Isnin, 13 Disember 2010

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Berjalan biar ke depan

Posted: 13 Dec 2010 06:00 AM PST


Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman. [seterusnya di sini]

Tak pernah dibuat oleh DAP lagi sebelum ini. DAP yang dulunya takut untuk mendekati agama Islam, agama bangsa Melayu kerana tidak mahu menimbulkan persepsi negatif kaum Cina. Mereka tidak mahu menerima risiko kehilangan sokongan bangsa Cina kepada mereka.

Tetapi kini... situasi ini sudah mula berubah. Masyarakat Cina sudah terbuka minda mereka. Mentaliti mereka sudah di-upgrade. Mereka tidak lagi takut kepada Islam. Malah, kini boleh bekerja sama erat dengan parti Islam dan juga bangsa Melayu.

Alhamdulillah... inilah tarbiah yang mereka peroleh hasil kerja sama dalam Pakatan Rakyat. Benteng perkauman dan agama telah berjaya diruntuhkan. Fuuhh... ini yang pasti buat UMNO/BN gelabah gilerr babi!!

Dalam MCA tidak wujud situasi ini. Begitu juga dalam MIC. Penyemaian budaya baru dalam DAP ini pasti amat digeruni oleh UMNO dan rakan kongsi mereka.

Teringat kata-kata dalam sebuah iklan. "Berjalan biar ke depan. Jangan ke belakang". Ha.. ha.. ha.. Pakatan Rakyat sudah berjalan jauh ke depan. Malangnya, Barisan Nasional masih terkebelakang. Mengapa... ek?? Mereka jalan ke belakang kot.

Undur... Undur... Undur... UNMO/BN!!

Dah hinting awal-awal

Posted: 13 Dec 2010 04:20 AM PST


Sifat takbur dikeji Allah SWT. Jadi.. kita hamba-hambanya, jangan ler ada sifat tersebut, nauzubillah.

Perasan hebat juga boleh dikategorikan sebagai mempunyai sifat takbur. Aha... inilah sifat yang aku nampak ada pada Najib Razak. Dia kata... tak ada kerajaan lain yang boleh mentabdir Malaysia selain UMNO/BN yang dipimpinnya. Adey... pooaraahh!!

Weh... masih nak poyo lagi ke?? Tak baca ke apa yang pihak luar cakap pasai dia. Najib tarak guna. Najib tak ada keupayaan menjadi seorang pentadbir yang baik, yakni tak boleh menjadi pemimpin yang baik untuk memerintah Malaysia.

Isy... mamat ni buta huruf ke apa?? Kalau tak buta huruf, sengaja ketegaq, tak mau terima hakikat. Hidup dalam denial!! Itu sebab... perasan kuat dan takbur ya amat.

Awal-awal lagi, seolah-olah dah bagi signal yang dia sekali-sekali tidak akan menyerahkan Putrajaya kepada Pakatan Rakyat. Ini demokrasi apa yang dia guna pakai?? Demokrasi ke atau demo tau mau kasi?? Tau mau kasi, sebab apa?? Malaysia mak bapak lu orang punya, ek??

Macam juga negeri Perak dulu... Sanggup jadi lanun dan merampas kerajaan PR dengan membelakangkan demokrasi. Memang depa ni jenis tak mengasi!!

Sekarang, siang-siang sudah kata, hanya mereka saja yang mampu mentadbir negara. Usiy... tak malu ke dengan dunia luar. Fuulaamkk.. sanggup mereka berkecai tulang, nama nak serahkan Putrajaya, tidak sekali-kali.

Ater... bagi hint ler tu. Tulang akan berkecai kalau kita cedera. Kita akan cedera kalau ada kemalangan atau hura-hara seperti peperangan. Pertumpahan darah ler tu. Weh.... dia sanggup negara mengalami huru hara akibat pertumbahan darah untuk mempertahanklan Putrajaya daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Eeee... busuknya hati!!

Polis... Polis...!! Komer dengor tak tu. Yang ada niat tak baik terhadap keamanan negara ialah UMNO/BN, yang dikepalai oleh Najib Razak. Bukan keme, ya?? Keme nak ambik Putarjaya secara sah... cara demokrasi. Aha, cara aman... melalui pilihan raya. Keme tak nak gaduh-gaduh.

Kalau keme ada rezeki... Najib and the geng, yang nak rampas balik cara kekerasan. Please, take note, ya?? Jangan pulak esok, komer kenakan keme pulak!!

Ingat... gaji komer rakyat yang bagi duit. Rakyat yang bayor. Komer mesti pro pada keputusan rakyat, bukan ikut kata puak-puak gerombolan tu!! Paham, tak??

Najib.... Najib... Terdesak bebenor mike, ya??

[sumber]

Tumpang semangkuk

Posted: 13 Dec 2010 03:17 AM PST


Ya memang... saya pun fikir LKY pun tahu
Yang buat tak tahu parti
politik jer.

Ha.. ha... ha.. ha...
Pantang kasi chance...
Si mangkuk pun nak tumpang semangkuk.


Baca lagi di sini.

Seronok mata memandang

Posted: 13 Dec 2010 02:20 AM PST


Satu pemandangan.....
Hmm... seronok mata memandang!!
Inilah dia pemimpin kita.
Pemimpin rakyat!!

Ceritanya di sini

Sakitnya sebuah kejatuhan

Posted: 13 Dec 2010 12:50 AM PST


Sudah tergelincir jatuh, direntap dan digantung pulak. Dah... duduk diam-diam, biar orang lain ambil alih tugas. Kamu tengah sakit, kan?? Take a rest...

Itulah nasib yang menimpa Khir Tempe. Setelah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah, kini semua jawatan yang disandangnya dalam parti digantung sementara kesnya belum selesai.

Kini... dia hanya seorang YB iaitu ADUN bagi Sungai Panjang. Akur dengan kehendak perlembagaan parti, dia kata, walau pun demikian... dia tetap akan bekerja sama dan memberi sumbangan kepada bahagiannya.

Ya lah... apa nak kata lagi. Takkan nak merajuk pulak. Nampak sangat tak machonya. Demi menjaga kemaluan agar tak jatuh, dia terpaksa control macho dan berlagak poyo.

Kesian... Begitulah sakit dan peritnya sebuah kejatuhan. Tambah pulak jatuh dari tempat yang tinggi. Gedebuuuubb!! Aaahh... sakitnya mak oii!!

[sumber]

Nak?? Undi Pakatan Rakyat!!

Posted: 12 Dec 2010 11:52 PM PST


Autonomi penuh??
Iya ke??
Bukan janji pilihan raya??


Jangan buat janji pilihan raya jer.
Ingat... Janji mesti dikota
Jangan dah menang, lain pulak ceriter nyer


Manusia berpegang pada janji
Kalau tak dikota.... naya nanti!!
Once bitten twice shy
Mungkir janji...
Hilanglah maruah!!


Beritanya di sini

Sementara belum dapat..

Posted: 12 Dec 2010 10:50 PM PST


Masa bercinta ber-SAYANG ler
Dah berumahtangga... baru nampak 'BELANG'
Lepas tu... adaler yang TERBANG!!!

Layan cerita mereka di sini.

Zaid Ibrahim masuk AKIM

Posted: 12 Dec 2010 09:50 PM PST


Di pecat daripada UMNO, dia masuk PKR. Kini, melangkah pulak ke dalam AKIM. Itulah dia si Zaid Ibrahim.

Yeahh!! Sah kini Zaid Ibrahim sudah menjadi ahli parti AKIM. No parti baru but yang lama tetapi mungkin mendapat nafas baru dengan kemasukannya. Ada sapa-sapa lagi nak join??

Waahh.... inilah peluang untuk Zaid menjadi Presiden sebuah parti. Fuuhh.... Presiden, beb!! Don't play.. play.. Peluang ini dibuka oleh Presiden AKIM sekarang iaitu Zakaria Salleh yang memberi jaminan, kononnya dia sedia memberi laluan kepada Zaid, seandainya dia ingin bertanding bagi merebut jawatan tersebut. Keputusannya... terpulanglah kepada para ahli untuk menentukannya.

Aha... itu baru cakap si Zakaria. Suara Zaid kita belum dengar lagi. Apakah benar Zaid sudah sah menjadi ahli Parti AKIM, kita tunggu reaksi daripada Zaid pulak.

[Sumber dari sini]

Pendedahan ada makna

Posted: 12 Dec 2010 09:00 PM PST


Dua tiga hari ini, sibuk dan riuh rendah pasal Wikileaks. Itu bobor ler... ini bocor ler... Macam-macam cerita ada dari seluruh negara di dunia. Itu semua... Wikileaks punya kerja dan angkara!!

Malaysia tak terkecuali. Tempiasnya terkena juga pada para pemimpin kita, baik di pihak kerajaan, mau pun pembangkang. Najib kena!! Anwar pun kena juga!!

Najib digossipkan sebagai pemimpin tarak guna. Anwar pulak dikaitkan dengan kes liwatnya. Semua cerita ini, digossipkan dan merupakan pandangan orang di seberang Selat Tebrau. Ya... Singapura!! Aha... Singapura, negara pesaing kita!! Yang ada perkongsian sejarah dengan kita.

Ada orang bertanya, Wikileaks ni boleh percaya ke??

Entah ler... Ada yang boleh percaya kot, tapi tak boleh terima 100%. Kekadang maklumat yang diberikan tak tepat. Ada unsur propaganda untuk sesuatu agenda. Kita kena lihat keadaan sebenarnya tentang apa yang diperkatakan. Sometimes, semuanya based on persepsi seseorang jer.

Berbalik pada cerita gossip para peagawai atasan serta peminpin Singapura tentang para pemimpin negara kita, yang didedahkan oleh wikileaks. Nampak gayanya... Singapura, walau pun mereka menganggap Najib seorang pemimpin tarak guna tetapi mereka prefer Najib daripada Anwar.

Mereka lebih suka jika Najib, yang merajui UMNO/BN memerintah Malaysia. Lebih tarak guna lebih bagus. Lebih memberi kelebihan kepada mereka. Ha.. ha.. ha.. orang bangang mentadbir, lagi senangler mereka nak kunta-kintekan kita. Pemimpin yang bermasalah dan lemah, lebih senang diugut-ugut dan ditakut-takutkan, agar ikut telunjuk mereka.

Anwar, on the other hand... dilihat sebagai pemimpin yang lebih sukar untuk mereka 'makan'. Ada kaliber, ada karisma, kuat melawan dan very determined.... susah sikit ler mereka nak kunta kinte. Jadi... Anwar mesti disekat. Caranya mudah, implicate Anwar dengan kes yang sedang dihadapinya. Senang jer... hantar maklumat yang boleh mencemarkan reputasi Anwar.

Biasaler... SB kita, bukan ke barua kerajaan. I give you maklumat, you sebarkan maklumat itu, biar semua orang tahu. Betul atau tak betul maklumat itu, you tak perlu tahu. Tumpukan pada matlamat kita yang satu. We help each other, untuk.... menjatuhkan Anwar!!

Sebab itu, kalau betul Anwar bersalah, mengapa berhempas pulas manipulasi itu ini, orang itu, orang ini untuk menengakkan benang yang basah. Ini nampak macam semuanya dibuat berdasarkan skrip. Eeeeiiyaa.... so obvious ler!!

Mungkin Anwar bersalah dan mungkin tidak... Persoalannya sekarang, mengapa dia dinafikan hak untuk mendapat pengadilan yang benar-benar adil??

Lantas, apa tujuan pendedahan Wikileaks tersebut?? Tambahan pulak, ia diberitakan dan dihebohkan secara meluas dan sensasi sekali. Apa tujuannya??

Mungkin ia tidak dapat mempengaruhi perbicaraan yang sedang berlangsung di mahkamah kerana ia dianggap subjudice, tetapi... ia mempunyai motif lain. Ia mahu mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Anwar dengan mewujudkan keraguan tentang moral Anwar.

Aaaii... bukan ke, Anwar musuh nombor 1 mereka!! Dan... pilihan raya bukan ke, is just around the corner?? Ahem... ahem... paham kan??

[sumber dari sini dan sini]

Presenting....

Posted: 12 Dec 2010 07:03 PM PST


Tuu dia, calon apa yang dipanggil 'third force' sudah muncul. Gerakan 'Third Force' ini, akan mengemukakan calon-calon pilhan mereka, yang bakal memeriahkan lagi suasana pilihan raya ke-13 tak lama lagi. No joking... They're serius!!

Mereka dikatakan mahu memperbaiki sistem negara yang pincang dengan mempertaruhkan calon-calon yang ada kredibiliti yang tinggi, yang berintegriti dan tak mudah dibeli dalam pilihan raya kali ini. Tujuan mereka hanya mahu membawa perubahan pada sistem pentadbiran negara yang sudah amat pincang. Itu priority mereka!!

Yang dok ada duduk di Parlimen tu sekarang... hanya sibuk berpolitik sahaja, sedangkan tugas utama mereka sebagai penggubal undang-undang diabaikan. Semuanya sibuk mempastikan kedudukan mereka selamat jer. Negara dan rakyat?? Mampuih pi la!!

Mereka juga mahu merubah landskap politik negara dengan merealisasikan sistem dua parti yang sama kuat. Weh... baru ler ada makna. Kalau tidak, sia-sia jer....

Di samping itu, mereka juga berhasrat menerbitkan akhbar berbahasa Melayu sebagai saluran media alternatif untuk membekalkan para penduduk di luar bandar dengan berita-berita yang berinformasi. Ha.. ha.. ha.. Rakyat berinformasi.... minda rakyat pun berisi dan UMNO/BN pasti tak boleh tipu lagi!!

Apakah kehadiran 'third force' ini akan diterima baik oleh Pakatan Rakyat?? Apakah penyertaan mereka dalam pilihan raya nanti akan merosakkan strategi satu lawan satu yang pasti akan digunapakai oleh Pakatan Rakyat bagi menentang calon-calon daripada UMNO/BN?? Dan... apakah 'third force' ini akan dianggap sebagai pengacau daun yang boleh menjejaskan peluang PR untuk menang?? For a win-win situation, apakah akan ada rundingan dengan mereka??

Rasa-rasanya calon-calon 'third force' ini boleh diterima rakyat dan boleh menang ke??

Di kawasan-kawasan bandar, mungkin ada chance yang baik, tetapi di luar bandar.... entahler?? Susah sikit kot?? Daun serai daun tebu, belum try belum tahu. Betul tak??

Well... apa-apa pun, gerakan 'Third Force' ini nampak bersungguh-sungguh... apabila mereka memperkenalkan calon mereka yang pertama, peguam dan aktivis hak asasi manusia yang terkenal iaitu Malik Imtiaz Sarwar.

Nak tahu lebih lanjut lagi, you all bacalah sendiri di sini.

Toksid Sistem Keadilan

Posted: 12 Dec 2010 05:12 PM PST


KUALA LUMPUR, 12 dis - Badan NGO Lawyers For Liberty menyenaraikan 10 musuh utama yang menggagalkan usaha menegakkan keadilan dan undang-undang dengan telus, adil dan saksama.

Dalam satu kenyataan medianya sempena Hari Hak Manusia Sedunia 10 Disember lalu, Lawyers for Liberty mengutarakan persoalan bagaimana rakyat di negara ini masih boleh berpura-pura seolah-lah integriti, keadilan dan kesaksamaan masih wujud dalam institusi kehakiman, kamar peguam negara dan juga pasukan polis.

Lawyers for Liberty mempersoalkan pelbagai ketidakadilan serta tindakan pencabulan undang-undang dan kehakiman yang berterusan oleh pihak tertentu yang dilakukan bertopengkan atas alasan keselamatan dan undang-undang negara.

Menurut badan itu lagi, mereka menyenaraikan 10 individu dan badan berkaitan sebagai 10 musuh dan dalang utama bagi memberikan gambaran secara perspektif betapa teruknya tercemar keadaan sistem keadilan dan institusi-institusi terbabit di negara ini.

Mereka yang disenaraikan adalah:

1- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein

2- Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail

3- Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Ketua Polis negara terkini, Datuk Ismail Omar

4- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Datuk Mohd Bakri Zinin,

5- Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden, (Ketua Pendakwa Kes Konspirasi Kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim)

6- Ketua Hakim Negara, Tun Zaki bin Azmi, (bekas penasihat undang-undang Umno)

7- Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes konspirasi kedua Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah

8- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

9- Saksi yang tercemar seperti DR. Siew Sheue Feng and DR. Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur dan DR. Abdul Karim Tajuddin dari Hospital Serdang yang terbabit dalam kes A.Kugan kerana bersekongkol dengan kamar peguam negara dan polis memanipulasikan bahan bukti termasuk laporan perubatan dan bedah

10- Lembaga Penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertindak sebagai 'mahkamah khas' bagi kes-kes di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ordinan kecemasan dan dadah berbahaya berkaitan ketenteraman awam dan pembasmian jenayah dan akta dadah Lembaga Penasihat bertanggungjawab menyebabkan ribuan dipenjarakan tanpa perbicaraan.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan ketika dihubungi TVselangor berpendapat, sistem keadilan di Malaysia semakin terhakis disebabkan oleh individu-individu yang berkepentingan.

Beliau menegaskan hanya dengan melakukan perubahan didalam sistem pemerintahan sahaja melaksanakan keadilan yang saksama di dalam semua bidang.

"Sepertiyang dinyatakan oleh LFL, memang terlalu banyak musuh terutama pemimpin politik Umno-Bn. kerana mereka salah guna kuasa kerana itu bukan mudah untuk menegakkan keadikan di bawah sistem sekarang... memang sukar untuk menuntut keadilan. dan semua reformasi perubahan bermula dari perubahan politik," katanya kepada TVselangor, petang tadi.

Jelasnya lagi perubahan politik juga mampu membawa perubahan terutama bidang kehakiman negara yang semakin tercemar.

"Kalau kita dapat mengadakan perubahan pemerintahan, maksudnya kalau kuasa boleh diambil alih kita boleh membawa perubahan politik dan dapat buat perubahan lain-lain bidang termasuk bidang kehakiman,"tambahnya lagi

Kronik... kronik.... Sistem keadilan dan perundangan kita dalam keadaan yang amat kronik sekali. Apakah kita nak biarkan toksid ini terus menular dan meracuni sistem itu??

Nyahkan mereka!! Nyahkan mereka!!

Proses pe-NYAH-an toksid-toksid ini hanya akan berlaku sekiranya kita melakukan perubahan politik. Berubah sebelum punah. Berubah kembalikan maruah!!

Ayuh kita lakukan!!

[sumber]

Tiada ulasan: