Isnin, 13 Disember 2010

pemuda cheh

pemuda cheh


pemimpin BN Pernah buat macam ni tak?

Posted: 12 Dec 2010 07:32 PM PST

Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Lim Guan Eng sedang makan nasi bungkus, menu yang sama juga telah disediakan untuk semua delegasi.. makan disamping delegasi, tanpa meja VIP...

Err.. Najib atau Muhyiddin korang pernah tengok makan macam ni?
sepatutnya semua pemimpin wajib bersikap begini. baru lah boleh dikatakan wakil rakyat....berkhidmat untuk rakyat. bukannya rakyat yang menjadi hamba kepada mereka. bukannya bila mereka datang untuk bertemu dengan kita..rakyat bawahan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan mendirikan khemah-khemah berhawa dingin, dibentangkan karpet merah, menyediakan jamuan yang enak-enak yang hanya dilihat oleh rakyat bawahan. mereka datang dengan kereta besar, minyak diisi oleh kerajaan(duit kita rakyat) duduk hotel beribu bintang. kita sebagai rakyat apa yang dapat. dituduhnya kita pengkhianat....kerana apa...kerana membongkarkan penyelewengan yang berlaku didalam felda.



kenapa kita rakyat yang mesti takut dan tunduk pada pemimpin. kenapa kita rakyat mesti patuh pada pemimpin. jawapannya ialah kerana pemimpin itu telah melaksanakan amanat yang rakyat berikan pada mereka. kerana pemimpin itu telah melaksanakan perintah yang telah diturunkan oleh allah dan rasul. meletakan ugama allah pada tempat yang sepatutnya.mengurus negara dengan adil, bersih,telus dan amanah.kita wajib patuh pada pemimpin yang begini. tapi bukan menjadi hamba kepada mereka.kita wajib patuh selagi mereka juga patuh pada perintah allah.tetapi jika sah mereka melanggar dan ingkar pada perintah allah dengan melakukan penindasan,penyelewengan,kezaliman..... yang terang-terang didepan mata hanya pandai membuat kekayaan, bermulut manis, dan menunjukkan kekayaannya ....batang hidung hanya kelihatan di musim-musim pilihanraya sahaja. maka wajib kita tentang mereka dan menjatuhkan mereka.

kalau dulu pemimpin-pemimpin Bn kerap kali melaungkan kata-kata bahawa jika negara ini jatuh kepada pembangkang, maka negara akan huru-hara.ingat tak kita kalau dulu bila nak pilihanraya umum maka orang-orang kampung akan membeli keperluan seperti beras,garam dan gula dengan kuantiti yang banyak. takut kalau pembangkang menang akan jadi huru hara. tapi kini terbukti memang BN kaki penipu.....kelantan 20 tahun dibawah PAS tak jadi huru hara pun. Kedah, Selangor dan Pulau Pinang tak jadi apa-apa pun. malah lebih baik lagi jika nak dibandingkan dimasa pemerintahan BN. 53 tahun BN perintah tak rasa air percuma seperti di SElangor dan Pulau Pinang. pendapatan hasil negeri bertambah. bonus pun dapat lebih dari yang Bn boleh bagi.(pulau pinang aje)

sudah tiba masanya untuk rakyat berubah. bagi peluang kepada pakatan rakyat PR untuk membuktikan kebolehan mereka untuk merubah hidup rakyat malaysia. untuk mendapat hidup yang lebih terbela. untuk punyai pemimpin yang memimpin rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. yang mempunyai jiwa dan harapan rakyat...... hidup sederhana ....tidak membuat kekayaan untuk diri dan keluarga.......kita tidak akan rugi apa-apa. Jika mereka gagal tunaikan janji mereka maka kuasa ditangan kita..... jatuhkan mereka pada pilihanraya seterusnya....... bukti didepan mata.....lihat negeri-negeri dibawah PR. jangan percaya pada media tali barut..... pergi sendiri melawat mereka.......sempena cuti-cuti malaysia. atau layari laman web kerajaan negeri untuk maklumat sebenar.

sudah cukup banyak penyelewengan di depan mata.....PKFZ, KAPAL SELAM SCORPENE, ENJIN F5, PERWAJA STEEL, KHIR TOYO, TAIB MAHMUD,SYABAS, STADIUM GONG BADAK, MASJID KRISTAL, MONSOON CUP, ROYALTI MINYAK KELANTAN DAN TERENGGANU..........BERUBAH LAH RAKYAT MALAYSIA.




Analisis & congakan Untung Nasib PR Perak dalam PRU13

Posted: 12 Dec 2010 05:26 PM PST



"SEPINTAS LALU PILIHANRAYA UMUM 2008  Dalam Pilihanraya Umum 2008 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Perak,jumlah pengundi berdaftar adalah sebanyak satu juta seratus sembilan puluh enam ribu seratus enam puluh orang pengundi (1 196 160) di 59 buah Dun dan 24 buah Parlimen di negeri Perak. Secara pecahannya pula,bilangan pengundi mengikut kaum adalah Melayu (53.1%),Cina (35.61%),India (10.88%) dan lain-lain (1.22%).Berikut pula adalah jumlah undi yang diperoleh oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Perak:

LEMBARAN SATU
N1-N14
LEMBARAN 2
N15-N28

LEMBARAN 3
N29-N42

LEMBARAN 4
N43-N59



Pada dasarnya,berdasarkan keputusan PRU 12 tersebut,kedudukan kerusi adalah berimbang di mana BN memiliki 28 buah kerusi manakala PR pula berjaya membentuk kerajaan dengan kelebihan tiga kerusi apabila berjaya memenangi 31 buah kerusi.Untuk rekod,kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang melalui tindakan tiga orang Adunnya lompat parti dan menjadi proksi Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Perak.

Walaupun hanya dibezakan dengan tiga kerusi,undi popular iaitu jumlah undi terkumpul untuk seluruh negeri Perak adalah sebanyak 53 peratus bagi Pakatan Rakyat dan 47 peratus bagi Barisan Nasional.Di beberapa buah negara lain,undi popular diambil kira dalam menentukan kerajaan yang bakal dibentuk dan jika ini digunapakai,Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai sebuah kerajaan yang kuat di Perak selain boleh mengelakkan kes lompat parti daripada terus berlaku.

Antara faktor utama pengumpulan jumlah undi yang tinggi oleh Pakatan Rakyat adalah kerana jumlah majoriti yang diperoleh di kawasan pengundi Cina cukup tinggi,manakala di kawasan Melayu Campuran,Barisan Nasional hanya menang dengan majoriti undi yang kecil di bawah paras 1000 undi.Majoriti tertinggi di Perak diperoleh oleh DAP melalui calonnya Ngeh Koo Ham di Sitiawan yang memperoleh majoriti 8529 undi manakala majoriti terendah diperoleh oleh calon UMNO bagi Dun Pengkalan Baru,Datuk Hamdi Abu Bakar yang menewaskan calon Pas dengan hanya berkelebihan 14 undi.

Sebagai sesuatu yang penting untuk diperhatikan,berikut disenaraikan kawasan-kawasan Dun yang dimenangi oleh wakilnya dengan kelebihan undi kurang daripada 1000 undi:

1.N5 Selama (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 355

2.N6 Kubu Gajah (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 66

3.N9 Kuala Kurau (kawasan Campuran)
PKR menang majoriti 467
4.N10 Alor Pongsu (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 95

5.N12 Selinsing (kawasan Melayu)
Pas menang majoriti 547

6.N13 Kuala Sepetang (kawasan Campuran)
PKR menang majoriti 564

7.N15 Trong (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 916

8.N16 Kamunting (kawasan Campuran)
UMNO menang majoriti 555

9.N17 Pokok Assam (kawasan Cina)
DAP menang majoriti 865

10.N20 Lubuk Merbau (kawasan Melayu)
Pas menang majoriti 72

11.N23 Manjoi (kawasan Campuran)
UMNO menang majoriti 348

12.N29 Kepayang (kawasan Campuran)
DAP menang majoriti 490

13.N35 Manong (kawasan Melayu)
UMNO menang majoriti 749

14.N36 Pengkalan Baru (kawasan campuran)
UMNO menang majoriti 14

15.N43 Sungai Rapat (kawasan campuran)
UMNO menang majoriti 636

16.N45 Teja (kawasan Cina)
PKR menang majoriti 175

17.N53 Rungkup (kawasan campuran)
UMNO menang majoriti 454

18.N56 Changkat Jong (kawasan campuran)
PAS menang majoriti 899

PRU 13 TAHUN 2011?
Khabar angin begitulah.Mungkin tempoh kerajaan memerintah penggal yang ke 12 ini akan menjadi tempoh yang paling singkat dalam sejarah politik negara.Pelbagai petanda awal ditebak untuk merasionalkan tekaan bahawa PRU 13 bakal berlaku seawal Mac depan rentetan daripada teka-teki Pilihanraya Negeri Sarawak,penangguhan pemilihan MT UMNO selama lapan belas bulan dan terbaru pendakwaan terhadap DS Mohd Khir Toyo.Sebagai penganalisis politik yang tidak bertauliah,penulis merasakan penanda-penanda aras tersebut sudah terlampau dekat,namun persoalannya adakah Pakatan Rakyat dan Pas khususnya telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya ini?Di pihak Barisan Nasional,semestinya mereka telah ada satu "grand-design" merampas Perak secara rasmi seperti yang berlaku pada Terengganu pada tahun 2004.Cuma yang untungnya,persempadanan semula masih belum mampu dibuat,maka terselamatlah kawasan-kawasan pengundian daripada kekacauan persempadanan tersebut.

Di Perak umumnya,tiada pihak yang boleh merasa selesa dengan kedudukan sebenar,di mana BN akan turun sebagai kerajaan dan PR juga akan turun sebagai kerajaan.Jika dahulu dalam tahun-tahun sebelumnya BN turun sebagai penyandang dan PR pula tidak meletakkan harapan yang terlampau tinggi,kini tidak lagi. Tumpuan bakal terarah kepada siapa yang sebenarnya diiktiraf secara rasmi sebagai kerajaan di hati rakyat. Oleh itu,kedudukan akan dijangka panas di 18 buah kerusi terbabit kerana kekuatan kedua-dua belah pihak sebenarnya berimbang dan dipisahkan dengan majoriti yang kecil.Untuk rekod juga,sepuluh kawasan panas tersebut diwakili oleh wakil BN manakala 8 daripadanya pula adalah wakil daripada Pakatan Rakyat. Persoalannya,adakah kerusi-kerusi tersebut bakal beralih arah atau kekal di status quo masing-masing?

Ramalan Berdasarkan Situasi Semasa

Dap mempunyai 18 buah kerusi di mana kesemuanya adalah kawasan majoriti Cina dan kawasan campuran majoriti Cina.Hanya terdapat satu kerusi dominasi Cina dimenangi oleh calon MCA dalam PRU12 iaitu di Dun Chenderiang.Di atas kertas,majoriti yang diperoleh oleh calon DAP cukup tinggi kecuali di dua Dun iaitu Dun Pokok Assam dan Kepayang.Oleh itu,secara realistiknya,dijangka DAP bakal menghadapi laluan mudah  untuk mempertahankan 16 daripada 18 kerusinya di Lembah Kinta.

Malah,secara analisis mudah,dijangkakan DAP bakal mendapat pertambahan undi yang tinggi di kesemua kawasan yang ditandinginya memandangkan peratus sokongan kaum Cina dianggarkan beralih kepada setinggi 70 peratus kepada Pakatan Rakyat kesan sentimen perkauman yang ditimbulkan semenjak akhir-akhir ini.Malah,kredibiliti MCA dan Gerakan sebagai parti yang mewakili kaum Cina di Perak dilihat malap tanpa mempunyai tokoh yang mampu mengembalikan sokongan kaum Cina kepada mereka.Sebenarnya, sekiranya kita rajin untuk memerhatikan perkara ini,peralihan undi Cina di Perak kepada DAP bukan berlaku pada tahun 2008 tetapi semenjak tahun 2004 lagi menjadikan DAP menjadi wakil pembangkang teramai di Parlimen kebanyakannya disumbangkan oleh kerusi-kerusi dari negeri Perak seperti Ipoh Timor,Ipoh Barat dan Batu Gajah.Maka,adalah diyakini bahawa sokongan ini akan kekal disebabkan tiadanya faktor penolak yang jelas dalam kalangan pengundi Cina terhadap DAP di Perak.

Oleh itu,16 buah kerusi mungkin sudah di dalam tangan Pakatan Rakyat.Persoalannya,bagaimana pula hendak mencari baki sekurang-kurangnya 15 lagi kerusi seperti dalam Pilihanraya Umum yang lalu?Adakah Pakatan Rakyat dapat mengekalkan status quo di kerusi-kerusi mereka termasuk kerusi Jelapang,Behrang dan Changkat Jering yang mana Adunnya telah lompat parti?Itu adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan oleh kita semua.

Mengintai Kekuatan Barisan Nasional

Jika kita hendak mencongak untung nasib politik sendiri,memahami kekuatan lawan adalah sesuatu yang penting untuk kita mengatur gerakerja bersama.Jika kekuatan Hang Tuah terletak pada huruf Ta,persolannya di manakah letaknya kekuatan Barisan Nasional?

Perlu diingatkan,kekuatan BN bukan terletak pada huruf B mahupun N,tetapi kekuatan mereka sekarang tidak lain dan tidak bukan adalah perkauman.Lihatlah bagaimana gendang perkauman dipalu dan dicanang rentaknya tingkah-bertingkah.Adakah kita fikir strategi itu tidak menjadi?Sebenarnya,cakap-cakap perkauman ini masih lagi laku dalam kalangan orang Melayu luar bandar yang tidak mengikuti media baru. 

Oleh itu,secara umumnya,di sini disenaraikan kawasan-kawasan Dun di Perak yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya UMNO iaitu Dun Pengkalan Hulu,Temenggor,Kenering,Kota Tampan,Batu Kurau,Lintang,Hulu Kinta,Bukit Chandan,Belanja,Bota,Tualang Sekah,Chenderiang,Ayer Kuning,Sungai Manik,Kampung Gajah,Pangkor dan Slim.Jika dicongak,terdapat 17 buah kerusi selesa untuk Barisan Nasional di Perak.

Di peringkat Pakatan Rakyat pula terdapat 16 kerusi selesa DAP,dua untuk PKR dan dua untuk PAS.Ini bermakna terdapat 20 kerusi selesa untuk Pakatan Rakyat.

Jika ditambah 20 kerusi Pakatan dan 17 kerusi Barisan,maka terdapat 37 buah kerusi quo daripada kedua-dua belah pihak,maka masih terdapat baki 22 buah kerusi Dun yang perlu direbut oleh kedua-dua belah pihak bagi membentuk kerajaan.Secara umumnya,perlumbaan kali ini bukan hanya mahu mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan tetapi lebih daripada itu mendapatkan seberapa banyak jumlah kerusi supaya mampu membentuk kerajaan yang kuat sekaligus mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali.Oleh itu,untuk mendapatkan kerajaan yang kukuh,sesebuah parti perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 40 buah kerusi supaya kedudukan dalam Dun menjadi 40-19 dan mencapai kedudukan 2/3 dewan.

Peluang Pakatan Rakyat?
Dalam pilihanraya umum yang lalu,UMNO dilihat mengungguli kerusi majoriti Melayu dan DAP menguasai kerusi majoriti Cina.Jika ini masih berlaku,kedudukannya masih seimbang 17-16.Untuk menang,mana-mana parti tidak boleh bergantung kepada kawasan yang berdemografi majoriti sesuatu kaum,malah sebenarnya perlu menembusi kerusi campuran yang banyak di Perak.Oleh itu,isu perkauman adalah tidak relevan dalam kes di Perak.

Jika isu perkauman cukup berjaya pun di Perak,UMNO hanya mampu menang di kerusi Melayu (di mana mereka memang telah mendominasi di kerusi Melayu).Jika UMNO terus menerus dengan agenda perkaumannya,maka diyakini bahawa mereka akan tewas di kerusi-kerusi campuran di mana terdapat kawasan campuran yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional dengan majoriti tipis.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah satu contoh kerusi campuran yang menarik untuk diperhatikan.

Dalam Pilihanraya Umum 2008,Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55 471 orang pemilih berdaftar.Secara umumnya,kawasan Bukit Gantang dianggap sebagai satu kawasan campuran dengan peratusan pengundi 63.5% Melayu,27.1% Cina,9.1% India dan baki 0.2% lain-lain kaum.Berikut adalah keputusan rasmi PRU12:

Allayarham Roslan Shaharum (PAS)     20 015
Datuk Azim Zabidi                 (BN )      18 499
M.Morgan                            (bebas)     872

majoriti: PAS - 1566

Pada 7 April 2009,satu Pilihanraya kecil di P59 Bukit Gantang diadakan setelah kematian penyandang,Haji Roslan Shaharum (Pas) secara mengejut akibat serangan penyakit jantung.Keputusan PRK Bukit Gantang tersebut menunjukkan Pas menang dengan majoriti 2789,meningkat daripada 1566 sebelumnya.Jumlah undi yang diperolehi oleh calon Pas,Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah sebanyak 21 860 manakala calon BN,Ismail Saffian pula memperoleh 19 071 undi.Walaupun terdapat peningkatan undi buat Barisan Nasional,itu belum cukup untuk menafikan pertambahan undi yang tinggi terhadap Pas,di mana secara logiknya UMNO sepatutnya mendapat lebih undi memandangkan ketika itu heboh isu penderhakaan terhadap Sultan Perak.

Pas dilihat tidak hilang sokongan pengundi Melayu,(malah dilihat menetap dan bergerak dalam jumlah yang sedikit daripada turun naik undi),walaubagaimanapun memperoleh hampir 85 peratus undi Cina di kawasan Kuala Sepetang,membuktikan betapa isu perkauman hanyalah perangkap makan tuan buat Barisan Nasional.

Apapun,mahkamah rakyat Perak telah hampir untuk bersidang tahun hadapan.Kita akan melihat siapakah yang bakal dihakimi oleh rakyat untuk memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.

Posted: 12 Dec 2010 04:01 PM PST

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI


TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Galakan, Asal Usul & Kelebihan Puasa Hari 'Asyura (10 Muharram)

Posted: 12 Dec 2010 03:48 PM PST

Oleh: al-bahanj

"Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari Asyura. Hari Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu 'alaihi wasallam. Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.

Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Aisyah rha. telah berkata:  "Pada hari Asyura orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam di Madinah baginda sallAllahu 'alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" (HR Bukhari & Muslim)
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:  Ibnu Abbas ra. pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura', dia menjawab:   "Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam berpuasa sehari untuk mencari keutamaan hari itu atas hari-hari yang lain selain pada hari ini.  Begitu pula (saya tidak pernah melihat beliau) berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, bulan Ramadan.  (HR Muslim)
Asal-usul Puasa Hari Asyura (10 Muharram) dan Galakannya
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:  "Ketika Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura.  Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: "Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun.  Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya."  Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:  "Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa."  (Shahih Muslim No.1910)
  • Hadis riwayat Abu Musa ra., dia berkata:  "Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan orang-orang Yahudi dan dijadikannya sebagai hari raya. Kemudian Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda: "Berpuasalah kalian pada hari Asyura' tersebut." (Shahih Muslim No.1912)
Kelebihan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
  • Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab:  "Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang."  Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab:  "Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu." Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: "Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur'an padaku."  (HR Muslim)
Tidak terdapat amalan-amalan tambahan yang disyariatkan ISLAM pada Hari Asyura ini.  Yang disyariatkan oleh ISLAM berdasarkan sumber yang sahih hanyalah berpuasa pada hari tersebut.
Mudah-mudahan ingatan ringkas ini bisa memberikan manfaat buat kita semua, amin.

Tiada ulasan: