Selasa, 14 Disember 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Senarai Dakwaan Raja Tempe Khir Toyo

Posted: 13 Dec 2010 08:12 PM PST

1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan.

2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri.

3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

4. Dokumen berkaitan dakwaan Kerajaan Negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

5. Setelah tiga hari peralihan kuasa Kerajaan Negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilaporkan telah dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti).

6. Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13hb. Mac, 2008 bagaimanapun berjaya dihalang oleh Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang kerana mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar Kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar Negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

7. Pembohongan tentang Konsultansi Juru-audit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juru-auditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28hb. April, 2008, Juru-audit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi Bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31hb. Disember, 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juru-audit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31hb. Disember, 2007 kepada anggota-anggotanya.

8. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan iaitu Meram Holdings.

9. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Sub-kontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

10. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal, Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd) tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) ada dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

11. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb. November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan mendapat tanah seluas 100 ekar setiap orang iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

12. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun iaitu Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah dan Azril Yusri. Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum EXCO meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

13. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

14. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat 50%.

15. Khir berbohong di DUN Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

16. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi dikawasannya di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn. Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

17. Pada 17hb.-18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah seluas 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen Pilihan Raya 1999 dahulu.

18. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km. yang bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal yang tidak boleh melebihi RM40 juta dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

19. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua UMNO Tanjong Karang, JAKS Sdn. Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa keuntungan yang dikaut oleh JAKS?

20. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

21. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

22. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak) agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

23. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek Kerajaan Negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku-janji yang ditandatanganinya dihadapan Sultan Selangor.

24. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn. Bhd. melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

25. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat EXCO ke 25/2001 pada 26hb. September, 2001 tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya.

26. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Mercedes S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytiharan kepentingannya.

27. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat EXCO dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat EXCO yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh EXCO lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota EXCO sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap EXCO duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "EXCO Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

28. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn. Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

29. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang Kerajaan Negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak buat kroni dan suku-sakatnya.

30. Mengeksploit Mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran EXCO lain. Mesyuarat EXCO esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas Penasihat Undang-Undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat EXCO.

~TPU~

Inilah Malaysia the Boleh Land

Posted: 13 Dec 2010 08:08 PM PST

Suka atau tidak suka, inilah hakikat politik Melayu. Politik Melayu masih lagi didokongi dan dinaungi oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka pemimpin. Apabila mereka telah sampai ke satu tahap yang mereka impikan, mereka sudah mula dibayangi dan dikaburi oleh istilah. Maka, terbitlah pelbagai istilah-istilah baru di dalam politik Melayu.

Selepas satu istilah, satu istilah diterbitkan oleh mereka. Tanpa menyelesaikan masalah utama, mereka terus meninggalkan istilah lama dengan menggantikannya dengan istilah baru. Orang Melayu terutamanya ahli politik terlalu bangga dengan perdebatan mereka mengenai istilah-istilah mereka.

Kepentingan Bumiputera, Ketuanan Melayu, Ketuanan Islam, Ketuanan Rakyat. Itulah modal politik mereka. Sedangkan hakikat sebenar, Melayu dan Islam masih di tahap yang rendah di Negara Tanah Melayu ini. Ianya ibarat tukarkan kulit tetapi isinya tetap sama.

Apa yang nak dibanggakan dengan istilah Bumiputera, Ketuanan, Islam sedangkan ketiga-tiga ini sebenarnya digasak , dilanyak, diperlekehkan secara sinis oleh musuh secara nyata atau tidak nyata.

Kepentingan Bumiputera. Apa yang tinggal kepada Bumiputera melainkan beli rumah dapat diskaun. Biasiswa? Kaum lain pun dapat. Oleh itu apa istimewanya hak istimewa? Kerana jika istimewa, mestilah kita sahaja yang dapat. Kalau semua dapat, apa istimewanya.?

Malah lebih teruk, rata-rata sekarang para pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi sejak tahun 1999., boleh dikatakan kesemuanya adalah mendapat pinjaman PTPTN. Oleh itu, apa istimewanya jadi Bumiputera? Jika istimewa, kenapa ianya dipanggil pinjaman?

Ketuanan Melayu , apa yang nak dibanggakan dengan Ketuanan Melayu, sedangkan dalam senarai Forbes Malaysia's Top 40 Richest , hanya Syed Mokhtar seorang di tangga ke-8. Ini kita tidak berbicara lagi berapa banyak pengilang Melayu, pengusaha kedai runcit Melayu, pemborong Melayu, pengedar barang-barang elektronik Melayu, pengedar kereta Melayu dan kedai serta pemborong hardware yang berjaya diwujudkan oleh kerajaan yang kononnya membela kepentingan Melayu sejak 1957.

Sedangkan nak beli ikan, roti dan paku pun di daerah-daerah terpencil dan kawasan-kawasan terpencil, rata-rata masih lagi Melayu membeli ikan, roti dan paku dari kedai Cina, Cuba tanya diri anda dan lihat sekeliling anda dari Perlis ke Johor. Berapa ramai kita Melayu berjaya jual barang kepada Cina?

Dan berapa ramai Cina pula membeli barang dari Melayu? Oleh itu , siapa tuan di sini? Pembeli atau penjual?Kita mungkin nampak seperti tuan jika ke Putrajaya dan bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan.

Tetapi, bangsa kita hanya menjadi tuan sekadar 8-jam di dalam satu hari. Baki 16-jam kemudian?. Berapa banyak aset, 'loose items', peralatan-peralatan di 8-jam itu, tuan-tuan salurkan kepada bangsa tuan-tuan sekalian? Rata-ratanya, pembekal utama masih lagi bukan bangsa tuan.

Ketuanan Islam, apa yang nak dibanggakan dengan Ketuanan Islam, jika kita ke Jalan P.Ramlee dan Bukit Bintang. Muka-muka dan kulit sawo matang yang menjadi pelanggan, bar tender, 'steward' dan 'stewardess' di kelab-kelab hiburan dan pusat-pusat hiburan tersebut.

Lagi parah, statistik anak luar nikah yang dilahirkan saban hari di Hospital Ipoh semakin hari semakin menakutkan sehingga doktor-doktor pun dah semakin muak dan jelak dengan kerenah insan-insan ini.

Ini tak termasuk lagi yang memakai helmet masuk kedai Magnum, Sports Toto di hari minggu tanpa segan silu membaca papan tanda yang terpapar 'Judi adalah Haram dan ditegah disisi Islam'.

Dari tahun aku lahir sehingga 2010, tidak pernah aku dengar satu tangkapan di buat oleh pegawai-pegawai berkuatkuasa ke atas pengunjung-pengunjung setia ini? Buat apa ada undang-undang tetapi sekadar hanya letak di dinding-dinding kedai judi tersebut.

Malah , lebih teruk, adakah judi itu dihalalkan oleh agama Islam? Di manakah Mufti yang lebih arif di dalam syariat ini? Jangan bercakap mengenai Ketuanan Islam, jika para politikus Islam baik UMNO , PAS dan PKR, jika anda masih tidak boleh mencari titik temu untuk menyelesaikan permasalahan judi ini.

Ketuanan Rakyat. Apa yang nak dibanggakan dengan Ketuanan Rakyat jika subsidi kepada rakyat saban hari ditarik balik sedikit demi sedikit. Harga minyak RON 95 dikatakan tidak akan dinaikkan kerana rakyat kebanyakan yang menggunakannya.

Tetapi, akhirnya ianya juga dinaikkan. Sedangkan secara teori, 'supply and demand' adalah segala-galanya. Jika demand dari pengguna sudah 'shift' dari RON 97 kepada RON 95 kerana 'perubahan harga', maka, pihak pengeluar semestinya akan kata 'short supply' untuk RON 95. Maka, secara tidak langsung, perubahan harga akan berlaku kepada RON 95.

Tidak perlu ada 'basic degree' atau SPM untuk memahami 'common sense' ini. Apakah background penasihat Menteri dan Menteri yang meluluskan dan melihat perkara ini? Adakah mereka ini terlalu asyik dengan kerusi yang empuk dan 'claim mileage' serta 'function' sana dan sini , telah mengakibatkan mereka ini semua sudah hilang akan 'common sense' mereka.

Kesimpulan, orang politik Melayu terutamanya terus berdebat mengenai istilah sedangkan ahli politik bangsa lain dan penyokong mereka yakni bangsa mereka terus mara mendominasi aspek politik dan ekonomi negara Malaysia tercinta.

Kebenaran itu pahit. Tetapi itulah hakikat dan realiti kehidupan aku sebagai insan Melayu biasa di bumi Malaysia. Yang tinggal buat aku ialah harapan dan doa. Jika nak harap undi, belum tentu berjaya juga kerana sedia maklum selagi ada undi pos di dalam sistem pengundian negara, selagi itu lah sistem pilihanraya negara ini akan dibayangi unsur-unsur penipuan dan muslihat.

Cuba tanya para pegawai kerajaan yang berkhidmat di luar negara, adakah mereka pernah lihat kertas undi mereka? Mereka takut nak keluar kenyataan terbuka kerana kita faham periuk nasi kena jaga. Inilah Malaysia the Boleh Land.

~jafrul jaafar~

Ketuanan Melayu UMNO Yang Sempit

Posted: 13 Dec 2010 07:58 PM PST

Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan kaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat Malaysia bahaya politik perkauman sempit.

Dalam satu minggu yang lepas, segala usaha pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak melalui kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA menunjukkan kembali wajah sebenar mereka.

Tidak kira berapa banyak wang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akan hilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka.

Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres Nasional Ke-7 baru-baru ini. gagasan tersebut, seperti yang disampaikan oleh Presiden parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail, menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu.

Persoalan yang dilontarkan oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita?

Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu. Konsep "Ketuanan Melayu" yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas.

Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan "Ketuanan Melayu" sebagai "Ketuanan Sultan" adalah satu tindakan yang bacul di pihak Umno dan PERKASA.

Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi Raja-Raja Melayu.

Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik.

Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno.

Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka.

Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.

Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan.

Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153"; dan Fasal 1 Perkara a(ii) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan".

Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik "Ketuanan Melayu" ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail – iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini
dan arus globalisasi mutakhir.

Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang bermaruah?

Apakah "Ketuanan Melayu" yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan
dijual suatu hari nanti?

Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk menjadi pemimpin antarabangsa?

Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah "Ketuanan Melayu" yang dibawa oleh Umno dan PERKASA bukan sahaja terbukti gagal membina jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak (terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu) terabai.

Sehingga kini, selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", 75% dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu. Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40% paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri
sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana bebas) tidak disentuh.

Umno dan PERKASA tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.

Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik "Ketuanan Melayu" ini adalah benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat. Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan PERKASA.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

Rakyat 1Malaysia Perlu Bangkit Lawan UMNO

Posted: 13 Dec 2010 07:58 PM PST

Bila sebut BN , aku teringat lagu Bangau oh Bangau. Kenapa Barisan Nasional (BN) semakin hari semakin rakus? Adakah kerana mereka fikir , alah rakyat Malaysia, habis kuat bising 3 bulan. Lepas tu, kita 'spin' isu atau 'divert' isu lain, maka, akan redalah kemarahan rakyat Malaysia.

Lagi satu rakyat Malaysia ini sikap tak kisah atau sikap 'tak pa' selagi tak kena batang hidung mereka, mak bapak mereka, saudara mara mereka, peduli apa aku selagi aku ada 'shoru'. Yang penting, bak kata kawan Bosnia aku, Malaysia ni, tempat cari makan.

Maka apabila manusia di sebuah negara ini hidup mereka sudah kepada atau lebih untuk makan daripada segala-galanya, maka kerajaan boleh buat sesuka hati mereka. Mereka rasa nak naik minyak. Mereka naik. Mereka rasa nak saman ekor trafik, saman ekor. Mereka rasa nak tembak orang , tembak orang. Mereka rasa mereka nak buntotkan orang, buntotkan orang.

Katanya, Malaysia ini tempat dirahmati Allah swt. Tetapi sampai bila anda yakin Malaysia ini akan terus dirahmati, jika dah ramai rakyat menyampah kepada pemimpin mereka. Tidak hairan doa yang pelik pelik akan diajukan kepada pemimpin mereka.

Yang jadi pemimpin pun satu. Belum dapat jawatan, bukan main pro rakyat nya. Bila bagi jawatan, lupa asal usul. Termasuklah pegawai kerajaan. Kalau dah makan gaji tu, buat la cara makan gaji.

Jangan la pula, gaji pun korang sental. Rasuah pun korang bantai. Syarikat pun kamu buka. Mereka pakai kroni tak kiralah pakai nama anak ka, sepupu ka , sepapat ka, dua pupu ka kupu kupu ka, masuk tender tak kisah la sebut harga ka direct nego ka apa ka, semua korang sapu. So apa lagi tinggal kat usahawan yang benar-benar berniaga?

Apa pilihan kepada rakyat jelata? Ada yang kata DOA. Doa tanpa usaha katanya tak cukup. Tetapi usaha apanya kalau nak undi pun, ada undi hantu la. Ada undi pos yang tak tentu hala posnya. Ada sahaja taktik kotor yang mereka pakai.

Jika BN kata mereka ada jentera, mereka sebenarnya hidup di atas jentera kerajaan yang dipakainya. Walhal, terang2 pekeliling kata tak boleh. Tidak boleh guna aset kerajaan untuk kegiatan parti.

Tetapi jika membabitkan BN, ia 'dibolehkan'. Inilah warna warni kehidupan aku sebagai rakyat jelata di Malaysia Boleh Land. Semoga BN ini hancur pada suatu masa nanti. Hanya masa akan menentukan.

~jafrul jaafar~

UMNO Sebenarnya Pengkhianat MELAYU

Posted: 13 Dec 2010 07:48 PM PST

Bicara Minda Ustaz Haji Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat yang telah dititipkannya pada tahun 2009.

FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU

Umno Perak terutama Dato' Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato' Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak.

Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Dato' Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR. Fakta yang Dato' Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli).

Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.

Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.

Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar.

Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan.

Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul.

Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat".

UMNgOk ada dokumen rasmi ketuanan Melayu?

Posted: 13 Dec 2010 07:47 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka.

"Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno.

"Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini.

"Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya.

Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu.

"Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu.

"Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya.

Sedangkan katanya, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri menegaskan ia tidak wujud dalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan.

Sebaliknya Khoo berkata,dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu meminta konsep ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.

~harakah~

Siapa yang waras akan sengaja masuk perangkap?

Posted: 13 Dec 2010 07:46 PM PST

"Siapakah yang berfikiran waras, akan dengan sengaja memasuki perangkap jika dia sudah tahu mengenainya?" kata peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

"Ini sama sekali tidak logik dan benar-benar tak masuk akal," kata Sankara Nair dalam satu kenyataan hari ini.

Sankaran menjawab dakwaan dalam Wikileaks yang tuduhan liwat terhadapnya adalah satu perangkap oleh musuh politiknya. Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah dipetik dalam satu pendedahan sebagai berkata Anwar mungkin mengetahuinya "tapi tetap masuk ke dalamnya (perangkap)".

Dalam satu kenyataan, Sankara berkata Anwar sudah menyedari sesuatu yang jahat sedang dirancang, seperti yang dibayangkannya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada tarikh 3 Julai 2008.

Sewaktu wawancara itu, Anwar berkata, beberapa minggu sebelumnya, beliau telah diberitahu bahawa IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) sedang mereka sesuatu, dan itu lima atau enam hari sebelum "seseorang datang memberitahu saya bahawa ini adalah serius."

"Ini disampaikan kepada saya dan saya terfikir bagaimana mereka akan membiarkan isu '98 untuk muncul kembali," kata Sankara.

Sementara itu, Anwar menafikan tuduhan tersebut,dalam catatan Twitternya, "Source? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada"

Sankara juga juga mendakwa akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia mengamalkan 'kewartawanan yang tidak bertanggungjawab' dalam melaporkan pendedahan tersebut. Katanya, media tempatan telah memilih untuk bergantung kepada laporan untuk menerbitkan perkara yang tidak terbukti dan hanya berdasarkan kepada desas-desus dan telahan.

"Sampai saat ini, semakan kami dengan rakan sejawatan serta pelbagai sumber menunjukkan tiada rujukan seperti itu dibuat oleh Wikileaks berdasarkan tuduhan khusus seperti yang dilaporkan dalam Herald Sun (Sydney Morning Herald)," katanya.

Sankara mendakwa akhbar berkenaan sengaja mengherotkan laporan tentang Anwar dan memfokus terhadapnya sahaja dan meninggalkan semua tuduhan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan yang lain-lain.

Jelas, kata Sankara, kedua-dua khabar tersebut mempunyai "motif jahat dan telah mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab".

'Subjudis untuk dilaporkan'

Sankara juga menyifatkan laporan mengenai dakwaan tersebut sebagai "jelas subjudis" dan ia mungkin merupakan satu penghinaan mahkamah, kerana perbicaraan sedang berlangsung. Katanya, penerbitan kenyataan yang berkaitan dengan dakwaan kesalahan itu adalah dilarang.

Katanya, tindakan itu menceroboh integriti perbicaraan dan hakim berkewajiban untuk melindungi kesucian perbicaraan, terutama daripada mereka yang bukan dalam sistem kehakiman jenayah, dan dalam hal ini, pihak media.

Menurutnya, laporan media telah mensasarkan tepat pada perbicaraan dan "kami amat memandang berat terhadapnya". Sambil menegaskan bahawa hakim juga manusia, Sankara berkata, fokus media itu boleh mempengaruhi persepsi umum terhadap Anwar.

~MK~

Anwar jelajah Malaysia jelas isu Wikileaks

Posted: 13 Dec 2010 07:44 PM PST

Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks, hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.

Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu.

Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.

Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.

Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.

Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula. Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.

Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau.

Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.

Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.

~harakah~

Azmin janji 'autonomi penuh' untuk Sarawak

Posted: 13 Dec 2010 07:43 PM PST

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menjanjikan pemberian "autonomi penuh" kepda rakyat Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara.

"Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama dengan negeri-negeri persekutuan Malaya," kata Azmin, menurut kenyataan media oleh pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian.

Menurut kenyataan itu, Azmin juga mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwanya rasuah dan mengamalkan kronisme, dan mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya BN yakin menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Bian berkata, kenyataan Azmin itu menghantar "mesej yang sangat jelas" dan menunjukkan "komitmen" PKR dan pemimpin Pakatan terhadap rakyat Sarawak.

~MK~

Najib sahkan BN terdesak

Posted: 13 Dec 2010 07:42 PM PST

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung kenyataannya bahawa tidak ada kerajaan lain yang boleh mentadbir Malaysia selain Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu amat berbahaya dan menggambarkan BN sedang membuat perancangan untuk melakukan rampasan kuasa sekiranya mereka tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Ini satu kenyataan yang berbahaya kepada proses demokrasi dalam negara kita. Ia memberikan gambaran bahawa kalau Umno BN tak menang, siapa pun tak menang.

"Ini menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang akan dilakukan, apa yang akan berlaku selepas pilihan raya umum akan datang ini?

"Adakah ini bermakna satu rusuhan akan dilakukan oleh Umno BN atau adakah Najib melalui Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu beliau dan Menteri Pertahanan yang merupakan bekas setiausaha beliau suatu masa dahulu aan melakukan satu rampasan kuasa atau kudeta melalui ketenteraan dalam negara kita?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, Najib seolah-olah terdesak dan tidak yakin mampu mempertahankan BN sehingga mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.

"ni satu ugutan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan juga bukan sekadar ugutan tapi seperti persiapan dan perencanaan untuk menghadapi pilihan raya.

"Perdana Menteri sendiri seakan-akan tidak yakin untuk menang tapi pasti tidak akan ada pihak lain yang akan menang," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang media sama berkata, kenyataan Najib itu merupakan satu tamparan kepada rakyat Malaysia.

"Kita minta Perdana Menteri buat kenyataan yang jelas, sekiranya rakyat memilih selain daripada BN, mereka akan serah kuasa dengan cara yang bertangungjawab dan amanah seperti mana dalam proses demokrasi," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, kenyataan itu menggambarkan BN seolah-olah berniat melanggar proses demokrasi di negara ini.

"Ini menggambarkan sebenarnya Umno/BN tidak mengamalkan konsep demokrasi berparlimen,tidak percaya kepada pilihan raya malah awal-awal lagi mengugut dan memberi isyarat bahawa itulah sikap beliau dan sikap Umno BN.

"Ini ternyata bercanggah dengan segala yang kita perjuangkan selama ini.

"Keadaan ini mengimbau senario di negara Ivory Coast di Benua Afrika, apabila pihak yang tewas enggan mengosongkan Istana Presiden, walaupun tewas dalam pilihanraya," katanya.

Sabtu lalu, Najib mengeluarkan kenyataan demikian yang disiarkan media arus perdana.

~harakah`

Ladang Felda dipenuhi babi hutan

Posted: 13 Dec 2010 07:41 PM PST

Dakwaan Felda sebagai agensi pembangunan tanah yang terbaik, disangkal kerana masih wujud banyak kelemahan dan kegagalan agensi tersebut terutama dalam pelaksanaan tanam semula, lapor Harakahdaily.

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mendedahkan beliau menemui bukti kegagalan Felda yang membantu peneroka yang menyerahkan ladang kepada agensi berkenaan.

Menurut Mazlan, apa yang ditemuinya di Felda Chiku 1 dan Felda Prasu amat memeranjatkanya.

"Bukti yang saya temui itu amat memeranjatkan kerana tidak menyangka Felda yang didakwa agensi terbaik dalam kerja perladangan tetapi gagal melakukan penanaman semula terbaik malah merugikan peneroka.

"Satu masa dulu Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Felda menahan wang tabung tanam semula (TTS) kerana ada peneroka tanam sendiri beli barang lain dan ladang semak dipenuhi babi hutan. Sekarang saya nak tunjukkan, ladang Felda yang dipenuhi babi hutan," katanya.

Mazlan berkata demikian dalam sidang medianya di di Temerloh baru-baru ini selepas pulang daripada melawat Felda berkenaan sesudah menerima aduan daripada peneroka yang menyerahkan urusan tanam semula ladang mereka kepada agensi kerajaan berkenaan.

Dalam lawatan itu, Mazlan telah dibawa meninjau ladang kendalian Felda yang bermasalah termasuk belum ditanam, semak yang merimbun dan tanaman kelapa sawit yang terbantut kerana tiada pemuliharaan.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, kegagalan berkenaan sudah tentu akan membebankan peneroka kerana kos sulaman menyebabkan jumlah hutang dan pinjaman sara hidup mereka akan meningkat.

"Bagi Felda pula, peningkatan hutang peneroka tidak menimbulkan masalah kerana ia yang memberi hutang sebaliknya penerokalah yang akan menanggung hutang yang makin lama semakin tinggi kadar faedahnya sekalipun Felda gagal menjayakan penanaman semula itu.

"Apa yang dibimbangkan, mana-mana peneroka yang ladangnya gagal dimajukan Felda akan menanggung kos dan bunga hutang yang tinggi berbanding peneroka lain sedangkan peneroka berkenaan tidak mempunyai kuasa menuntut Felda menanggung kos kegagalan penanaman itu, " katanya.

Menurut Mazlan lagi, melalui perjanjian Felda dengan peneroka, peneroka tidak mempunyai apa-apa hak di atas kelewatan Felda menjayakan penanaman semula. Malah, peneroka juga tidak diberi penyata kewangan pengurusan ladang mereka oleh Felda.

~MK~

Siasat dulu dakwaan Felda bankrap

Posted: 13 Dec 2010 07:40 PM PST

Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan yang dibuat terhadap Felda sebelum menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selepas dakwaan Felda bankrap akibat penyelewengan yang berlaku, tiada sebarang siasatan dilakukan terutamanya dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Adakah mereka mereka telah melakukan penyiasatan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat selama ini?

"Saya tidak nampak SPRM menyiasat semua dakwaan yang dibuat di Parlimen dan media alternatif," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh demikian sedangkan tiada penyiasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang cukup besar itu.

"Adalah sesuatu yang pelik apabila dia (Najib) menuduh orang lain yang cuba membangkitkan isu Felda ini sebagai pengkhianat. Sepatutnya mereka harus melakukan satu penyiasatan. Ini soal penyelewengan yang sangat besar," katanya.

Menyentuh mengenai dua kes saman terhadap akhbar alternatif yang dimenangi Felda, beliau berkata, ianya tidak membuktikan dakwaan terhadap Felda itu salah selagi siasatan tidak dilakukan.

"Kerajaan hanya menang saman terhadap akhbar tapi adakah siasatan dilakukan? Segala artikel akhbar berkenaan mengneai Felda memerlukan satu siasatan. Tidak guna mennag saman tapi tiada siasatan dilakukan," tegasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai isu sama dalam sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dakwaan najib bahawa Felda mempunyai pendapatan sebanyak RM4.3 bilion tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ianya bersifat subjektif.

"Nilai aset ini subjektif, cuma atas buku. Mungkin dia tulis RM4 bilion tapi bila nak dijual mungkin orang nak beli RM2 bilion sahaja," katanya.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib yang sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak tertentu sebagia pengkhianat.

"Penggunaan istilah pengkhianat digunakan dengan mudah oleh Umno BN kerana dia nak naikkan semangat Melayu dan patriotisme. Kalau nak kata orang yang kata Felda bankrap sebagai pengkhianat, apa pendirian dia terhadap Idris Jala yang kata negara akan bankrap? Itu bukan sekadar Felda tapi satu negara," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula berkata, tugas utama Felda ialah memastikan nasib peneroka dan generasi mereka terbela, bukan membuat pelaburan korporat.

Pertama kali semalam kita dengar dia sebut Felda ada saham dalam korporatlah dan sebagainya. Adakah ini kerja Felda melabur dalam saham?Ini benda baru. Yang kita pentingkan kedudukan peneroka dan anak-anak mereka serta kehidupan mereka," katanya.

Najib ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya semalam menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Jun lalu, sebuah akhbar alternatif dikenakan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan artikel 'Felda Bankrap'.

~MK~

Putera Katak kembali ke Parlimen

Posted: 13 Dec 2010 07:39 PM PST

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kembali ke Parlimen selepas selama sebulan berihat dan mengambil kesempatan itu untuk "membuktikan" bahawa beliau masih 'garang' untuk kembali ke gelanggang politik tanahair.

Sambil membidas penulis blog dan penyebar khabar angin kononnya
beliau sedang koma dan tenat, ahli parlimen Pasir Mas itu berkata sudah waktunya baginya menyangkal desas-desus mengenai kesihatannya.

Oleh itu, katanya, beliau hadir di Parlimen untuk membuktikan yang beliau sudah sihat, walaupun doktornya menasihatkan beliau berihat tiga bulan lagi.

Hari ini adalah kali pertama Ibrahim kembali mengikuti sidang Parlimen selepas menjalani pembedahan pintasan jantung Oktober lalu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, Ibrahim sambil berseloroh berkata, beliau kasihan dengan mereka mengharapkan beliau meninggal dunia atau berada dalam koma.

Menurut Ibrahim lagi, beliau tidak duduk diam selama cuti sakit, sambil menyatakan beberapa rancangan yang beliau dan PERKASA akan lakukan dalam masa terdekat ini.

Katanya, adalah aneh Malaysia tidak mempunyai muzium untuk memperingati pahlawan negara dan sultan, dan lebih penting lagi insiden seperti Rusuhan 13 Mei.

Beliau mengambil contoh 'Museum Holocaust' di Jerman, yang menurutnya menggambarkan banyak kejahatan yang dilakukan pemimpin Nazi, Adolf Hitler dalam Perang Dunia II.

"Kita perlu mewujudkan muzium 13 Mei. Lihatlah ia secara positif.

"Kita perlu menceritakan kisah sebenar supaya generasi muda dapat mengetahui siapa yang memulakan semuanya, siapa yang membakar bendera Malaysia pada 10 Mei, siapa yang mencetuskan rusuhan," katanya.

Ibrahim juga mencadangkan Majlis Raja-Raja mengambil langkah proaktif dan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk memantau kemajuan kerajaan dalam mempromosikan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

Menurutnya, majlis tersebut perlu berbuat lebih banyak lagi untuk menggalakkan agenda bumiputera, selaras dengan dengan matlamat negara untuk menjadi negara maju pada 2020.

Ibrahim berkata, PERKASA akan menghantar memorandum dan surat kepada Majlis Raja-Raja, meminta supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja, atau sekurang-kurangnya sebuah jawatankuasa pemandu.

Langkah itu, tegasnya, akan dapat memastikan pencapaian 30 peratus penyertaan menyeluruh bumiputera dalam ekonomi apabila negara mencapai status negara maju.

Ibrahim mengakui bahawa kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa ekonomi bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Namun, tegasnya lagi, sebuah badan bebas masih diperlukan untuk memantau kemajuannya.

~MK~

Doa di majlis DAP nanti jadi isu UMNgOk

Posted: 13 Dec 2010 07:36 PM PST

Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang 4 minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti.

Puluhan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir pada pada konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana majlis DAP sebelum ini.

DAP yang kebanyakannya dianggotai oleh ahli-ahli berbangsa Cina sering dituduh sebagai cauvinis kaum itu kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan seramai lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon bertanding bagi menawarkan diri untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik seorang Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menjadi ahli jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.

Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.

DAP sememangnya sukar untuk menarik orang Melayu bagi menjadi ahlinya setelah sering kali dituduh sebagai cauvinis sedangkan parti itu mendokong ideologi pelbagai kaum dengan berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit, kaum, agama mahupun latar belakang.

~harakah~

Tiada ulasan: