas pilihan raya umum akan datang ini?

"Adakah ini bermakna satu rusuhan akan dilakukan oleh Umno BN atau adakah Najib melalui Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu beliau dan Menteri Pertahanan yang merupakan bekas setiausaha beliau suatu masa dahulu aan melakukan satu rampasan kuasa atau kudeta melalui ketenteraan dalam negara kita?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, Najib seolah-olah terdesak dan tidak yakin mampu mempertahankan BN sehingga mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.

"ni satu ugutan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan juga bukan sekadar ugutan tapi seperti persiapan dan perencanaan untuk menghadapi pilihan raya.

"Perdana Menteri sendiri seakan-akan tidak yakin untuk menang tapi pasti tidak akan ada pihak lain yang akan menang," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang media sama berkata, kenyataan Najib itu merupakan satu tamparan kepada rakyat Malaysia.

"Kita minta Perdana Menteri buat kenyataan yang jelas, sekiranya rakyat memilih selain daripada BN, mereka akan serah kuasa dengan cara yang bertangungjawab dan amanah seperti mana dalam proses demokrasi," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, kenyataan itu menggambarkan BN seolah-olah berniat melanggar proses demokrasi di negara ini.

"Ini menggambarkan sebenarnya Umno/BN tidak mengamalkan konsep demokrasi berparlimen,tidak percaya kepada pilihan raya malah awal-awal lagi mengugut dan memberi isyarat bahawa itulah sikap beliau dan sikap Umno BN.

"Ini ternyata bercanggah dengan segala yang kita perjuangkan selama ini.

"Keadaan ini mengimbau senario di negara Ivory Coast di Benua Afrika, apabila pihak yang tewas enggan mengosongkan Istana Presiden, walaupun tewas dalam pilihanraya," katanya.

Sabtu lalu, Najib mengeluarkan kenyataan demikian yang disiarkan media arus perdana.

UMNO BN SANGGUP RAMPAS KUASA JIKA TEWAS PRU 13?

Posted: 13 Dec 2010 05:20 PM PST

Mahfuz menyifatkan kenyataan oleh Najib itu sebagai berbahaya. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.
"Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan dating?" katanya lagi.
"Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang," kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

DAP MENUJU MESRA ISLAM

Posted: 13 Dec 2010 04:19 PM PST

Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.
Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Tiada ulasan: