Isnin, 6 Disember 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Terbongkar: SYABAS Guna Aset Kerajaan S'ngor Bernilai RM10.9 Billion Secara Percuma

Posted: 06 Dec 2010 12:00 AM PST

Selangor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.

Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong.

Khir Toyo Tak Mengaku Bersalah, Didakwa Berhubung Pemilikan Dua Lot Banglo Mewah

Posted: 05 Dec 2010 11:39 PM PST

Khir Toyo hadapi tuduhan berhubung pemilikan tanah, banglo

Gambar: BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas dakwaan pembelian hartanah bernilai RM3.5 juta. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.

Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Khir diwakili peguam M Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.

Beliau adalah Menteri Besar Selangor ke-13 dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008. - BERNAMA


Ulasan GB

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.
Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman

dan ramai lagi.


Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Supaya Hakim Tarik Diri

Posted: 05 Dec 2010 10:10 PM PST

Anwar gagal lagi minta hakim tarik diri dengar kes liwat

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usaha kali keduanya meminta Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar kes liwat beliau agar menarik diri.

Dalam keputusan tidak yang mengejutkan, Mohd Zabidin menolak permohonan pembela pagi ini sambil mengetepikan kebimbangan Anwar bahawa beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil.

Mohd Zabidin juga tidak melihat pertukaran kata-kata lisan dengan peguam utama Anwar, Karpal Singh akhir bulan lalu seharusnya dilihat benar-benar membawa bahaya bias dalam kes ini.

"Itu yang terjadi pada 23 November dan saya merasakan mana-mana orang munasabah yang membaca kata-kata itu dalam konteks, tidak akan membuat tanggapan bahawa benar-benar akan wujud bahaya bias, hanya kerana timbulnya kata-kata sedemikian antara seorang peguam dan hakim perbicaraan," kata beliau.

"Oleh itu permohonan ini diketepikan," kata beliau dalam keputusan ringkas.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memohon supaya Mohd Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat beliau.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon supaya hakim perbicaraan menarik diri. Yang pertama selepas hakim enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan yang didakwa pembelaan predudis terhadap kes itu.

Permohonan pertama itu ditolak Mohd Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkaman Persekutuan.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Pembangkang memohon untuk hakim itu menarik diri atas alasan bahawa hakim berkenaan telah menggugut peguamnya pada Isnin lepas, dan walaupun hakim telah menarik ugutan itu, Anwar berkata terdapat sikap berat sebelah jika hakim berkenaan terus mendengar kesnya.

Anwar mendakwa bahawa hakim berkenaan telah memberitahu peguamnya bahawa permohonannya agar beliau menarik diri boleh menghina mahkamah, di mana peguam beliau berkata hakim berkenaan telah mengugutnya.

Anwar juga memfailkan permohonan atas alasan bahawa hakim itu telah memberikan tafsiran berbeza dengan keputusan Mahkamah Agung 1993 berkaitan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya yang menafikan Anwar akses pada nota klinikal Saiful kepada pembelaan. -TMI

Ulasan GB

chegu bard pernah berkata

"Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik."


Isteri Dr Badrul Pengsan, Seorang Peserta Patah Kaki Kanan

Posted: 05 Dec 2010 08:30 PM PST

Isteri Dr Badrul pengsan, peserta patah kaki

KUALA LUMPUR: Para peserta perhimpunan aman anjuran kerajaan negeri Selangor bagi membantah kenaikan tarif air hari ini dikasari oleh anggota polis sehingga ramai yang cedera, pengsan dan ada terlantar di hospital untuk menerima rawatan.

Di antara yang cedera dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur ialah isteri Dr Badrul Amin Bahron, penyelaras kempen anti kenaikan tarif air.

Isterinya, Zumrah Husni, 45 tahun, jatuh pengsan ketika cuba membantu seorang demonstran yang cedera di kaki.

Ketika dihubungi FMT petang tadi, Dr Badrul berkata, ketika kejadian kelam kabut itu berlaku, isteri saya cuba untuk menyelamatkan seorang lagi peserta lelaki yang kini turut berada di hospital akibat patah kaki.

Menurut beliau, isterinya masih dirawat di hospital dan masih dalam keadaan lemah.

Patah kaki kanan

Dr Badrul berkata, seorang peserta demonstrasi Azami Ismail berusia 51 tahun patah kaki kanan dan sedang di rawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Tambah Badrul Amin, pihaknya kecewa dengan tindakan polis yang tidak membenarkan penyokong mengiringi Khalid ke Istana Negara tetapi sebaliknya bertindak kejam terhadap para demonstran.

"Setelah Menteri Besar menyerahkan memorandum kepada wakil istana kita telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Masjid Negara untuk memaklum kepada penyokong bahawa kita telah berjaya.

"Namun kita dihalang polis untuk ke sana, sehubungan itu kita telah meminta wakil kita untuk mengarahkan semua penyokong yang berada di Masjid Negara bersurai.

"Tetapi secara tiba-tiba dalam proses bersurai itu polis secara tiba-tiba menyerbu masuk ke Masjid Negara dan menyebabkan penyokong-penyokong bertempiaran lari," katanya. -FMT

Siapa Kenal Lelaki Ini?

Posted: 05 Dec 2010 08:24 PM PST

Mangsa Dari Pantai Dalam Mati Di Kulim Tiga Minggu Lalu

KULIM: Polis telah mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang dijumpai rentung di padang golf di Kulim Hi Tech Park kira-kira tiga minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata lelaki itu dikenali sebagai Mohd Noor Khairulnizam Yaacob, 26, yang alamat terakhirnya ialah Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Polis meminta keluarga atau pihak yang mengenali mangsa supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Mohd Anuar Mohd Noor di talian 04-4906222 atau 012-2534786.

Mayat Mohd Noor Khairulnizam ditemui di kawasan semak di padang golf tersebut pada 8 malam 14 November lalu.

Chin berkata ketika ditemui, mayat tersebut dalam kedaan separuh rentung dengan hanya tinggal kaki dan tangan sahaja.

"Polis percaya mangsa mati beberapa hari sebelum itu dan mayatnya dibakar di lokasi berkenaan," katanya, Ahad.-BERNAMA

[Video] Jerung Mengganas Lagi Di Laut Merah, Membaham Seorang Wanita Jerman

Posted: 05 Dec 2010 07:00 PM PST

Kaherah - Seekor ikan jerung semalam menyerang seorang pelancong wanita Jerman yang sedang menyelam dekat sebuah resort Sharm el-Sheikh di Laut Merah, Mesir.

Ia merupakan kejadian yang ketiga dalam tempoh seminggu.

Pengarah Konservasi Sinai Selatan, Mohammed Salem berkata, wanita itu mati selepas diserang di Naama Bay.

Serangan itu berlaku sehari selepas Sharm el-Sheikh dibuka semula kepada orang ramai selepas ia ditutup sebelum ini kerana dua kejadian sama yang mengorbankan warga Rusia.

Menurut beberapa pegawai perubatan, wanita itu ditarik dari laut mati selepas jerung itu membaham paha dan lengannya.

Pada Jumaat lalu, pakar-pakar pemuliharaan berkata, mereka telah menangkap dua ikan jerung yang dipercayai telah membunuh dua perenang Rusia pada Selasa dan Rabu sebelumnya.

Sementara itu, Datuk Bandar, Gamal al-Mahdi berkata pantai tersebut dibuka semula selepas pihak berkuasa menganggap tidak ada lagi ancaman di pantai tersebut.

Pantai itu dikunjungi di antara tiga hingga empat juta pelancong setahun.

Satu siri serangan di Sharm el-Sheikh itu tidak dijangka, kata seorang pakar ikan jerung, Samuel Gruber yang mengetuai Stesen Kajian Biologi Bimini, Miami, Amerika Syarikat.

"Dalam satu hari, ikan jerung menggigit lebih seorang individu. berdasarkan kajian saya yang membaca mengenai serangan ikan jerung dan menulis mengenainya, anda tidak pernah mendengar ada ikan jerung yang menggigit lebih daripada seorang manusia," katanya. - AFP


Tourist Killed by Shark in Sharm el-Sheikh, Egypt
Sunday December 5, 2010

Four tourists have been injured and now one has been killed in the past week by an oceanic white-tipped shark, in the popular Egyptian Red Sea resort area of Sharm el- Sheikh. Two of the injured victims have lost their arms, and the other two have serious leg injuries. Sharm el-Sheikh is a diving and water sport mecca, think Cancun in Mexico. It's very popular with Europeans escaping the cold winter weather. A suspension has been called on most water activities in the Sharm area.

White-tipped sharks do not normally attack humans, it is thought that the same individual shark is responsible for the recent attacks. No doubt it will be caught soon enough. Earlier this year a French woman did die from a shark attack further south in the more remote Marsa Alam area. But that was the first such incident in five years. This is not Great White territory, too warm. -goafrica






Selepas Ibrahim Ali, Istana Kelantan Lucut Gelaran Ku Li

Posted: 05 Dec 2010 06:23 PM PST

Penarikan balik berkuat kuasa Khamis lalu

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima, menarik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) serta pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang dianugerahkan kepada datuk saudara baginda, Tengku Razaleigh Hamzah, berkuat kuasa Khamis lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata Sultan Kelantan juga menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) serta pelantikan Jaksa Pendamai (JP) yang dianugerahkan kepada peguam Tuanku Ismail Petra, Dr Yaacob Hussain Merican, juga berkuat kuasa Khamis lalu," katanya pada sidang media yang diadakan di Istana Balai Besar, di sini, lewat malam semalam.

Hadir sama, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam penasihat Sultan Kelantan, Datuk Shukri Mohamed.

Aiseri berkata, kedua-dua yang terbabit dalam penarikan sudah dimaklumkan melalui surat yang diserahkan pada Jumaat lalu.

"Penarikan balik ini hak Sultan Kelantan yang dijalankan mengikut hemah dan budi bicara baginda, sama seperti penarikan balik darjah kebesaran sebelum ini, mengikut kaedah sama," katanya.

Awal Oktober lalu, Sultan Kelantan menarik balik anugerah dan darjah kebesaran empat individu termasuk gelaran Datuk kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Ditanya sebab penarikan anugerah itu, Aiseri berkata, ia berdasarkan kenyataan Tengku Razaleigh dalam akhbar berbahasa China, Shin Chew Daily, bertarikh 14 September lalu.

"Antara kenyataan Tengku Razaleigh ialah kerana Sultan (Tuanku Ismail Pe-tra) masih ada dan tidak meninggalkan negeri melebihi setahun atau sukarela mengundur diri, jadi pengumuman pemangku raja sebagai raja adalah diragui.

"Penarikan Dr Yaacob pula disebabkan ucapannya semasa prosiding di Mahkamah Persekutuan pada 25 Oktober lalu, selain Tuanku Sultan ada sebab tersendiri yang lain menyebabkan penarikan ini dibuat baginda," katanya. -BH


SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN
KENYATAAN AKHBAR


Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, telah mengampuni perkenan perkara berikut:

1. Menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi I) yang telah dianugerahkan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, No. K/P: 370413-03-5083, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

2. Menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili II) serta Pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) yang telah dianugerahkan kepada Dr Haji Yaacob Hussain Merican, No. K/P: 380920-03-5597, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

Kedua mereka yang terbabit dalam penarikan di atas telah dimaklumkan melalui surat pada tarikh-tarikh tersebut.

Adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua.

(DATO' SERI SETIA RAJA DATO' HAJI MOHD AISERI ALIAS)
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Bertarikh Pada: 28 Zulhijjah 1431H
Bersamaan: 5 Disember 2010


Ulasan GB

Tak nak ulas, GB tak der beban kini, takut-takut nanti batu di "galas".

tapi elok juga dibaca berita yang GB pernah siarkan pada 9 Okt 2010.

Maka, Tergoleklah "Lembu-lembu" Itu Disembelih Tangan Sultan Sendiri

Sultan Yang Benar-benar Berjiwa Rakyat Ditemui Di Kelantan


Ada Usaha Terancang Israel Untuk Merobohkan Masjid Al-Aqsa?

Posted: 05 Dec 2010 05:05 PM PST

Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh

GAMBAR menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas.

BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt News pada Jumaat lalu.

Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.

Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.

Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.

Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.

Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.

Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.

Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. - Agensi


Palestinians attend the Friday prayers at Aqsa amidst strict security measures

OCCUPIED JERUSALEM, - Thousands of Palestinians participated in the Friday prayers at the Aqsa Mosque despite Israeli occupation strict measures around occupied Jerusalem, the old city and the Aqsa Mosque's surroundings.

The Imam of the Aqsa Mosque, Muhammad Husain, called on Muslims, during the Friday sermon, to remain steadfast in the face of Zionist aggressions to counter the dangers posed to their very existence in the holy city.

At the same time, hundreds of worshipers attended the Friday prayers at the two protest tents; the Red Cross compound where the Palestinian lawmakers threatened with expulsion are holding a sit-in for over five months and the Bustan protest tent in Silwan, the Jerusalem suburb threatened with demolition and expulsion of its residents.

The Imams said that the Aqsa Mosque is an Islamic holy place and that the Jerusalem residents will defend it at any cost. The called for national unity for the sake of God, the Aqsa Mosque and Jerusalem which is subject to occupation accelerated Judaization and the residents of which stand threatened with expulsion.

Israeli occupation troops and police were deployed in large numbers throughout the holy city. Roadblocks were setup on various roads and young people were stopped and their ID papers were checked. Barricades were placed at the gates of the Aqsa Mosque where many young people were stopped and the ID cards were confiscated until after the end of the prayers.

These strict security measures by the Israeli occupation came one day after the occupation barred worshipers under the age of 40 from entering the Aqsa Mosque while allowing dozens of extremist Jewish settlers to enter the Mosque's plazas.

—————————————————————————————–

Israeli official: Collapse of Aqsa Mosque is imminent

OCCUPIED JERUSALEM, - Col. Yoram Lev-Ran, the Commander of the Jerusalem district of the Home Front Command, has warned that a disaster might befall the holy Aqsa Mosque and that the old Marwani Mosque might collapse soon.

He told an Israeli weekly published on Friday that a collapse would happen, but the only "question is when? And how many will be killed and injured?"

Lev-Ran said that an emergency plan is always present when prayers in Ramadan are offered, adding the Home Front Command and the police are always on the alert.

Observers believe that Lev-Ran's statement is only a test balloon to check the Arab reaction, adding that the demolition of the Aqsa was taken a while ago by the Israeli decision makers but was awaiting the proper time for implementation.

Land caved in near the Aqsa Mosque and in occupied Jerusalem as a result of the Israeli excavations and tunnels dug underneath the holy site. - palestine-info.co.uk



[Bergambar] Kesemua 52 Yang Ditahan Telah Dibebaskan

Posted: 05 Dec 2010 03:59 PM PST

52 ditahan sertai protes air di KL dibebaskan

KUALA LUMPUR, 5 Dis - Kesemua 52 orang termasuk seorang remaja berusia 15 tahun yang ditahan kerana melanggar arahan polis dengan cuba meneruskan perarakan protes air ke Istana Negara hari ini dibebaskan kira-kira pukul 6 petang tadi.

Selain itu, turut ditahan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara Dr Nasir Hashim dan empat pelajar.

Peguam R. Sivarasa ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata 50 orang telah dibebaskan kira-kira pukul 6 petang selepas memberikan keterangan di pusat Pasukan Gerakan Am, Cheras manakala dua orang lagi dibebaskan kira-kira pukul 8 malam.

"Saya telah dimaklumkan jumlah sebenar yang ditahan adalah seramai 52 orang termasuk seorang remaja berusia 15 tahun, kesemua yang ditahan petang tadi adalah lelaki.

"Lima puluh orang telah dibebaskan petang tadi manakala yang dua orang lagi terpaksa ditahan kerana tidak membawa kad pengenalan, namun setelah berbincang kita meminta supaya ahli keluarga mereka datang membawa kad pengenalan. Kedua-dua mereka adalah seorang Melayu dan seorang Cina.

"Jadi sekarang semua sudah selesai, semuanya sudah dibebaskan," kata Sivarasa yang juga bekas naib presiden PKR.

Terdahulu Nasir, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan setiausaha agungnya S. Arutchelvan ditahan semula di kawasan Istana Negara selepas mereka dilepaskan di Masjid Negara.

Sebelum itu, mereka ditahan di hab pengangkutan awam KL Sentral.

Kesemua mereka ditahan selepas kira-kira 5,000 penyokong ingkar dengan arahan polis supaya bersurai daripada mengadakan perarakan protes air ke Istana Negara.

Mereka ditahan selepas polis mengerahkan kira-kira 300 anggota untuk mengambil tindakan dengan menyerbu masuk ke pekarangan Masjid Negara sebelum menahan mereka.

Sebelum itu, polis terpaksa menyembur air pemedih mata dan juga gas pemedih mata untuk menghalang penyokong-penyokong daripada meneruskan perarakan ke Istana Negara.

Namun begitu Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dibenarkan untuk ke Istana Negara dengan diiringi polis bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum yang mengadungi 150,000 tandatangan rakyat Selangor itu diterima Pegawai Akhbar Istana Negara Khairi Abdul Rahman yang mewakili bagi pihak Yang di-Pertuan Agong.

Terlebih dahulu sebelum menyerahkan memorandum itu, Khalid turut berada di Masjid Negara untuk bersama kira-kira 1,000 penyokong yang menyertai demonstrasi dan perarakan aman itu.

Melalui memorandum itu, Khalid memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar hak air dikembalikan kepada rakyat melalui pengambilalihan oleh kerajaan Selangor.

Dalam memorandum itu, Khalid berkata, kerajaan persekutuan perlu mengembalikan semula hak air kepada rakyat dengan menyerahkan semula kuasa kerajaan Selangor dalam isu berkaitan perkhidmatan air. -TMI














Sacret Heart, Sekolah Katolik Bakal Jadi Sekolah Islam

Posted: 05 Dec 2010 02:43 PM PST

Sacred Heart, Sekolah Katolik yang Bakal Jadi Sekolah Islam

Sekolah Dasar Katolik Sacred Heart di Blackburn UK bakal menjadi sekolah Katolik pertama yang akan bertukar menjadi sebuah sekolah Islam, jika masyarakat Muslim di kota tersebut jadi membeli sekolah berkenaan.

Pihak sekolah telah merancang untuk menutup sekolah berkenaan kerana jumlah pelajar Islam di sekolah itu lebih ramai dari pelajar beragama Katolik.

Sepuluh tahun yang lalu, 9 dari 10 pelajar di sekolah itu beragama Katolik. Tapi angka itu telah menjunam, sampai tahun ini cuma 4 dari 10 pelajar yang beragama Katolik, selebihnya muslim.

Sebagai sekolah Katolik, gurubesar sekolah Sacret Heart seharusnya beragama Katolik dan 10 peratus mata pelajaran adalah pelajaran berasaskan ajaran Katolik.

Tapi oleh kerana ramai pelajar beragama Islam, situasinya berubah. Lembaga sekolah Blackburn mengakui bahwa sekolah yang mereka kelola itu kini tidak lagi "melayani keperluan" masyarakat.

Berdasarkan Undang-undang tempatan, Dewan Kota Blackburn perlu mencari pihak lain yang akan mengelola sekolah tersebut, jika lembaga Katolik tidak lagi mengelolanya.

Peluang ini dinantikan oleh masyarakat Islam di Blackburn. Masjid Tauheedul Islam di kota itu adalah salah satu-satunya pihak yang menyatakan berminat untuk mengambil alih pengelolaan Sacred Heart, meski saat ini masjid tersebut sudah pun memiliki sebuah sekolah khusus untuk anak perempuan.

Pengetua Sekolah Menengah Puteri Tauheedul Islam Hamid Patel mengatakan, "Mengingat majoriti pelajar sekolah Sacred Heart adalah muslim, masuk akal jika kami berminat mengelola sekolah itu."

"Kami masih mencari maklumat lebih lanjut, apa yang diinginkan oleh pihak penguasa tempatan. Tapi masyarakat Islam dan pihak sekolah menginginkan kami untuk melibatkan diri dalam masalah ini, dan tentu saja kami berminat pada sekolah itu," sambung Patel.

Populasi muslim di UK meningkat sekitar 2.5 juta orang di antara tahun 2004-2008. Ketika ini cuma ada 11 sekolah Islam yang dibiayai pemerintah di seluruh UK.

Masyarakat Islam masih memerlukan lebih banyak lagi sekolah-sekolah Islam.


Numbers in decline so Catholic school converts to Islam

A ROMAN CATHOLIC primary school in Lancashire looks set to become the first in the country to convert to an Islamic faith school after the number of Christian pupils plummeted.

The Diocese of Salford — which runs the school — wants to close Sacred Heart RC Primary School in Blackburn because the number of Catholic students has dwindled from a staggering 91 per cent to just 3 per cent in a decade.

A massive shift in population means there are only five or six Catholics attending at the moment.

The 197-pupil school is in the centre of Blackburn and its pupils are largely from ethnic minority groups — many of them Asians from Indian and Pakistani origin. Many do not speak English as their first language.

In what would be the first case of its kind in Britain, the primary would be handed over to another organisation to run and re-opened with a new name.

The new provider will be decided by a competition, under which different organisations bid to the local authority to be put in charge.

A local mosque, Tauheedul, is the leading contender to take over the day-to-day running of the school.

If approved to be run by the mosque, the Sacred Heart RC Primary School will be the second such institution in the city alongside the nearby Tauheedul Islam Girls' High School, which admits specifically Muslim students.

Harry Devonport of Blackburn with Darwen Council's Children's Services department says the decision has been taken due to the reducing number of Catholics in the area surrounding the school over recent years.

He said: "The decision to cease to maintain the school as a Catholic school has been taken by the RC Diocese.

"The recommendation is to establish a new school which will be looked at by the Executive Board after an extensive consultation has taken place."

He also added that there would be no disruption to pupils or staff at the school.

"This is merely a technical change which will involve the same staff. There will be no disruption for our children at this school. Our main focus is ensuring that pupils have access to quality education.

"We will issue letters to parents to explain the process." -Irish Post


[Bergambar] Proton Wira Dihempap Trak Askar Dalam Kemalangan Ngeri, 5 Maut

Posted: 05 Dec 2010 06:56 AM PST

5 sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri dekat PD

Gambar: NGERI..kemalangan maut membabitkan 4 kereta dan satu trak askar sehingga menyebabkan lima maut di tempat kejadian di KM19.6 Jalan Pantai, Pasir Panjang, Port Dickson, awal pagi tadi.

PORT DICKSON, 5 Dis (Bernama) -- Lima sekeluarga terbunuh manakala enam yang lain termasuk anggota tentera cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 19.6 Jalan Pantai-Pasir Panjang-Linggi dekat Kampung Bukit Tembok di sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Baljeet Singh berkata, mereka yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Said Lakan, 58, isterinya Rosnani Buyong, 50.

Kedua-duanya berasal dari Hulu Langat, Selangor.

Turut terbunuh anak perempuan mereka Nordiana Mohd Said, 30, suaminya Saipul Naaim Mat Dan, 36 dan anak mereka Mohammad Harith Firdaus Saipul Naaim, 4, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan yang teruk di kepala dan anggota badan dalam kejadian pukul 11.15 pagi, katanya.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelamat di sini mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan kesemua mayat yang tersepit.

Mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson.

Tiga lagi termasuk pemandu sebuah kenderaan yang lain turut cedera tetapi identiti mereka tidak diketahui.

Katanya, kenderaan yang dinaiki oleh keluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Port Dickson ke Melaka dan diekori oleh sebuah kenderaan lain yang dinaiki oleh sepasang suami isteri bersama anak mereka.

Lori tentera terbabit pula datang dari arah Kem Terendak, Melaka menuju ke markas tentera di Port Dickson dan diekori oleh dua buah kenderaan lain, katanya.

Salah sebuah kenderaan yang datang dari arah Port Dickson dipercayai memotong kereta keluarga malang itu tetapi tergesel bahagian belakang lori menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan lalu dirempuh oleh kenderaan yang dinaiki lima sekeluarga itu," katanya.

Akibatnya, lori tentera seberat 3 tan itu terbalik ke sisi dan dan tiga anggota tentera mengalami kecederaan ringan, katanya. -- BERNAMA







Taktik Baru Along Iklankan "Pinjaman Islamik"

Posted: 05 Dec 2010 05:40 AM PST

Ceti jual Islam

TAKTIK BARU...iklan along yang menawarkan pinjaman Islamik.

SUNGAI BULOH: Bosan dengan taktik promosi pinjaman lama, peminjam wang haram atau along kini beralih arah kepada sistem 'Pinjaman Islamik' bagi menambat kepercayaan pelanggan, sekali gus menjadikan mereka sebagai 'bank segera'.

Taktik terbaru itu dikesan di sekitar bandar ini apabila terdapat iklan dan risalah mengenai kegiatan terbabit ditampal di pokok dan papan tanda.

Modus operandi baru yang mengelirukan itu dikesan apabila iklan yang kononnya berbentuk pinjaman Islamik diberikan syarat pinjaman mudah dengan hanya menelefon nombor yang tertera dan akan menerima bayaran dengan cepat.

Antara syarat yang ditetapkan along terbabit antaranya pinjaman itu terbuka kepada kakitangan awam, badan berkanun atau swasta, proses pinjaman adalah melalui bank serta kemudahan pinjaman sehingga RM250,000.

Lebih menarik, mereka yang disenarai hitamkan bank turut layak membuat pinjaman.

Panggilan dilakukan Metroplus bagaikan dapat dihidu berikutan seorang lelaki dipercayai konco along terbabit yang menjawab pertanyaan meletakkan telefon selepas musykil dengan soalan yang banyak diajukan.

Tinjauan mendapati, iklan haram yang ditampal pada pokok itu dilekat menggunakan kertas berwarna kuning yang ditutupi plastik dan tertera nombor telefon bimbit along terbabit.

Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Yazit, 39, berkata bandar Sungai Buloh tidak terlepas menjadi mangsa pemasang iklan haram sehingga mencacatkan pemandangan kawasan berkenaan.

Katanya, tindakan melampau pengiklan yang mahu mengejar keuntungan tanpa menggunakan modal itu perlu dihentikan kerana ia bukan saja menyusahkan orang awam, malah menjatuhkan imej bandar berkenaan.

"Mereka bertopengkan sistem pinjaman Islamik supaya dapat mengaburi mata pelanggan dan mungkin juga pihak berkuasa. Banyak iklan pinjaman wang haram ini sudah luntur dakwatnya dan hampir terkoyak.

Yazit berkata, kegiatan memasang iklan pinjaman haram terbabit semakin berleluasa kerana lebih banyak iklan ditampal setiap kali ia ditanggalkan pihak berkuasa.

"Jika ditanggalkan pada sebelah petang, keesokan paginya, pasti lebih banyak iklan ditampal di tempat sama," katanya.

Pelajar sebuah kolej swasta, Zaharah Nordin Zakaria, 24, pula berpendapat masyarakat perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membolehkan mereka bertindak segera.

"Orang ramai perlu mengadu dan jika sudah mengadu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tak ambil peduli, sekurang-kurangnya kita sudah tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

"Hal selebihnya terpulang kepada PBT untuk melaksanakan peranan mereka," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata sebanyak 35,000 iklan haram sudah diturunkan MBSA sejak Januari hingga Oktober lalu.

"Di Sungai Buloh saja, kami menurunkan 4,500 iklan haram seperti iklan lelongan bank, khidmat perubatan tradisional, pinjaman wang dan ubah suai rumah melalui beberapa operasi secara berkala yang dilakukan pejabat cawangan MBSA kami di sana.

"Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan banyak masalah seperti mengganggu dan menghalang pandangan jika iklan di tampal di papan tanda jalan. Oleh sebab itu kami akan terus memerangi kegiatan ini," katanya.

Menurutnya, pihak yang menggantung aktiviti itu boleh dikenakan tindakan Undang-Undang Kecil Iklan MBSA 2007.

Justeru itu, beliau meminta kerjasama masyarakat supaya tidak membuat tampalan iklan sesuka hati mereka tetapi sebaiknya memohon permit dari jabatan pelesenan sebelum menggantung iklan atau kain rentang yang mempromosikan produk mereka. -hm

[Bergambar & Video] Tindakan Polis Guna Kekerasan Terhadap Peserta Demo Dikecam

Posted: 05 Dec 2010 04:36 AM PST

52 termasuk lima pelajar ditahan, Suhakam kecam polis

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Pakatan Rakyat menganggarkan sekitar 52 orang ditahan termasuk Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim dan lima pelajar atas alasan melanggar arahan polis dengan cuba meneruskan perarakan protes air ke Istana Negara tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berjanji akan membebaskan mereka jika kesemua peserta protes mematuhi arahan agar bersurai.

Menurut Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, seramai 47 orang ditahan di sekitar Masjid Negara termasuk lima merupakan pelajar.

Difahamkan mereka ditahan di Cheras.

Terdahulu Nasir, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan setiausaha agungnya S. Arutchelvan ditahan semula di kawasan Istana Negara selepas mereka dilepaskan di Masjid Negara.

Sebelum itu, mereka ditahan di hab pengangkutan awam KL Sentral.

"Ini jaminan kami, mereka semua akan dibebaskan. Jadi, tolong bersurai," kata Amar ke arah kumpulan yang berhimpun di kawasan bangunan KTMB.

Kumpulan itu berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara melalui bangunan KTMB.

Ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad kemudian meminta mereka meninggalkan kawasan itu dan pekarangan Masjid Negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata akan membawa usul kekerasan polis hari ini ke Parlimen.

"Amat malang polis guna kekerasan sedangkan pada peringkat awal kata mahu bekerjasama. Maka, saya akan bawa usul kekerasan polis ini di Parlimen kelak," katanya.

Dalam pada itu, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor, Dr Badrul Amin Bahron berkata, tindakan polis yang secara tiba-tiba menyerbu para peserta protes yang berada di pekarangan Masjid Negara menyebabkan seorang lelaki bernama Azami Ismail patah kaki dan seorang wanita pitam ketika cuba cuba melarikan diri.

"Ketika polis menyerbu ke Majis Negara lelaki itu yang berusia 51 tahun telah jatuh di tangga menuju ke masjid dan patah kaki.

"Saya difahamkan lelaki tersebut telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang oleh ahli keluarga untuk pemeriksaan. Dia kini sedang dirawat.

"Selain itu, seorang wanita yang pitam itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan, dia sekarang masih lagi dalam keadaan lemah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar 5 petang tadi.

Tambah Badrul Amin, pihanya kecewa dengan tindakan polis yang tidak membenarkan penyokong mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ke Istana Negara sebalik bertindak kejam kepada penyokong.

"Setelah Menteri Besar menyerahkan memorandum kepada wakil istana kita telah membuat keputusan untuk pulang semula ke Masjid Negara untuk memaklum kepada penyokong bahawa kita telah berjaya.

"Namun kita dihalang polis untuk ke sana, sehubungan itu kita telah meminta wakil kita untuk mengarahkan semua penyokong yang berada di Masjid Negara bersurai.

"Tetapi dalam proses bersurai itu, polis secara tiba-tiba menyerbu masuk ke Masjid Negara dan menyebabkan penyokong-penyokong bertempiaran lari," katanya.

Kesemua penyokong yang berada di Masjid Negara mula bersurai kira-kira pukul 4 petang tadi.

Selain kumpulan antikenaikan harga air, sebuah lagi kumpulan yang dinamakan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong behubung penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Namun, GAPS, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyerahkan memorandum tersebut.

"Kita telah berjaya menyerahkan memorandum ke Istana Negara kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi dan kita tidak mempunyai sebarang masalah menuju ke sana kerana hanya lapan orang sahaja yang pergi.

"Yang selebihnya kita telah arahkan supaya berkumpul Stadium Merdeka, polis turut membenarkan kita menyerahkan memorandum itu kepada wakil istana," kata Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin.

Tambah Hamidzun, rancangan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Muhammad Shaani Abdullah ditemui berkata, tindakan tidak profesional pihak berkuasa menjatuhkan martabat pasukan terbabit.

Katanya, pihak berkuasa perlu menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas tanpa melibatkan tindakan kekerasan terhadap orang awam.

"Tindakan tidak profesional ini menjatuhkan martabat pihak berkuasa sedangkan mereka perlu memupuk jati diri dan contoh baik kepada rakyat
.

"Namun mereka bertindak sebaliknya dengan memaki hamun orang awam dan perkara ini sungguh memalukan. Walaupun perarakan tiada permit tapi sepatutnya polis bukan bertindak mengamcam atau memaki-hamun seperti ini," katanya. -TMI


MB S'gor: Polis tak tunai janji, saya kesal

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan polis menangkap kira-kira 50 orang peserta perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara di ibu negara hari ini.

Selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Khalid menyatakan kekesalannya kerana "polis tidak menunaikan janji untuk membenarkan perhimpunan secara aman"

"Saya berharap dan mengesa pihak polis melepaskan mereka tanpa syarat," kata menteri besar.

Dalam satu kenyataan, Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perhimpunan hari ini dan menyeru agar mereka terus menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih industri air.

"Kerajaan Persekutuan membelakangkan kepentingan rakyat dalam isu air," kata Khalid.

Tambahnya, kerajaan pusat sepatutnya bersama menyokong kerajaan negeri untuk menghentikan perjanjian tidak adil yang didakwa hanya memberi kebaikan kepada syarikat konsesi.

Menurut Khalid, beliau berjaya menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Akhbar Istana Negara, Khairi Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang. -mk














Mahkamah Tolak Permohonan Lafaz Cerai Sultan Ismail Petra Terhadap Isteri Kedua

Posted: 05 Dec 2010 02:52 AM PST

Mahkamah Tolak Permohonan Lafaz Cerai Sultan Ismail Petra Terhadap Isteri Kedua

KOTA BAHRU: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra terhadap isteri keduanya Cik Puan Elia Suhana Ahmad (gambar) yang difailkan seorang wanita Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman pada Mac lalu.

Hakim Abdullah Man yang membuat keputusan itu berkata ini kerana mahkamah mendapati plaintif gagal mengemukakan saksi yang mencukupi mendengar pengesahan lafaz cerai itu selain tiada saksi lain ketika Abdullah menghadap Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 30 Okt lalu.

"Mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan kepada tiga perkara iaitu yang pertama sama ada pihak ketiga boleh memohon bagi pengesahan lafaz cerai, yang keduanya apakah plaintif mempunyai saksi yang mencukupi dan ketiga apakah yang berlaku di Istana antara saya dan Sultan boleh diterima di mahkamah.

"Berdasarkan itu mahkamah hari ini menolak permohonan plaintif (Nik Rorhana)bagi memohon pengesahan lafaz cerai ini dan plaintif boleh membuat rayuan berhubung keputusan ini dalam tempoh 14 hari," kata Abdullah sewaktu membacakan penghakimannya.

Pada prosiding hari ini Nik Rorhana hadir manakala defendan Elia Suhana, 31, tidak hadir atas alasan tidak sihat.

Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.

Sultan Ismail Petra yang ketika itu masih Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sebelum itu, Abdullah berkata atas isu yang pertama mahkamah memutuskan pihak ketiga iaitu Nik Rorhana berhak memfailkan permohonan lafaz cerai bagi pihak Sultan Ismail Petra itu berdasarkan kepada hukum syarak.

"Bagi isu yang kedua mahkamah mendapati plaintif telah gagal mengemukakan saksi yang mencukupi dan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu seorang doktor dan mahkamah berpuas hati dengan keterangannya.

"Bagaimanapun keterangan saksi yang kedua mahkamah tidak berpuas hati kerana keterangannya tidak mencukupi sebagai saksi," katanya.

Abdullah berkata dalam isu yang ketiga Sultan Ismail Petra hanya membenarkan seorang hakim sahaja untuk ditemubual berhubung pengesahan lafaz cerai baginda itu yang diadakan di Istana Mahkota pada 30 Okt lalu.

"Jika saya yang menjadi saksi dalam pertemuan itu siapa pula yang boleh menjadi hakim dan hakim tidak boleh menjadi saksi," katanya.

Peguam mewakili Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika ditemui di luar mahkamah berkata sepatutnya apa yang berlaku di Istana Mahkota pada ketika itu ia perlu dihadiri plaintif, defendan, peguam yang mewakili kedua-duanya dan termasuk hakim.

"Apa yang berlaku ia sudah tidak mematuhi prosedur kerana hakim pada masa yang sama tidak boleh menjadi saksi.

"Dengan keputusan mahkamah hari ini Cik Puan Elia Suhana dan Al-Sultan (Sultan Ismail Petra) masih lagi merupakan suami isteri yang sah,"
katanya.

Sementara itu, peguam plaintif, Zainul Rijal Abu Bakar berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya itu sama ada untuk memfailkan rayuan atas keputusan itu atau sebaliknya. - BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jacjogrdzonma54 Really fantastic information can be found on web blog .




personal loan no credit

Tanpa Nama berkata...

jacjogrdzonma54 I'd constantly want to be update on new content on this web site , saved to favorites ! .


loan

Tanpa Nama berkata...

jacjogrdzonma54 Great post, you have pointed out some wonderful details , I besides conceive this s a very wonderful website.


http://unsecured-personal-loans24.com

Tanpa Nama berkata...

consolidation loans with bad credit


private student loans consolidation


debt consolidation loans for blacklisted clients


consolidation loans bc


consolidating private loans


direct student loan consolidation