Isnin, 6 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Isu air Selangor, Selangor patut contohi Johor

Posted: 05 Dec 2010 09:24 AM PST

Perhimpunan aman untuk mengiringi Menteri Besar Selangor yang bertukar kepada acara mandi beramai-ramai akibat ditembak oleh meriam air FRU, dan berpedih mata serta kerongkong akibat gas pemedih mata di ibu kota hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat dan orang ramai (termasuk warga asing).

Kalau dilihat inilah kali pertama ada syarikat swasta seperti SYABAS yang berani menentang kerajaan negeri seperti kerajaan Negeri Selangor. Malah Menteri Besar yang memegang tampuk kepimpinan negeri juga terpaksa bersusah payah berdemo bersama-sama rakyat!

Kalau dulu, biasanya rakyat berarak di jalanraya kerana menentang kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia secara keseluruhannya. Tapi senario kali ini lebih pelik kerana kerajaan Selangor terpaksa berarak pula untuk menentang sebuah syarikat Swasta iaitu SYABAS.

Syarikat Air Selangor, SYABAS mahu menaikkan harga air Selangor sebanyak 37%. Tindakan ini dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana ia disifatkan membebankan rakyat. Oleh kerana SYABAS terus berdegil, dan mahu juga menaikkan harga air, maka rakyat dan Kerajaan Negeri (diwakili Menteri Besar Selangor) berarak bersama-sama mahu menghantar memo kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Kerajaan negeri Selangor tidak mahu rakyat terbeban membayar kos air yang tinggi kepada syarikat air swasta, SYABAS maka mereka menuntut untuk mengambil alih kuasa pengurusan air Selangor dan membatalkan penswastaan air Selangor yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Jelas sekali Selangor mendahulukan rakyat di dalam isu ini.

Najib Razak, Perdana Menteri di dalam petikan ucapannya di dalam Berita Harian juga seolah-olah menyokong dasar Kerajaan Negeri Selangor yang mementingkan nasib rakyat! Najib di dalam ulasannya menyokong Kerajaan negeri.


Namun rakyat harus kesian Perdana Menteri Najib. Di sini jelas sekali bahawa Najib terpaksa berpura-pura menyokong rakyat di dalam isu air ini sambil melepaskan tentera suruhan mereka (FRU) untuk menyerang rakyat yang berarak walaupun secara aman. Namun ia mungkin bukanlah kehendak di hatinya, dia dalam dilema dan terpaksa berbuat begitu. Rakyat kena faham, Najib terpaksa!

Perdana Menteri Najib Razak yang bijak perlu berpura-pura seperti menyokong rakyat di dalam ucapannya bagi menggambarkan beliau sentiasa konsisten kepada slogan "rakyat didahulukan" yang dilaungkan olehnya setiap hari. Namun dalam masa yang sama beliau harus menjaga hati rakan baiknya Tan Sri Rozali Ismail yang kini sedang melobi untuk menjadi pengerusi Felda. Persahabatan adalah penting, rakyat harus paham tentang persahabatan Najib.

Lagi pula harga air di negeri lain yang menyokong Barisan Nasional di Malaysia sudah lama dinaikkan. Maka Najib mahu negeri Pakatan Rakyat juga turut mengikut negeri-negeri Barisan Nasional yang memiliki harga air yang sedia mahal. Dengan harga air yang mahal bagi setiap negeri-negeri di Malaysia termasuk negeri Pakatan Rakyat, barulah menggambarkan konsep Satu Malaysia apabila satu Malaysia harga air mahal. Maka rakyat harus menjaga air muka Najib dan Barisan Nasional.

Rakyat Selangor harus mengikut sikap rakyat Johor bagaimana mereka menjaga air muka pemimpin Barisan Nasional Johor. Rakyat Johor langsung tidak membantah kerajaan Johor menaikkan harga air mereka dari tahun ke tahun sehingga mereka kini memiliki harga air yang paling mahal di dalam Malaysia. Namun mereka tidak pernah merungut. Rakyat Johor pandai menjaga air muka UMNO Johor. Lihatlah bagaimana Rakyat Johor sanggup berkorban demi UMNO!


ReJaM©

Isu air Selangor, kandungan memo kepada Agong

Posted: 05 Dec 2010 08:53 AM PST


Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia

Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan

2010

Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.

Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,

Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,

Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,


Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;

Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.

Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.

1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat

Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)

Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.

3) Menghak-upayakan Rakyat

Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS"), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.

4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri

Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.

5) Menghapuskan Kronisme

Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.

Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.

Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.

Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.


Sumber: Blog Anwar Ibrahim

ReJaM©

Kenaikkan harga barang tak jejaskan rakyat!

Posted: 05 Dec 2010 04:12 AM PST

Rakyat Malaysia terutama yang taksub kepada pihak pembangkang heboh memperkatakan tentang kenaikkan harga minyak dan barangan keperluan harian baru-baru ini. Mereka menuduh kerajaan pimpinan Najib dengan pelbagai tohmahan kerana menaikkan harga barang tanpa memikirkan kebaikkan dari kenaikkan harga barang tersebut.

Salah satu sebab kenaikkan harga barang terutama minyak adalah disebabkan kenaikkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap pengusaha. Kenaikkan cukai ini akan meningkatkan pendapatan negara sekaligus meningkatkan jumlah dana negara. Justeru peningkatan cukai ini membenarkan pengusaha meningkatkan harga barangan mereka.

Rakyat perlu sedar kerajaan Malaysia sudah banyak menggunakan wang di dalam pelbagai urusan negara, termasuklah kempen Pilihanraya untuk Barisan Nasional dan di dalam mengumpul dana untuk menyiapkan Menara Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat.

Sekiranya harga barangan tidak dinaikkan, dari mana kerajaan nak dapatkan wang dengan cepat untuk buat projek-projek mega? Dari mana nak dapatkan wang untuk kempen Barisan Nasional pada PRU akan datang di dalam keadaan ekonomi negara yang sedang merudum ini?

Apa yang penting kenaikkan harga barang langsung tidak menjejaskan rakyat, sekiranya semua orang mengikut seruan kerajaan yang dilaungkan oleh Najib untuk mengubah gaya hidup anda!

Rakyat harus mengambil langkah-langkah bijak di dalam menyesuaikan diri terhadap kenaikkan harga barang seperti, memasak menggunakan dapur kayu, menaikki basikal tau berjalan kaki ke pejabat, minum air tanpa gula untuk menjaga kesihatan dan sebagainya.

Mungkin dengan kenaikkan harga gula, rakyat boleh memilih untuk menanam tebu beramai-ramai dan menghasilkan sendiri gula dengan harga yang lebih murah. Atau menggunakan tebu secara terus untuk dicampurkan di dalam makanan dan minuman yang memerlukan gula sebagai pengganti.

Dengan berbasikal ke pejabat pula, kita akan dapat mengurangkan kesesakkan lalulintas dan mengurangkan kemalangan maut di Malaysia. Selain itu alam persekitaran akan lebih terjaga tanpa asap kenderaan dari kenderaan yang menggunakan bahan api petrol.

Sekiranya anda bimbang sampai lewat ke tempat kerja, anda boleh bergerak lebih awal ke tempat kerja contohnya memulakan perjalanan ke tempat kerja seawal 3 pagi atau mungkin lebih awal dari itu bagi mereka-mereka yang tinggal jauh dari tempat kerja. Lebih elok lagi anda bolehla memulakan perjalanan sehari lebih awal dari hari bekerja, dengan mengayuh basikal atau berjalan kaki
. Selain itu anda juga boleh mula mengemas pakaian dan barang-barang untuk tinggal atau menyewa di kawasan yang lebih dekat dengan tempat kerja lebih elok lagi terus saja tinggal di tempat kerja, tak payah balik rumah, jimat duit sewa rumah.

Di atas hanyalah sebahagian penyelesaian terhadap kenaikan harga barang. Anda boleh berfikir dan mencari idea sendiri untuk menyelesaikan masaalah kenaikan harga barang. Jangan ikut perangai pembangkang yang hanya tau menyalahkan kerajaan sahaja! Kita sendiri yang memilih kerajaan Barisan Nasional, pilihan kita adalah yang terbaik. Jangan salahkan kerajaan tetapi bertindak bijaklah untuk diri anda sendiri.




ReJaM© "Jangan salahkan kerajaan tetapi salahkanlah diri anda sendiri!"

Tiada ulasan: