Jumaat, 3 Disember 2010

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Ketuanan melayu umno dan politik kemiskinan.........

Posted: 03 Dec 2010 06:35 AM PST


Politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO 
Sumber MerdekaReview

Aku tahu benar rasa keperitan kerana miskin semenjak kecil lagi.  Ibu yang mengajar otak durianku erti kemiskinan.  Ibu mengopek udang.  Kakak mengopek udang.  Aku satu-satunya anak jantan "keluarga tanpa ayah" juga mengopek udang.  Di tempat perempuan mengopek udang dan berbicara panjang lebar mengenai politik kehidupan harian dan politik suami isteri, aku seekor jantan wujud tanpa disedari untuk satu tempoh yang agak panjang kerana ibuku menurunkan kromosom X yang terlampau berpengaruh terhadap rupa wajahku.

Maka mengalirlah di seluruh susuk tubuhku keinginan untuk melepaskan diri daripada belenggu gelanggang kewanitaan yang hanya aku sedar kemudian hari.
Aku tahu benar rasa keperitan kerana miskin semenjak kecil lagi.  Ibu yang mengajar otak durianku erti kemiskinan.  Ibu mengopek udang.  Kakak mengopek udang.  Aku satu-satunya anak jantan "keluarga tanpa ayah" juga mengopek udang.  Di tempat perempuan mengopek udang dan berbicara panjang lebar mengenai politik kehidupan harian dan politik suami isteri, aku seekor jantan wujud tanpa disedari untuk satu tempoh yang agak panjang kerana ibuku menurunkan kromosom X yang terlampau berpengaruh terhadap rupa wajahku.  Maka mengalirlah di seluruh susuk tubuhku keinginan untuk melepaskan diri daripada belenggu gelanggang kewanitaan yang hanya aku sedar kemudian hari.
Kromosom X yang diturunkan oleh ibu kepada aku bukan sahaja mengubah cara aku menguruskan rambut otak durianku, tetapi yang paling berharga buat diriku ialah cara bagaimana aku mengharungi, merasai dan memahami kemiskinan sebelum aku sempat membaca karya Edward Said yang membuka mataku terhadap wacana orientalisme.  Jangan kita menghakimi kemiskinan orang Melayu dengan kaca mata orientalisme sehingga terpedaya dengan mentaliti pemikiran kolonialis lampau dan masa kini.  Lebih kurang begitulah salah satu dimensi penafsiranku terhadap teguran Allahyarham Syed Hussein Alatas yang meskipun pada satu ketika dahulu berderingan kuat dari jauh tetapi kini semakin sepi dan lembut suaranya.
Siapakah "kolonialis masa kini" dalam konteks politik kemiskinan domestik hari ini?  Bacalah paparan berita media perdana saban hari.  Perhatikanlah senarai syarikat yang mendapat projek besar setiap kali pengumuman dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.  Telitilah ke mana perginya hasil ekonomi negara setiap tahun Belanjawan Negara diumumkan oleh Menteri Kewangan.  Kebarangkalian kumpulan-kumpulan orang yang sama mendapat projek besar terlalu tinggi.
Secara ringkas, dalam kalangan kumpulan tersebut, ada yang bergelar "kelompok Umnoputra", ada juga yang bergelar "kelompok GLC", yakni mereka yang berselindung di sebalik syarikat kerajaan berkaitan kerajaan.
Kumpulan-kumpulan sedemikianlah yang berbicara kuat mengenai pembasmian kemiskinan. Bahawa Dasar Ekonomi Baru masih diperlukan bagi mencapai objektif kerajaan berdasarkan statistik kerajaan mengenai kadar kemiskinan di Malaysia seperti berikut:
TahunPeratus (%)
197052.4
198817.3
199016.5
19997.5
20025.1
Bahawa Model Ekonomi Baru wajar dilihat sebagai kesinambungan Dasar Ekonomi Baru kerana Kerajaan Persekutuan yang kononnya prihatin terhadap kemiskinan rakyat akan meneruskan projek dan program yang dapat membantu dan menaik taraf status golongan rakyat dalam kategori 40% berpendapatan rendah.
Tidak cukup setakat retorik mengaitkan politik kemiskinan dengan program ekonomi yang sebenarnya lebih menguntungkan sekumpulan "kelompok Umnoputra" dan "kelompok GLC".  Kelompok-kelompok elit seumpama yang kononnya prihatin dengan kemiskinan rakyat bawahan acap kali mengaitkan "Ketuanan Melayu UMNO" dengan politik kemiskinan.  Bahawa "Ketuanan Melayu UMNO" merupakan pembela orang Melayu maka akan membawa penyelesaian kepada kemiskinan orang Melayu.

Ironisnya, siapakah yang menghakimi kemiskinan Orang Melayu dengan kaca mata orientalisme tetapi bertopengkan Dasar Ekonomi Baru dan "Ketuanan Melayu UMNO" yang pada satu ketika dahulu berniat baik tetapi hari ini bercampur-adukkan dengan budaya "rent-seeking" yang terlalu "embedded" dalam sanubari Melayu UMNO?
Oleh kerana tidak berupaya menjalani proses transformasi diri secara yang berimpak, maka "kelompok Umnoputra" terus-menerus membawa wacana "Ketuanan Melayu UMNO" ke seluruh pelosok desa dan berbicara tanpa segan silu mengenai politik kemiskinan.
Tetapi yang jarang-jarang sekali dianalisi dalam mesej politik kemiskinan seumpama ialah: Pertahankan "Ketuanan Melayu UMNO" maka dipertahankan kepentingan "kelompok Umnoputra".  Pertahankan kesinambungan politik kemiskinan ala-Dasar Ekonomi Baru meskipun dalam penjelmaan terbaru seperti Model Ekonomi Baru maka dipertahankan kepentingan "kelompok Umnoputra".
Lihatlah senarai projek permulaan (EPP) yang ditandatangani sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib RazakProgram transformasi bukan mimpi, projek mana satu merupakan program pembasmian kemiskinan?
  • Syarikat Jerman, LFoundry menempatkan dan melabur lima loji Fabrikasi Wafer di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan permulaan RM214 juta dan pelaburan keseluruhan RM1.9 bilion.
  • Pemborong dan pengusaha peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd melabur RM1 bilion bagi membuka 14 cawangan baru dalam tempoh tiga tahun.
  • St Regis, jenama antarabangsa dalam bidang hospitaliti bertaraf enam bintang membina hotel 208 bilik dan 160 unit kediaman di KL Sentral membabitkan pelaburan RM1.2 bilion.
  • Syarikat perkhidmatan medan minyak, Schlumberger membuka hab perkhidmatan, Eastern Hemisphere Global Financial Services Hub di Bandar Utama, Petaling Jaya bagi menarik 100 syarikat multinasional untuk menempatkan operasi di Lembah Klang menjelang 2020.
  • Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi konsesi 25 tahun kepada syarikat pembinaan dan infrastruktur, WCT Bhd untuk membina dan mengendalikan operasi kompleks integrasi di Terminal Tambang Murah (KLIA2), Sepang bernilai RM486 juta.
  • Syarikat pelaburan Asia Barat, Mubadala bekerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
  • Premium Renewable Energy Sdn Bhd akan membina lima loji minyak bio dalam tempoh lima tahun dengan kos loji pertama RM124 juta di Lahad Datu, Sabah.
  • Asia e-University dilantik Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Universiti Gateway untuk pembangunan pembelajaran dalam talian dan jarak jauh antarabangsa dijangka menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) RM341 juta.
  • Genting Berhad membina Johor Premium Outlets di Genting Indahpura merangkumi hotel, taman rekreasi air antarabangsa dan pusat beli-belah besar membabitkan pelaburan RM150 juta.
Sebab itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (gambar kiri) ketika menyampaikan syarahan di Universiti Nasional Australia (ANU) pada 15 November 2010 berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri hanya menumpukan perhatian kepada projek mega yang mengenyangkan kelompok kroni UMNO-Barisan Nasional tanpa perincian kepada program untuk membasmi kemiskinan tegar dan projek berteraskan kebajikan rakyat.
Jika aku orang Melayu yang hidup papa dan merana, setiap kali aku membaca berita atau mendengar pembesar politik berbicara mengenai kewajaran kelangsungan Dasar Ekonomi Baru dan Ketuanan Melayu pada abad ke-21, akan ku dapatkan segera pembesar suara, menghadapkannya ke arah akhbar atau pembesar politik tersebut, lalu aku memekik dengan kuat sekali: Hentikanlah ketaksuban berpolitik yang kononnya dapat menyelesaikan masalah kemiskinan orang Melayu dengan menggadaikan maruah orang Melayu.  Melayu bermaruah tidak lahir dalam konteks politik kemiskinan ala-Ketuanan Melayu UMNO.  Melayu bermaruah akan lahir dalam konteks baru Ketuanan Rakyat yang berjiwa rakyat dan berpaksikan keperluan golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum. 
*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

HISHAMMUDDIN RAIS :KISAH DISEBALIK SYABAS

Posted: 02 Dec 2010 04:22 PM PST

Penswastaan air: Mengfaraidkan harta awam
Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

NONEJKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata di mana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya bagini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar di mana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli saham.
Tak perlu silap mata

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Kewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

syabas logoKementerian kewangan mengeluarkan 'pink form' atau borang merah jambu. Tertera di borang ini adalah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa borang ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di borang. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapungkan.

Sebelum ini Menteri Kewangan akan meletakan harga terhadap saham air di syarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan borang merah jambu akan dapat dijualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapungkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapungkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya borang merah jambu dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan di mana kaum kerabat, kroni dan elit kawan-kawan di Umno dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

NONEJusteru, para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Mereka semua mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan - memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak di siang hari?

Betul. Ini satu rompakan rasmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh Umno. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kisah rompakan
Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidakkah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

water bill 110608Rompakan ini cukup licik - orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaun yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang diswastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh!

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Inilah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.
Rahsia sudah kantoi

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia. Rahsia Syabas sudah kantoi!

khalid ibrahim selangor waterHari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal di mana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk dijadikan hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor diswastakan amat jelas ia telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmahan. Bukti ini muncul daripada laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

azlanTahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa: bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah RM5.1 juta setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau RM5 juta ini duit lima sen - sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu daripada laporan audit ini, syarikat Syabas ini telah memberikan 72 peratus kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat kroni melalui rundingan 'sap sap sui'. Juga daripada laporan yang sama telah diketahui bagaiman RM325 juta 'tenggelam lesap' entah ke mana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur hebat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta.
Kembalikan hak rakyat
Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa? Seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

plus highway sg besi 180205 aerial view 01Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik - adalah di antara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

NONEJusteru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad ini, warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang di-Pipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetia-kawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api elektrik dan hospital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.

Tiada ulasan: