Muslimeen United |
Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW Posted: 02 Dec 2010 02:37 PM PST Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah. Kita hanya dapat menemuinya melalui do'a-do'a yang kita lantunkan, memohon syafa'at Nabi untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya azab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada Nabi Tercinta, Kekasih Allah, peribadi mulia yang menjadi rahmat sekalian alam?? Ratusan orang menitiskan air matanya setelah menatap langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku dapat melihat wajahmu, lemah segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad …. (Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Agung, kekasih Allah …) Allahumma solli 'ala sayyidina wa maulana Muhammad Solallahu 'Alaihi Wassallam … The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW) Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW Kunci Ka'bah Masa Nabi Muhammad SAW Jejak Kaki Rasulullah SAW Beberapa helai rambut Rasulullah SAW Peninggalan gigi dan rambut Nabi. Itu giginya jelas ya? a Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW Berbagai pedang yang pernah dimiliki Nabi dengan nama-namanya yang digunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika orang-orang kafir memerangi Nabi dan dakwahnya sehingga harus mengangkat pedang. Gagang Pedang "Hatf" Nabi SAW tampak lebih jelasa aBusur Panah Nabi SAW Bendera Rasululullah SAW
Topi Besi Rasulullah SAW Baju dan barang-barang Rasulullah SAW Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta … Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7 Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A. PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH (Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW) -moeflich |
Posted: 02 Dec 2010 02:30 PM PST BERSAMA MB KE ISTANA NEGARAKENYATAAN MEDIA 3 Disember 2010 POTONG GAJI PENGERUSI SYABAS UNTUK TAMPUNG OPERASI Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan maklumat bahawa pendapatan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan dengan RM 425,000.00 sebulan. DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air. DPPWP tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional. Tetapi nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat. Apakah SYABAS mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat? Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah swt untuk manusia? Air adalah keperluan asas penduduk. Tanpa air, tiadalah kehidupan. DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat. DPPWP juga melihat mungkin inilah faktor SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat. Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat. Rakyat baru mendapat hadiah dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi. SYABAS perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat. DPPWP menyokong sekiranya ada usaha kerajaan Selangor mahupun SYABAS sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi mereka atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor. DPPWP juga menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember 2010 sebagai membantah kenaikan harga air oleh SYABAS. Disediakan oleh; FADHIL OSMAN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan