BRIGED MP SEGAMBUT |
- AUTONOMI PENUH BUAT SARAWAK DAN SABAH JIKA PR MENANG PRU 13:AZMIN
- KHIR TOYO:BUKTI BETAPA BUSUKNYA POLITIK UMNO?
- MAHADHIR SETUJU LEE KUAN YEW...UDANG DAN MEE GORENG HA HA HA..
- ZAID PRESIDEN AKIM YANG BAHARU?11!!
- BODOH PUNYA UMNO
- altantuya:najib mesti menang pru 13 untuk tidak didakwa?
- ISU NEGARA ISLAM:PAS WAJAR MELIHAT REAL POLITIK MALAYSIA.
AUTONOMI PENUH BUAT SARAWAK DAN SABAH JIKA PR MENANG PRU 13:AZMIN Posted: 13 Dec 2010 08:57 AM PST Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menjanjikan pemberian "autonomi penuh" kepda rakyat Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang. Bercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara. "Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama dengan negeri-negeri persekutuan Malaya," kata Azmin, menurut kenyataan media oleh pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian. Menurut kenyataan itu, Azmin juga mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwanya rasuah dan mengamalkan kronisme, dan mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya BN yakin menang dalam pilihan raya umum akan datang. Bian berkata, kenyataan Azmin itu menghantar "mesej yang sangat jelas" dan menunjukkan "komitmen" PKR dan pemimpin Pakatan terhadap rakyat Sarawak |
KHIR TOYO:BUKTI BETAPA BUSUKNYA POLITIK UMNO? Posted: 13 Dec 2010 06:52 AM PST apa yang dilakukan ke atas khir ini adalah sandiwara untuk memastikan orang ramai puas hati kesilapana toyo bukan kerana rasuah tetapi kerana dikalahkan oleh pakatan rakyat kalau toyo masih jadi mb – ingat akan ada kes rasuah ini? kah kah kah kah ini juga adalah cara untuk menyediakan jalan untuk senatak ezam mat nor. senatak ini adalah watak yang paling kehadapan yang boleh memimpin dan mengambil alih selangor dari pakatan rakyat. sayang ezam yang hebat ini juga sedang mendapat tentangan yang hebat dari banyak ahli ahli gerombolan terutama dari exco pemuda dan ahli fikir gerombolan – lokman adam. menurut lokman senatak ini telah mendapat duit dari estrada bekas presiden filipino tetapi hanya makan sorang – menjadikan lokaan bengang kah kah kah lokman adam telah bersedia dengan pelbagai dokumen kini dokumen anti senatak ini telah melebihi empat kotak kah kah kah nota: lokman juga diberitakan memiliki dokumen tentang mansor yang mengaku dirinya sebagai tengku - kah kah kah nota: banyak orang toyo yang cari makan dibawah toyo telah mula bengang dan mula menyusun kita tunggu dan nanti kah kah kah APALAH SANGAT DENGAN KHIR TOYO KALAU ORANG NOMBOR DUA SEPERTI ANWAR JUGA TERSUNGKUR KARENA PERMAINAN KEKUASAAN KAH KAH KAH tukartiub |
MAHADHIR SETUJU LEE KUAN YEW...UDANG DAN MEE GORENG HA HA HA.. Posted: 13 Dec 2010 02:31 AM PST Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu. "Ya memang... saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Globalizing Malaysians in 2020" di Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini. Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008. Sementara itu, dalam syarahannya, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia terutamanya golongan muda harus menanam nilai-nilai jati diri yang kuat dalam menghadapi perkara yang kurang baik kesan dari ledakan globalisasi. Katanya keterbukaan bukan bermakna sikap seseorang individu juga harus terbuka termasuk menghalalkan perkara yang songsang. "Jika anda seorang Muslim, anda harus kekal dengan amalan-amalan dan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim," katanya. "Persiapkan diri dan anak-anak anda dengan nilai-nilai yang baik mulai sekarang. Anda harus mempunyai interpretasi sendiri terhadap makna globalisasi agar kesan baiknya turut memihak kepada anda," katanya. — Bernama |
ZAID PRESIDEN AKIM YANG BAHARU?11!! Posted: 13 Dec 2010 01:40 AM PST Zaid Ibrahim sudah sertai Akim December 13, 2010 KUALA LUMPUR, 13 Dis — Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu. Zakaria berkata Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.Zaid sebelum ini telah menerima notis keluar PKR pada 19 November lalu walaupun pernah mengumumkan akan keluar parti itu pada 16 Disember ini. "Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu. "Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi," kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Ketika ditanya sama ada Zaid akan bertanding jawatan presiden Akim, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri kerajaan pusat itu. "Terpulang kepada Zaid sama ada mahu bertanding ataupun tidak, jika mahu bertanding jawatan itu (presiden) saya akan beri laluan. "Keputusan itu juga bergantung kepada keputusan ahli yang lain, saya tidak boleh buat keputusan," katanya. Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur lusa bagi memilih barisan kepimpinan yang baru. "Zaid kemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat agung ini," kata Zakaria lagi. Sebelum ini Zakaria berkata beliau sedia memberi laluan kepada Zaid untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya. Beliau juga yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan. Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu. |
Posted: 12 Dec 2010 08:22 PM PST Tindakan Kerajaan Persekutuan untuk hanya memberi peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional (BN) menunjukkan ia tidak menghormati keputusan pengundi yang memilih Pakatan Rakyat (Pakatan) pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kesal kerana peruntukan itu adalah wang rakyat dan prinsip demokrasi menuntut supaya kerajaan member layanan sama kepada ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat. Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, Putrajaya akan terus menafikan Ahli Parlimen Pembangkang daripada mendapat peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen BN. Peruntukan itu diguna untuk membiayai projek-projek kecil di kawasan parlimen masing-masing. Pendirian itu dilihat sebagai membelakangkan janji-janji pemimpin BN untuk menghormati keputusan pilihan raya dan mandat rakyat yang memberikan undi mereka kepada Pakatan. "Lagi satu contoh membelakangkan rakyat, sebab semua Ahli Parlimen adalah dilantik oleh rakyat. "Langkah yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional sekarang ialah tidak menduhulukan rakyat, membelakangkan rakyat, menunjukkan walaupun rakyat sudah pilih pemimpin tersebut tapi Barisan Nasional tidak mengakui pilihan rakyat tersebut," katanya. Khalid berharap, Putrajaya dapat menimbang semula pendiriannya itu demi kepentingan rakyat dan untuk menyuburkan demokrasi di negara ini. Beliau berkata, jika Kerajaan Persekutuan setuju berbuat demikian, Kerajaan Selangor tidak bermasalah untuk melakukan penyelarasan bagi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Kerajaan negeri Selangor ada membuat beberapa kenyataan, kita juga ada peruntukan untuk ahli dewan, kita kata kalau Kerajaan Persekutuan bersetuju yang dia akan memberikan kepada semua Ahli Parlimen tak kira mana parti pun, kerajaan negeri akan mengikut contoh Kerajaan Persekutuan, sebab itu sangat penting bagi kita," tegas Menteri Besar. |
altantuya:najib mesti menang pru 13 untuk tidak didakwa? Posted: 12 Dec 2010 06:15 PM PST "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Shaaribu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu". http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11359 |
ISU NEGARA ISLAM:PAS WAJAR MELIHAT REAL POLITIK MALAYSIA. Posted: 12 Dec 2010 03:56 PM PST MEMANG SUDAH SAMPAI MASANYA PAS MERUBAH PENDEKATAN STRATEGI POLITIKNYA UNTUK DISESUAIKAN DENGAN REALPOLITIK MALAYSIA.. ISU NEGARA ISLAM WAJAR DI PENDAM DAHULU DAN JANGAN DIUNGKIT DALAM KEADAAN YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN PERJUANGAN PARTI DAN MENJELEKKAN ISLAM ITU SENDIRI.. PAS WAJAR MENJUNJUNG NILAI NILAI ISLAM SAHAJA UNTUK DIKETENGAHKAN YANG DAPAT DITERIMA SEMUA MANUSIA SPERTI KEADILAN DAN KEBAJIKAN SERTA IHSAN TANPA MENGGUNA PAKAI NAMA ISLAM DENGAN MENJADIKAN PIAGAM MADINAH SEBAGAI TAMSILNYA. ISLAM LEBIH MENITIK BARATKAN KEADAAN YANG SEDEMIKIAN DARIPADA NAMA DAN IMEJ ISLAM ITU TERCEMAR KARENA PENDEKATAN YANG TIDAK MANUSIAWI HANYA AKAN MENJAUHKAN MANUSIA DARI ISLAM ITU SENDIRI. CONTOHILAH RASULUULLAH YANG SANGGUP NAMA BELIAU DIGUGURKAN DALAM PERJANJIAN DENGAN KAFIR KURAIS UNTUK MEWUJUDKAN KEMENANGAN JANGKA PANJANG. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan