Blog-list Malaysia |
- Khir Toyo Tak Mengaku Bersalah
- Khir Toyo Ditangkap SPRM.. Macam Tak Percaya ..
- Istana Kelantan Tarik Balik Pingat Dari Ku Li
- Video 'Kecekapan' Polis Bertindak Terhadap Rakyat
- Polis Tak Tunai Janji - MB Selangor
| Khir Toyo Tak Mengaku Bersalah Posted: 05 Dec 2010 09:00 PM PST Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam. |
| Khir Toyo Ditangkap SPRM.. Macam Tak Percaya .. Posted: 05 Dec 2010 08:56 PM PST Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dijangkakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, atas tuduhan berhubung pemilikan dua tanah lot banglo mewah di Seksyen 7, di sini. Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mohd Khir dijangka didakwa bersama Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni atas dakwaan tersebut. Khir didakwa menerima dua tanah lot tersebut daripada Shamsuddin dengan bayaran RM3.5 juta pada 29 Mei, 2007 sedangkan lot tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada 2004. - mStar Online |
| Istana Kelantan Tarik Balik Pingat Dari Ku Li Posted: 05 Dec 2010 10:04 AM PST ![]() SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN KENYATAAN AKHBAR Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, telah mengampuni perkenan perkara berikut: 1. Menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi I) yang telah dianugerahkan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, No. K/P: 370413-03-5083, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010. 2. Menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili II) serta Pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) yang telah dianugerahkan kepada Dr Haji Yaacob Hussain Merican, No. K/P: 380920-03-5597, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010. Kedua mereka yang terbabit dalam penarikan di atas telah dimaklumkan melalui surat pada tarikh-tarikh tersebut. Adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua. (DATO' SERI SETIA RAJA DATO' HAJI MOHD AISERI ALIAS) Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bertarikh Pada: 28 Zulhijjah 1431H Bersamaan: 5 Disember 2010 Sumber di sini |
| Video 'Kecekapan' Polis Bertindak Terhadap Rakyat Posted: 05 Dec 2010 03:59 AM PST |
| Polis Tak Tunai Janji - MB Selangor Posted: 05 Dec 2010 03:29 AM PST Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini. Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman" "Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat," kata menteri besar.Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air. "Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," tambah Khalid. Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi. Suhakam: Tugas polis bukan maki hamun Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang. Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berkata, mereka mendapati polis bertindak tidak profesional menangani perhimpunan membantah kenaikan harga air di Selangor hari ini."Mereka (polis) perlu dilatih lagi. Tugas mereka bukan mendera atau maki hamun orang ramai. Ini tidak dilakukan dengan betul dan mereka sepatutnya profesional menanganginya. "Ia menyebabkan orang ramai benci pada polis. Mungkin perhimpunan ini tiada permit tetapi mereka tidak patut mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita di Masjid Negara selepas tamat perhimpunan baju merah itu. Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad pula menyifatkan polis bertindak keterlaluan menangani perhimpunan itu. "Kami bercadang bangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen yang akan datang," katanya yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS. - Mkini |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.
"Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat," kata menteri besar.
Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Mohd Shaani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan